DIA menekan butang kameranya.
Klik!
Klik!
Dia
tersentak apabila melihat perempuan cantik di dalam lensa kameranya itu. Pantas
dia mengalihkan kamera dari mata. Perempuan cantik itu tidak lagi kelihatan.
Dia
memaut hujung dagu. Sebatang tangan hinggap di bahunya. Dia tersentak. Lelaki
berkumis nipis itu melirik senyuman.
“Kau
buat apa-apa seorang diri kat tempat ni?” Berani benar sahabatnya itu
bersendirian datang ke kawasan keras itu.
“Aku
ambil gambarlah. Kau fikir aku menghendap anak dara orang ke?”
“Tempat
ni memang cantik. Tapak kat sini dulu rumah seorang perempuan simpan seorang
lelaki Inggeris. Tidak tahulah kisah mana yang benar. Dengarnya perempuan itu
lari dengan lelaki lain. Lelaki itu marah dan rumah yang dibina untuk perempuan
itu dibakar.”
“Menarik.”
“Ya,
memang menarik. Tidak lama selepas itu kecoh satu kampung dengan gangguan Pontianak.
Pontianak mengamuk orang kata. Ada yang kata pontianak tu perempuan simpanan
lelaki Inggeris tu.”
Mata
melingas sekeliling. Suasana sekelip mata berubah menjadi dingin. Merinding
bulu tengkuk.
“Pontianak?”
“Aku
tak tahulah kisah tu betul atau tak? Aku dengar dari mulut nenek aku. Nenak aku
dengar kisah itu pun dari moyang aku.”
Seorang
gadis berlari-lari anak ke arah mereka.
“Danny!”
Dia menyapa lelaki berambut keperangan yang memengang kamera itu.
“Alisya,
yang lain sudah sampai ke?”
Gadis
menggangguk.
“Kau
buat apa kat sini dengan Bazli?” Mata Alisya terpaku melihat kawasan lapang yang
hanya kelihatan pokok-pokok rendang dan bunga-bunga yang mekar bagaikan sebuah
taman. Cantik permandangan di depan matanya itu.
“Aku
saja ambil gambar sambil ambil angin. Lagipun bosanlah duduk melepak di rumah
tumpang tu.”
“Jom,
balik. Ibu aku dah siapkan makan tengahari.”
Alisya
menuruti langkah Bazli. Danny sekali tersentak apabila melihat kelibat seorang
wanita cantik di balik pokok sebesar pemeluk manusia itu. Wanita yang sama di
lihat dalam lensa kameranya. Dia menelan liur. Warna bola mata wanita itu
keputihan. Danny memusingkan tubuh lalu menapak menyaingi Alisya dan Bazli.
“PONTIANAK?”
Puan
Hamimah menungkan air sirap ke dalam gelas. Dihulurkan satu persatu kepada
sahabat-sahabat anak lelakinya itu.
“Cerita
dulu-dulu. Kampung ni pernah diserang pontianak. Waktu tu moyang mak cik masih
kecil. Orang kampung sampai takut hendak keluar malam-malam. Malahan ada yang
berpindah ke kampung lain kerana tidak tahan dengan gangguan. ”
“Wujud
lagi ke pontianak tu, ibu?” Bazli bertanya penuh minat.
“Entahlah.
Mak cik pun tak tahu. Kisahnya ada asal usul. Kalau kamu berminat kamu boleh
cari Wak Sani. Dia orang lama di sini.” Saran Puan Hamimah.
“Esh,
tak payahlah kau nak tahu asal usul pontianak tu? Gila!” bentak Alisya. Mereka
datang ke sini untuk bercuti. Rehat-rehatkan minda.
“Pontianak
ni ada lubang dekat belakang leher dia. Kalau dipaku dia akan berubah menjadi
perempuan cantik. Kahwin dengan dia boleh jadi kaya.” Akim mencelah.
Alisya
menjegilkan matanya pada Akim. Puan Hamimah tersenyum kecil. Apa yang dikatakan
oleh Akim selalu didengar dalam kepercayaan masyarakat melayu dengan
kisah-kisah hantu ini.
“Kau
orang waktu makan macam ni nak buka kisah pontianak. Macam tiada cerita lain.”
Danny mendengus.
“Cerita-cerita
hantulah bikin aku teruja. Kalau boleh aku nak tengok depan mata versi life.” Akim mengangkat keningnya.
Danny
mengggeleng perlahan.
“Sudah-sudah.
Tututp cerita. Makan dulu.” ujar Puan Hamimah lembut.
Makin
lama makin rancak sahabat-sahabat anaknya itu bercerita tentang pontianak. Matanya
beralih pada gadis yang duduk bersipuh di sisi Alisya. Hanya Fatihah yang
kelihatan diam membisu. Gadis itu menjamu selera dengan tenang.
Alisya
dan Fatihah membantu Puan Hamimah mengemas hidangan di anjung rumah. Pinggan
mangkuk diletakkan ke dalam sinki. Puan Hamimah mencucinya. Danny duduk melepak
atas para sambil membelek kameranya. Rugi jika bercuti tidak membawa kamera
untuk mengambil gambar kenangan.
Matanya
terpaku pada satu gambar. Gambar Alisya yang diambil pertam kali mereka jejak
ke rumah Bazli. Alisya berdiri di pokok manggis berdekatan dengan pokok manggis
di jalan masuk. Rambut Alisha hanya separas bahu masakan boleh panjang hingga mencecah
tanah. Danny menelan liur.