Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,085,842
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
- Teaser Bab 37 - Lari

                         

                              "Izzaz macam budak-budak darjah satu!" MAYA

“Ubat yang doktor bagi tadi kau jangan lupa makan pulak. Tangan tu rajin-rajin bersihkan.” Pesannya dari dalam kereta.

“Awak tak payah risau lah. Saya dah besar. Awak boleh balik sekarang.” Balasku tidak berminat. Aku pusing untuk masuk ke dalam pejabat namun suara Izzaz yang memanggil namaku mematikan langkahku.

“Apa lagi awak ni?” Aku mula geram.

Izzaz keluar dari tempat pemandu dan mendekatiku bersama sebuah plastik di tangannya. “Ambik ni. Aku perasan kau belum makan dari tadi. Aku bungkus untuk kau tadi masa kau cuba kasut. Kau jangan tak makan pulak.” Dia menghulurkan bungkusan itu kepadaku.

“Prihatin jugak rupanya awak ni. Terima kasih.” Ucapku. Di dalam hati aku akui aku sedikit tersentuh dengan sikap prihatin lelaki itu.

Spaghetti Carbonara aje. Aku tak tahu kau suka makan apa.” Lelaki itu menggaris senyuman yang jarang-jarang dapat aku lihat.

Aku mengangguk. Aku dapat lihat keikhlasan di dalam matanya. ‘Kalau setiap kali jumpa aku senyum manis macam ni kan bagus, sejuk aje mata pandang. Ini tidak garang dan sinis memanjang.’ Aku berkata-kata sendiri.

“Aku balik dulu. Lagi satu walau sibuk macam mana sekali pun dan walau tertekan dengan masalah apa sekali pun, jangan mudaratkan diri sendiri. Sekarang kau pergi mandi bau tu dah melekat kat aku.” Sempat lagi dia cuba menyakitkan hatiku.

Aku mencebik. “Saya busuk pun tak menyusahkan orang. Mana ada bau lah.” Jawabku.

“Melekat kat aku aje tak apa, jangan dekat orang lain.” Lelaki itu memakai semula cermin mata hitamnya.

“Mengarut awak ni!.” Aku menjelingnya dan terus melangkah masuk. Namun aku perasan tadi Izzaz ketawa sebelum dia masuk semula ke dalam keretanya.

“Kambing pun lebih wangi daripada kau!” Teriaknya sebelum dia memandu pergi.

“Macam budak-budak darjah satu!” Omelku namun di dalam hati aku sedikit terhibur dengan kerenahnya yang suka mengusikku.


                 "Maya kan adik abang. Abang pasti akan bantu." ABANG BUKHARY

Abang Bukhary merengus. “Maya dengar baik-baik apa yang abang nak cakapkan ni. Lupakan janji dan apa saja syarat yang lelaki itu beri. Abang risau kat Maya sekarang ni tau, takut-takut lelaki itu akan apa-apa kan Maya. Pertama sekali abang akan bank in duit untuk Maya beli tiket datang ke Melbourne secepat mungkin. Sampai sini nanti baru Maya terangkan dan cerita semua pada abang. Balik Malaysia nanti tahulah macam mana abang nak selesaikan hutang Maya dengan sesiapa pun lelaki tu.” Tegas Abang Bukhary.

Kata-kata Abang Bukhary itu membuatkan aku tersenyum. Aku rasa gembira kerana akhirnya aku dapat juga menemui jalan untuk melarikan diri dari rancangan gila Izzaz. Aku rasa lebih selamat dengan adanya Abang Bukhary di sisiku yang sedia membantuku di dalam kesusahan.

“Maya, abang akan bantu apa sahaja yang abang boleh tolong. Kita besar bersama takkan abang sanggup lihat Maya dalam kesusahan. Lagi satu abang dah banyak kali ingatkan Maya jangan cepat percaya pada orang terutama lelaki. Ini tidak, entah dengan siapa pinjam duit tu? Kenal ke tidak? Nasib baik tak dijualnya Maya tu.” Kali ini nada suara Abang Bukhary lebih kepada memarahiku.

“Ya, Maya sedar tak sepatutnya Maya buat keputusan terburu-buru. Sorry kalau Maya buat abang risau.” Jawabku.

“Memang abang risau pun. Kenapa Maya tak cari kawan-kawan abang dan minta bantuan dari mereka dulu. Nanti abang ganti lah duit diorang tu balik. Maya patutnya cari kawan abang tu Yazid atau pun Izzaz.” Kata-kata Abang Bukhary itu membuatkan aku tersenyum sinis.

“Izazz kawan abang boleh bantu Maya? Abang rasa dia boleh bantu Maya ke?” Soalku sambil fikiranku teringatkan bagaimana liciknya kawannya itu ketika membuat perjanjian denganku.

“Antara kawan-kawan abang, Izzaz tu lah yang paling baik hati tau. Abang pasti dia akan tolong Maya kalau Maya pergi jumpa dia hari tu.” Ujar Abang Bukhary yang terus membuatkan ketawaku terhambur keluar.

“Baik hati? Tapi mulut dia mesti jahat kan?” Kutukku. Terbayang-terbayang di depan mataku wajah berlagak lelaki itu sambil dia memeluk tubuhnya.

“Maya kenal kawan abang tu ke?” Soal Abang Bukhary bernada curiga.

“Eh tak adalah. Maya tak kenal pun. Abang kita borang nanti lah ya. Maya kat studio ni sebab nak siapkan kerja yang dateline nya lusa. Maya janji empat hari lagi Maya akan terbang ke sana jumpa abang ya.” Ujarku riang.

“Baiklah. Apa-apa jadi cepat beritahu abang. Jangan pendam sorang-sorang.” Pesannya lagi sebelum dia mematikan talian.


               8.30 PAGI, 27 MEI 2014, KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

“Maya kau jangan lama-lama kat sana. Aku bosan sorang-sorang kat rumah. Hati-hati tau.” Ucap Farhin ketika dia memelukku.

Aku menepuk-nepuk belakang badannya. “Kau relax lah. Aku pergi sana tak lama pun. Aku janji aku bawak koala bear untuk kau ya.” Balasku sambil aku meleraikan pelukan. 

Aku duduk di sebuah bangku ketika telefon bimbitku berbunyi. Aku menghembus nafas lega apabila satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefon bimbitku yang datangnya dari Sarah. Membaca mesej itu membuatkan aku ketawa keriangan kerana aku sudah berada di dalam zon selamat dari Izazz Rayqal. Ini antara pesanan ringkas yang aku terima dari Sarah.

-Dear, I dah call secretary Encik Izzaz, dia beritahu bos dia ada meeting kat luar KL dan juga off terbang ke mana-mana.

“Aku selamat dari singa jantan yang sombong, berlagak dan angkuh tu. Aku boleh bayangkan betapa marah dan membebelnya lelaki itu nanti bila dia call aku tak dapat, cari aku kat ofis aku tak ada. Padan muka dia. Siapa suruh suka sangat buli aku dengan suka buat keputusan tanpa minta persetujuan dari aku. Tapi kesian pula dengan Umi dia. Jahat sangat ke kalau aku buat macam ni? Macam mana pula kalau Umi Izzaz dah berharap untuk jumpa aku sebagai Kaisara?” Perasaan bersalah mula menyerangku apabila aku terkenangkan Uminya yang pasti akan kecewa nanti bila mengetahui yang aku tidak muncul-muncul sedangkan kini mungkin Izzaz telah menceritakan kepada Uminya yang dia telah berjaya menjumpai Kaisara semula.


Aku bangun dan mula melangkah untuk ke bahagian daftar masuk sambil menarik bagasi kecil yang aku bawa bersama. Sebenarnya ketika itu di dalam ratusan orang ramai yang sedang sibuk berkejar untuk menyelesaikan urusan masing-masing di lapangan terbang ini, aku tidak perasan yang sebenarnya seseorang sedang melangkah dengan yakin semakin menghampiriku.

Aku perasan akan seorang lelaki yang sedang melangkah berlawan arus denganku yang semakin menghampiriku. Jarak di antara kami mungkin hanya dipisahkan lebih kurang sepuluh langkah. Di dalam hati aku sempat memuji ketampanan lelaki itu yang nampak kacak berkaca mata hitam, berjaket hitam, berkasut kulit hitam yang mungkin berjenama Dr. Martens itu yang sedang melangkah persis model seperti di dalam runaway fashion show. Namun senyuman dan minatku terhadap lelaki itu terus mati apabila wajahnya semakin dapat aku cam.

Aku terhenti dari terus melangkah. Terlepas bagasi yang aku tarik ke lantai. Aku berundur dua tiga tapak ke belakang dan bersedia untuk lari. Namun belum sempat aku melangkah lebih seinci lagi pun, Izzaz lebih pantas menyambar tangan kananku. Aku kaku!

Dia membuka cermin mata hitamnya. Panahan matanya yang tajam menikam wajahku ketika itu membuatkan aku kecut perut. Aku mula berpeluh-peluh dan panik bagaikan sedang terlihat hantu sahaja ketika itu. Aku benar-benar terkejut apabila Izzaz tiba-tiba saja muncul di hadapanku! Tanpa sebarang amaran lelaki itu memunculkan dirinya untuk menangkapku.


                                  "She is my wife!" IZZAZ

“Berani kau nak lari ya? Kau ingat kau boleh terlepas dari mata aku? Tak mungkin Maya Ariana. Kali ni kau tak akan dapat lari dari aku lagi buat selama-lamanya!” Lelaki itu menekan suaranya yang lebih kepada mengugutku. Aku menelan liur.

Tanpa menunggu lebih lama lagi Izzaz terus menarik lenganku untuk mengikutinya. Aku cuba melepaskan tanganku dari cengkaman tangannya namun gagal. “Lepaslah. Saya tak nak ikut awak. Saya nak jumpa Abang Bukhary dan dia akan bayar balik duit awak tu!” Ujarku panik.

Izzaz menarik aku mendekatinya. “Tak ada sesiapa pun yang boleh batalkan perjanjian yang kau dah sign tu termasuk abang kau. Kau ingat kan apa akibatnya bila rahsia ni diketahui orang lain selain kita berdua?” Izzaz kelihatan begitu marah ketika itu.

“Saya tak nak ikut rancangan awak! Saya tarik diri. Lepaskan saya sekarang!” Teriakanku itu membuatkan beberapa orang berpaling ke arah kami.

Izzaz merengus marah. “Kau yang cabar aku Maya. Jangan menyesal.” Ujarnya.

Aku terkejut apabila tiba-tiba saja Izzaz menggengam erat tanganku. Belum sempat aku bersuara dia terlebih dahulu telah membuatkan aku bertambah terkejut dengan satu kenyataan yang keluar dari mulutnya. “She is my wife! She is my wife!” Izzaz tiba-tiba ketawa sambil dia mengangkat tangannya kepada beberapa pemerhati setia sejak tadi.

Aku menggeleng-geleng namun lebih pantas Izzaz memintas. “Saya jemput dia untuk balik ke rumah kami. Jom sayang!” Terang Izzaz sambil dia memandang semula ke arah beberapa orang yang memerhati kami sejak tadi sebelum dia kembali memandangku.


                                       "Izzaz memang gila!" MAYA ARIANA

“Ikut aku cepat!” Izzaz menarik tanganku seperti tadi untuk masuk ke dalam lobi bangunan itu. Sepanjang kami melangkah banyak mata yang memandang ke arah kami bersama pandangan aneh, yang nampak terkejut pun ada juga. Malahan kebanyakkan mereka menyapa Izzaz apabila lelaki itu melintasi.

Izzaz membawa aku menaiki lif untuk ke tingkat lapan. Aku meronta-ronta agar dia melepaskan tangannya dariku tapi Izzaz tetap enggan melepaskanku malahan wajahku pula direnungnya lama. Ting! Bunyi dari dalam lif menandakan yang kami sudah sampai di tingkat lapan itu.

“Selamat datang ke dalam hidup Izzaz Rayqal, Maya!” Ujar izzaz sebelum dia memeluk bahuku.

Aku terkejut berbaur pelik dengan kelakuannya yang tiba-tiba saja berubah gembira sebaik saja pintu lif itu terbuka. Aku bertambah terkejut kerana sebaik saja pintu lif itu terbuka begitu ramai orang berkumpul di hadapan lif itu sambil bertepuk tangan dan bersorak-sorak kepada Izzaz.

“Tahniah Bos!” Itu antara ucapan yang dapat aku dengar dari orang-orang yang tidak aku kenal malahan ada di antara mereka yang turut mengucapkan tahniah kepadaku. Aku lagilah bertambah bingung dengan situasi yang aku lalui ketika itu. Aku pandang Izzaz, lelaki itu tersenyum lebar mempamerkan wajah gembira di hadapan orang-orang asing yang tidak aku kenali langsung itu.

Izzaz kemudian membawaku berjalan sehinggalah kami berhenti di hadapan seorang wanita bertudung yang mungkin di dalam lingkungan 50-an yang tersenyum manis kepadaku.

“Umi...” Panggil Izzaz yang membuatkan mataku membulat memandangnya.

“Umi?” Soalku. Aku menelan liur.

Izzaz membawa tanganku kepada Uminya. Wanita itu menyambut tanganku dan dipegang erat kedua-dua belah tanganku. Aku masih bingung dengan apa yang sedang berlaku ketika itu. Bagiku semua ini terjadi terlalu drastik dan aku tidak dapat mengecam apa yang sedang berlaku di hadapanku ketika itu.

“Umi kenalkan inilah Maya, bakal isteri Iz dan bakal menantu Umi.” Kata-kata Izzaz itu membuatkan aku terpana.

“Bakal isteri?” Apa yang dah jadi sebenarnya ni? Aku sedang bermimpi agaknya. Aku mencubit pipiku. Terasa sakit. Maknanya ini bukan mimpi, ini realiti Maya!

Aku rebah.


p/s: Kepada pembaca setia kalau nak tahu bila Cik Dea upload teaser baru, boleh lah add fb Idya Norhidayah Mohd Nor sbb biasanya Cik Dea akan bagi info kat sini. Sudi-sudi lah ya :)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.