Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 33


Bahaqi terdetik sendirian, kau ni siapa Baihaqi? Kenapa adik kau tu lebih berhati-hati menjaga Mina? Adakah kau tahu Bahri menyayangi Mina? Sekarang, apa keputusan kau? Bila kau nak ingat semua benda ni! 


Baihaqi mengeluh berat. Dia juga tidak suka apabila dia tak dapat ingat apa-apa. Dia tak tahu macam mana dia jaga Mina dulu. Apa yang Mina suka dan apa yang dia tak suka? Baihaqi tak kenal siapa diri dia waima dia cuba mengingati. Setiap kali dia lihat gambar-gambar dia bersama-sama Mina, kepala dia berdenyut-denyut. Jadi, dia akan terus tutup gambar tu. Sakitnya macam ni. 


Mereka akhirnya sampai di universiti. Mina keluar daripada kereta diikuti Adam Bahri dan Adam Baihaqi. Bahri menghampiri Mina. Bag sandang Mina diberi. Apabila Bahri nampak kasut Mina tak bertali, jejaka itu menunduk. Dia mencangkung dihadapan Mina. Tali kasut itu diikat ketat. 


Baihaqi masih memerhati. Adakah aku ni bodoh sangat sampai tak nampak adik sendiri sayang kekasih hati aku!


Belum sempat Mina berjalan, tangan Mina dipegang kuat. Mina berpaling ke arah Baihaqi. Wajah gadis itu tersenyum manis. Kenapa wajahmu nampak berseri? Detik Baihaqi. Bagaimana saat-saat kita bertemu, Mina? Baihaqi masih pegang erat tangan Mina. Adiknya, Bahri, sedikit terkejut. Adiknya pandang abangnya pelik.


"Bai? Kenapa ni?"


Baihaqi tak menjawab. Mina rasa takut. Baihaqi? Kau dah ingat ke!


Mina terkedu. Dia paksa Baihaqi lepaskan tangan dia. "Awak, malulah. Orang pandang ni."


Kedengaran beberapa orang yang lalu lalang berbisik sesama sendiri. Tangan Mina dilepaskan. Tiba-tiba Baihaqi mengangkat tangan. "Sorry! Sorry! Hai! Sorry!" Dia mengatakan kata maaf kepada orang yang menghampiri mereka. 


Ish, peliknya! Baihaqi tak macam dia dah. Rasa kekoknya bersama kau! Mana pernah kau tegur orang selain daripada orang yang kau kenal, Baihaqi! Kau tak akan endah apa orang cakap pasal kau. Kau akan buat perangai kau yang baran dan gila-gila! Cepatlah ingat semula awak, saya tak boleh terima awak berubah macam ni!


Mina rasa berkecil hati. Tuhan duga dia macam ni. Tuhan ambil ibu, abah, dan sekarang Dia ambil ingatan Baihaqi. Ujian apa ni, Ya Allah? Berikan aku kesabaran dan ampunkan dosaku.


Awak, saya rindu awak. Saya nak awak yang dulu. Rindu nak berbual dengan awak. Awak ingat tak kali pertama kita berjumpa? Waktu tu saya rasa lucu sangat. Macam manalah orang tampan macam awak ni boleh berminat nak berkenalan dengan saya yang biasa sahaja. Awak nampak saya menangis. Tapi awak tak cakap apa pun. Tak juga memujuk. Awak biar saya menangis macam anak hilang mak. Ya awak, waktu tu saya langsung tak ada kekuatan atau kudrat. Saya lemah. Keluarga saya tak ada bersama-sama saya. Saya rindu keluarga saya. Masa tu juga awak curi baca mesej saya. Awak tarik fon saya dari tangan. Saya betul-betul terkedu apabila baca mesej kakak yang berbaur ancaman. Saya ingat pergaduhan antara dua beradik ni akan habis macam tu sahaja dan kami berbaik semula. tetapi kak Yuri makin membenci saya. Sedih sangat. Tapi awak, awak sentiasa ada dengan saya. Awak marah dan pukul semua orang yang cuba aniaya saya. Awak akan buat apa sahaja supaya saya selamat dalam pelukan awak tu. Kita ada bergaduh sebab waktu tu kita tak sehaluan. Saya tak faham awak. Saya tak tahu latar belakang awak. Lucu juga memikirkan yang saya cuba tuduh awak membunuh. Apa agaknya yang awak fikir tentang saya? Dalam kemelutan hidup, kita akhirnya berjaya redah semua cabaran. Awak cakap awak sayang saya. Baihaqi, awak tahu tak bertapa gembiranya saya ketika itu? Saya tak berhenti senyum. Perkataan sayang, rindu dan cinta berjaya juga diucapkan tanpa ada perasaan serba salah. Saya, saya sayang awak. Saya rindu. Tolongla ingat kembali saat kita bersama. Saya nak kahwin dengan awak.


Mina leka melayan perasaan dia yang sedang gelisah. Sampai bila aku nak pujuk perasaan ini. Aku harap masa berlalu pantas.


Kedengaran lagu nyanyian Ungu, Percaya Padaku berkumandang di benak fikiran. Dia kecewa dengan diri sendiri sebab tak mampu hadapi jiwa yang sedang bergelora.

*

Aku tak tahu apa yang 'ku rasakan dalam hatiku

Saat pertama kali lihat dirimu, melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu

Detak jantungku berdebar tak menentu

Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu

Percaya padaku

Ku 'kan menjagamu hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku

Percaya padaku

Ku 'kan menjagamu hingga akhir waktu menjemputku

Saat 'ku tahu kau akan pergi jauh

Izinkan aku 'tuk selalu menantimu

Untuk katakan, 'ku ingin dirimu" ('ku ingin dirimu)


***

Mina merenung ke arah dua insan yang sedang bergelak ketawa. Hati Mina remuk. Baihaqi sedang berkepit dengan seorang budak perempuan yang dia sangat kenal. Puteri Aisyah. Awan nampak mendung. Cuaca tidak begitu dingin. Mina cantik memakai selendang berwarna merah pekat dengan baju blouse putih.


Apa kau buat ni, Puteri!


Puteri melambai-lambai ke arah Mina. Mina kalih ke kiri dan ke kanan. Tiada orang. Mina berjalan ke arah Puteri dan Adam Baihaqi sedikit malas. Mereka sedang duduk di kerusi panjang di sebuah taman di Universiti Alexandria. Puteri berlari mendapatkan Mina. Lengan kanan Mina segera dirangkul erat. Puteri ketawa kecil. 


"Aku dengar Baihaqi lupa ingatan. Dia tak ingat kau kan?"


"Lepaslah." Mina memarahi Puteri. Teguran itu tidak diendahkan. 


"Alah, kau ni. Bukannya aku tak kenal kau. Kita kan kawan satu rumah?"


Kawan? Hat tuih!


"Kau nak apa, Puteri?"


"Tak ada lah. Aku sebenarnya nak beritahu kau ni, Adam Baihaqi ajak aku keluar. Dia kata dia tak ingat kau. Tapi dia ingat aku! Kau tahu tak macam mana hati aku ni berbunga-bunga. Kau faham tak perasaan aku sekarang ni?"


Mina menjeling ke arah Adam Baihaqi yang sedang menguis-nguis kasutnya ke tanah. Dia tak berani pandang anak mata Mina. 


"Kalau nak berseronok berdua, pergilah! Kau ingat aku heran?" Mina merentap lengan dia. Puteri tersenyum puas sengaja mahu letak garam pada luka yang sedang bernanah!


"Eleh! Kau bengang kan yang Adam Baihaqi tak ingat kau! Kenapa nak marah aku? Bukan aku yang buat dia hilang ingatan!" Puteri membentak. Dia silang tangan dia ke dada. 


"Eh, Puteri. Kau ni cakap baik sikit. Habis tu kau nak aku buat apa! Nak marah Tuhan yang dah susun jalan hidup dia? Ha! Banyakkan beristigfarlah Puteri. Kalau dia dah ingat balik, eh, taik hidung kau pun dia tak nak pandang. Waktu tu, aku bukan takat gelak, aku guling-guling atas lantai ni sebab nak tunjuk yang aku ni gembira sangat!"


"Mina! Ish!"


"Apa? Apa!" Mina meneriak. Mata mereka bertentangan. Wajah Mina makin merapati wajah Puteri. Kau nak tunjuk belang? Eh aku ni bersayap lah, Puteri oi!


"Kau jangan nak menangis kalau Adam Baihaqi lamar aku. Waktu tu, jangan harap kau boleh datang majlis perkahwinan kitaorang!" Puteri angkat kening dia. Terangkat sampai nak cecah awan lah!


"Aku harap korang berbahagialah! Kalau itu aturan yang Tuhan dah susun, aku redha! Apa aku boleh buat pun!"


"Redha? Sekarang ni kau tak nampak macam redha je cik Mina."


"Puteri, sebelum aku cili..." Mina angkat jari telunjuk dia. Tapi belum sempat ni nak tonyoh mulut Puteri, Adam Bahri mencelah. 


"Awak! Eh, dah! Dah! Orang pandang tau tak!"


Mina mendengus. Dia membiarkan Adam Bahri tarik tangan dia membelakangi jejaka itu. Bahri merenung ke arah Adam Baihaqi yang tidak bertindak apa-apa. 


"Puteri, jangan perasan boleh tak? Kalau betul Adam Baihaqi tu dah jatuh cinta pada kau, sampai bila-bila pun aku dan keluarga aku tak akan terima kau." Kata Bahri tegas.


"Apa? Kau nak buat apa, Bahri?"


"Kau tak kenal aku lagi, Puteri. Aku tak tunjuk taring aku lagi. Baihaqi bukan untuk kau. Konco aku boleh lenyapkan kau daripada hidup dia macam..." Bahri petik jari. 


"Yes, gone. Like this. Sekelip mata."


"You are going to regret this!" Puteri menghentak kaki dia ke tanah. Kemudian dia berjalan tergesa-gesa menghampiri Adam Baihaqi. Bengangnya! Puteri merengek di hadapan Baihaqi. Jejaka itu tidak memujuk malah juga tidak mengiyakan apa-apa. 


Di dalam kereta, Mina tak banyak bercakap. Bahri nampak Mina kalih muka dia ke tingkap. Dia seka air mata yang mengalir ke pipi. Bunyi esakan kedengaran di sebalik sunyi sepi. Mina tak berhenti menangis. Mata dia berkali-kali ditonyoh sehingga menjadi merah. Adam Bahri rasa terkilan yang semua ni terjadi. 


"Awak, banyakkan berdoa. Bukan awak je yang rindu dia. Saya pun rindu dia yang dulu. Sekarang ni, saya tak tahu apa yang menghantui jiwa dan diri dia. Tergamak dia biarkan awak walaupun dia tahu awak tunang dia."


"Bahri..." Mina memanggil nama Adam Bahri sedikit sengau. Hidung dia dah tersumbat dengan hingus. 


"Yes, dear?"


"Saya tak tahan. Saya tak boleh. Macam mana pun saya cuba nak faham apa yang berlaku, hati saya tetap tak boleh terima semua ni. Saya takut sangat!" Mina tekup muka dia dengan tapak tangan. Hati dia berkecai.


"Awak, rindu tu tak semestinya pada bibir. Bila kita rindu seseorang tu, kita kena doakan dia. Minta Tuhan bagi kekuatan pada kita dan doa dia pulih seperti biasa."


Ya Allah, apa aku dah buat ni? Hati aku ni dah hitam sehitam dakwat pen. Mata aku kabur dengan nafsu syaitan. Aku terbawa-bawa perasaan ini sehinggakan aku lupa akanMu. Bukankah setiap dugaan itu adalah kerana untuk hambaMu ini mengingatiMu? Daripada Kau kami dilahirkan dan kepadaMu kami akan dikembalikan. 


Mina, jaga hati kau. Sayang manusia itu hanya pinjaman daripada Tuhan. Dan pintalah pada Dia agar ia berpanjangan. Jodoh kan ditangan Tuhan? Malah, ia tak akan pernah salah alamat. Walaupun itulah benda yang selalu kita dengar, tapi ia adalah sebaik-baik peringatan.


——

Hai semua pembaca! Mari jenguk insta saya sebentar! Nawarwahid_pena di instagram. Nak tengok siapa pilihan hati penulis untuk watak Adam Baihaqi dan Mina Arwiena? Meh la!

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.