Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 45

Sejuk. Mina meronta-ronta untuk dilepaskan. Hatinya terasa sakit. Tidak sangka Aisyah yang dia kenal, sekejam ini. Air matanya tidak berhenti mengalir. Mina menangis teresak-esak. Nama Adam Baihaqi tidak berhenti dilafazkan. Mina sudah bersedia jika ini takdirnya. Lafaz syahadah sudah siap diucapkannya berkali-kali. Segala kenangan mengimbau kembali. 

Menyesal? Adakah dia menyesal mengenali keluarga Adam? Pengenalan dia dengan Adam Baihaqi, Adam Bahri dan Kak Emilda adalah pertemuan yang sangat bermakna. Tidak tergamak untuk dia membenci keluarga Adam. Tapi, apa salah Mina? Dia hanya gadis biasa yang berusaha mencapai apa yang diingini. Dia juga mahu kebahagiaan. 

Kakinya terikat dengan kuat. Debu-debu pasir meniup kuat lalu mengenai anak mata Mina. Terkebil-kebil Mina cuba menahan sakit. Tangannya juga terikat. Dia tidak mampu membuat apa-apa. Langit nampak gelap. sejuknya cuaca kali ini membekukan. Jari jemarinya terasa kebas. Kulitnya terasa pedih saat dia bergelut untuk menanggal tali yang terikat. Waima ia tidak berjaya. Tudung Mina entah ke mana. Akibat kuat sangat meronta-ronta untuk dilepaskan, tudung itu tercabut serta merta. Rambut panjang Mina ditiup angin. Mina tidak berhenti meminta tolong. Dia menjerit sekuat-kuat hatinya tetapi jeritan itu diikuti tawa Aisyah Sadeeqa. Gadis itu mula rasa penat dan lemah.

"Mina! Aku dah nampak Mina!" Pacuan 4 roda ini memecut laju. Pasir gunung ini menjadi saksi bahawa Adam Baihaqi sudah menjadi gila melihat kekasih hati tersadai di atas butiran-butiran pasir ini. Baihaqi yang melihat terus menerjunkan dirinya daripada kereta dan berlari ke arah Mina. kelihatan Mina sudah lemah. Rambutnya mengibas perlahan menutupi wajah Mina. Gelap. Pandangan mereka kabur. Kereta Chevrolet yang dipandu Zack terus memecut ke kawasan oasis. 

"Allahuakbar! Mina sayang! Awak, please bertahan awak." Baihaqi cuba mengangkat Mina ke pangkuan. Mina perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Senyuman diberikan. 

"Bai.. baihaqi?" Kedengaran suara Mina sudah serak akibat dia menjerit dengan kuat dan lamanya. 

"Astaghfirullah! Siapa buat awak macam ni? Siapa!"

"Aisy.. aisyah. Saya tak tahu dia begitu menginginkan awak Baihaqi." 

"Aisyah? Aisyah Sadeeqa! Tak guna kau. Dah. Jangan nak merepek lagi, awak! Edin dan Zack ada. Nanti saya menyusul!"

Baihaqi tergesa-gesa meleraikan tali di pergelangan tangan dan kakinya. 

"Awak, saya nak minta maaf." Perlahan sahaja Mina bersuara. 

"Saya... mungkin akan mati macam ni. Maafkan... maafkan Mina, awak. Isk... isk... saya akan mati awak."

"No, i will not let you die! Focus Mina! Shh... dah please! Jangan menangis macam ni.

Vroom. Vroom!

Kedengaran bunyi enjin tiba-tiba mengaum. Kereta Aisyah Sadeeqa yang bersembunyi dilihat tidak jauh dari mereka. kelihatan Aisyah berdiri di atas kereta jeep. Wanita itu nampak marah. Dia menjerit dan mengilai seperti orang yang hilang siuman apabila melihat Adam Baihaqi berlari ke arah Mina dahulu. Dia mahu balas dendam. Aisyah menjerit kepada pemandu di dalam kereta untuk segera menekan minyak sebelum wanita itu masuk ke dalam kereta. 

Tali pada kaki Mina Arwiena masih belum terlerai. Masih terikat pada kereta Aisyah. Tanpa tersedar, pelukan Adam Baihaqi terlerai dengan pantas. Mina Arwiena kelihatan menjerit saat kakinya direntap oleh kereta jeep itu. Tubuh Mina melambung ikut terseret. 

"Minaaa!" Adam Baihaqi membeliakkan mata. Tidak sangka perkara ini boleh berlaku. sangat menyayat hati melihat tubuh Mina ikut terbang direntap sebegitu. Adam Baihaqi terasa diperbodohkan. Dia tidak dapat mengagak perkara ini akan berlaku. 

"Ahaha! Ahaha!" Aisyah Sadeeqa ketawa seperti orang gila apabila melihat Mina terseret di belakang. Luka di badan Mina kelihatan jelas makin banyak. Darah merah mula mengalir dan mengotori pasir-pasir. 
Adam Baihaqi tidak berhenti menjerit dan menangis. Dia buntu. Macam mana nak kejar gadis itu! Mereka sudah menjauh. 

"Bai! Naik! Naik!" Kelihatan kereta milik Adam Baihaqi menghampiri. Lampu kereta dibuka terang. Baihaqi terkaku. Dia membatu. 

Edin terus terjun kereta dan menarik tangan Adam Baihaqi. "Snap it, Bai! Dia dah makin jauh. Oh... i feel like killing someone today!" 

Usai masuk ke dalam kereta, mereka memecut laju. Baihaqi menangis dan mengalir air mata melihat Mina sudah tidak sedarkan diri diseret sedemikian. "Ah! Ah! Ahhhh!" 

Edin mengeluarkan senapang patah itu ke luar tingkap lalu mengacu ke arah jeep yang dipandu Aisyah. "Aisyah, sial kau kan! Aku tak akan maafkan kau buat perkara kejam macam ni!" Matanya meleret ke arah Adam Baihaqi yang sudah hilang pertimbangan. 

"Bai! Tolong lah! Kita kena tahan Aisyah daripada buat perkara bodoh ni! Pick one! Faster!" Suara Zack yang menggema terus menghentikan lamunan Adam Baihaqi. 

"Its.. its too fast. Dia hilang daripada pelukan aku, Zack!"

"Take it or leave it, Bai! Now!" 

Baihaqi terus melompat ke belakang kereta lalu mendapatkan sebuah pistol tangan miliknya. Dia mengacu ke arah tayar kereta dihadapannya. Zack pula berhati-hati memandu saat melihat Mina juga sedang bergelumang dengan pasir. Hatinya sakit melihat rakannya diperlakukan begitu. Tidak tahu hidup lagikah Mina Arwiena. 

"Shes going to die, Bai!" Edin meneriak. Masih mencuba menembak tayar kereta. 

"Oh not today! Aku takkan benarkan!" suara Baihaqi meneriak dan naik satu oktav.

Boom!

Tayar kereta meletup. Kereta berpusing lalu berhenti di tengah-tengah gunung. Dengan sekali tembakan, Baihaqi berjaya menembak tayar kereta di hadapannya. Aisyah keluar daripada kereta dengan dahinya berdarah. Jalannya terencot. Baihaqi terus terjun daripada kereta dan berlari ke arah Aisyah. Satu lempangan kuat yang boleh memecahkan gegendang telinga diberikan kepada Aisyah. Wanita itu memegang pipinya. Kepala terasa berdesing akibat ditampar. Zack melihat terasa puas. Tapi dia rasa tidak cukup. Kelihatan Aisyah menangis dan melutut. Dia memeluk kaki Adam Baihaqi sambil meraung di hadapan jejaka itu. 

"Why... why would you do that, Aisyah!" Suara Adam Baihaqi menggema. Bencinya pada Aisyah mula menggunung.

"I love you, Baihaqi. I... i love you."

"Hati saya sakit! Sakit! Kau ni bodohla Aisyah!" 

"Please, dont leave me Baihaqi! No, please! Please!" Aisyah tidak keruan apabila Baihaqi cuba melepaskan pelukan di kakinya. Dia menolak Aisyah kuat. Terkedek-kedek wanita itu menginginkan lelaki itu. 

"Im so disappointed in you. This is the end, Aisyah! I have nothing to do with you... not anymore. and i will take Hajar with me. Feel my pain. She is no longer your daughter! How can a mother acts like this, huh!" 

Aisyah sedar jika perkara ini sampai ke pihak polis. Hak penjagaannya akan terlucut. Aisyah akan dimasukkan ke dalam penjara kerana perkara ini. 

"No, no, no!" Aisyah meraung-raung apabila ditinggalkan oleh jejaka yang dicintainya. 

Mina membatu terbaring di situ. Entah hidup atau tidak. Tangan Baihaqi menggigil cuba memegang tangan gadis itu. Mina seakan-akan tidak bernafas. Darah mengalir dengan banyak. Baihaqi takut. Dia takut akan rasa kehilangan. Apa yang perlu dia buat untuk putar semula masa? Dia kecewa akan semua ini. Darah mengalir tidak henti. Pasti tubuh Mina kesakitan. Tulang rusuk patah. Berlaku pendarahan di perut akibat pecah usus atau organ. Dia tidak pasti sama ada Mina dapat meneruskan hidup atau tidak. 

Kedengaran daripada jauh bunyi siren polis dan ambulan berbunyi. Hati Baihaqi sedikit lega. Tetapi tidak cukup untuk mententeramkan jiwa yang sedang bergelora. 

Mina, Baihaqi sayang sangat awak. Awak kena kuat ya untuk bertarung nyawa. Saya doa agar awak tetap milik saya. Awak jangan cepat mengalah ya!


Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.