Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 6

Mereka menyusuri sebuah jalan besar yang tidak dikenali. Jalannya bersimpang siur dan terdapat banyak lecak. Mina menjadi makin takut. Kemana Baihaqi mahu bawa aku pergi? Gadis itu mengetuk bahu Baihaqi kasar apabila panggilannya tidak disahut. Iyalah, bunyi ekzos motor mengaum dengan kuatnya. 

"Awak nak bawa saya pergi mana?! Baihaqi?!"

"Saya nak bawa awak jumpa seseorang!"

"Kata nak hantar saya balik! Saya takutla!"

Broom! broom!

"Tak perlu takut Mina! Saya ada!" Kata Baihaqi lalu meluncur laju motornya di atas jalan raya.

Sementara itu, Mina mengambil kesempatan untuk menikmati angin sejuk. Hati yang panas makin surut. Cahaya matahari terang pula makin gelap. Rembulan makin kelihatan. Jauhnya. Tapi kenapa seperti aku menginginkan short escape ni? Dah setahun lebih Mina bersengkang mata untuk cari mata pencarian. Ayahnya langsung tak hiraukan dia. Duit kelas, duit tuisyen, buku dan barang keperluan dia semuanya disediakan olehnya sendiri. Nasiblah kerja sambilan yang dilakukan dapat menampung hidupnya. Yuri sangat benci akan Mina. Sudahla dibiarkan adiknya terkapai-kapai menjalani peperiksaan SPM, sekarang dia mahu mencincang air yang tidak akan putus. 

Kalaulah dia boleh sedarkan Yuri bahawa pendidikan itu penting. Sedarkan dia bahawa jika Mina berjaya dia mahu tanggung hidup keluarganya. Namun, kata-kata Mina hanya dianggap sampah. Takkanlah Yuri mahu jilat semula ludahnya nanti. 

***
Rumah banglo tiga tingkat itu dipandang tanpa berkelip matanya. Mulut terlopong. Besarnya rumah dia. Kawasan laman dia sebesar padang sekolah. Dekorasi di tamannya sangat unik dan cantik. Pokok-pokok yang ditanam juga nampak dijaga dengan kemas. 

"Kita dekat mana ni?"

"Rumah saya."

"Ish! Kenapa bawa saya pergi sini!"

"Awak tak nak tahu ke siapa yang buat awak? Yang berani kacau awak dan sakitkan hati kita. Saya nak tahu."

Mina mengerut dahinya. Dia tidak faham. 

"Lau samah! Ti gi hina! Bi sur a!" Baihaqi memanggil seorang penjaga di hadapan rumah. Katanya segera ke sini, cepat! Kunci motor terus dicampak kepada penjaga itu. Terkapai-kapai dia menyambut. Motor hitamnya itu dibiarkan sahaja tersidai di hadapan pintu rumah. 

Tangan Mina disambut oleh Baihaqi. Mereka berjalan sedikit laju masuk ke dalam.

Dia berjalan masuk sambil melihat keadaan di dalam. Macam istana!

Semua perabotnya diperbuat daripada emas. Tombol pintu, pemegang tangga, kerusi, meja, almari, semuanya berwarna keemasan. 

Baihaqi menarik Mina naik ke tingkat atas. Sebuah pintu yang tertutup dibuka kasar. Berdentum bunyi pintu tersebut. 

"Bahri! Kau meh sini! Aku tahu, kau tahu siapa yang buat Mina!"

Bahri yang sedang tertidur tidak berbaju menggelupur apabila dia lihat Baihaqi naik angin. Dia nampak Baihaqi sudah mencapai pemukul besbol di atas rak buku. Terkial-kial Bahri bangun daripada katil. Selimut sutera yang lembut itu ditariknya cepat menutupi badannya. Nampak tegap juga badannya dengan bicep muscle yang kelihatan. 

"Bodoh! Kau buat apa dekat sini! Malula aku macam ni!" Bahri memekik. 

"Siapa yang buat Mina dekat uni? Aku tahu kau tahu la bongok! Aku nampak kau keluar daripada tingkat bawah bilik mayat tu!"

"Bai.. bai.. bukan aku buat! Sumpah!"

"Habis tu?" Baihaqi tunjuk taring. Aku ni abang la!

"Ok, ok! Oh, hai Mina!" Sempat lagi Bahri melambai kearah Mina. Tergelak kecil Mina melihat Bahri sedemikian. Ingatkan kuat sangatla.

"Cepatlah!"

Mina yang sudah berpuas hati melihat Bahri terkedek-kedek cuba melarikan diri, segera mendapatkan Baihaqi.

"Awak, dah, dah! Kita dengar dulu apa dia nak cakap!"

****
Baihaqi duduk di atas sofa disebelah Mina. Tangan bersilang ke dada. Duduknya bersandar pada sofa. Matanya berapi memandang Bahri. Adik dia ni memang suka kenakan orang. Kalau bukan dia, pasti seseorang yang adiknya kenal. 

"Bai, cuba kau fikir. Pukul berapa kau terserempak ngn aku?" Tanya Bahri.

"Pukul 4."

"Ok mengikut apa yang Mina cerita, dia dah terkurung selama sejam. Ok, kelas aku habis pukul berapa?"

"Aku rasa 3 lebih."

Bahri petik jari. "Ha, tak kan la aku yang kunci! Mesti dia terkunci pukul 3. Sekarang, persoalannya siapa?" Jejaka itu terus mendongak ke siling. Kali ini dia sudah pun berpakaian lengkap dengan tshirt putih dan seluar jeans hitam. 

"Mina, kau rasa siapa?" Jari telunjuk Bahri menunding ke arah wajah gadis itu. 

"Kalau difikirkan, ramaila orang yang nak kenakan Mina. Tak nampak macam mana followers korang beratur depan uni?"

Baihaqi mendengus. Betul jugak!

Mina menjeling. Dua-dua bengap! Habis tu macam mana nak cari siapa yang dengki dengan aku?!

"Oh! Yes! Ada sesuatu yang berlaku pagi tu. Kau kenalkan Puteri Aisyah? Ala, budak perempuan yang kau reject tu."

Huh? Puteri? Kenapa dengan dia? 

Mina pasang telinga. Tidak cepat melatah.

"Hah! Pagi tu aku nampak cara dia pandang Mina. Macam nak makan orang. Kau pun tahu apa dia buat dekat-"

Baihaqi mendengus. Shhh katanya. 

"Kenapa? Apa jadi?" Mina mencelah. Dia mengerling pada Baihaqi. 

"Awak, kenapa?" Tanya Mina lagi. 

"Ya, kenapa ya Baihaqi? Kenapa tak nak cerita? Hihi." Bahri bangun lalu mendapatkan secawan kopi yang tersedia di atas meja. 

Baihaqi jeling Bahri. 

Aku bunuh kau. -baihaqi

Bunuh ah, kalau berani! -bahri

Mereka memberi telepati ke minda masing-masing. Mulut terkumat-kamit menyumpah seranah.

"Awak, dah malam ni. Malam ni awak tidur dekat bilik tetamu ya. Ibu dan ayah saya dah balik dah pun. Nanti kita makan sekali." Kata Baihaqi.

"Eh! Seganla saya!"

"Rileks la Mina. Awak bukan orang pertama yang Baihaqi bawa jumpa ibu ayah. Kan, bai?"

Baihaqi terus baling bantal kecil ke arah Bahri sebab dia geram. Habis kopi panas tu tertumpah ke atas kaki Bahri. Menggelupur mamat tu. Meraung-raung macam budak kecil sambil berlari ke bilik air. 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.