Selamat berkenalan dengan adik-beradik Adam!
The Adam Brothers.
abangnya, Adam Baihaqi.
adiknya, Adam Bahri.
Adam Baihaqi sangat pandai bermain dengan kata-kata. Seorang yang sangat sensitif. Perwatakan yang sedikit kasar masih menjadi igauan gadis-gadis. dia dikehendaki kerana watak Bad Boy yang dibawa.
Adiknya, Adam Bahri, seorang yang sangat sinis dan serius. Lebih bijak daripada abangnya. Suka akan kehidupan yang terurus. seorang yang jenis berhati-hati dan berwaspada. Dia juga berjaya memenangi hati ramai orang termasuklah wanita tua kerana kesopanannya dalam pergaulan.
hastag, KAMI MAHU ADAM BROTHERS!
Kewujudan Mina Arwiena, seorang gadis kampung ke sebuah kota di luar negara telah mencetus kemarahan orang ramai. Dia telah berjaya menawan hati dua orang jejaka ini.
Tatkala itu, Adam Bahri sudah memberi amaran.
BEWARE OF ADAM BROTHERS.
Kisah silam mereka akan terbongkar jika Mina terus berkawan dengan mereka.
Namun, Adam Baihaqi berdegil. Dia sayangkan persahabatannya bersama Mina. Mungkin hatinya juga sudah berputik perasaan sayang dan cinta?
Hanya Mina sahaja yang dapat mengubah nasib kedua-dua orang adik beradik ini.
Makanya, Mina, apa kata hati kamu?
-XOXO Gossip Boy-
--------
Bulan December
Tahun 2020
Pukul 1 pagi
Sebuah pesawat Turkish Airlines sudah bersedia menerima penumpang. Bag bagasi para penumpang sudah diisi di dalam perut kapal terbang. Bunyi pengumuman daripada peti suara memecah kesunyian. Meminta penumpang yang akan berangkat ke Alexandria, Mesir agar menunggu diruangan yang disediakan. Mina Arwiena sudah tidak keruan. Kini, gilirannya pula untuk berhijrah. Keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke negara arab merupakan satu pilihan yang sangat sukar. Walaupun dibantah teruk oleh keluarga, dia tetap mahu pergi.
Mina tahu bahawa dia keseorangan. Tidak akan ada ahli keluarga yang mahu menghantarnya pergi. Gelagat anak-anak yang menangisi sambil dipeluk oleh ahli keluarga buatkan dirinya terasa sebak. Mereka sedang menangisi tangisan kegembiraan. Perasaan bangga kelihatan di riak wajah si ibu dan bapa. kedengaran si ayah menasihati si anak dan si adik menghadiahi barang kepada si abang.
Mata Mina kembali meliar mencari pintu C.
Telefon bimbit yang dipegang menerima satu mesej. Mina tekan segera.
'Kau jangan harap kami nak jumpa kau dekat airport.' -Yuri
'aku minta maaf. Halalkan makan minum aku. kirim salam abah.' -Mina
'pergi mampus la. aku harap kau tak datang cari kami lagi.' -Yuri
Mina teragak-agak untuk membalas. Hatinya terluka. Kenapa kakaknya begitu marah akannya? dia tidak faham kenapa mereka memperlakukan dia sebegitu setelah ibu tiada. Dia juga ada perasaan. Dia juga bersedih akan kehilangan ibu. salahkah dia mahu mencari ilmu dalam hidupnya? dia tidak mahu hidup seperti keluarganya yang lain.
"Assalamualaikum, cik Mina Arwiena ya? Cik boleh beratur bersama-sama yang lain ya. Ni tag nama. Jangan hilangkan."
Mina mengangguk laju. Diperhatikan beberapa orang budak Malaysia sedang beratur menunggu untuk taklimat pendek. Mina telah mengikuti satu agensi yang menempatkan beberapa orang lepasan graduan SPM ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Dia dikehendaki melengkapkan enam tahun waktu pembelajaran sebelum pulang ke Malaysia dan menjadi doktor pelatih. Setelah kematian ibu setahun yang lalu, duit yang diterima dikumpul agar dia dapat melanjutkan pengajiannya di Mesir.
Kenapa Mesir?
Dia pernah mendengar satu ungkapan yang membuatkan dia sangat tertarik; iaitu Masuklah kau ke dalam bumi Mesir, kelak kau akan tenang. sesungguhnya ia termaktub di dalam al-quran itu sendiri. Surah Yusuf, ayat 99. Kisah ini berlaku apabila Nabi Yaacob bertemu dengan Nabi Yusuf.
Mina tidak pernah menjejakkan kaki ke luar negara. Malah, dia tidak pernah menaiki kapal terbang. hidupnya memang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ayahnya pula banyak berhutang sehinggalah ibu meninggal dunia, dunia yang diterima dapat membayar hutang yang ada. Namun, tidak bermakna hidupnya makin senang.
Di rumah juga, hanya ada televisyen kecil memenuhi kabinet kayu itu. Dia sangat teruja apabila melihat keindahan dan panorama di negara Mesir sewaktu menonton salah satu slot Kembara ke Mesir. Hati kini sangat teruja. Mina bakal Melawat kawasan seperti di University Al-Azhar, Cleopatra, Gunung Sahara, Sungai Nil, dan macam-macam tempat lagi.
ping! ping!
Mesej itu segera dibuka. Terpapar satu gambar yang membuatkan dia terus sakit hati. barang di dalam bilik Mina habis dipunggah dan dimasukkan ke dalam plastik hitam.
'EH, PEREMPUAN! JANGAN DATANG RUMAH AKU LAGI. BARANG KAU SEMUA AKU DAH MASUK TONG SAMPAH! MEREPUTLA KAU DEKAT NEGARA MESIR TU!'- Yuri.
Gadis itu sekali lagi mengeluh panjang. Mina mengetap gigit menahan geram. Tidak tahu bagaimana dia mahu berbaik semula dengan kakaknya itu. Semenjak ibu tiada, dia seperti terumbang-ambing. Pemergiannya sungguh mengejutkan.
sedang dia leka mendengar taklimat untuk penyerahan tiket kapal terbang, dia dapat merasakan ada seseorang sedang melihatnya daripada jauh. renungannya tajam. dia menoleh ke arah jejaka itu. Pandangannya masih lagi terpaku pada wajah Mina.
mina mengelap pipinya.
Ada kesan apa-apa ke pada muka aku ni? Siapa mamat arab ni? Asyik pandang aku daripada tadi. ish, rimasnya!
Bahu Mina disapa perlahan. "hai, aku syarifah. Panggil Cekpoh."
"er, saya Mina." Mina melihat tag nama gadis itu juga daripada agensi yang sama.
"hahaha! kau aku jela. by the way, mamat, pukul 2, asal aku tengok daripada tadi pandang kau. siapa tu?"
Mina menjengket bahu. Kemudian dia memperbetulkan selendang di kepala. baju kurung berwarna kuning itu kelihatan begitu anggun. kasut hitam yang disarung nampak padan.
Mereka melihat jejaka tampan yang duduk menyilang kaki di kerusi panjang berwarna merah. Dia sedang memakai baju sweater berwarna hitam dan hoodie nya menutupi kepala. Bajunya itu dipadankan dengan seluar jeans biru gelap. Kasut sukan berjenama Nike itu terserlah dek kekemasan designnya. Apabila gadis-gadis itu merenung kembali ke arah jejaka itu, mamat itu terus menyarungkan kaca mata hitam. Nampak kemas dengan hidungnya yang mancung.
"kacak." Syarifah sedang menilai jejaka itu atas bawah. Cekpoh yang memang berbadan gempal itu terus menolak badan Mina. "dah, jom. sebelum dia culik kau. baik aku culik kau dulu."
bag tarik berwarna merah pekat tidak berjenama cepat-cepat ditarik. Dia membontoti Syarifah yang sedang berjalan ke arah pintu C.
****
Mina yang baru pertama kali menaiki pesawat terasa sangat teruja. Tak berhenti dia mengucapkan wah, wah, wah! Sesekali rakan yang bersama-sama memandangnya pelik. Dia tidak dapat menutup perasaan gembiranya. ialah, budak kampung masuk bandar. Apabila tiba di pintu pesawat, beberapa orang pramugari menyapanya. Mereka memakai baju seragam yang sangat kemas.
Tiket pada tangan diberikan kepada seorang pramugari. Apabila wanita itu melihat nombor tempat duduk, dia mengarahkan agar Mina pergi ke bahagian kanan penumpang. Tempat duduk di sebelah tingkap. Mina terus akur.
Tanpa disangka, jejaka yang merenungnya sebentar tadi berada betul-betul di belakangnya. Mina mula resah. Di badannya tiada tag nama pelajar seperti mereka yang lain. Bermaksud, adakah dia ini bukan pelajar? Tapi yang pasti, destinasinya adalah sama. Menuju ke Alexandria, Mesir.
Dia kelihatan mengekori Mina secara perlahan. Ah, sudah! Kenapa dia asyik ikut aku ni? Pergilah tempat lain! Mina segera mencari Syarifah. Kelibatnya tidak kelihatan. Takut juga kalau lelaki itu apa-apakan dirinya.
Apabila tiba di tempat duduk 22F, Mina terus melabuhkan tempat duduk. Tingkap yang tertutup di buka. Gadis itu terus melemparkan pandangannya keluar. Dalam hati berdoa janganlah mamat ni duduk sebelah aku!
"Hai." Bagai tercabut jantung Mina apabila disapa olehnya.
Mina tak menyahut. Apabila sapaan tak berbalas, lelaki itu terus duduk betul-betul di sebelah Mina secara kasar.
Lengan mereka tanpa sedar telah bergeser. Terasa seperti ada saluran elektrik tersalur ke seluruh badan. Jam Rolex berwarna coklat gelap milik jejaka itu mengerlip-ngerlip saat cahaya menyinari daripada luar. Mata Mina terus berpinar.