Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 16

Pagi hari ni cuaca nyaman. Semuanya nampak baik. Awan mendung. Langit nampak biru. Keadaan cuaca sejuk ini akhirnya Mina dapat juga membiasakan. Tisu kena sentiasa ada dipoket. Kalau sejuk yang teramat sehinggakan membuatkan hidung kemerahan, tisu akan digunakan untuk mengelap hingus. Baju dalam ketat juga telah dipakai sebelum menyarung baju kasual. Stokin juga perlu disarung sebelum memakai kasut. 

Di Alexandria, sejuknya membeku. Suhu paling rendah yang pernah dia rasa adalah serendah 2 darjah. Peperiksaan penggal pertama akan bermula dua minggu lagi. Persedian awal telah dilakukan. Banyak buku sudah ditelaah. Tinggal nak menghafal perkara-perkara penting.

Nak hafal mata pelajaran anatomi bukannya mudah. Bayangkan ada beratus saraf, saluran darah dan otot yang perlu diingat. Nama juga hampir sama. Jadi apa yang Mina lakukan adalah dengan melukis gambar otot yang telah disenaraikan dan tampal kertas itu di dinding. Apabila sikat rambut, sambil itu dia hafal. Semasa pakai baju dan buka baju pun dia hafal. Selepas itu, sebelum tidur, dia akan pejam mata dia dan membayangkan gambar yang dilukis.

Pin! 

Mesej Adam Bahri yang terpapar di telefon segera Mina buka. Dia mengekek ketawa setelah melihat gambar Adam Baihaqi yang sedang mengorek hidung. Kemudian, gambar Adam Baihaqi sedang makan taiknya. 

"Haha! Sengallah mamat ni!" 

Pin!

Mesej dibuka.

Adakah rakan ini yang anda cari? -Adam Bahri

Hahahaha!! -Mina Arwiena

Adakah rakan ini menjadi penghibur hati? >.<! - Adam Bahri.

Korang tak ada kerja lain ke? -.-' - Mina Arwiena.

Mina, jom keluar bertiga. Kitaorang ambil depan rumah. Lagi sejam sampai. -Adam Bahri.

Okay! - Mina Arwiena.

***

Mina, Baihaqi dan Bahri tiba di sebuah tempat dipanggil Montaza. Tempat ini terletaknya sebuah istana milik Raja Farouq. Beliau adalah seorang raja yang memerintah Mesir pada tahan 1936 dan merupakan raja terakhir sebelum Mesir dijadikan sebagai negara Republik. 

Raja Farouq ini orangnya zalim, tidak berperikemanusiaan dan sangat suka akan kekayaan dan wanita. Semasa tahun 1932 lagi Montazah ini telah dibina. Tujuannya adalah untuk menjadikan tempat rehat untuk para pembesar negara yang berkunjung di Mesir. Istana King Farouq sangat strategik sebagai tempat persinggahan kerana dikelilingi taman yang sangat luas dan kedudukannya di pinggir laut. 

Ada desas desus mengatakan bahawa bilangan pokok kurma yang telah ditanam merujuk kepada bilangan gundik yang disimpan. 

Ini merupakan kali pertama Mina menjejakkan kaki ke sini. Jadi dia sangat teruja. Mana sempat untuk berjalan sedangkan kelas sentiasa penuh dan banyak juga buku perlu diulang kaji. 

"Wah, cantiknya!" Mata Minar bersinar-sinar. Dia pandang langit. Terasa segala kepenatannya terus hilang. Nafas berat dilepaskan. 

"Aku tahu kau stress baca buku!" Kata Bahri. Dia meletakkan barang-barang yang dibawa di atas rumput. Mereka telah berhajat untuk berkelah sambil menikmati bayu angin laut. 

Mina mencebik. "Korang tak stress, ke?"

Bahri pandang abangnya, Baihaqi. Mereka berdua terus ketawa. "Kitaorang tak baca buku." Selamba Bahri berkata-kata. 

Mina tepuk dahi.

Mina jeling Baihaqi selepas itu dia senyum sinis. Ada benda mahu disakatnya. Fikiran Mina melayang pada gambar yang dihantar Bahri. 

"Baihaqi, sedap tahi hidung?" Selepas itu dia sambung ketawa terbahak-bahak.

Abangnya yang memang sudah tahu siapa punya angkara terus mengalih pandangannya kepada Bahri. Mata terbeliak. Mulut menyumpah seranah. Bahri terus melarikan diri. Mereka berkejaran dihadapan Mina. 

Apabila sudah dapat kejar, Baihaqi merangkul kepala Bahri. Selepas itu, disekeh kepala adiknya. Bahri yang sedang kesakitan meronta-ronta dilepaskan. 

Mereka sekarang berada di taman berhadapan istana. Dari jauh kelihatan istana itu megah berdiri. Besar bangunannya dan kawasannya lapang. Kedengaran air laut menghempas benteng. Juga terlihat budak kecil sedang berlari anak bermain belon di taman. Begitu ramai pengunjung di sini. 

Walaupun kawasan istana itu adalah kawasan larangan, namun taman di hadapannya boleh dikunjung. Mina juga dapat melihat beberapa rumah kecil yang dijadikan chalet untuk menginap.

"Oh, Mina!" Baihaqi yang sudah puas mengerjakan adiknya terus memanggil gadis itu.

"Ya?"

"Rasa dia..."

"Eiiuuuuu... tak nak, tak nak dengar!" Mina tutup telinga. Kemudian dia pula melarikan diri.

"Rasa dia masin! Pekat!" Baihaqi sengaja memicit ibu jarinya.

"Eiiii geli la!" 

"Haha! Haha!" Bahri dan Baihaqi ketawa melihat Mina menutup telinganya. Baihaqi sudah pun terbongkok menahan ketawa.

"Sedap ke Baihaqi!" Bahri segera menambah garam. Dia menguatkan suara.

"Sedap! Sedap sangat!" Baihaqi meneriak. Dia sengaja mahu Mina dengar.

"Korang ni gilalah! Tah pape korek hidung lepas tu makan!" Kata Mina.

Baihaqi mengerut dahinya. Dia mencekak pinggang. "Tapi, tak kan awak tak pernah buat, Mina?"

"Huh?" Mina terkesima. Lepas itu, dia senyum macam kerang busuk. Dia angkat bahu. 

"Haha! Haha! Pengotor!" Kata Baihaqi.

"Senyaplah Baihaqi! Haha!"

Setengah jam sudah berlalu. Mereka duduk di atas rumput di taman berdekatan istana. Rumput hijau itu nampak bersih. 

Tikar yang dibawa sudah terbentang luas. Mereka duduk di atas tikar itu bersahaja. Adam Baihaqi sedang duduk bermain gitar. Bahri pula sedang duduk membaca buku. 

Eleh, kata tak baca buku! Detik hati Mina. 

Mina memandang pemetik jari yang dipegang Adam Baihaqi. Dia nampak tenang bersandar di pokok tebal seluas dua pelukan manusia. Pokok itu nampak redup menutup cahaya matahari.

Pemetik jari itu bersahaja memetik tali gitar. Bunyi nyaring daripada gitar itu sangat menenangkan. Adam Baihaqi mula membuka mulut. Dia menyanyikan sebuah lagu bertajuk, More than words sambil diiringi bunyi gitar.

Bahri ikut menyanyi. 

Saying "I love you"
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say, but if you only knew

How easy
It would be to show me how you feel

More than words
Is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say
That you love me
'Cause I'd already know

What would you do
If my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real

What would you say
If I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying "I love you"


Seterusnya, Bahri pula merelakan diri untuk menyanyikan sebuah lagu. Adam Baihaqi memetik tali itu berhati-hati.


"Saya ingin tujukan lagu ini kepada rakan-rakan yang mengenali saya. Terimalah lagu bertajuk, Teman, nyanyian daripada Lovehunters."

Sejak mula pertemuan itu
Hati melonjak terkenangkanmu
Tiap detik ku mengharapkan
Panggilan rindumu sayang

Apa kau rasa yang ku rasakan
Mungkin ini satu permulaan
Biarlah mawar terus bersemi
Mekar harum mewangi

Takku menduga.....
Cinta yang ku cari selama ini
Dikaburi wajah-wajah yang tiada
Ertinya sayang.....

Mina duduk menyandar pokok dibelakangnya. Dia mengangguk kepala perlahan mengikut rentak alunan muzik. Kek tart di dalam bekas dia capai. Kemudian, dia masuk kek ke dalam mulut. Manis kek terasa di lidah. Sedap teramat. 

Tiba-tiba, terdengar juga beberapa bisikan orang ramai. Adam brothers ke tu? Siapa gadis tu?

Mina mahu pandang orang ramai tetapi cepat sahaja Baihaqi menghalang. "Awak, jangan pandang. buat tak tahu je. Buat je kerja awak."

"Oh" Mina tertunduk malu. 

"Betul tu, Mina. Biarkan dorang. Sakit hati je ambil tahu." Bahri menyampuk. Kemudian, dia terus tutup buku. Buku itu diletakkan di tepi bag.

"Mina! Saya nak bagi sesuatu ni." bahri capai barang di dalam bag. Baihaqi meninjau dalam bag adiknya. 

"Dia je? Aku punya?" 

"Ada la! Sabar la, Bai! Ok tengok ni. Key chain! Cantik tak? Satu Mina punya. Ada tulis huruf M.A." Bahri memberi kepada Mina. 

"Wah, thank you!"

Sambung Bahri lagi, "ni kau punya, Bai! Ada tulisan huruf A.BQ. Maksudnya Adam Baihaqilah."

Baihaqi capai rantai kunci. Dia membelek kunci berbentuk empat segi.

"Dan ni aku punya! A.BH!"

"Cantikla. Thank you!" Mina memuji. Tangan lincah mengambil gambar rantai kunci tersebut. Selepas itu dia memuat naik ke laman sesawang instagram. Tak sampai sepuluh minit berpuluh-puluh orang tekan suka. 

Matahari dah mula turun. Senja nak berlabuh. Mereka cepat-cepat siap berkemas. Bahri tidak lagi kelihatan kerana dia pergi mengambil kereta yang diparkir di hujung taman. 

Baihaqi menarik bag Mina tidak semena. Mina terkejut. Tangan Baihaqi meliar mencari rantai kunci milik Mina. Apabila sudah menjumpainya, dia letak dalam poket seluarnya sendiri.. 

"Kita tukar nak? Nah. Kau ambil aku punya." Mina tidak berkata apa-apa. Dia membiarkan Adam Baihaqi menyangkut rantai kunci milik jejaka itu pada bag nya. 

Sewaktu masuk ke dalam kereta, Mina mencampak bagnya ke tempat duduk belakang. Kemudian, dia masuk ke dalam kereta. Bahri menjeling ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat rantai kunci milik Adam Baihaqi ada pada Mina. Tekak rasa kering. Mata dia tak berkelip. Dia tak tahu nak fikir apa. Bukannya Mina itu milik dia. Gadis itu juga tidak menyukai dia. Perasaan apa ni? Dia rasa pelik.

Kita, kita kawan kan? Detik hati Bahri. 



Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.