Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 20

Takdir yang tertulis sangat menyakitkan. Baru sahaja Adam Baihaqi dan Mina Arwiena mahu bersama-sama membina hidup baru, gadis itu sudah berjauh hati. Apa salahnya kau tunggu aku, Mina Arwiena! 

Adam Baihaqi berlari naik ke atas tingkat tiga. Pintu diketuk kuat. Dia menyesal kerana membiarkan Mina keseorangan. Ingatkan dia mahu beri ruang dan masa untuk dirinya tetapi ia membawa gadis itu jauh daripada dia. Dia ketuk pintu itu berkali-kali. Tidak kisah sudah pada jelingan orang ramai. Terdengar bunyi bisikan gadis-gadis. Suara Adam Baihaqi terlalu bising. 

Dia naik gila!

"Mina! Mina! Mina, bukak pintu ni!" Baihaqi meneriak. Loceng pintu ditekan berkali-kali. 

Pintu akhirnya terbuka. 

Wajah Puteri Aisyah muncul dihadapannya. 

"Mina, Mina mana!" 

Gadis yang bertudung lilit itu tersengih. Dia suka melihat Adam Baihaqi tidak keruan begini. 

"Aku tanya Mina mana!" 

"Sabar la. Bawa bertenang! Kejap. Ops! Mina tak ada." Puteri menjeling ke kiri selepas itu dia silang tangan ke dada. 

"Mina! Mina! Ish!" Baihaqi masih memanggil-manggil nama gadis itu. Telefon di tangan berkali-kali menelefon nombor yang tidak berjawab. Hatinya tidak sedap.

"Mina mana!" 

"Kau dah tanya kan soalan tu tadi. Aku tak tahu dia pergi mana. Aku nampak dia bawa bag lepas tu keluar."

"Habis tu, tak kan kau tak tanya dia pergi mana? Kawan apa kau ni!" Baihaqi membentak.

"Eh, aku bukan kawan dia, Baihaqi! Kau dah lupa apa kau buat pada aku?"

Baihaqi tenung anak mata Puteri. Dia rasa nak tampar perempuan tak sedar diri! 

"Apa kau dah buat pada Mina, huh? Apa kau cakap pada dia!" Anak mata Baihaqi kemerahan. Dia geram. Kalaulah dia tahu keadaannya begini, lebih baik dia biarkan Mina tinggal bersama-samanya. Boleh duduk sekali dengan Kak Emilda. 

"Dia dah tak nak duduk Mesir, Baihaqi! Suck it up!

"Kau cakap apa ni! Apa salah dia? Kalau marah aku, cakaplah!" Baihaqi tendang pintu. Dang! Pintu rumah terhempas kuat. Puteri tak berganjak. Dia tak takut pada Baihaqi. Kalau dia tak dapat jejaka ni, makanya Mina juga sama. 

"Apa aku cakap tak penting. Apa dia rasa tu paling penting! Kau rasa dia nak duduk dekat Mesir ni dengan kau? Eh, dia tu menggunakan kemewahan yang kau ada, tahu tak! Kau tak nampak ke?" Puteri mendengus. 

"Oi, perempuan! Kau jangan buat aku hilang sabar. Suka hati akulah nak bercinta dengan siapa! Aku tak kisah pun kalau Mina Arwiena sedut harta aku sekali pun!" Adam Baihaqi seperti tersepit dengan masalah. Dia tak tahu di mana Mina. Sekarang, Puteri Aisyah pula sengaja tuang minyak pada api yang sedang membara.

"Im done! Kau tahu tak, Baihaqi. Aku ingat kau ni baik. Tapi panas baran! I hope Mina knows what shes doing! Shes doing a great job by leaving you!"

"Shut up! Or else i'll kill you!" Adam Baihaqi sudah naik angin. Dia rentap baju kolar Puteri. 

"Bai! Stop it!" Mujurlah Adam Baihaqi muncul tepat pada waktunya. "Every one is looking at you. Just, get out! Kita cari Mina dekat airport. Aku cakap dah! Lepaskan dia, Bai! Buang masa cakap dengan betina ni."

Adam Baihaqi mendengus kuat selepas itu dia menendang kasut-kasut di hadapan pintu. Orang ramai yang melihat terjerit kecil. Apabila mereka lihat adik beradik Adam mahu turun, mereka cepat-cepat masuk ke dalam rumah. 

"Damn it, Bai! What were you thinking! Kenapa kau marah macam tu sekali. Kau biar je la apa minah tu nak cakap apa. It should not affect you!"

"Bahri! Kalau kau nak membebel, baik kau blah! Sebelum kau yang jadi mangsa!" Adam Baihaqi menolak kasar bahu Bahri. Adam Bahri tarik nafas dalam. Dia tidak mahu bergaduh dengan abangnya pada waktu ini.

"Tak, sekarang ni macam mana? Kita kena pergi airport sebelum Mina pergi, Bai!"

Airport! Dia hampir lupa!

Apabila Baihaqi mahu mendekati motornya, Bahri cepat-cepat menghalang. "Biar aku drive! Aku tak nak biarkan kau memandu dalam keadaan marah macam ni. Cepat!"

Seperti keldai yang ditambat, Adam Baihaqi hanya menurut. Dia tidak boleh fikir waras. Dia nak kan gadis kesayangannya itu berada di hadapannya. Manakan tidak, kalau gadis itu sudah berada di Malaysia, macam mana dia nak cari nanti? Sudahla dia tidak tahu menahu tentang keluarga Mina. Banyak benda gadis itu merahsiakan. Baihaqi rasa menyesal! Dia tak suka perasaannya ketika ini. Rindunya membuak-buak! 

Mina? Awak dekat mana! Tolong jangan tinggalkan saya! Saya tak boleh kehilangan awak. Saya janji saya akan sentiasa ada dengan awak, ya! Tolonglah, balik pada saya semula. Kita cuba sekali lagi. Kalau saya salah, tolong maafkan saya!

Motor Yamaha R1 yang dipandu Bahri terlihat laju dipandu. Dalam keresahan itu, akhirnya Adam Baihaqi telah mengalirkan air mata tanpa sedar. Dia menangis teresak-esak di dalam topi keledar hitam itu. Hati dia takut. Dia sangat takut. 

jiwanya meracau!
Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.