Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 9

Tahun 2019
Musim Luruh
Luxor, Mesir. 

Asap shisha di dalam bilik berkepuk-kepuk. Beberapa orang gadis yang memakai pakaian separuh telanjang setia duduk di kiri dan kanan Baihaqi. Jejaka itu menghirup shisha berperisa tembikai itu kemudian dihembusnya perlahan-lahan ke arah muka gadis itu. Mereka ketawa terbahak-bahak apabila Baihaqi tiba-tiba gelak. Telefon di atas meja berdering-dering dengan kuat dan berkali-kali. Baihaqi ambil telefon itu lalu membaca nama tertera. 

Bangsat Satu.

Dia mendengus kuat. Dilemparkan telefon itu ke atas meja. Malas nak layan. 

Dihadapan bilik itu terdapat dua orang gadis sedang menari-nari mengikut rentak alunan muzik. Dipinggangnya terdapat kain diperbuat daripada manik dirangkul pada pinggang. Baihaqi seperti anak setan. Begitu tekun melempiaskan nafsunya. 

Bunyi telefon berdering lagi. Dijeling pada telefon yang berada di atas meja. 

Masih nama Bangsat Satu yang menelefonnya. 

Dia segera capai telefon dan campak ke dinding. Habis berkecai telefon Iphone 10. Para gadis menjerit dan menutup telinga. Mereka terkedu lalu memberhentikan tarian. 

"Tafaddhal! Kullu kuwaiyyis." (Silakan. Semuanya baik-baik sahaja) kata Baihaqi sambil mempelawa lagi gadis-gadis itu untuk menari. Dia terasa nyaman. Putung rokok dicapai di dalam poketnya. Seorang gadis disebelah kirinya cepat-cepat menyalakan pemetik api. 

Kedengaran beberapa jeritan orang ramai diluar bilik. Bunyi tumbukan dan balingan barang kedengaran. Dia tahu siapa diluar bilik. Bangsat satu. 

Lama juga dia nak sampai ke sini. Lembab! Detik hati Adam Baihaqi. Dilihat jam di dinding. Pukul 3 pagi. 

Tiba-tiba pintu ditendang kuat. Pintu terus ternganga menampakkan seorang budak lelaki. Matanya kemerahan. Nafasnya laju turun dan naik. Ditangannya terdapat sebilah pisau yang dipegang kemas. Tangan menggenggam kuat. Dibelakang lelaki itu beratur lagi konco-konco dan kuli Adam Baihaqi. 

Langkah budak lelaki itu kasar. Dia berdiri dihadapan bilik menghadap Baihaqi. 

Sekeping gambar ditunjuk pada semua orang.

"Mana budak ni? Mana kau simpan dia ni!"

Adam Baihaqi melihat dia meneriak lalu diketawakan budak lelaki itu. 

Adam Baihaqi nampak tenang. Dia masih duduk di atas sofa panjang sambil minum air arak berwarna kuning. Dia suka rasa pahit pada tekak. Khayalnya sangat mengasyikkan. Dia rasa nak bunuh orang. 

"Kenapa kau gelak?! Aku tanya mana budak perempuan ni, bodoh!" Kata budak lelaki itu. Baihaqi melihat tag nama pada badannya. Dia masih berbaju sekolah. Nama tertera El Syed. 

Apabila Adam Baihaqi tidak menjawab, Syed terus berlari menghampiri meja untuk panjat dan tendang muka Baihaqi. Namun, Baihaqi lebih bijak. 

Sewaktu dia sudah nampak Syed berlari ke arahnya dia menendang meja besar itu lalu menghempap budak lelaki itu. Adam baihaqi menolak kasar perempuan di sebelahnya lalu menhampiri mangsanya.

Diludah pada muka budak itu. Kelihatan Syed sedang menangis teresak-esak. Dia tahu dia akan dibelasah teruk oleh Adam Baihaqi. Siapa tidak kenal dia? Anak orang kaya yang suka membuli. Dia tak kisah siapa. Asalkan dia mahu, sesiapa sahaja yang akan jadi mangsa. 

"Sorry. Aku rasa panas tengok muka kau. Kau tanya apa tadi?" Kata Baihaqi lalu memijak tangan Syed yang sedang memegang sekeping gambar. Menyeriau budak lelaki itu serta merta. 

"Ooh.. Guys, tengok ni! Hahaha. Budak perempuan ni la. Ingat tak?" Baihaqi menarik gambar itu lalu membaling keluar pintu. Anak mata Baihaqi mula menyingnga. Dia bengang bila orang tuduh dia menculik. Dia bukan macam tu! 

Dia mengangkat budak lelaki itu perlahan-lahan lalu menumbuk ke perutnya.

"Aku tak culik perempuan la! Dan aku benci orang tuduh aku macam tu!"

Syed tersadung lalu jatuh semula. Apabila sudah terbaring di atas lantai. Baihaqi berlari dan tendang kepala Syed. Memekik budak itu menahan sakit. 

"Erh, aku tahu la Adam Baihaqi. Kau orang terakhir yang jumpa dia! Aku nampak dengan mata.. erh mata aku sendiri!"

Baihaqi memberi isyarat kepada seorang konconya. Pistol itu bertukar tangan. Adam Baihaqi memegang pistol itu erat lalu mengacu pada mata Syed.

"Oklah. Macam ni. Sebab kau tak percayakan aku. Kita main satu game. Aku tanya soalan ni. Kalau kau tak dapat jawab, aku tarik picu ni." 

"Ok, siapa nama budak perempuan ni?"

"S..Sarah!"

"Nama penuhla bodoh!" Tangan Baihaqi menampar-nampar pipi Syed. Termangu budak itu. Tangisan dan esakan masih kedengaran.

"Sarah Sadeeqa! Sarah Sadeeqa! Uuu.." Syed meraung-raung. Pistol itu masih dihala pada mata kiri Syed.

"Apa hubungan kau dengan dia?! Yang kau berani tunjuk belang dekat sini?!" 

"Aku kekasih dia!" 

Tiba-tiba Baihaqi ketawa tidak semena. Dia rasa lucu apabila kekasih hati yang tidak seberapa ini terperangkap dalam sarang Adam Baihaqi. Dia menggaru kepalanya sendiri menggunakan pistol.

"Kau datang sini. Ceroboh tempat aku. Datang cari kekasih. Tapi, ah, mana kekasih aku ni? Uwaa. Dan kau pun menangis. Sebab tu aku rasa lucu! Ahahaha! Malangnya kekasih kau tak ada di sini. Jadi, macam mana ni?" Mata Adam Baihaqi terbeliak. Kali ini dia tidak gelak atau senyum. Dia rasa nak bunuh budak ni. 

****
Mina Arwiena yang sedang mengelamun terus tersentap di hadapan lif. Dia nampak kelibat Bahri berada di dalam lif. Lelaki itu terduduk di atas lantai lif. Kepalanya berdarah. Dia tidak sedarkan diri. 

Disebelahnya terlihat seorang lelaki bertopi memandangnya. Tidak sangka pencariannya menjadi begitu mudah. Dia ingat dengan keadaan Bahri yang tidak sedarkan diri menyebabkan dia perlu mencari gadis bernama Mina Arwiena dengan susah. Tetapi gadis itu sudah berada di hadapannya.

Telefon Mina sudah jatuh di atas lantai berkecai. Namun, masih lagi berfungsi. Telefon berdering. Dia menjeling. Dia nampak nama Adam Baihaqi. Pada waktu itu, dia rasa nak larikan diri, capai telefon dan jawap panggilan telefon tu. Tapi mata jejaka jahat di dalam lif itu juga sedang melihat telefon Mina yang berdering-dering. 

Tanpa melengahkan masa, Mina berlari ke arah telefonnya yang sudah jauh terjatuh di atas lantai. Tapi belum sempat tangannya mencapai, kepala Mina terasa bingai. Lelaki itu telah mengetuk kepala Mina dengan kayu keras tu. Kelihatan darah mengalir daripada kepala. Sakitnya berdenyut-denyut. 

Mina rasa penglihatannya makin tidak jelas. Dinding nampak terbalik. Dia tidak sempat menjawab telefon Adam Baihaqi. Bunyi deringan telefon termati. 

Jejaka itu tersenyum lalu menarik kaki Mina masuk ke dalam lif. mina cuba menjerit meminta tolong tetapi nafas tersangkut pada kerongkong. kemudian, dia langsung tak sedarkan diri.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.