Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 32

Ego Mina menjentik hati. Dia rasa menyesal tak sudah. Kau buat apa ni, Mina? Kau nak apa! Kalau kau nak Baihaqi, pujuk dia untuk kau. Kata maaf itu memang perit untuk diterima. Tetapi ia lebih baik daripada berdiam diri. Dengar dulu apa yang ingin Baihaqi ucap. Beri dia peluang, Mina. Buka hati kau ni. Mungkin dia sesal perbuatan dia ni dan dia tak akan ulang lagi. Ah, beratnya hati aku ni!

"Ah!" Adam Bahri sedang duduk di atas abangnya. Dia pegang kolar baju Adam Baihaqi. Apabila dia nampak muka Adam Baihaqi seperti tidak bersalah, Bahri terus tumbuk muka abangnya. Baihaqi segera tahan mukanya agar tidak ditumbuk. Apa masalah kau ni! 

"Kau buat apa dekat sini, Bai!" Bahri memekik. Mata dia kemerahan. Kelihatan peluh menitik ke atas baju Baihaqi. Dia rasa marah sangat!

"Bahri! Khallas! Khallas!" Aisyah Sadeeqa menahan Bahri daripada menumbuk Baihaqi. Gadis itu menjerit sudah! Sudah!

Apabila Aisyah sedang bergelut dengan Adam Bahri, Kak Emilda pula datang mencelah. Dia berang! Hati dia menyumpah seranah Aisyah kerana membiarkan Baihaqi di sini. Kak Emilda angkat tangan lalu tangan kanan dia mendepa luas. Wanita itu terus menampar muka Aisyah tanpa belas kasihan. Berbirat muka gadis itu. 

Aisyah meneriak, "Leh? Leh!(kenapa? Kenapa!)" Dia juga sudah meroyan. 

"What did you do, Aisyah? Why Adam Baihaqi is here with you! Answer me!" Kak Emilda memekik kuat. Mina berjalan perlahan-lahan menghampiri mereka. Hati dia sakit melihat keadaan yang serabut. Malah, kenapa Adam Baihaqi langsung tidak endah akan dia! Kenapa kau tak berlari datang cium kaki aku dan minta maaf? Aku nak bina istana dengan kau! Kalau sebelum berkahwin kau dah menduakan aku, apa guna aku isi ruang dalam hidup kau!

"Isk..isk... Ma'alish Emilda. Dilwati ana bahib Baihaqi giddan-giddan! I never thought I love him more until he had that accident last week!" Kelihatan air mata Aisyah merembes keluar. 

"Accident? What do you mean! inti baulak eh! (kau cakap apa ni?)" Kak Emilda membeliakkan mata.

Adam Bahri memberhentikan pukulannya. Dia pandang abangnya. Ya, ini sangat pelik. Kenapa Baihaqi tidak melawan? Kenapa abangnya nampak sangat takut. "What is wrong with him?" Adam Bahri bertanya sambil melihat Baihaqi.

Aisyah terus melutut di hadapan Kak Emilda. Dia menggosok-gosok tangannya dan merayu. "Emilda, please just let me marry Baihaqi! I love him all my heart! I cannot live without him!"

"Then what about Mina? They are getting married, for God sake!" 

"Aisyah! What is wrong with Baihaqi? Huh!" Adam Bahri terus bangun lalu dia rentap tangan Aisyah kuat. Dia tanya soalan yang sama. Dia merenung anak mata Aisyah. 

"He... he had an accident and he forgot everything! He forgot about you guys! I was so happy when he thought i am his wife and Hajar is his daughter! I missed him, Bahri!"

"Allahuakhbar!" Mina rasa nak pitam. Mina duduk di atas lantai serta merta. Kaki dia makin lemah. Baihaqi lupa ingatan? Dia tak ingat apa-apa? Dia tak ingat aku? Tidak! Tak mungkin!

Aisyah memegang kaki Kak Emilda. Dia mahu mencium meminta maaf tetapi Kak Emilda segera beredar. Dia hampiri Baihaqi. Bahri pula cepat-cepat dapatkan Mina. 

"Bai? Baihaqi!" Kak Emilda merenung Baihaqi yang sedang menangis. Lengannya masih menutup muka. Dia takut Bahri pukul dia lagi.

"Awak.. awak siapa?" Tanya Baihaqi. Dia masih terbaring di atas rumput itu.

"Aku kakak kau! Tu adik kau, Bahri! Dan tu! Tu tunang kau! Mina Arwiena! Isk... Bai!" Kak Emilda terus memeluk Baihaqi sambil menangis. Dia rasa terkilan. Macam mana boleh jadi macam ni?

"Tapi... Aisyah?" Tanya Baihaqi takut-takut.

"Shes a nobody to you." Kata Kak Emilda geram. Wanita itu toleh pada Aisyah. "Did you take advantage of him, Aisyah!"

Mina menahan rasa sakitnya. Dia meraung-raung di situ. Dia tak tahan. Bahri terus tutup telinga Mina. Dia takut jawapan Aisyah menyakitkan.

"No! I wish i could! But..."

"Shut up Aisyah! I didnt know you're this pathetic! why didnt you call us? We were waiting for him to come home. We all did!"

Aisyah masih melutut di atas rumput. Dia menggeleng-geleng kepala. Dia menangis teresak-esak. Hajar anaknya sudah menangis mendapatkan pembantu rumah. Kenapa muka maknya begitu menakutkan? Aisyah terdetik geram. Kenapa ia boleh jadi seserabut ini? Dia hanya nak kan kebahagiaan. Dia nak Hajar ada ayah. Kenapa semua ni terjadi? Kenapa aku!

Dah terlambat Aisyah! Semua ni dah jadi bubur!

"I want you all to get out from my house! Gett outtttt!" Aisyah tiba-tiba bangun. Dia sudah naik gila. Kerusi di laman diangkat dan dicampak jauh. Aisyah meneriak kuat. Kak Emilda cepat-cepat memapah Adam Baihaqi keluar. Mina dan Bahri juga segera bangun dan melarikan diri. Tak guna berkawan dengan kau Aisyah!

"I hate you Mina! I hate you!" Dia tunding jarinya pada Mina. Marahnya membuak-buak. Aku yang kenal dia dulu sebelum kau! Aku yang suka dia dulu sebelum kau! Dasar perempuan tak guna!

***
Kak Emilda bergegas ke kaunter pertanyaan. Mereka baru sahaja tiba di hopsital besar di Mansoura. Bahri sedang memarkir kereta di tempat letak kereta dan Kak Emilda pula sudah hilang. Katanya dia perlu isi beberapa dokumen. Mina duduk di sebelah Baihaqi. Jejaka itu menjeling Mina seperti kebudak-budakkan. Dia senyum berkali-kali kemudian dia tepuk tangan. Teruja kerana dapat keluar rumah. Kalau di rumah Aisyah, wanita itu telah mengurungnya. Dia tak dibenarkan keluar tanpa kebenaran gadis itu. Baihaqi masih lupa dirinya siapa. 

"Awak?" Jejaka itu memanggil Mina.

"Ya!" Mina jawab teruja. Dia rasakan Baihaqi cuba nak kata sesuatu.

"Saya tengok Bahri tu asyik pandang awak je dalam kereta. Betul ke awak ni tunang saya? Bukan Bahri punya? Kenapa kita tak kahwin lagi?" Jejaka itu tersengih. 

"Awak ni betul ke tak ingat apa-apa?" Mina bertanya. Dia hela nafas berat. Mata Mina kembali meliar melihat pesakit lalu lalang di hospital tersebut. Hati dia menyesal. Belum apa-apa dia dah tuduh Baihaqi bukan-bukan.

"Hehe. Tak! Heee..." Baihaqi masih tersengih. 

Disebabkan muka jejaka itu masih tidak berhenti senyum, akhirnya Mina juga meleretkan senyumannya. Dia rasa tak perlu la dia rasa tertekan sekarang ni. Mina kena bantu Baihaqi untuk ingat diri dia. 

"Ahaha! Awak dah senyum! Tadi saya tengok awak asyik masam je. Saya nak tanya, saya dulu macam mana eh? Betul ke saya sayang awak?"

"Ya! Awak sayang saya sangat. Tapi awak selalu tak cakap pun daripada mulut awak tu. Perbuatan awak je yang nampak jelas. Dan ya! Saya tunang awak."

"Oooo... kita dulu selalu sweet sweet ke?"

Mina tekup muka dia dengan tapak tangan dia. Dia geram. "Tak pun. Awak selalu sakat saya."

"Ooo... Macam mana kita boleh kenal?" Baihaqi mengambil kotak milo di atas peha. Masih menunggu jawapan Mina. Gadis itu mengambil masa cuba menyusun ayat. Baihaqi cucuk straw pada kotak. Air disedut dengan beriya-iya. Kerana terlalu gelojoh, air itu tertumpah pada baju. 

Mina cepat-cepat mengeluarkan tisu dalam bag. Dia lap mulut Adam Baihaqi. Apabila jejaka itu mula tersedak, gadis itu tepuk-tepuk belakang badan jejaka itu. Kemudian, Mina urut-urut perlahan-lahan. 

"Awak ni, cuba minum air tu elok-elok."

"Sayang juga awak eh pada saya ni?"

Entah kenapa Mina rasa nak nangis. Selalunya, Baihaqi lah yang selalu jaga dia, pesan pada dia agar berhati-hati, dan beri kasih dan sayang pada Mina. Tapi kali ni, Adam Baihaqi tak boleh buat semua tu. Walaupun jejaka ini berada di hadapan Mina, dia rasa seperti kehilangan. Sebab Baihaqi langsung tak ingat apa-apa. Dia tak dapat ucap kalimah cinta lagi. 

"Eh, eh! Awak... kenapa menangis ni? Saya tak boleh tengok orang nangis nanti... isk.. saya pun nak nangis! Uwwaa..." Baihaqi merengek.

Mereka menangisi nasib masing-masing. Orang yang lalu lalang menggeleng-geleng kepala. Mina seka air mata dia. "Kenapa awak menangis?" 

"Tak tahu. Saya rasa dada saya sakit. Bila tengok awak nangis, hati saya sedih. Janganlah menangis!" Kata jejaka itu.

"Astagfirullah! Mina! Baihaqi!" Kak Emilda muncul dari belakang. Dia tepuk di belakang badan adiknya.

"Eh, kau menangis kenapa?" Sambung Kak Emilda.

"Kak, aku rasa macam sakit sangat tengok dia ni menangis! Kenapa aku tak ingat apa-apa?" Kata Baihaqi. Kedengaran begitu menyedihkan.

Kak Emilda mengerut dahi. Tangannya mengurut dada sendiri. Sakit jiwa tengok adik aku ni!

"Dah! Dah! Kita nak masuk jumpa doktor and proceed dengan scan. Aku menyampah betul dengan Aisyah. Kau dah kena langgar pun dia tak nak bawa pergi hospital. Tahula nampak tak ada kecederaan yang jelas. Tapi dah hilang ingatan tu maksudnya ada sesuatu la berlaku! Dia boleh buat tak tahu! Ikut sedap hati dia je. Tak tahu ada pendarahan pada otak ke tidak atau apa-apa kecederaan ni. Eh, Baihaqi, kau betul tak ingat ke ni?" Marah Kak Emilda. 

Baihaqi menggeleng-geleng kepala. Daripada jauh dia nampak Bahri. Bai melambai-lambai pada adiknya.

"Mina? Eh, kenapa ni?" Tanya Bahri. 

Mina tertunduk tak nak jawab. Baihaqi tiba-tiba terus bangun lalu dia menghampiri Bahri. Wajah adiknya dia pandang tajam. Dia kenyit mata saat mata mereka bertentangan. Ada sesuatu tak kena ni!

Baihaqi siku Bahri. "Kau suka Mina, eh?"

Adiknya membeliakkan mata. Dia hela nafas berat. "Tak kan aku nak suka tunang orang. Kau ni abang aku."

"Eh... tak bermaksud kau tak boleh ada hati pada dia."

"Baihaqi! Janganlah cakap macam tu. Bahri tak suka Mina lah. Dia just concern sahaja. Kan, Bahri?" Mina menyampuk.

"Ha? Ha. Haa yelah tu." Acuh tak acuh sahaja Bahri jawab. Dia keluh berat. Kalau lah kau tahu aku ni dah jatuh cinta pada kau, pasti kau akan menjauhi aku. Aku tak nak macam tu!

"Ooo... macam tu. Concern jela? Ok!" Baihaqi mengangkat bahu. Dia buat tak endah. Selepas itu, Baihaqi berjalan kehadapan mengikuti Kak Emilda.

"Sorry Mina. Harap awak sabar ya? Hopefully tak ada apa-apa yang berlaku pada dia. Dan kita berdoa sahaja ingatan dia kembali pulih semula." Bahri masih tidak berganjak. Dia cuba memujuk hati Mina.

"Mina pun berharap semuanya baik-baik sahaja. Tak apa, kita masuk dan dengar apa doktor cakap. Lepas tu baru kita fikir macam mana nak bantu dia."

Bahri mengangguk perlahan. Di sudut hati, dia merindui abangnya. Aku harap kau sembuh dengan sempurna! Aku tak boleh berlama-lama jaga Mina. Hati aku tak kuat ni, Bai. Kau yang sepatutnya kena jaga Mina. Kau kena sembuh!


Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.