Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 44

"Bai, janganlah macam ni. Makanlah sikit." Bahri merapati abangnya yang kesedihan. Duduk membatu di atas lantai di Hospital Sham El Sheikh. Roti di tangan hanya dipegang tanpa berjaya disuap untuk dimakan. Dia merenung jauh mengenangkan nasibnya. 

Bahri mengeluh. Ini bukan kali pertama dia lihat abangnya sebegini. 

"Aku tahu Mina tak ada dekat sini. Yes, i know. I do miss her. Aku pun rindu gelak tawa dia. Aku rindu nak jaga dia sebagai adik ipar. Tapi janganlah monyok macam ni."

Senyap. Adam Baihaqi dah tak makan pujuk. Rindu. Dia rindu sangat Mina Arwiena. Setengah mati dia merindui. Kenapa waktu begitu perlahan mencemburui dirinya? Dia hanya mahu membetulkan kesalahan dirinya. Dia benci dirinya kerana tidak berjaya menjaga gadis itu seperti yang dilafazkan. 

"Sudahlah Bai."

"What should i do, Bahri? Aku duduk aku rasa rindu. Aku makan rasa tak lalu. Aku buntu. Tengah mandi pun aku boleh menangis. Like stupid asshole. Im a disaster, Bahri."

"Kita doakan Mina, Bai. Kita doakan yang terbaik untuk dia. Itu je yang aku mampu buat sekarang ni. Kau, janganlah menangis macam ni, Bai."

"Haih." Bahri mengeluh. "Nah. Ambik ni."

Baihaqi mengangkat kembali kepalanya yang sudah dari tadi tertunduk. 

"Aku tak nak bagi kau baca. Aku... aku takut kau makin menangis. sebab bila aku baca surat ni aku terkilan. Tapi aku rasa ni boleh ubati rindu kau."

Baihaqi mengambil kertas yang disua Adam Bahri. Kertas yang sedikit ronyok itu dibuka perlahan-lahan. 

'Awak! Hai, Baihaqi! Mina Arwiena disini. Saya Menulis sebab nak luahkan apa yang saya rasa selama ini. Hehe. Janganlah marah yer? Saya sebenarnya rindu sangat awak. Saya rindu serindu-rindunya. Saya suka sangat bila awak ambil berat terhadap saya. Seronok dan sangat teruja. Awak banyak tolong saya. awak akan maki semua orang yang cuba ganggu hubungan kita. Awak akan marah saya dan tunjuk cemburu. Comel. Saya nak tengok lagi awak senyum. Awak tahu tak awak ni sangat tampan? Walaupun bila bangun pagi, rambut awak kusut, hmm masam, tapi saya suka. 

Tapi, kita ni asyik je bergaduh. Saya pula ego kan? Ish! Tak, awak lagi ego. Benci. Benci. Benci! Tapi, saya sayang. Ah, apa lah aku merepek ni. Bukannya awak akan baca pun apa yang saya tulis. Sebab, saya akan buang kertas ni!

Awak, Adam Baihaqi. Awak rasa kita ni  jodoh kuat ke? Kenapa ya, awak rasa macam tu? Saya sebenarnya sedih. Saya nak balik malaysia. Tapi, saya malulah nak cakap. Awak bukannya sayang saya lagi. Kan? Kan? Hmm, apa-apalah. Saya nak jumpa kak yuri. Nak jenguk kubur abah dan ibu. Awak kan dah janji. Nak tanya Bahri pula, segan. Nak tanya kak Emilda pula, lagi segan! 

Awak, saya dah lama tak dengar awak cakap awak rindu saya. Awak sayang saya. Awak, eh banyak pula awak. Saya nak sebut nama awaklah. Nak jerit! Adam Baihaqi! Adam. Bai. Haqi! Hm, awak rasa awak dengar tak saya jerit ni? Saya nak tengok awak senyum dan ketawa. Awak janganlah banyak fikir. Saya tak boleh la kalau tengok awak sedih. Hancur hati saya nanti. Dan! Saya harap sangat awak menjadi seorang lelaki yang kurang marah. Eh, tak! Saya nak awak jadi seorang penyabar. Dan penyayang. Untuk sesiapa sahaja yang bakal disayangi Adam Baihaqi, saya harap dia bahagia dengan awak. 

awak, saya kan rindu la saat kita bertemu di lapangan terbang. Masa tu mata saya merah sangat kan? Saya menangis. Awak la hero saya. Awak tolong saya. Awak betul-betul nak tolong saya. Yang paling kelakarnya, saya ingat awak orang arab yang tak faham bahasa melayu. Hehe. Lucu! Kalaulah boleh pusing balik, saya nak cakap awak ni kacak! Betul-betul kacak sehingga buat jantung saya berdegup kencang. 

Awak, kalaulah saya tak ada. Awak jangan sedih ya. Entah kenapa la saya rasa macam ni. Mungkin saya rasa jodoh kita tak panjang? Hmm? Entahlah. Boleh ke saya rasa macam ni? Ish! Rasa berdosanya. Tapi, tapi, kalau saya tak ada, awak janji kena jaga Kak Emilda dan lebih-lebih lagi Adam Bahri. 

Bahri, kalau awak baca ni. Saya sayang sangat awak. Awak kuat. Awak baik. Selalu jaga saya. Saat pertemuan kita dulu kan, saya rasa awak benci saya. Tapi rupanya sebaliknya. Awak, awak kena jaga Adam Baihaqi untuk saya ya? Dia saya punya. Kalau saya ditakdirkan tak berada di sisi Adam Baihaqi, awak ambil alih tugas saya. Untuk menjaga dan menyayangi dirinya sepenuh hati awak. Pastikan awak teman dia saat dia sepi dan bersedih. Saya harap doa saya ni diterima Tuhan. Kalaulah, saya dah tak ada saya doa juga yang awak tabah dan sabar dengan pemergian saya. Saya tahu, awak mesti tengah menangis kan? Janganlah. Nanti saya sedih. 

Awak, lap air mata tu ya. Kalau sakit, ambil air sembahyang. Solat. Kita pun bukannya hidup lama. Masa kita singkat. saya tahu awak boleh. Awak kena kuat! Ok? Kalau sedih, awak tatap la gambar saya. Saya mesti senyum tengok awak berubah dan bahagia. 

Eh, saya tak perasanlah dah nak show! Fuh! Walaupun tak dapat luahkan, sekurang-kurangnya saya dah merapu dekat sini. Atas kertas ni.Saya pergi dulu. Hash tag saya akan buang kertas ni. Harap-harap awak tak baca. Nanti, awak sedih. Saya lagi sedih. Ok Adam Baihaqi. Assalamualaikum!'

"Bai... isk... isk..." bahri menggengam bahu Baihaqi. Dia juga turut menangis melihat Adam Baihaqi mula meneriak menangis membaca kertas milik Mina Arwiena. Dia Menahan esakan yang makin kuat. Dia benci melihat abangnya begitu. Kenapalah semua ini terjadi? Dia nak ulang semula dan betulkan apa yang salah. 

"Kau kena kuat Bai. Untuk Mina."

"Aku salah Bahri. Apa aku buat ni! Aku membodohkan diri aku untuk dia. Aku buat dia tertunggu-tunggu aku. Kau... isk.. isk... kau tengok apa dia tulis. Layakkah aku untuk dia?"

Bahri perlahan-lahan duduk di sebelah Baihaqi. Mereka duduk di lantai sejuk itu meratapi apa yang telah berlaku. 

"Kita hanya boleh rancang dan usaha, Bai. Tuhan yang tentukan."

"I hate myself. I really do!" Baihaqi menghentak kepalanya ke belakang dan mengenai dinding. Baju kurung milik Mina Arwiena masih setia di sisi Adam Baihaqi. Bau minyak wangi ros yang selalu dipakai Mina masih tersisa. Dia begitu merindui gadis ini. Yang tinggal hanya ucapan kesal, kesal dan kesal. 

****
Kejadian semasa di Gunung sahara. 
8 malam.

Baihaqi menghentak stereng kereta. Dia melajukan pacuan empat roda itu. Pemandu sudah bertukar tuan. Perjalanan sangat panjang. Baihaqi terasa sesak dadanya tetapi dibiarkan. Adrenalin merembes dengan banyakknya. 

Setelah diketahui keberadaan Mina, mereka terus menuju ke Gunung Sahara. Tiba di perkampungan itu, mereka bertukar kereta pacuan empat roda berjenama Chevrolet Silverado berwarna putih. Tak mungkin dia dapat memandu kereta audi di kawasan pasir. 

Orang yang dipercayai Adam Baihaqi menunjuk arah keberadaan Mina Arwiena di tengah-tengah padang pasir. 

"They are dead meat! Aku akan bunuh dorang dengan tangan aku sendiri!"

"Untuk mina! Untuk Qi dan untuk kak Emilda! Aku akan balas dendam juga." Edin bersuara.

Zack yang melihat terus melontarkan senapang patah ke arah Baihaqi dan rakannya Edin. 

"Dont you dare messing with me. Aku Adam Baihaqi lah! Arrgghhh!" 


Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.