Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 18

Hati Mina berbunga-bunga. Siapa tidak suka jika dalam diam ada orang telah menyukai kita? Tak semena kita akan senyum sendirian tanpa sebab dan kita jadi tak fokus. Kemudian, muncullah segala pemikiran negatif apabila mendapati lelaki yang menyukai kita tidak bertindak dengan sepatutnya.

Suka buatlah cara suka! Jangan main tarik tali. Penat tahu tak? Kita ni bukannya haiwan yang tertambat. Untuk sewenang-wenangnya kau suka tetapi tidak membuat apa-apa. Kata suka tapi kau layan perempuan lain juga sama. 

Maka, apabila Adam Baihaqi mengucapkan perkataan tunang, satu persoalan muncul di benak fikiran Mina. Mina segera membuka pekung di dada.

"Adam Baihaqi?"

"Ya, Mina Arwiena?" Jejaka itu melafazkan nama penuh Mina. Hati berdegup laju. Dia tidak tahu kenapa wajah Adam Baihaqi nampak terlampau kacak pada waktu ini. Atau benarlah orang kata apabila bercinta, kita akan jadi buta. Yang hodoh kita nampak cantik. Yang jahat kita nampak dia baik. Syaitan sentiasa mengaburi mata dan perasaan.

"Awak betul ke nak saya cakap macam tu? Nak beritahu orang lain yang saya ni tunang awak? Apa kata Bahri dan Kak Emilda?"

Baihaqi sedang memacu kereta empat roda itu dengan laju. Mata masih memandang di jalan.

"Maksud awak, awak tak suka?"

Ish, tak kan la aku nak cakap aku tak suka! padahal hati aku ni tak berhenti menjerit kegembiraan.

"Tunang tu satu perkara yang sangat besar bagi saya, Adam Baihaqi."

"Ya, saya tahu, Mina Arwiena."

"dan tunang tu bermaksud, persediaan untuk mengenali pasangan masing-masing sebelum perkahwinan."

"Ya, saya tahu tu, Mina Arwiena." jejaka itu tersenyum. 

"Betul ke awak ada perasaan pada saya?" gadis itu akhirnya berani untuk bertanya. Dia takut perkataan tunang itu hanya satu alasan untuk orang lain tidak mengganggunya. Mungkin benar Adam Baihaqi tidak bermaksud untuk melafazkan perkataan tunang. 

Pacuan kereta BMW hitam itu mula diperlahankan. Baihaqi memandang gadis di sebelahnya. "Itu ke yang awak fikir Mina? Kalau macam tu saya minta maaf."

"huh?" Mina kalih pandangannya ke arah Baihaqi. Jadi, memang benarlah perkataan tunang itu hanya jalan keluar bagi semua masalah? apa ni Baihaqi! 

"saya minta maaf sebab awak terpaksa berfikir sama ada saya suka awak atau tak. saya ingatkan dah cukup semua benda yang saya buat untuk awak. Semuanya itu membawa maksud sayang, suka, cinta. jadi, saya yang salah. Awak, saya nak beritahu, saya, Adam Baihaqi suka, sayang dan cinta akan Mina Arwiena. Sudikah awak menjadi kekasih hati saya sampai bila-bila?"

Hati Mina sudah cair. Pada mulanya dia nak melarikan diri. Dia tidak mahu Adam Baihaqi menyukainya. Siapalah dia untuk bersama-sama dengannya? Sehidup dan semati bersama jejaka itu. Dia hanya gadis kampung. Dia tak punyai apa-apa.

"Saya sebenarnya takut kalau awak sayang, cinta, suka saya sebab muka saya iras Sara Sadeeqa."

Baihaqi membisu. Dia sedang menyusun ayat. Dengan berhati-hati dia menutur kata-kata itu.

"Awak tahu tak apa perasaan saya masa nampak muka awak?"

Iyalah! Dia lupa tentang itu. Bukankah pertemuan mereka berdua ini disebabkan pandangan seorang jejaka terhadap seorang gadis?

"Saya terpaku. Why is she so pretty? Saya nampak seorang gadis berpakaian sangat ayu dengan baju kurung dia. Yang paling lucu, baju awak tu nampak nipis. Saya waktu tu fikir, alahai kesiannya! dia tak tahu ke Mesir sekarang tengah winter."

Mina menutup mulutnya lalu ketawa. Dia masih ingat lagi saat-saat menjejakkan kaki di Mesir. Di negara orang.

"Memang saya tak perasan muka awak iras Sara Sadeeqa sehinggalah Bahri tegur saya dan beritahu saya ni buta ke! Trust me! You guys do looked alike, but nah! Saya pandang awak hanya sebagai Mina Arwiena. Dan saya sayangkan Mina Arwiena!" Baihaqi menurunkan cermin tingkap lalu menjerit sekuat-kuat hatinya. Angin sejuk terus menampar ke pipi.

Gadis itu tidak lekang dengan senyuman. Dia gembira. Tetapi dalam benak fikiran dia memikirkan sesuatu yang mampu memisahkan mereka.

"Awak tak kisah ke saya ni tak ada apa-apa? Saya tak sempurna awak. Saya tak ada mak. Saya tak sekaya awak. Oh, saya nak jujur dengan awak!"

"Kalau macam tu lebih baik saya kahwin dengan diri sendiri. Eh, Mina, awak jangan main-main. Adakah awak ni seorang lelaki!" 

"Haha! Baihaqi! Tak lah!"

"Saya boleh terima semua jawapan kecuali jawapan tu." 

"Ish! Bukan! Saya ni tak pandai masak. Saya tahu makan je."

"Ok la! Itu sebab awak kena kahwin dengan saya. Saya nak bagi awak makan."

"Kalau saya gemuk, awak nak ke lagi?"

"Eh, awak ni boleh gemuk ke? Te hee..." Baihaqi berseloroh. 

Sambungnya lagi, "entah-entah nanti bila saya dah tua, dah tak kacak lagi, awak dah tak nak saya kan?"

"Naklah."

"Ha? Saya tak dengarlah!"

"Ish, saya nak Adam Baihaqi lah!" 

***
Adam Bahri nampak tenang menikmati makan malam di atas meja. Dia capai cawan kaca yang sedikit jauh. Di meja makan yang panjang itu, Bahri duduk seorang diri. Terdapat satu lampu Chandelier yang tersergam Indah menyinari ruang tamu. Dia ditemani beberapa pembantu rumah yang berada di hadapan pintu. Mereka berdiri menunggu Tuan muda Bahri untuk selesai makan. Menu pada malam ini adalah ayam panggang yang dimasak khas daripada chef terkenal. Beliau telah pun bekerja di dapur di rumah adik beradik Adam selama 20 tahun.

Pang!

Tiba-tiba, cawan dicapai jatuh dan berkecai. Cebisan kaca telah melukai kaki Adam Bahri. 

"Aduh!"

Jejaka itu termangu. Beberapa orang pembantu rumah berkejaran untuk mengemas kaca tersebut. Bahri masih duduk di atas kerusi. Tidak berganjak. Dia pegang dada dia. Rasanya pelik. Perasaan hilang itu tiba-tiba muncul. Matanya meliar mencari kelibat Adam Baihaqi. Abangnya masih belum balik lagi. 

Mungkinkah akan ada sesuatu yang berlaku? Perasaan apa ini ya? Kan selalu bila ada perkara buruk akan terjadi, hati rasa tak tenang. Seperti kita sudah menjangkakan yang ia akan berlaku. 

Adam Bahri capai telefon dan terus menghubungi abangnya. 

Tidak berjawab.

***
Kelibat seorang lelaki berada di satu studio yang malap kelihatan. Dia membelek-belek gambar yang telah dicuci. Tangannya mencapai sekeping gambar yang sudah dicuci dan menunggu untuk kering. Beberapa minit kemudian, gambar itu terlakar. kedengaran bunyi lagu, 'Phantom of the Opera' begitu nyaring dimainkan di corong radio. Jejaka itu ikut menyanyi. 

Lelaki itu tersenyum sinis. Nafsunya membuak-buak. Dia leka melihat gambar seorang perempuan separuh telanjang. Tiba-tiba, dia ketawa dengan kuat keseorangan. Hatinya rasa puas apabila dapat melempias nafsu kepada gadis ini. Sayangnya, kau sudah mati. Yang penting, tiada siapa tahu apa yang telah berlaku. 

Kenapa? Sebab kau dah mati! Haha! Haha! Haha!

Kemudian, dia terus mencapai buku yang tertulis, 'Kepunyaan Professor Aqwa' dan keluar dari bilik tersebut. Lampu dimatikan. Pintu tertutup rapat.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.