Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 11

Kereta Range Rover XLT+ dengan kuasa single turbo diberhentikan dihadapan pintu sebuah gudang. Pintu itu habis musnah dirempuh dua buah kereta ini. Cahaya bulan daripada luar menyinari gudang yang gelap tidak berlampu dan bercahaya. Bau gudang ini busuk seperti bangkai! Kelihatan Adam Baihagi begitu segak dan tampan berdiri di hadapan keretanya. Bibirnya tersenyum lebar. Hatinya berdetik, mampusla kau Syed durjana! Berani kau sentuh adik aku dan Mina Arwiena?!

Senyuman sinis dileretkan. Kemudian dia ludah pada lantai. Hanya nak menunjukkan betapa hinanya perbuatan dia ini. Jangan bermain dengan naga. Kau tidak akan boleh hidup!

Mata Adam Baihaqi kemerahan seakan-akan ia membara. Dia sakit hati melihat dua orang insan yang dia sayang dalam keadaan yang menyayat hati. Mina Arwiena dan Adam Bahri sudah nampak kusut diperlakukan oleh El-Syed. 

"El-Syed! Orang yang kau cari adalah aku! Kenapa kau bermain dengan adik aku?! Kau ni gila ke sewel ke bongok?!" Adam Baihaqi menunding jari ke kepalanya sendiri. Selepas itu dipusing-pusingkan jarinya. Katanya, orang gila macam ini lah. Otaknya tidak berfungsi dengan baik.

"Ahahaha! Adam Baihaqi! Akhirnya kau datang juga tempat aku! Kau nak dorang ni? Ambikla!" Disuruh orang bawahannya membawa Mina Arwiena dan Adam Bahri ke tempat tersorok. 

"Baik kau berhenti apa kau buat! Sebelum aku patahkan tengkuk kau! Guys! Kejar dia!" Tangan Baihaqi diangkat tinggi lalu dihala ke hadapan. Mara!

Mereka berlari mendapatkan musuh. Tetapi Adam Baihaqi dan El-Syed mencari tubuh masing-masing. Syed yang sudah menghampiri Baihaqi dengan pisaunya ditangan terus ditendang oleh Baihaqi. Syed tersungkur di atas lantai. Baihaqi berlari lalu memukul kepala Syed yang baru cuba bangun. 

Puk! Kepala Baihaqi dipukul oleh seseorang. Dia kalih, tiada siapa. Kepalanya terasa bingai. Perit. Semasa dia menoleh ke hadapan, Syed sedang berlari ke arahnya lalu menolak badan Baihaqi. Mereka jatuh ke lantai. Syed berada di atas Baihaqi. Dipukul muka Baihaqi itu bertubi-tubi. Baihaqi menghalang dengan tangannya. Sakit! Ah, tepilah!

Dia menghentak kepalanya sendiri ke dahi Syed. Lelaki itu meraung lalu menggelupur di atas lantai. Hah, rasakan kepala besi aku! 

Baihaqi menendang perut Syed. Kemudian dia menarik kolar baju lelaki itu. Bunyi shrreet seperti bunyi kain direntap kedengaran. Muka Baihaqi sudah berlumuran darah. Dia tak kisah, dia rasa nak bunuh orang!

Sebelum dia sempat menghayunkan tangannya untuk memukul Syed, tanggannya dihalang seseorang. 

Kak Emilda!

"Cukup Baihaqi! Kita dah berjaya selamatkan Bahri dan Mina. Untuk dia ni, kita serah pada yang berkuasa. Polis dah nak dekat sampai. Kita blah sekarang!" 

Baihaqi mendengus lalu menolak badan Syed kasar ke tanah. 

"Jangan kau berani dekati keluarga aku lagi! Kalau tak, lepas ni kau mati!" 

***
Mina Arwiena tidak keruan. Dia tidak sabar untuk sampai ke hotel, kemas barang dan larikan diri daripada Baihaqi. Dia marah! Betulkah apa yang diberitahu Syed? Yang Baihaqi ini pembunuh? Jadi, muka aku ini seiras gadis bernama Sara Sadeeqa? Apa yang cuba kau buat Adam Baihaqi? Saat kau tenung aku semasa di lapangan terbang di Malaysia dulu, apa agenda yang sedang kau cuba buat? Aku sudah agak, Adam Baihaqi tidak akan sewenang-wenangnya menegur gadis biasa seperti aku! Sayang? Ah, beranganla Mina! Adam Baihaqi bukan untuk kau!

Apabila tiba di hadapan hotel, dia cepat-cepat turun daripda kereta. Baihaqi segera menarik tangan Mina. Mina tolak kasar.

"Mina, awak ni kenapa? Awak nak pergi mana?" Tutur Baihaqi lemah. Dia penat!

"Saya nak pergi daripada sini. Saya tak tahu apa yang saya buat dekat sini. Berkawan dengan awak. Banyak benda awak rahsiakan daripada saya. Apa lagi benda awak tak bagitahu? Huh?!" 

Mina membentak.

"Please, not now. Orang dengar." Baihaqi cuba memujuk.

"Biarlah dorang dengar. Biar dorang tahu macam mana sakitnya hati saya bila awak buat saya macam ni. Awak memang tak pedulikan hati saya pun. Saya tak tahu awak ni siapa, Adam Baihaqi. Betul ke apa yang Syed cakap? Adakah awak telah bunuh Sara Sadeeqa?"

"Mina? Awak percaya apa dia cakap? Huh! Itu yang awak nak dengarkan!" Tiba-tiba Adam Baihaqi juga melenting. 

Bahri merapati. Dia menahan Baihaqi daripada melakukan apa-apa. 

"Entah. Saya dah tak tahu nak fikir apa. Kenapalah saya percayakan awak sangat sampai satu benda pun awak tak nak cerita. Siapa Sara Sadeeqa?"

"Cukup Mina. Kalau saya cerita pun, awak akan fikir bukan-bukan. Saya tak nak cakap apa-apa." Baihaqi mengelat.

"Hahaha! Tengok! Ini lah maksud saya. Awak selalu buat macam ni. Bila saya tanya, awak tak nak jawap. Dah lah. Saya penat. Saya serik!"

Mina terus berlalu pergi. Baihaqi cuba mengejar Mina tetapi dihalang Bahri.

"Bai, biarkan dia cool down. Tak guna korang gaduh macam ni."

Baihaqi menghembus nafas berat.

"Aku akan bawa Mina balik malam ni. Kau balik esok dengan Kak Emilda." Bahri menepuk bahu abangnya lalu berlari mendapatkan Mina.

****
Mina berlari masuk ke dalam bilik hotel. Pintu dihempas kasar. Bodohnya, aku!

Dia menarik bagnya di atas lantai. Zip dibuka. Dia berlari ke arah almari lalu mengambil semua baju-baju dan barangnya. Hatinya sakit dan berat. Kenapa semua ni berlaku pada aku? 

Aku tak ada sesiapa pun. Tak ada siapa sayang aku. Kenapa Tuhan uji aku macam ni? Apa dosa aku?! 

Kalaulah ibu ada, semua benda dia akan ceritakan padanya. Macam mana perasaan dia kini dan apa yang harus dia lakukan. Dia nak cerita semuanya. Abah dan Yuri sudah buang dia daripada hidup mereka. Jadi, tinggallah Mina sendirian merentang liku-liku hidup yang pahit ini.

Tok! Tok! Tok! 

"Mina..." kedengaran Bahri diluar pintu, cuba memujuk.

"Apa?! Kau nak apa lagi?!" Mina terduduk di atas katil. Dia menangis semahu-mahunya. Bahri tidak cepat melatah. Dia tahu Mina terkejut yang semua ini terjadi. 

"Awak, saya bawa awak balik Alex, ok?"

"Biar saya balik sendiri lah!" Mina memekik.

"Takkan malam-malam macam ni, awak. Saya hantar eh? Kita naik flight malam ni. Pukul 12 malam ni. Boleh?" Bahri masih memujuk.

Kedengaran tombol pintu dipulas. Pintu terbuka sedikit. Wajah Mina kelihatan penat.

"Sorry." Mina meminta maaf. Bahri tahu hati gadis ini sangat lembut. 

"Its ok! Yang penting kita balik malam ni. Awak siap dulu. Nanti saya ambil awak dekat bilik."

Mina mengangguk perlahan. Dia merenung wajah Bahri yang ada iras-iras Adam Baihaqi. Hatinya terusik. Kenapalah Adam Baihaqi tak macam kau? Aku lebih selesa dengan kau. Mungkinkah aku tiada jodoh dengan Adam Baihaqi? 

Tuhan, apa yang aku perlu buat sekarang ni?


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.