Setiap dugaan yang datang, mentari akan ditutupi awan. Ombak bergelora memukul benteng. Hati menjadi remuk dan tidak tentu arah. Apakah benar ujian yang diuji untuk menentukan hati mana yang sudah mati? Hati yang mati akan sentiasa bongkak dengan ilahi. Benarlah kata orang, manusia itu diuji kerana Tuhan sayangkan kita. Dia tidak mahu hambanya makin menjauh dan busuk hati.
Mina Arwiena memandang wajah Adam Baihaqi yang sibuk melayani beberapa rakan perempuan di cafetaria. Tiga wajah yang tidak dikenalinya membuatkan hati Mina panas. Mentang-mentang Adam Baihaqi tidak ingat apa-apa, kau orang ambil kesempatan! Dan aku? Dibiarkan terumbang ambing seperti kapal yang terapung di lautan. Kenapa hidupnya rumit? Dia hanya mahu sayangnya berbalas. Dia mahu seorang jejaka iaitu Adam Baihaqi.
"Mina, Prof panggil. Dia tunggu dalam bilik dia. Kau dah habis makan kan?" Seorang budak perempuan berlari tercungap-cungap menegurnya. Mina meletakkan sudu yang dipegang ke atas pinggan. Wajah rakannya itu dipandang pelik.
"Prof Aqwa? Dia nak apa?"
"Dia cakap soalan quiz dia tengahari tadi kau jawab banyak salah." Iffa mengerut dahinya. Kemudian dia jungkit bahu.
"Alamak. Ye ke? Aduh. Aku tak nak jumpa dia sorang-sorang. Kau teman boleh?" Kata Mina sedikit curiga.
Iffa mengeluh. Kawannya itu yang tidak bertudung dan berpakaian kasual terus merungut. "Alah. Kau pergi je la. Aku ada hal lain ni."
"Ha, yelah. Aku pergi sekarang." Mina bangkit dari kerusi. Makanan yang tidak sempat habis, dibiarkan. Sempat juga dia menjeling ke arah meja yang diduduki Adam Baihaqi. Perasaan gelisah mula menyelubungi diri. Kalau Adam Baihaqi ada mesti dia akan marah. Dia akan teman aku sampai masuk bilik Prof. Cemburu dia kadang kala merimaskan. Tetapi itulah yang paling dirinduinya.
Tuk!Tuk!
"Yes, come in."
Mina membuka pintu apabila ketukan itu berbalas dengan jemputan. Gadis itu menjengah kepala ke dalam bilik. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Prof Aqwa berada betul-betul di hadapan pintu. Kiranya jika dia tergesa-gesa masuk, mahu aja badannya melanggar badan Prof Aqwa. Mina terus menarik kepalanya keluar lalu menutup pintu. Hati dia berdebar-debar. Dia tak nak berdua-duan dengan Prof Aqwa. Kadang kala jejaka ini suka mendesak.
"Mina? Masuk je." Pintu itu terbuka dari dalam. Prof Aqwa sedang memegang tombol pintu. Mina melangkah masuk perlahan-lahan.
"Good afternoon Prof. I heard you want to see me. Is there any problem?" Mina masih berdiri di hadapan meja.
Prof Aqwa tidak pantas menjawab. Dia perlahan-lahan pergi ke kerusinya lalu duduk. Dia capai pen dan kertas lalu meletakkannya di atas meja. Mina menunggu seperti patung. Dia kaku menunggu jawapan Prof.
"Mina, awak boleh duduk dulu sini. Sebenarnya, soalan yang saya bagi tengahari tadi, awak banyak buat silap. Saya nak betulkan semula regarding this topic. Petang ni tak ada kelas kan? Can you spare some time with me?" Kelihatan leretan senyuman diberikan kepada Mina. Mina acuh tak acuh mendapatkan tempat duduk.
"Sure Prof."
"Ok, tapi saya tak nak ajar awak dekat bilik ni. It will be too stuffy. And you will get migraine. This will be a big topic."
"Eh prof, Im ok. We can talk here." Mina membantah.
"Its not ok for me. Jom kita keluar?" Prof Aqwa mendesak.
Mina nampak berat hati tetapi setelah didesak oleh jejaka itu berkali-kali akhirnya dia setuju. Mina melangkah keluar dari bilik dan berlalu ke kereta prof. Kereta mustang kuning yang diparkir di bawah pokok memukau mata Mina. Cantik gila.
"Its yours?" Mina bertanya.
"Yup. Come dear. Masuklah." Pintu Mustang di bahagian penumpang dibuka dari luar. Hati Mina sedikit ragu apabila prof memanggilnya dengan panggilan sayang. Kau jangan main-main Prof! Kalau Adam Baihaqi sudah pulih ingatan, dia akan berlari dan cari kau sampai lubang cacing!
"Where are we going?" Mina angkat kening. Kaki dia masih tak menjejak ke dalam.
"Awak ni Mina. Bukannya saya nak bawa awak pergi tempat tak senonoh. Im a qualified doctor and a professor to my student. Are you in doubt with me?"
"Eh, no. Im just asking." Mina menggeleng-geleng kepala. Dia nampak serba salah. Ish, kau ni! Tak kan la dia nak buat apa-apa! Kau bukannya kenal dia dan dia tak kenal kau! End of story! Jangan perasan.
"How you like it? Is the aircorn cold enough for you?" Prof Aqwa menekan punat penghawa dingin. Mina tidak berani memandang ke arah Prof Aqwa.
"Im fine." Mina tak banyak menjawab.
"Mina, actually, I really like you. I mean as a student. Tapi sayang sangat you miss a lot of my class. I tak nak you kena repeat paper banyak kali. I dont mind if i need to teach you extra classess after class. And oh..."
Prof Aqwa menghentak sterengnya sedikit perlahan. Dia baru teringat sesuatu. "I heard you are searching for a job. Is it true?"
Mina menoleh ke arah Prof. Dia mengerut dahi. Kening hampir bercantum satu. "Er, macam mana prof tahu? I didnt tell anyone."
"Ah, i heard from Puteri. Your friend right?"
"Ah..." Mina mengeluh. Mulut kau Puteri aku rasa patut aku rejam dalam tanah.
"Why? Is there any problem?"
"Oh, tak ada prof. Saya ok je. And yes, im searching for a job. I need to pay for rent and daily expenses."
"Yes i know. Luckily you have me." Prof Aqwa melemparkan senyuman lebar. Mina terasa seram sejuk apabila melihat jejaka itu bertindak sedemikian. Kenapa aku patut bersyukur kau ada? Kau ni siapa Aqwa?
"First, stop calling me Prof. Call me Aqwa if we go outside. And second, i want to offer you a job at my place. I own a coffee shop. You can be my cashier after finish class. I really need someone to run my coffee shop."
"Really!" Kedengaran Mina hampir menjerit. Dia rasa tak sangka juga dia bertuah dapat tawaran kerja secepat ini.
"Dan ketiga, izinkan saya bercakap dalam bahasa melayu. Saya nak belajar juga. Awak tahu kan memang sedikit pelat tapi saya nak cuba."
"Haha! You sound so funny! I mean not in a weird way. Oh yes! Maksud saya, ya! Mesti la. Kalau prof nak..."
"Mina, panggil Aqwa je."
"Er, kalau Aqwa nak belajar bahasa melayu boleh, tapi saya nak juga belajar bahasa arab. Boleh?" Mina mula membiasakan diri dengan profnya.
"Good. That sounds great! Saya boleh."
"Ok! Im glad we can help each other, Aqwa. Saya akan tolong awak kalau ada perkataan yang awak tak tahu."
****
Mina melangkah masuk ke dalam kedai kopi milik Prof Aqwa. Mata dia melilau melihat seorang wanita berlari berkejaran mendapatkan prof. Siapa dia ni?
"Ya habibi!" Wanita itu mendakap Aqwa bersahaja. Kemudian dia pandang Mina.
"Sara Sadeeqa?"
Mina mengerut dahinya. Ha? Kau cakap apa!
Aqwa menarik tangan wanita itu ke satu sudut. Mereka kelihatan berbalah. Mina membiarkan. Bukannya pertama kali ada orang silap. Dah ramai tegur dia dan ingat dia ialah Sara Sadeeqa.
"Maaf! Itu makcik saya. Dia tolong saya jaga kedai. Sara pernah datang sini."
"Oh? Macam mana Aqwa kenal Sara ya?"
"Er, kawan kepada kawan."
"I see." Mina mengangguk kepalanya perlahan-lahan. Susah betul apabila muka kau ni serupa dengan muka orang yang dah mati. Dorang akan beri satu pandangan yang mengejutkan. Kalau aku, aku dah mencarut sebab ingatkan nampak hantu!
"Tafadhal Mina! Inti ayza hagga?" Wanita itu mempelawa Mina masuk ke dalam. Tanyanya ada apa-apa yang Mina mahukan?
"La'a! Ana kuwaissiyah, Faridah!" (Tak apa. Saya ok je, Faridah)
"Leh? Fi musykillah? hina, fi shai, fi laban wa kulla haga!" (Lah, napa? Ada masalah ke? Dekat sini kita ada teh, susu dan banyak lagi.)
"Aywa. Mumkin, shai bas. Syukran Faridah!" (Oh, baiklah. Mungkin teh sahajalah. Terima kasih Faridah)
"Tab an! Mina, uuddi Hina dilwakti!" (Baiklah! Mina, duduk la sini.)
Mina berjalan ke arah kerusi yang ditarik Faridah. Wow! Not bad la kedai ni. Ada aircorn. Interior design juga nampak sedikit modern. Ramai juga pelanggan yang sibuk menikmati air kopi dan teh. Di suatu sudut juga kelihatan beberapa orang menghisap shisha lalu menghembus asa itu berkepuk-kepuk.
"So, are you comfortable sitting here? Or you want to go somewhere else?"
"No! Im good. Infact, im too comfortable." Mina menunjukkan ibu jarinya tanda dia sangat selesa.
"Ok, then while waiting for your tea, lets start?" Prof Aqwa mengeluarkan notanya lalu diletakkan di atas meja.
Mina, kau ni kan. Suka judgemental! Prof ni baik jela. Bukannya dia bawak kau pergi disco! Dan dia tak lakukan benda tak senonoh pun. Kau kena banyak bertenang. Sekarang ni, dia dah tawarkan kau pekerjaan. Jadi, ambikla. Apa tunggu lagi! Kau memang sedang cari kerja kan? Haih, bukannya apa! Adam Baihaqi macam mana? Kalau dia tahu mesti naik angin. Eh hello, Mina! Kau tak nampak apa dia buat dekat kau untuk beberapa hari sekian lamanya? Dia tak kisahlah. Kau buat je apa kau nak. It will be fine.
"Mina? Awak ok ke?" Prof memetik jarinya di hadapan muka Mina. Gadis itu sedang mengelamun.
"Huh!"
"Ok, sekarang i dah tahu kenapa. Awak suka mengelamun dalam kelas saya. Saya ni bosan sangat ke?" Aqwa memuncungkan bibir. Merajuk.
Mina ketawa kecil. "Eh, no lah! Saya, erm, sedang memikirkan sesuatu. Maaf sangat prof!"
"I said not to call me prof. Panggil saya Aqwa. Nanti saya suruh panggil abang kang. Awak juga yang malu."
Aduh! Janganla macam ni Prof! Saya ni tak suka jiwa yang manis bersemut! Tak boleh!
"Er! So sorry! Wouldnt happen again. And i am not going to call you Abang!"
"Why? Awak nampak macam jijik je."
"Astaghfirullah, Aqwa. Tergamaknya saya menjijikkan ciptaan Tuhan? Tak baik tuduh saya macam tu."
"You know what Mina? I am happy that you are infront of me. Together sitting here in my favourite place."
"Terima kasih kepada Aqwa juga. Saya tak mungkin akan dapat peluang ni daripada sesiapa pun. I really appreciated your help. And yes, i will accept your offer."
"Seriously? Awak jangan patah balik kata-kata awak tu, ya? This is one time offer je." Kata Aqwa riang.
"Yes. But in one condition. Jangan beritahu Adam Bahri atau Adam Baihaqi. Dia orang akan marah saya."
"Talk about that. Siapa dorang tu? Why they pestering you?" Aqwa angkat kening.
"Tak kan Aqwa tak tahu? Actually, Adam Baihaqi is my fiance. But he lost his memory. I dont know if he still loves me. He just dont remember me. It feels awful. Sakit bila orang kita sayang tak ingat diri kita." Mina berseloroh. Cawan teh yang sudah dihidangkan diambil lalu dihirup perlahan airnya.
"Peritnya mendengar. Mesti lebih sengsara bagi orang yang merasai. I hope he will get better and you both will get along."
"Thank you, Aqwa."
"Hei, no problem. Jadi esok, awak mula kerja ya? In between kerja, kalau tak ramai pelanggan, saya akan ajar awak santai macam ni. Boleh?"
Mina baru nak memberi jawapan. Tiba-tiba, kedengaran nama dia diteriak oleh seseorang. Hati dia gundah. Kenapa kau ada di sini!
"Mina Arwiena! Apa awak buat dekat sini!"Suara kekasih hati naik meninggi. Mina terkial-kial bangun dari duduk.
"A..awak! Baihaqi, awak buat apa dekat sini?" Dia jeling pada Puteri yang berdiri di sebelah Adam Baihaqi. Eh, perempuan, kau ingat dengan beritahu Adam Baihaqi yang aku ada dekat sini, hidup aku akan musnah? Akal kau cetek!
"Saya tak buat apa-apa. Prof nak ajar saya je."
Baihaqi berlari ke arah gadis itu. Tangan Mina direntap dari sisi.
"Baihaqi!" Mina meneriak. Dia tidak suka dipaksa begini.
"Kau ni kenapa degil sangat? Aku cakap balik, baliklah!"
"Yang awak nak marah saya ni kenapa? Apa pula penjelasan awak tentang layanan awak kepada saya! Awak layan perempuan lain sedangkan awak tahu saya ni tunang awak! Tak terfikir ke macam mana sakitnya hati saya awak buat saya macam ni!"
"Itu lain! Saya tak ingat apa-apa Mina! Tak boleh ke awak beri saya masa." Baihaqi menepis tohmahan itu.
"Haha! Mungkin saya yang gila, Adam Baihaqi! Saya gila sebab masih menaruh harapan pada janji awak!" Mina menjeling ke arah tingkap. Dia menghembus nafas dia berat.
"Mina, awak bicara tentang cinta dan sayang. Awak beritahu saya yang kita ni dah bertunang. Tapi awak tahu tak macam mana kelirunya saya sekarang dan tak terfikirkah yang saya ni dah hilang arah!"
"Baihaqi, awak ingat awak seorang sahaja yang tak tentu arah? Hidup saya tersepit awak! Awak ajak saya tinggal di mesir! Janjinya, nak kahwin. Tapi awak tak berusaha pun untuk cuba baiki kelemahan awak. Kalau awak betul tak ingat apa-apa, tapi tolong ingat satu benda. Sayang saya ni tak akan sesekali saya menduakan. Tapi awak Baihaqi, kau duakan aku dengan minah ni!"
"Dia tak ada apa-apa Mina. Puteri hanya tolong saya ingatkan perkara yang saya tak boleh ingat."
"Kenapa berlari cari dia? Kenapa bukan aku!" Mina sudah hilang sabar. Hati dia sakit. Lelaki, alasan kau tak pernah munasabah! Kau fikir sedap kau je! Jangan ucap sayang kalau hati meragui. Peritnya perpisahan, lagi perit menghadap penipuan!