Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 47

Seruan itu memanggil nama seorang gadis yang separa nyawa. Badannya digegarkan oleh seorang budak kecil yang sedang menangis. Dia meratapi pemergian ibunya dan mengesali kecelakaan yang terjadi kepadanya. Anak gadis itu meraung-raung semahu-mahunya agar sakit di hatinya hilang. Air mata jernih itu tidak berhenti mengalir. Genggaman tangan si kecil yang kuat itu terasa sakit. Mina Arwiena terjaga dari tidur yang panjang. Kepala terasa bingai.

Mimpinya pelik. Kisah itu pernah dilihat sebelum ini. Dia pernah mengikuti misi kemanusiaan di Syria tahun lepas. Tambahan pula isu Palestin yang berpanjangan membuatkan Mina rasa kesal kerana tidak dapat membantu. Mimpi aneh itu mengetuk mindanya. Budak kecil itu tidak layak diperlakukan sebegitu. Penduduk Palestin perlukan bantuan. Seruan nama dirinya membuatkan dia berfikir panjang.

Kenapa Tuhan beri aku hidup?

Kehidupan dunia sangat pendek. Yang didambakan adalah kehidupan akhirat. Perjalanan siratulmustakim dan sewaktu timbangan dosa dan pahala itu yang paling benar. Pernah tak kau berfikir bahawa alam yang kau duduki ini adalah saksi setiap perlakuan kau? Di saat kita mencaci orang, kita dinilai. Di saat kita memuji orang, perbuatan kita dihitung. Kita manusia. Kita buat silap. Hampir setiap saat kita membuat kesilapan. Namun begitu, untuk Mina Arwiena, pada saat dia terjaga dari koma, kehidupan itu ibarat anugerah. Peluang kedua untuk dia perbaiki kesilapan.

Dia melihat Adam Baihaqi yang terlentok tidur beralaskan tangan. Air mata mula mengalir. Cukuplah dengan leraian air mata ini mengatakan bahawa aku rindukan kau. Tapi aku penat. Apa perlu aku buat sekarang ni?

"Hmm..." Baihaqi terbangun dari lena. Dia menggeliat sebentar. Tangan menyeka rambutnya.

"Awak..." Mina menyapa. Dia cuba senyum. Tapi senyumannya kelat dan tawar.

"Mina! Awak... awak dah bangun. Allah! Alhamdulillah, syukur. Saya bersyukur.. saya bersyukur sangat-sangat. Isk...isk... Dont do that to me again! Ever! Saya ingat awak akan tinggalkan saya!" Baihaqi menggenggam erat tangan gadis itu sambil berteriak.

"How can a man like you cry? Awak nampak hodohlah..." Mina ketawa kecil.

"You have no idea! Seksa tunggu awak, Mina."

"Sekarang baru awak tahu? Ingatkan dah faham masa awak tinggalkan saya dulu."

"Stop... stop.. No more saying that. Dulu dah tak ada dalam kamus saya."

"Well, its better late then never, Baihaqi. Saya...erk..." Mina cuba bangkit untuk duduk tetapi kakinya terasa sakit.

"Awak jangan bangun lagi. Kejap. Saya panggil doktor. Please, listen to me. Jangan bergerak dari katil!" Baihaqi bertegas.

"Baihaqi.. Baihaqi... I miss your nagging. Rindu dengan desakan awak. Saya rasa macam lama tinggalkan dunia ni. I... i miss you, Adam Baihaqi." Mina melirikkan pandangannya ke atas. Malu.

"I miss you more." Mereka sempat menatap mata masing-masing. Mata Mina redup. Mulut dia mungil. Hati kejantanannya melonjak jauh. Jejaka itu terus mencuit dagu Mina dan seraya itu mereka ketawa.

Adam Baihaqi membuka pintu bilik lalu mendapatkan pertolongan. Belum lagi sampai bantuan , tiba-tiba pintu terbuka. Mina sedikit terkejut. Dia memandang ke arah pintu. Kak Emilda dan Adam Bahri.

"Mina! Alhamdulillah, awak dah sedar! Bahri, go put this thing on the table. Nasib baiklah akak dah masak bubur ni. Bolehlah Mina makan nanti." Kak Emilda nampak kelam kabut. Dia mencekak pinggang. Macam biasa sempat mengarah adik lelakinya. Tidak menyangka bahawa gadis ini begitu kuat dan dapat sedar dari koma.

"Kak Emilda... Mina ok je. Janganlah risau sangat. Erm, hai, hai Bahri." Mina mengangkat kening. Nak angkat tangan pun tak kuat.

"Hai, Mina. Mina rasa macam mana?" Adam Bahri melangkah perlahan-lahan. Sengaja melambat-lambatkan langkah ke arah Mina. Dia menyeluk kedua-dua belah tangan ke dalam poket. Kalau ikutkan hati dia nak lari dan peluk gadis itu.

Tetapi tak semua milik kau, Bahri.

"I feel fresh. Rasa tak sabar nak mulakan hidup Mina yang baru. Maybe today is my turning point. Yang dulu letak belakang. Yang akan berlaku, Mina nak rancang betul-betul." Mina nampak cekal dan nekad.

"I see. For now, let your doctor check you and we will proceed to feed you with food. You look horrible. Kurus sangat. Akak akan buat awak gemuk." Emilda berjenaka. Mereka ketawa serentak.

"Bahri... bila kau sampai?" Tiba-tiba Adam Baihaqi mencelah. Dia berjalan menghampiri katil Mina.

"Baru tadi. Kau, Bai, pergi lah balik mandi. Kau dari malam tadi berjaga kan. Pergi rehatlah." Bahri menjawab.

"Aku... aku rasa dah cukup tidur dah. Aku, tak nak tinggalkan Mina." Adam Baihaqi seakan merajuk disuruh balik.

"Badan lelaki. Hati tisu. Itulah adik akak, Mina. Harap awak sabarlah dengan dia. Banyak benda nak dibincangkan. Awak dah bersedia nak hadapi semua yang akan mendatang?"

"Jika Tuhan izinkan saya, Kak Emilda. InsyaAllah."

*****
Matahari naik tegak. Cuaca sangat terik. Kerusi tolak Mina itu ditolak perlahan oleh Baihaqi. Seorang lelaki yang berada di tempat memandu keluar dari kereta lalu mendapatkan mereka. Pintu dibuka luas. Badan Mina dipapah masuk ke dalam kereta. Duduknya sedikit tidak selesa kerana kakinya masih belum sembuh. Sakitnya menyengat hingga ke tulang.

"Ouch.. ouch... perlahan-lahan Baihaqi. Awak nak saya mati lagi ke?" Mina memerli.

"Awak ni. Jangan cakap pasal mati boleh tak?"

"Hahaha. Ala, terasa ke? Just saying. Saya kan berjaya harungi keajaiban dan hampir mati."

"I know. Im sorry. Semua ni sebab saya."

"Tahu pun." Mina ketawa kecil sengaja mahu menambah geram.

Adam Baihaqi masih berdiam diri. Makan dalam. Mana jejaka yang bengis, ego dan panas baran itu pergi? Mana pergi Adam Baihaqi yang berani sehingga boleh mengacu pistol ke arah musuhnya? Mana pergi kekentalan itu semua?

"Merajuk ke?" Mina mencucuk pipi jejaka itu dengan jari telunjuk.

"No, i just feel bad. Tak tahu nak buang rasa tu dalam hati. i have done worst but i did this, to you. Rasa tak berguna."

Streeet!

Tiba-tiba kereta berhenti mengejut. Pemandu dengan tidak sengaja memijak brek kereta secara serta-merta apabila seorang budak yang tidak dikenali berdiri betul-betul dihadapan kereta itu. Mina terhantuk kepalanya ke cermin kereta. Adam Baihaqi pula sempat menghalang Mina daripada tercampak ke hadapan.

"Eh, da!khali balak!" Baihaqi bertutur dalam bahasa arab sambil menarik kolar baju pemandu itu dengan perasaan marah.

"Baihaqi! Stop it! Lepaskan dia Bai!" Mina bergelut di dalam kereta apabila Adam Baihaqi masih lagi berdegil.

"kau kenapa brek kereta macam tu! Kau nak aku mampus ke ha!"

"Ish! Bai! Tengok depan kereta tu! Boleh tak lepas ni fikir dulu sebelum nak naik tangan!" Mina meneriak. Dia cuba tahan tangannnya yang menggigil. Dia tekup mukanya menahan marah.

"Im sorry! Mina, awak ok tak ni?"

"No im not! Budak tu hampir mati awak tau tak! Budak tu... bu.. budak tu, Hajar kan? Anak Aisyah? Betulkan apa saya nam...pak?" Mina mengerling ke hadapan.

"Hajar..." Baihaqi menelan air liurnya.

Bayangan wajah Aisyah mula mencul. Mina sedikit meracau. Dia takut kejadian itu berlaku lagi. Badannya menggigil. Dia tidak berhenti menggigit giginya sehinggakan terkena lidahnya sehingga berdarah. 

"Awak, awak! Pandang saya. Aisyah dah tak ada. Dia dah kena tangkap. Saya tak akan biar awak sorang-sorang lagi."

"Shes here. Hajar. Apa dia nak!"

"Its ok. Saya, saya keluar kereta sekejap. Saya akan call Bahri."

"No, dont do this to me again, Baihaqi. Jangan tinggalkan saya untuk budak tu."

"Hey, hey, pandang saya. No, saya akan perbetulkan semua ni. Awak duduk dulu dalam kereta dan saya akan masuk semula dan kita sama-sama akan balik rumah. Please, let me do this."

Mina mengelap air mata. "Macam mana kalau konco Aisyah datang nak bunuh saya, nak bunuh awak? Please jangan keluar kereta."

"She is just a kid, Mina. "

"Saya rasa tak sedap hati."

"Saya call Bahri. Dia pasti ada berhampiran kita. Awak duduk sini sekejap, please sayang. Hey, pandang mata saya. Semua ni akan berakhir. we will get through this." Baihaqi mengelap air mata Mina. Anak matanya menjadi kemerahan. Dia juga marah jika Aisyah cuba bertindak merancang sesuatu.

Mina menarik nafas dalam lalu menghelanya panjang. Dia melakukan teknik pernafasan dengan betul. Hatinya tidak tenteram. Dia melihat Adam Baihaqi mendekati Hajar. Anak kecil itu memberitahu sesuatu kepada Adam Baihaqi. Sehelai surat dimasukkan ke dalam poket jejaka itu. Selepas itu satu ciuman di dahi diberikan kepadanya. Adam Baihaqi yang melihat terus memeluk anak itu. Dia rasa bersalah. Kerana Adam Baihaqilah, Hajar hidup tanpa ibunya.

Perjumpaan mereka singkat. Tiada apa yang berlaku. Hajar berlari menjauhi kereta dan bayangannya terus hilang. Adam Baihaqi masuk ke dalam kereta. Mukanya terus berubah.

"Awak... kenapa ni?" Mina cuba memberanikan diri untuk bertanya.

"Shes just a kid. Im so stupid!" Baihaqi menbentak.

"Kenapa? Apa dia cakap dengan awak?"

Kertas itu dikeluarkan dari poket. Ianya adalah sebuah lukisan kanak-kanak. Hajar telah melukis sebuah keluarga yang indah. Ukiran mamanya, seorang ayah dan dirinya. Lukisan itu diwarnai dengan sangat cantik. Semestinya dia mahukan Adam Baihaqi sebagai ayahnya tetapi kini dia dijaga di rumah anak yatim. Tiada siapa menghargai kewujudannya. Dia sanggup berlari ke arah kereta apabila melihat jejaka itu berada di dalam kereta.

"Dia kata dia rindukan saya dan mamanya. Dia kata dia ok je. Tapi saya nampak banyak kesan lebam pada tangannya. What should i do, Mina? Apa aku dah buat ni!" Adam Baihaqi menjerit di dalam kereta sambil menghentak cermin. Pemandunya hanya menundukkan pandangannya sahaja. Tidak berani melihat Adam Baihaqi naik angin. Dia takut jika dia dipukul tuannya.

"Astaghfirullah..." Mina memeluk tubuh. Tergamak dia bersangka buruk terhadap budak kecil itu. Apakah aku sudah berdosa, Tuhan?

"Baihaqi, do it. I allow you take that child away from that monster!"

Bai merenung anak mata Mina. "Awak cakap apa ni? Aisyah cuba bunuh awak. Aisyah tu kan mak Hajar. Awak dah lupa macam mana dia dera awak dan tarik awak guna kereta... Ish, nak cerita pun sakit hati! " Tanya Baihaqi inginkan kepastian.

"I dont care. Saya tak kisah semua tu. Aisyah dah kena hukum. Semua ni bukan salah Hajar. Dia budak lagi, Baihaqi. Budak tu pernah pada suatu hari menaruh harapan dan tagih kasih sayang awak. Kita kena tolong budak ni! Takkan kita nak biarkan je?"

"Awak pasti, Mina? Walaupun ibunya sendiri dah dera awak, Mina? Atau lebih tepat ibunya sendiri cuba bunuh awak?" Baihaqi cuba mendapatkan jawapan.

"I believe what i saw and what i heard. And she need to be safe, Baihaqi! Kalau itu adalah saya, awak tahu, saya doa akan ada orang cuba selamatkan anak saya. Tolong Baihaqi. We need to save her."


Previous: Bab 46
Next: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.