Terdengar suara seorang juruterbang memberi pengumuman di corong pembesar suara. Ianya diikuti oleh beberapa lagi bahasa iaitu bahasa Turki, arab dan bahasa inggeris. Mina membaca doa naik kenderaan dengan mengikuti bacaan suara itu. Dengan lafaz bismillah semoga aku selamat sampai.
"Attention to all, kindly switch off your phone or switch to a flight mode. Thank you." Seorang pramugari mengulanginya sewaktu membuat rondaan. Sesekali dia menyapa penumpang agar menegakkan tempat duduk dan mengangkat tingkap yang ditutup.
Ting! Ting!
Mina cepat-cepat capai fon dalam bag. Mesej itu tertera nama Yuri.
Oi, lahanat! Kau ni memang kurang ajarkan! Mana baju putih aku, ha?! Dah mencuri lepas tu nak berambus pula! Aku bunuh kau!- yuri
Ah, apa lagi ni?! Mina memegang telefon itu. Terkebil-kebil dia membaca mesej tersebut. Tanpa diduga, jejaka disebelahnya telah membacanya. Kemudian, dia berdehem.
"Miss, u need to switch off your fon." Katanya.
"no, I can't-" Riak muka Mina berubah sayu. dia mencebik mahu menangis.
Masih banyak lagi benda yang tidak selesai. Dia mahu tanya Yuri kenapa dia sanggup mengutuknya sedemikian. Apa salah dia?! Cukupla Yuri! Aku dah tak tahan!
Tangan Mina terketar-ketar. Dia tak sanggup nak balas atau baca mesej yang seterusnya. Air mata sudah bergenang.
Tiba-tiba secara perlahan-lahan, fon ditangan telah bertukar tuan. Mina membiarkan lelaki itu menarik telefon di tangan. "Sorry Miss, i will take this."
Seterusnya dia meletakkan telefon itu ke dalam bag Mina.
Tali pinggang yang tidak terpasang dibiarkan jejaka itu memasangnya. Seperti keldai dia menurut. Mina akhirnya rebah ditempat duduk itu menangis teresak-esak. Matanya merah. bibir terasa kebas. Sudahla dia dihalau daripada rumah. Sekarang ini dia dicaci oleh kakak sendiri tanpa sebab. Betul ke apa yang dia buat ni? Patutkah dia pergi daripada sini. Melarikan diri daripada masalah?
Tangisan dan esakan yang sedikit kuat menangkap perhatian seorang pramugari.
"Miss, are u ok?"
Jejaka itu mengangkat tangan. Pinta agar dibiarkan. Selepas itu, dia menunjukkan isyarat mahu secawan air. Cepat-cepat pramugari itu dapatkan.
Cawan berisi air suam itu dipegang oleh jejaka itu. "Awak, minum dulu. Nak berlepas dah ni."
Mata Mina terbeliak. Dia kalih pada jejaka tu.
"Kau boleh cakap melayu?! Aku..aku ingat kau mamat arab!"
Jejaka itu tersengih.
"Ya, panggil aku Baihaqi."
***
Pesawat sudah berada dalam auto mode. Penumpang dibenarkan untuk menyesuaikan diri. Tali pinggang boleh dibuka. Kelihatan beberapa orang sedang berdiri untuk meregang otot dan hendak ke tandas.
Baihaqi memerhati Mina. Masih tekun merenung gadis itu. Hati Mina terasa panas.
"Dahla jangan pandang saya macam tu. daripada tadi tau."
"Sorry! So sorry!" Baihaqi terus mengalih pandangannya ke sebelah sana.
Tapi selepas beberapa minit, pandangannya dikalih semula memandang Mina semula. Gadis itu sudah malas untuk marah. Perasaannya berat.
"Toilet dekat mana?" Tanya Mina dengan matanya yang sudah lebam. hampir setengah jam dia menangis tanpa henti.
"Oh, toilet dekat belakang tu. First time naik kapal terbang ke?"
Mina mengeluh. "Ya. Kalau first time pun kenapa? Saya tak ada mood nak borakla."
"Baik-baik!" Lelaki itu mengangguk. Kemudian, dia bangun untuk memberi laluan kepada Mina.
Gadis itu bangkit dan menuju ke tandas.
'Aih, macam mana nak buka pintu ni?'
"Kau tolak je. Macam ni." Baihaqi mencelah. Mina mengerut dahi. Dia terkejut.
"Oh, thank u."
Ish, mamat ni dah kenapa asyik ikut je aku pergi mana!
"Kalau nak flush tekan je butang tu. jangan terkejut pula bunyi dia kuat tau."
Dia ni memang kerja sini ke? Satu satu benda dia nak tunjuk. Pemilik kapal ni? Aha, berangan ler. Kalau dia ni kaya kenapa tak duduk first class? Aku ni biasa je duduk dekat economy class.
Usai kembali ke tempat duduk, kelihatan beberapa orang pramugari menolak troli makanan.
"awak, awak, nak makan apa?" Baihaqi mengejut gadis disebelahnya yang sudah tidur nyenyak. terpaksa di-awak kan kerana dia tidak tahu namanya. Alahai, dalam kusut pun boleh tertidur minah ni!
"Oh, makanan dah sampai ke? Thank u kejut. I memang lapar sangat."
Apabila makanan tiba, Baihaqi memesan makanan sama seperti Mina. Nasi ayam beriyani panas dan air oren jus. Di atas meja dia juga tersedia beberapa ketulan buah epal yang sudah dipotong dan sebuah bekas kecil terisi kek coklat. Mata Mina bersinar-sinar.
Sewaktu Mina sudah hampir habis makan, Baihaqi mempelawa makanannya yang tidak habis. "You nak makan kek ni? I tak makan manis."
Mina menjeling ke arah susuk tubuh badan lelaki yang tegap ini. dahunya berjambang nipas. Jejaka itu tersenyum. Dia juga terpaksa mendongak sedikit penglihatannya untuk memandang lelaki ini memandangkan tubuhnya sangat tinggi.
Baka orang arab ni.
"Thank u."
"U tahu tak dah berapa kali u dah ucap thank u. Macam mana nak balas jasa i ni balik?" Kata jejaka itu sinis.
Tersedak air jus yang diminum Mina. "Baihaqi kan?" Mina angkat kening.
"Wah, u ingat eh nama i?"
"U ni siapa eh? Pelajar ke? Buat apa di Mesir?"
Baihaqi menggeliat cuba menutup perasaan teruja. "Finally! Finally, u nak borak dengan i."
"Ok, nama i, Adam Baihaqi. Tahun ketiga dalam bidang medik. Kira u ni junior i lah. Dan, ya seperti yang u lihat. I memang ada kacukan arab. Ayah i orang mesir dan mak, orang malaysia. Kitaorang tinggal dekat Alex, Egypt."
Mina telan air liur. Padanlah tampan semacam. memang terguris jari kalau leka pandang dia ni.
"Jadi u buat apa di Malaysia?" tanya Mina lagi.
"Bercuti. Balik kampung. Rumah mak i dekat Melaka."
Lelaki itu meneguk air di atas meja lalu bertanya, "you pula? Takkan asyik i je yang jawab. Cerita sikit pasal u. Dan kalau u tak kisah, kenapa u menangis tadi?"
"Argh, malunya! Janganla ingatkan i!" Gadis itu membungkam mukanya ke dalam selimut nipis itu.
"Comel je u ni. Bukan apa, i risau. U menangis tadi macam nak suruh i berhentikan kapal terbang ni je."
Mina tergelak kecil. "Aduh, teruk sangat ke? Malulah. I memang dah berjanji tak nak nangis. Tapi, itulah, tak kuat pula."
"Sorry tanya. Kenapa mesej yang u terima tu nampak kejam sangat. Siapa yang kacau u tu?"
Terbeliak anak mata Mina. Gulp! Dia terbaca ke?
"Oh, tu kakak i. Kitaorang memang selalu gaduh. Tak ada apa lah."
Kalau diikutkan dia mahu cerita semuanya. Mina nak beritahu bahawa hatinya telah terguris. Dia sudah tidak tahan diperlakukan begitu. Bagaimana peristiwa pahit kematian ibu telah mengubah hubungan dia dengan kakaknya.
"Wow! Shes that evil, huh?!" Baihaqi menggeleng kepala. "Dia tak patut cakap macam tu. U bukannya nak pergi tempat dekat. U nak pergi Mesir kot. Berjuta batu jauhnya."
"Ala, kalau dah tak suka tu memang tak sukalah! Macam mana i pujuk dan merayu pun, alasan dia tetap sama. Masih nak anggap i ni hina."
"About that. You buat apa sampai dia jadi macam tu?" Rambutnya yang panjang sehingga menutupi keningnya diseka ke belakang. Kini setia memberi perhatian sepenuhnya.
"Ada la satu peristiwa yang berlaku. Tapi i tak nak cerita. I pun tak kenal u sangat. Nantilah."
Kelihatan reaksi muka Baihaqi yang sudah mula kecewa. Baihaqi tiba-tiba bangkit.
"Eh, u nak pergi mana?" Tanya Mina.
"I nak pergi toilet. Kenapa? Nak teman?"
Hati Mina terus kencang. Bunyi dub dab dub dab kedengaran. Bantal kecil yang dipegang terus dicampak ke badan Baihaqi tetapi sempat ditangkap olehnya.
"Alahai lembutnya baling. Macam tak nak sakit kan hati i je."
"Dahla pergi kencing."
"Eh, I buang air besar la."
"Eiiiuuuu!!! Busuk!" Mina mengepit hidungnya. Tangan di sebelah menghalau Baihaqi laju. Kemudian masing-masing tergelak kecil.
5 minit dah berlalu. Mina tak sedar ada seorang lelaki tiba-tiba duduk di sebelahnya. Dia memaling ke arah Mina. Gadis itu yang sedang leka membelek majalah di tempat duduk terus terkedu. Mata mereka bertentangan.
"Assalamualaikum. Awak Mina kan? Salam, saya Adam Bahri. Saya nak awak dengar ni baik-baik ya. Adam Baihaqi tu abang saya. Dan saya harap awak berhenti berkawan dengan dia. Dia tak seperti yang awak fikir. Awak akan dalam bahaya. Dengar cakap saya ni!"
"Huh, apa awak cakap ni?!"
Tanpa jawapan, Bahri tersenyum sinis lalu meninggalkan Mina terpinga-pinga. Lelaki itu kemudian berlalu pergi ke tempat duduk di bahagian first class menunggu untuk Baihaqi masuk jerat.