Home Novel Cinta THE ADAM BROTHERS
Bab 37

Mina tidak percaya. Bagaimana seorang lelaki yang sentiasa nampak tenang boleh melempiaskan marahnya seperti dirasuk hantu? Bagaimana harus dia runtuhkan perasaan tidak percayanya terhadap Adam Bahri sekarang? Bagaimana pula harus dia jatuhkan ego Adam Bahri yang sedang meninggi? Sikapnya yang tiba-tiba berubah membingungkan. Hati Mina terasa sempit. Dia terdiam di sisi Adam Bahri. Jejaka itu masih termangu menghadap air laut yang menghempas ke benteng. Mereka duduk bertenggek di atas batu itu sambil membiarkan angin bayu meniup pipi.

Selepas kejadian yang meruntun jiwa sebentar tadi, Mina dan Adam Bahri membawa diri ke Kubu Qatbay. 

Pada awalnya, tempat ini merupakan rumah api Iskandariah yang terletak di Pelabuhan Timur Pulau Pharos. Tetapi selepas berlakunya gempa bumi dan penaklukan orang arab sewaktu peperangan dengan Turki, Mameluke Sultan Al-Ashraf Qaitbay telah menguburkan tempat ini dan segera menjadikan tempat ini sebagai benteng pertahanan. Ia bukan sahaja berada  di Pantai Iskandariah, tetapi juga dibina sepanjang laut mediterranean pada abad ke-15. 

Kedengaran keluhan berat dihembus berkali-kali. Adam Bahri merasakan satu penyesalan yang memakan diri. Kenapalah dia bertindak melulu sedemikian? Kalau benar dia sayangkan Mina Arwiena, kenapa tergamak dia memaksa gadis itu untuk melepaskan abangnya? Apa kau fikirkan Adam Bahri? adakah cinta ini boleh dibeli dan dipaksa? 

Suasana pada malam itu bingit dengan suara penjual di suuk atau pasar kecil. Para penjual roti shawarma dan penebar roti kelihatan sedang menjerit mendapatkan perhatian pelanggan. Bau yeast yang dibakar di dalam oven menusuk ke hidung. Harum baunya. Ia sedikit sebanyak menaikkan nafsu laparnya dan dahaga. Kelihatan juga beberapa orang anak kecil berkacukan arab mesir berkejaran di pinggir laut. Suara seorang ibu yang menjerit 'Yallabina! Yalla! Yalla!  Bi sur 'a ya habibi! memekikkan telinga. Hati wanita itu risau memikirkan keselamatan anaknya. 

Rindu terhadap bumi Mesir makin membuak. 

Mina sayangkan negara ini. Sayangnya juga akan memakan diri. Apalah nasib badan apabila kisah cintanya ditakdirkan untuk bersama dengan jejaka arab. 

Jauh sungguh pandangan yang dilemparkan Mina ke arah laut berlatarkan langit yang gelap. Gadis itu teringat pada janji Adam Baihaqi. "Mina, kalau saya mati, Adam Bahrilah antara orang yang hatinya akan remuk dahulu. Kalau awak masih ada, jaga dia seperti mana awak mahu jaga saya."

Mina menyeka air matanya yang mengalir. Dia tak boleh peduli perasaannya sekarang. Adam Bahri perlukan dia. Kelakuannya yang berubah 360 darjah sedikit sebanyak merisaukan. 

"Bahri? Awak dah rasa lega sikit?" tanya Mina. 

Diam. Jejaka itu masih terdiam daripada tadi. Tidak ada sepatah perkataan pun yang muncul dari bibir itu. Mina mengeluh kecil. 

"Bahri? Janganlah macam ni. Saya... saya tak marah awak buat macam tu. Saya pasti awak ada sebab. Ada kisah silam lama yang awak tak nak cerita. Tapi, cuba juga faham keadaan saya sekarang. Saya sayang abang awak. Saya sayang Adam Baihaqi." 

sambungnya lagi, "Dan... saya nak awak tahu. Kita mungkin tak ada jodoh."

Kelihatan riak wajah Adam Bahri berubah. Memek mukanya nampak hampa. 

Lelaki itu juga terasa malu. Dia malu Mina akhirnya nampak sisi gelapnya. Dia juga seorang pemarah seperti abangnya. Dia juga tidak sempurna. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Pasti gadis itu kecewa akan perbuatannya itu. Siapa tidak takut dan marah jika sepucuk pistol itu diajukan pada muka? Adam Bahri, why cant you control your feelings! 

"I... i have nothing to say to you, Mina. Saya hanya boleh minta maaf. Saya malu." Akhirnya Adam Bahri mula meluahkan perkataan maaf. 

Sambungnya lagi. "Jiwa saya hancur. Tergamaknya saya buat awak macam tu. Isk... isk..."

"No..no...no... please. Awak tak salah. Semua yang berlaku bukan salah awak, Adam Bahri. Kita hanya manusia yang sedang mengembara pada masa yang salah. Awak... awak jadi macam ni mungkin awak tertekan dengan apa yang berlaku. Apa yang terjadi pada Adam Baihaqi. Abang awak tu saya tahu dia adalah segala-galanya untuk awak"

"But if, he really cannot remember anything? " Adam Bahri menguis-nguis pasir di atas tanah. Masih leka menyusun ayat.

Mina menggeleng kepalanya berat. "No, stop it. Jangan mulakannya Bahri. Saya tak nak dengar."

Adam Bahri menyeka air matanya. Itu adalah air mata penyesalan. Dia memaksa Mina melihat anak matanya. "Look, look at me, Mina. Mina?"

"Jangan sebut pasal ni lagi Bahri."

"Mina, kalau dia pilih untuk tidak mahu ingat semuanya? Kalau dia rasa jalan terbaik untuk semua ni adalah dengan melepaskan awak, macam mana!"

"Apa awak cakap ni!" Mina membentak. Dia menepis tangan Bahri. Marahnya membuak. Hati dia bergelora. 

Adam Bahri masih tegas dengan pendapatnya. "Awak tak rasa pelik ke kenapa susah sangat untuk dia ingat awak? Awak segala-galanya untuk dia. Hidup mati awak adalah nadi dia! Dan kenapa berat sangat untuk dia pulih semula dan menyusahkan hidup kita!"

Entah kenapa kata-kata Adam Bahri seperti menghiris kulitnya yang nipis dan hatinya yang senipis tisu. Apa kau nak, Bahri! Apa maksud kau ni!

Hati Mina terasa bimbang. 

"No.. no! Stop it! Don't do this again!" Mina mula bangkit dari duduk. Bangunnya kasar. Dia menjauhi Adam Bahri. Air mata mula merembes dengan lajunya. Dia tak tahan dengan apa yang bakal diucapkan jejaka itu. "Sa...saya tak sanggup nak dengar. Sudahla Bahri! Saya nak balik!"

"Mina, sampai bila awak nak melarikan diri!" Adam Bahri ikut bangkit dan membontoti gadis itu. 

Mina membalas dengan nada yang arah. "Ya, saya memang pengecut! Saya penakut! Saya takut kehilangan sebab saya tahu sakitnya untuk hilang orang yang kita sayang! Jadi... tolong, jangan cuba ingatkan saya tentang kehilangan abang awak. Saya janji dan akan pastikan dia ingat saya!"

"Walaupun awak tahu ia akan ambil masa yang lama? Walaupun awak tahu saya juga sayangkan awak! Tahu tak macam mana sakitnya untuk saya tengok awak menangis sebabkan Bai! Saya tak boleh!" Bahri cuba mendekati Mina. Gadis itu serta merta berpaling muka dan memeluk tubuh. Dia terbuai dalam emosi yang bercelaru. 

"Dah! Cukup Bahri. Saya nak balik!" Mina tercegat di situ. Memaksa jejaka itu untuk bawanya pulang.

"Ice-cream, anyone? hmm..  laziz (sedapnya)" Tiba-tiba, suara seorang lelaki menyekat perbalahan dua jiwa ini. 

Adam Baihaqi!

Perlahan-lahan Adam Baihaqi menghampiri Adam Bahri. Adam Baihaqi sedang dilihat memegang tiga batang ais krim berperisa vanila. Dua batang di tangan kiri dan di tangan kanan sedang menjilat ais krim yang sedang meleleh perlahan.

"Seriously dude! Take one! Kau ni macam nampak hantu pandang aku." Riak wajah Adam Baihaqi sukar dibaca. Mina menoleh ke arah jejaka yang sedang menghulurkan ais krim kepada adiknya. 

"Bai? Kau dah lama ada dekat sini?" tanya Adam Bahri.

"Adalah... dalam lima minit? Nak cair dah ais krim ni. But, i still dont understand. Dah berapa lama kau sukakan Mina? Sebelum aku jumpa dia? Semasa atau bila ye?"

"Shut up, Bai." Kasar Adam Bahri mengambil plastik batang ais krim daripada tangan abangnya.

Kata Baihaqi lagi, "And, if a lady ask you to ride her home, you need to politely do it right. Takkan sampai dia dah murung macam ni baru kau nak pujuk."

Adam Baihaqi mula menapak laju lalu mencapai tangan Mina. Dia terus mencampakkan ais krim yang dipegang. Gadis itu terkejut. "Kau tak perlu risau, Bahri. Sama ada aku ingat atau tak ingat, dia masih milik aku. She is mine. Set some boundaries." Nafas jejaka itu panas dan mukanya begitu dekat dengan wajah Mina Arwiena. Gadis itu memejam mata dalam keadaan malu. Tak sangka pada saat itu dia merasakan perbuatan itu menggairahkan. 

Sambung Baihaqi lagi, "Walaupun aku tak berapa pasti apa perasaan aku pada waktu ini, aku...aku rasa seperti aku dah jatuh cinta kali kedua. She looks so beautiful. Her eyes. Pandangan mata dia menawan. Aku tak pernah rasa perasaan ni sebelum ini. Who are you, Mina and why do you keep looking at me like that?

Adam Baihaqi dan Mina Arwiena berpandangan seketika. Jejaka itu masih lagi menatap wajah gadis itu. Jari telunjuk kanan Baihaqi mula dirapatkan ke arah bibir Mina Arwiena yang mungil. Air liurnya ditelan kasar seolah-olah Baihaqi mahu Mina dengar perasaan dan nafsu dia yang turun dan naik. 

Sekilas kemudian, Adam Baihaqi terus merapatkan mulutnya ke telinga kiri Mina Arwiena. 

"kenapa muka awak merah ni?"

Kerana sedikit gugup, Mina terus menolak dada Baihaqi kuat. Hampir tersadung jejaka itu. Jatuhnya Baihaqi diikuti tawa yang kuat. Matanya meleret ke arah adiknya yang dilihat sudah menjauhkan diri. Adam Bahri tidak mahu melihat adegan dan bibit romantis yang dimainkan abangnya. Dia benci!

"T..tolong jangan buat macam tu lagi!" Kata Mina dalam resah. "Saya bukan gadis murah yang awak boleh pegang sesuka hati!" Marahnya menggunung. 

"Ugh! Sikit lagi! Awak nampak muka Bahri tadi!" Baihaqi berseloroh. 

Mina mengurut dadanya lembut. Dia cuba bersabar akan kelakuan Baihaqi yang tidak ada arah tuju. Kenapa dia buat macam tu? Dia dah ingat ke? Apa motif dia! 

"Awak ni dah kenapa? Tak elok tau!"

"Lah, elok sangat ke ikut lelaki dalam gelap?" Adam Baihaqi menjeling ke arah Mina. 

"Itu... itu lain lah! Dia adik awak!"

Baihaqi menepuk-nepuk tangannya kuat seraya mendengar jawapan itu. "And he is a guy. Dia lelaki, Mina Arwiena!"

"Awak ni siapa, Adam Baihaqi?" Mina merenung anak mata lelaki itu tajam. "Mana orang yang saya cintakan tu?"

Adam Baihaqi petik jarinya kuat. "Exactly! Mana saya? Yuhuuu! Di manakah Adam Baihaqi! Hello!" Dia meneriak kuat. 

"Dah. Saya nak balik! Saya boleh balik sendiri! lah" Rajuk Mina Arwiena.

"Eh, eh, eh! Tadi bukan main dia paksa si Bahri hantar dia balik. Tapi bila dengan saya pandai pula dia cakap boleh balik sendiri. Tak kan awak dah tak percaya kan bakal suami awak ni?"

Mina memekakkan telinga. Dia geleng kepala sambil menekap telinganya dengan tangan. Langkahnya laju meninggalkan Baihaqi. Ish, geramnya! Menyibuk! Orang tengah layan perasaan marah boleh pula dia muncul dalam gelap ni dan perlekehkan perasaan aku! Geram! Aku geram!


Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.