Afini berlari dengan laju menghampiri bangunan dua tingkat yang berada di
hadapannya ini. Kakinya yang pendek akibat ketinggiannya yang tidak mencukupi
memenatkan dirinya. Namun, selaju manapun dia berlari, hakikatnya dia sudah
terlewat sepuluh minit untuk menghadiri temu duga yang sepatutnya bermula jam
11.00 pagi. Rasa takut dan cemas bergaul rasa.
Setibanya Afini di hadapan Syarikat D’Astana
Living Sdn. Bhd, dia membetulkan rambut lurusnya yang dibiarkan lepas melebihi
paras bahu.
“Selamat pagi. Saya Afini… hari ni saya ada temu
duga dengan Encik Yusuf Dato Haji Mohd. Haalim.”
“Sepatutnya temu duga cik pukul 11.00 pagi tadi.
Tapi sekarang dah terlewat,” tutur gadis Melayu di hadapan Afini sambil
memaniskan wajahnya. “Hmm… nanti saya cuba hubungi Encik Yusuf dulu.”
Pantas sahaja receptionist itu menekan butang
yang ada pada PABX System.
Setelah beberapa minit, gadis itu meletakkan
semula gagang di tempatnya lantas bangun dan menghampiri Afini. “Silakan, Cik
Afini.”
Afini mengatur langkah membuntuti gadis yang berada
di hadapannya. Mereka berhenti di hadapan sebuah bilik yang tertutup rapat
pintunya. Ketukan diberikan dan terdengar arahan menyuruh mereka masuk.
Hati Afini rasa berdebar-debar.
“Silakan duduk!” Terdengar garang empunya suara.
Afini mengambil tempat di hadapan seorang lelaki
yang masih tidak jelas rupanya akibat terlindung dengan beberapa keping kertas
yang dipegangnya. Namun, di saat kertas itu diletakkan di atas meja, dadanya
kian kuat berdebar. Kali ini bukan kerana dia takut untuk ditemu duga tetapi
kerana kekacakan dan kesempurnaan wajah insan yang sedang memandang tepat ke
arahnya.
“Kenapa lambat?” soal lelaki di hadapan Afini
dengan tegas. “First rule, tak boleh datang lambat! Tapi you dah langgar. Apa penjelasan you
terhadap kelewatan untuk pertama kali ni?”
Hampir kecut perut Afini mendengar persoalan
itu. “Maafkan I, Encik Yusuf. I tersalah jalan tadi. Sebenarnya I tak berapa
familiar dengan jalan di kawasan ni.”
“Betul ke? Setahu I, you tinggal di Jalan Kebun.
Satu kampung dengan Siti. Lagipun Jalan Kebun dengan Bukit Raja ni bukannya
jauh sangat.”
Afini bagaikan terpukul dengan kata-kata lelaki
yang sedang memandang tepat ke arahnya itu. Apakah yang harus dilakukannya
sekarang? Adakah dia perlu memberitahu perihal sebenar tentang kelewatannya itu
atau terus berdusta?
“I tahu memang tempat tinggal I dengan kawasan
pejabat ni taklah jauh sangat. Tapi terus terang I katakan, yang I dah lama tak
datang ke sini.” Akhirnya terpaksa jua Afini meneruskan penipuan itu. Dia
mempunyai alasan tersendiri mengapa tindakan itu yang diambil.
Setelah memberikan jawapan yang mungkin
memuaskah hatinya, lelaki yang berada di hadapan Afini itu mulai tenang
wajahnya dan suaranya juga sudah tidak kedengaran begitu tegang seperti
sebelumnya.
Temu duga berlangsung hampir dua jam. Pelbagai
persoalan dipersoalkan kepada Afini. Di akhir temu duga, Afini berjabat tangan
dengan si penemuduga dan di saat itulah lelaki itu melemparkan sebuah senyuman
yang begitu manis. Tatkala bibir merahnya itu menyingkapkan tabirnya terlihat
susunan gigi putih yang menambahkan lagi kekacakannya. Ya! Lelaki itu sungguh
kacak!
“Afini!”
Hampir terlepas semua fail yang dipegang tatkala namanya dipanggil dengan
jeritan yang amat membingitkan teliganya.
“Kau nikan Siti, suka sangat jerit-jerit panggil
nama aku!” kata Afini berpura-pura marah.
“Alahsorrylah. Bukan aku sengaja nak jerit. Kau jalan laju sangat. Tak padan
dengan pendek tapi jalan macam lipas kudung,” usik Siti.
“Untuk pengetahuan kau Siti. Bukan aku yang
pendek sangat, tapi kau tu yang terlebih tinggi macam galah,” balas Afini tidak
mahu mengalah.
“Alah... cakap sikit nak merajuk,” kata Siti
sambil mencubit pipi Afini.
Terasa cubitan di pipi Afini.
“Kau nikan suka sangat cubit pipi akukan!” marah
Afini dan rajukannya kian menjadi.
“Comel sangat. Okeylah, aku salah. Apa kata aku
belanja kau makan.”
Afini sudah tersenyum mendengar kata-kata itu.
“Lagipun hari ni akuhalf
day. Aku dah janji dengan Zaid nak cari cincin
sama-sama hari ni,” kata Siti sambil tersenyum.
“Hmm… tak lama lagi kau dah nak kahwin. Tinggal
aku aje macam ni. Agak-agak lepas kau kahwin nanti, Zaid izinkan tak kau
temankan aku kalau aku perlukan kau?”
“Jangan risaulah.
Aku yakin Zaid akan izinkan! Lagipun aku dah banyak kali beritahu dia, kau
adalah kawan terbaik yang aku ada. Jadi, kalau dia nak aku jadi isteri dia…
maknanya dia kena terima hakikat yang kau juga ada tempat tersendiri di dalam
hati aku!” Terpamer keyakinan di wajah Siti.
Afini dan Siti mengambil keputusan untuk menikmati makan tengah hari di
KFC yang berhampiran dengan D’Astana Living.
“So, macam mana denganinterview tadi?” soal Siti
ingin tahu.
“Entahlah…” jawab Afini kurang yakin.
“Lah kenapa pulak?”
“Sebenarnyainterview tadi okey. Cuma… aku ada buatmistake yang aku sendiri tak tahu sama ada Encik Yusuf tu boleh terima atau
tak.”
“Kau buat apa?” soal Siti cemas.
“Kau ni, janganlah buat muka cemas macam tu. Aku
pulak rasa takut,” kata Afini. “Sebenarnya… aku terlambat tadi.”
“What? Kau biar betul Afini. Kan aku dah ingatkan kau banyak kali yang Encik
Yusuf ni cerewet. Dia pantang kalau orang datang lambat!”
“Aku tahu, tapi bukannya aku sengaja…”
“Kenapa kau lambat? Setahu aku, kau bukannya
jenis orang yang suka datang lambat. Apatah lagi hal-hal penting macam ni. Apa
sebenarnya yang telah berlaku?”
Kali ini Afini pula yang menghelakan nafas yang
amat berat sebelum memulakan bicara. “Mak aku… dia… dia mengamuk pagi tadi bila
aku minta tolong Mak Embun jaga dia. Habis barang-barang kat bilik dia
sepahkan. Dia tolak Mak Embun. Entahlah... susah aku nak terangkan. Mungkin kau
takkan faham.” Air matanya mengalir.
“Afini… maafkan aku. Aku tak berniat nak
singgung perasaan kau. Aku faham Afini… Kau lupa ke masa mak kau mengamuk masa
aku ada di rumah kau? Aku nampak macam mana terseksanya kau untuk mengawal emosi
mak kau. Kadang-kadang aku sendiri tak dapat bayangkan kalaulah aku yang berada
di tempat kau. Adakah aku mampu untuk bersabar seperti kau? Kau kuat Afini.”
Air mata Afini kian laju mengalir. Namun, cepat
saja disekanya kerana dia tidak mahu menjadi tumpuan orang sekeliling.
“Dahlah… kita lupakan halinterview tu. Nanti
pandai-pandailah akuadjust supaya dia ambil kau bekerja.”
“Thanks, Siti.”
Siti tersenyum. “So, apa pendapat kau tentang bos aku?”
“Maksud kau?” Berkerut dahi Afini.
“First
time kau tengok dia, kau rasa dia macam mana?”
“Hmm…attitude dia aku tak berapa suka sangat. Garang, bengis. Tapi… penampilan,
rupa dan bentuk fizikal dia, memang aku tak nafikan diahandsome.”
“Aku dah agak dah kau akan jawab macam tu.
Perempuan atau lelaki yang pertama kali berjumpa dengan dia, 90 peratus akan
bagi jawapan yang lebih kurang sama macam kau.”
“Dah memang diahandsome, takkanlah aku nak kata dia hodoh pulak,” seloroh Afini.
“Aku tak kisah kalau kau nak puji dia, tapi
ingat jangan sesekali kau ada hati dekat dia!” kata Siti dengan tegas.
“Kenapa pulak? Jangan-jangan… kau ada skandal
dengan dia kot?” teka Afini sambil tersenyum.
“Kau gila! Mati hidup balik pun aku tak naklah
dengan orang macam dia tu. Aku cakap ni sebab aku tak nak kau kecewa.”
“Yalah… aku sedar yang aku ni orang miskin. Tak
layak kalau nak digandingkan dengan mamat tu.” Afini merendah dirinya.
“Kau ni, ke situ pulak. Bukannya maksud aku kau
tak layak. Tapi dia tu yang tak layak untuk kau.”
Afini mengerutkan dahinya.
“Hmm… sebenarnya bos aku tu lain sikit.” Suara
Siti lambat-lambat.
“Lain macam mana?” soal Afini benar-benar ingin
tahu.
“Dia… dia… dia pelik dan berbeza dengan lelaki
yang normal. Dia abnormal.”
“Abnormal? Maksud kau?” soal Afini.
“Sebenarnya bos aku tu… dia… dia tak suka perempuan.”
“Hah! Maksud kau dia tu… dia tu…”
“Dia gay!”
Tercampak tulang ayam yang sedang dipegang
tatkala mendengar kata-kata akhir daripada Siti. Tidak disangka, lelaki yang
dianggap sempurna dari luarannya rupa-rupanya pencinta kaum sejenis!