BAB
19PADANG kompleks
sukan riuh rendah dengan sorakan para penonton. Masing-masing tidak putus-putus
memberi semangat kepada kedua-dua pasukan yang sedang bertanding di tengah
padang. Memberi dorongan dan perangsang namun keputusan ternyata berpihak pada
pasukan yang sejak awal telah dijangka menang.
“Yes!
Tak sia-sia aku jadi ketua pasukan bola tampar sekolah kita!” jerit Marya
sebaik perlawanan tamat secara rasmi.
Dia
tersenyum gembira pada semua ahli pasukan yang segera menerpa ke arahnya lalu
tubuhnya dipeluk erat. Dia bangga dengan kejayaan pasukannya.
“Tahniah
kawan-kawan. Aku bangga dengan kau orang semua. Bangga sangat-sangat,” ucap
Marya setelah pelukan mereka terlerai.
“Alah
Marya, kau tengoklah siapa pemain-pemain kau. Hebat-hebat belaka orangnya tau,”
puji Laila.
“Betul tu tapi pasukan Sekolah Suria Melati pun apa kurangnya. Pemain dia orang
pun boleh tahan hebat. Cuma tulah, mungkin dah jadi rezeki kita menjuarai
pertandingan ni buat kali seterusnya,” balas Haiza.
Dia
meneguk air botol beberapa kali. Sempat dia mengerling Farah yang duduk
berlunjur kaki di sisinya.
“Kau
pandang apa Farah?” soal Haiza,
Farah
menjuih bibir ke satu arah.
“Surina,”
jawab Farah tanpa mengalihkan pandangan.
“Dahlah
Farah. Tak payahlah kau nak fikir pasal budak Surina tu lagi. Buat apa kau
terhegeh-hegeh nak tegur dia padahal sebelah mata pun dia tak pandang kau,”
sampuk Jeslynn yang turut merebahkan tubuh di tepi padang itu.
“Aku
sebenarnya peliklah. Dari tingkatan satu aku dengan dia berkawan baik. Tup-tup
naik tingkatan tiga dia minta tukar ke Sekolah Suria Melati dan sejak tu dia
tak pernah lagi nak tegur aku. Dah puas aku fikir salah aku kat dia tapi
entahlah,” ujar Farah dengan matanya masih lagi memandang Surina.
Gadis
itu sedang berbual dengan teman-temannya. Tidak jauh dari kelompok Farah dan
kawan-kawannya. Sesekali pandangan mereka bertembung namun Surina pura-pura
tidak melihat. Farah bingung dengan keadaan itu.
“Aku
rasa dia sebenarnya bukan marahkan kau tapi mungkin Faizam kawan baik kau, jadi
dia pun tak naklah kawan dengan kau lagi,” ujar Laila, memberi pendapat.
“Eh,
kenapa pulak macam tu?” soal Regina, ingin tahu.
“Faizam
kan ex-boyfriend dia. Buat apa dia nak tegur Farah lagi kalau Farah
boleh ingatkan dia pada kisah cinta dia dan Faizam yang tak jadi tu,” jawab
Laila.
“Aku
rasa Surina tu bodoh betullah sebab tinggalkan Faizam macam tu aje,” luah Haiza
akan rasa hatinya.
“Apasal
pulak?” soal Regina cepat-cepat.
“Yalah.
Kau orang fikirlah, mana nak cari lelaki sebaik Faizam tu di zaman sekarang ni.
Memanglah mulut dia laser tapi Faizam tu ada semua ciri lelaki yang perempuan
nak. Baik hati, pemurah, penyayang, agama pun kuat. Dahlah tu, muka dia tu pun
boleh tahan jugak handsome,” puji Haiza melangit.
“Tapi
kalau betullah Faizam macam tu punya baik, kenapa Surina tinggalkan dia jugak?”
Cepat
saja Jeslynn melontar soalan. Turut berminat hendak tahu.
“Sebab
perempuan tu mata duitan. Dia ingat Faizam tu sengkek orangnya. Yalah, Faizam
kan pakai motor cabuk aje. Pakaian dia pun selalu selekeh walaupun bersih.
Padahal dia tak tahu Faizam tu siapa sebenarnya,” sampuk Laila.
Dia
marah dengan sikap Surina yang baginya tidak sepadan dengan kecantikan yang
dimilikinya.
“Tapi
kenapa Faizam suka buat gaya macam tu ya? Macam orang merempat aje aku tengok
keadaan dia. Seolah-olah dia tu papa kedana sangat. Kalaulah aku tak tahu latar
belakang sebenar dia, mati hidup semula pun aku ingat Faizam tu keturunan fakir
miskin tau,” luah Regina jujur.
“Kalau
kau nak tahu Gina, memang macam tulah sikap Faizam dari dulu. Tak pernah nak
menunjuk macam anak orang kaya lain. Jangan kata dia, atuk dan nenek dia pun
sama. Suka merendah diri. Tu yang buat aku suka dengan datuk dia tu,” ujar
Laila.
Dia
mula membayangkan Haji Fakhrulrazi yang masih gagah walaupun telah menjangkau
usia tujuh puluhan. Bayangannya hilang apabila Regina kembali bertanya.
“Hei
Ila, mana kau tahu datuk dan nenek dia pun macam tu jugak?” soal Regina.
“Aku
tahulah. Atuk dan nenek aku kan tinggal sekampung dengan datuk dan nenek dia
kat Melaka. Selalu jugak dia orang bertandang ke rumah atuk dan nenek aku,”
jelas Laila.
“Kalau
betullah kata kau Haiza, rugi betul Surina tinggalkan Faizam tu. Kalaulah aku
ni orang Islam, dah lama aku mengorat dia,” ujar Jeslynn sambil tersenyum
lebar.
“Iyalah
tu Lynn. Habis tu boyfriend kau si James tu nak letak mana? Dalam
tong sampah?” balas Marya.
Jeslynn
tersengih kelat.
“Hei
kau orang, sekarang ni Surina couple dengan siapa ya?” soal Asyikin
setelah sejak tadi hanya memasang telinga.
“Dengan
siapa lagi kalau bukan dengan Ikhwan, si buaya darat tulah,” jawab Haiza sambil
menjuih bibir ke satu arah.
Lalu
mereka berpaling. Memandang Surina yang tergesa-gesa mendapatkan Ikhwan yang baru
memarkir kereta tidak jauh dari situ. Tidak perasan Farah dan kawan-kawannya
sedang memerhati tingkah laku mesra kedua-duanya.
“Kau
orang tengok tu. Selamba aje dia orang berpeluk cium depan orang ramai. Eii...
tak ada adab langsunglah dia orang tu,” ujar Jeslynn sambil menggeliat tubuh
sedikit.
Geli
geleman melihat adegan mesra kedua-duanya.
“Haah
kan. Buat malu orang Melayu aje buat perangai tak senonoh macam tu. Aku yang
tak Islam ni pun tak pernah terfikir nak buat macam tu,” cemuh Regina.
Tidak
lama Surina dan Ikhwan berlalu bersama kereta mewah Ikhwan.
“Nasib
baiklah kau tak couple dengan Ikhwan, Farah. Kalau tak, tak terbayang
aku perasaan mak dan ayah kau dapat menantu buruk perangai macam dia,” ujar
Laila.
“Jangan
kata mak ayah kau, kita orang ni pun nak termuntah rasanya. Aku beritahu kau
siap-siap Farah. Kalau kau kahwin dengan Ikhwan, jangan mimpilah aku nak pergi
majlis kahwin kau. Geli rasanya nak tengok dia bersanding dengan kau,” ujar
Jeslynn pula tanpa sempat Farah membuka mulut.
“Betul
kata kau Lynn. Bukan kau aje, aku pun tak teringin nak pergi majlis kahwin kau
kalau kau kahwin dengan dia. Lainlah kalau kau kahwin dengan Johan. Nak jugak
aku buat hantaran ke, bunga telur ke. Kalau kau kahwin dengan Ikhwan tu, sebiji
telur pun aku tak tolong rebus tau,” marah Laila seakan-akan mengugut.
“Amboi
kau orang ni! Aku belum cakap apa-apa lagi, kau orang dah melalut sampai
bab kahwin pulak. Bila masanya aku kata nak kahwin dengan Ikhwan tu hah? Suka
hati kau orang aje nak kata aku macam-macam,” marah Farah sambil menjegil mata.
Teman-temannya
tersenyum kelat.
“Alah, sorrylah
Farah. Teroverlah pulak kita orang,” ujar Laila sambil tersengih.
“Dahlah,
jom balik asrama. Orang lain dah mandi, dah makan malam pun. Kita aje yang
masih lagi tercongok kat tepi padang ni,” ajak Farah.
Dia
bangun meninggalkan kawasan padang yang semakin lengang. Kawan-kawannya turut
melangkah pulang.
“JADI nilah
Faizam yang pernah tolong cucu atuk tu?” soal Tuan Ashman sambil memandang
Faizam yang duduk penuh tertib di depannya petang itu.
“Handsome orangnya,”
puji Tuan Ashmaan.
“Apa
yang handsomenya Tuan? Biasa aje,” balas Faizam, merendah diri.
Tiada
rasa bangga mengembang di hati lantaran telah selalu dipuji begitu.
“Panggil
aje atuk. Kamu tu bukannya orang lain dengan keluarga ni. Dah lama atuk anggap
kamu macam cucu atuk sendiri walaupun baru kali ni kita bersua,” pinta Tuan
Ashmaan tegas.
Kali
pertama melihat tingkah laku Faizam, hatinya jatuh kasih.
“Apa
pekerjaan ayah kamu?"
Tuan
Ashmaan mengubah hala perbualan. Dibetulkan kedudukannya di sofa. Duduk
bersandar mengadap Faizam.
“Ayah
saya seorang peniaga,” beritahu Faizam.
Tuan
Ashman mengangguk kecil.
“Dia
berniaga apa?”
“Perniagaan
biasa aje tuk,”
“Apa
nama ayah kamu tu?”
“Namanya
Fai...zial,” jawab Faizam teragak-agak.
Kurang
gemar perihal keluarga terutama perihal orang tuanya dicungkil keluar.
Kedudukan mereka yang dikenali ramai menjadikan dia kurang selesa berbicara
tentang kedua-duanya. Apatah lagi dengan orang yang baru pertama kali
ditemuinya.
“Faizial?
Macam atuk pernah aje dengar nama tu,” balas Tuan Ashmaan
Dia
berfikir seketika sebelum tidak lama kemudian mengukirkan senyuman.
“Kalau
tak silap, nama penuh ayah kamu tu Datuk Seri Tengku Faizial kan?”
Lambat-lambat
Faizam mengangguk. Mengiyakan pertanyaan itu.
“Atuk
kenal ayah saya?”
“Apa
pulak tak kenal. Ayah kamu kan antara lelaki Melayu terkaya kat Malaysia ni.
Hebat dalam perniagaan hartanah di dalam dan luar negara,” puji Tuan Ashman.
“Tak
sangka atuk dapat bertemu dengan anak seorang jutawan yang begitu atuk
hormati,” ujar Tuan Ashmaan lagi, gembira.
“Tak
ada apa yang hebatnya ayah tu atuk. Macam orang lain jugak dia pun. Biasa-biasa
aje orangnya,” balas Faizam, tetap merendah diri seperti biasa.
“Mungkin
biasa di mata kamu tapi bagi ahli perniagaan kecil seperti atuk, ayah kamu dah
mencapai tahap yang begitu membanggakan dalam bidang perniagaan. Bukan aje
untuk dirinya tapi jugak untuk negara kita,” ujar Tuan Ashman, turut menumpang
bangga dengan pencapaian ayah anak muda itu.
“Atuk
pun apa kurang. Amir banyak bercerita kisah atuk yang pada saya hampir sama
taraf dengan kedudukan ayah. Lagipun atuk lebih lama bergelumang dalam
bidang perniagaan. Jadi pada saya antara atuk dan ayah, atuk lebih layak
dipanggil hebat memandangkan lebih banyak pengetahuan dan pengalaman yang dah
atuk kutip selama ni.”
Terkedu
Tuan Ashman seketika mendengar kata-kata Faizam. Terpegun dengan luahan
bersahaja anak muda itu. Ternyata Faizam bukan sebarangan anak muda. Dadanya
penuh dengan pelbagai ilmu pengetahuan biarpun usianya tidak membayangkannya.
Dia semakin tertarik untuk mengenali Faizam.
“Dah
berapa lama kamu menetap kat Pulau Pinang?”
Tuan
Ashman mengubah arah perbualan. Tajam matanya menatap wajah tenang
Faizam.
“Baru
beberapa tahun aje atuk. Sejak dari tingkatan satu lagi.”
“Kiranya,
dah hampir lima tahunlah kamu kat sana?”
Faizam
hanya mengangguk kecil.
“Kenapa
tak sekolah kat Selangor aje? Boleh masuk mana-mana sekolah yang kamu suka.
Pulau Pinang tu jauh dari rumah kamu,” ujar Tuan Ashman.
Sekadar
menduga anak muda yang sudah mendapat tempat istimewa di hatinya. Sesuatu yang
jarang dilakukannya pada sesiapa walaupun telah lama dikenalinya.
“Saya
nak cari pengalaman hidup di rantau orang atuk. Selama ni pun saya membesar kat
Pahang. Teringin nak merasa hidup di utara pulak. Kebetulan saya dapat
bersekolah kat sini. Jadi bak kata orang seperti orang mengantuk disorongkan
bantallah keadaan saya ni,” terang Faizam sambil memandang Tuan Ashman yang
mengangguk faham.
“Baguslah
macam tu. Memang patut pun kamu merantau jauh masa muda-muda macam ni.
Esok-esok bila dah tua macam atuk ni, taklah rasa ralat sangat kalau tak dapat
nak ke mana-mana.”
Bicara
Tuan Ashman terhenti tatkala terpandang cucu perempuannya melenggok datang
ke ruang tamu.
“Airnya
atuk,” pelawa gadis itu sambil meletakkan sedulang minuman.
Dia
memandang Tuan Ashman yang mengangguk kecil sebelum berpaling pada Faizam. Mahu
menjemput tetamu yang tidak dikenalinya itu menjamah hidangan. Namun
senyumannya serta-merta mati tatkala terpandang Faizam yang terlebih dulu hilang
senyuman.
Mata
Faizam sudah lama menikam wajah putih mulus itu. Tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya ketika ini. Dada Faizam berdebar kencang.
Balkis
turut tergamam namun seketika saja. Pantas dia meminta diri sebelum berlalu ke
dapur. Sempat matanya menjeling Faizam.
“Hah,
jemput minum Faizam. Dah lama kita berbual baru sampai airnya,” pelawa Tuan
Ashman.
Pelawaan
itu menyentak pandangan Faizam. Dia mengangguk lalu mencapai cawan teh panas di
depannya. Dihirup sedikit.
“Yang
tadi tu cucu atuk. Namanya Sultanah Balkishah, kakak pada Amir. Dialah
satu-satunya cucu perempuan yang atuk ada. Ibunya dah lama meninggal dunia.
Ayahnya pulak tinggal kat luar negara. Selama ni mak ayah Amirlah yang jadi
tempat dia menumpang kasih sayang,” cerita Tuan Ashman tanpa dipinta.
Oo...
Balkishah namanya, bisik hati Faizam.
“Oh
ya Faizam. Kamu tinggal dengan siapa kat Pulau Pinang tu?”
“Saya
tinggal di asrama sekolah dengan kawan-kawan.”
“Sekolah
mana tu?”
“Sekolah
Seri Putra,” jawab Faizam sopan.
“Sekolah
Seri Putra? Kalau tak salah atuk, sekolah tu bersebelahan dengan Sekolah Seri
Putri bukan?” soal Tuan Ashmaan lagi, meminta kepastian.
“Macam
mana atuk tahu?” soal Faizam, hairan.
“Apa
pulak atuk tak tahu. Cucu atuk, si Balkis tu bersekolah kat Sekolah Seri Putri
tulah. Tapi atuk cuma benarkan dia ada kat sana pada hari persekolahan aje.
Hujung minggu dia kena balik ke sini.
Balkis
tu nampak aje garang tapi pemalu orangnya. Atuk jarang-jarang benarkan dia
berkawan dengan orang luar sebab atuk tak mahu akhlaknya rosak macam
budak-budak perempuan lain kat luar sana tu. Yalah, budak-budak zaman sekarang
ni bukannya macam budak-budak zaman dulu. Lain ragamnya.
Sebab
tulah atuk lebih suka kalau Balkis duduk kat rumah aje selalu. Atuk benarkan
dia bersekolah kat Pulau Pinang tu pun sebab dia teringin sangat nak bersekolah
kat sana. Ikutkan, atuk nak dia duduk aje kat Alor Setar ni. Tak payah pergi
jauh-jauh. Lainlah kalau esok-esok dia dapat tawaran belajar ke luar negara.
Rugi pulak kalau tak pergi,” cerita Tuan Ashmaan lagi.
Faizam
mengangguk faham. Patutlah aku tak pernah tengok dia di sekitar sekolah selama
ni. Kena kuarantin rupanya. Hati Faizam berbisik lagi.
“Hah
Faizam, rasalah kuih bingka ubi tu. Tu ajelah yang ada pun. Balkis yang buat.
Dia tu memang suka memasak kalau balik ke sini. Jemput makan Zam, jangan
malu-malu.”
Pelawaan
Tuan Ashman kembali menyentak lamunan Faizam. Dia segera mengangguk. Dia
memasang telinga mendengar kata-kata Tuan Ashmaan yang mengubah arah perbualan
buat kali seterusnya. Berkisar tentang perniagaan. Semakin merancakkan
perbualan mereka tanpa menyedari minda Faizam ligat memikirkan seseorang ketika
ini. Seseorang yang selama ini membayangi mindanya. Seseorang yang seringkali
menganggu ketenteraman hidupnya. Seseorang yang kini telah ditemuinya. Balkis!
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-19-ketika-hati-bercinta.html