BAB
26“BODOH punya
orang, tak ada otak agaknya,” rungut Julia lalu terus menghempas tubuh di
buaian di halaman rumah.
Mengejutkan
Johan yang dari tadi ralit membaca buku di situ. Wajah masam mencuka sepupunya
dipandang seketika.
“Kau
kenapa Julie? Masam benar muka cantik kau tu. Kau minum cuka ya pagi tadi?”
usik Johan.
Julia
menjeling tajam.
“Kau
jangan nak tambah bara dalam hati aku ni Han. Nanti dengan kau sekali hangus
aku bakar,” balas Julia marah.
Dihayun
buaian besi itu sekuat hati. Terhoyong-hayang tubuhnya dan tubuh Johan dibuatnya
seketika.
“Kalau
ya pun marah, kau beritahulah aku siapa yang buat kau jadi semasam ni. Kau
sebenarnya dari mana Jue?” soal Johan lembut.
Dia
faham dengan sikap Julia yang cepat melenting namun mudah reda. Dia membetulkan
kedudukannya. Sedikit lari dek goncangan kuat gadis itu sebentar tadi.
“Aku
pergi PWTC tadi,” balas Julia sambil memuncung bibir.
Dikerling
sekilas Johan yang sudah terangkat kedua-dua keningnya.
“Kau
pergi PWTC? Buat apa kau pergi sana?” soal Johan, hairan.
“Dah
aku boring duduk kat rumah, jadi aku pergilah jalan-jalan. Nak harap kau bawa
aku, huh! Reput aku menunggu.”
Julia
menjeling wajah lelaki itu lagi. Terukir senyuman lebar di bibir Johan.
“Aku
bukan tak nak bawa kau jalan-jalan tapi pagi tadi aku ada hal penting yang
perlu aku selesaikan kat kampus tu. Bila aku balik aje kau dah tak ada,” terang
Johan.
“Jadi,
seronok tak pergi PWTC tu?” soal Johan.
“Bolehlah,
okey jugak pesta buku tu,” balas Julia hambar.
Sedang
Johan telah berubah riak muka. Seakan-akan tidak percaya.
“Pesta
buku? Kau pergi pesta buku?” soal Johan, terkejut.
Ada
bunga-bunga tawa dalam nada suaranya. Dia tersenyum lagi. Lebih lebar.
“Iyalah,”
balas Julia marah.
Mengerti
dengan maksud riak yang terpamer di wajah lelaki itu.
“Kalau
kau nak tahu, aku dapat kawan baru tadi. Namanya Farah. Cantik orangnya kau
tahu. Dahlah tu, baik pulak budi bahasanya. Suka aku pandang mukanya tu. Cantik
sungguh,” ujar Julia.
Nadanya
sudah bertukar ceria. Dia tersenyum lebar.
Farah?
Hati Johan berdetik seketika. Diakah? Tapi bukankah Farah berada di Pulau
Pinang sekarang? Takkan dia balik ke sini? Tiba-tiba pulak tu? Soalan demi
soalan mulai memenuhi minda Faizam.
“Tapi
kalau kau nak tahu, benci betul aku dengan boyfriend Farah tu. Apa
entah namanya, aku dah lupa. Biadab betul. Tak padan langsung Farah dengan
dia,” sambung Julia.
Kata-kata
Julia melenyapkan bayangan Farah dari minda Johan. Dia kembali tersedar.
“Kenapa
kau cakap macam tu?” soal Johan sambil memandang Julia yang merengus halus.
“Yalah,
macam mana aku tak benci dia. Ada ke patut, aku yang macam ni cantik jelita
diajaknya bergaduh di depan semua orang. Tak guna betullah budak bodoh tu.”
Julia
kembali marah tatkala teringatkan peristiwa yang dilaluinya beberapa jam lalu.
“Ni
mesti kau ada buat sesuatu yang buat dia naik angin kan? Bukannya aku tak tahu
perangai kau tu. Suka benar cari pasal dengan orang.”
Johan
menjeling sekilas wajah Julia yang kembali masam dengan kata-katanya.
“Mana
ada aku buat apa-apa kat dia,” sangkal Julia cepat-cepat.
Namun
dia bersuara semula saat terpandang riak tidak percaya di muka Johan.
“Ada
tu adalah tapi perkara tu kecil aje. Bukannya sampai aku bunuh orang ke apa.
Saja dia nak besar-besarkan perkara tu. Kau tahu apa dia panggil aku?
Puntianak! Entah apalah maksudnya tu,” rungut Julia, geram.
“Puntianak?”
Johan
terus ketawa terbahak-bahak. Tawanya semakin kuat tatkala beberapa cubitan
gadis itu hinggap di lengannya.
“Kau
ni Han, saja nak sakitkan hati aku. Benci tau!” marah Julia sambil menjeling.
“Tapikan
pada akulah, Farah tu lebih sesuai digandingkan dengan kau Han.”
“Kenapa
pulak?” soal Johan dengan dahi berkerut.
“Yalah,
dia tu kan macam kau jugak. Jenis ustazah. Cuma dia tak pakai tudung labuh.
Biasa-biasa aje orangnya. Tapi entah apa malangnya nasib dia dapatboyfriend seteruk budak
bodoh tu!” marah Julia semula.
Sekaligus
menjemput pula bayangan Faizam ke layar mata. Namun cepat saja dia membuang
jauh-jauh.
“Siapa
pulak yang kau bodohkan ni?” soal Johan tidak mengerti.
“Siapa
lagi kalau bukan boyfriend Farah tulah,” jawab Julia, geram.
Dikepal
penumbuknya sebelum tapak tangan sendiri ditumbuk beberapa kali. Membayangkan
dia menumbuk wajah Faizam ketika ini.
Johan
pula terus melebarkan senyuman.
“Kau
jangan cakap macam tu Jue. Dibuatnya satu hari nanti kau jatuh cinta kat dia,
kau jugak yang susah nanti. Aku lagilah tak suka sebab dapat sepupu bodoh.
Esok-esok anak-anak saudara aku pun ikut ayahnya jugak, bodoh aje semuanya,”
usik Johan lalu kembali tertawa.
“Eii... please, never!”
jerit Julia.
Dia
terus mencubit Johan beberapa kali hingga lelaki itu terpaksa bangun dari
duduknya. Mengelak dari terus menjadi mangsa cubitan bertalu-talunya.
Julia
terus mengejar Johan yang telah berlari mengelilingi laman rumah sebelum
kedua-dua teruna dan dara itu terduduk di penjuru halaman. Sama-sama menghambur
tawa. Geli hati dengan gurauan Johan sebentar tadi.
Tidak
sedar sepasang mata yang sejak tadi mengintai kelakuan kedua-duanya dari balik
langsir rumah turut menguntum senyum. Senang melihat keadaan itu.
“LEWAT abang
balik malam ni,” sapa Puan Sri Fariha.
Dia
menyambut briefcase dari tangan Tan Sri Jamaluddin sebelum mengucup
lembut suaminya.
“Banyak
kerja yang abang perlu siapkan kat pejabat tu,” balas Tan Sri Jamaluddin lemah.
Direbahkan
tubuhnya di sofa. Sementara mata melilau ke sekeliling.Sunyi sepi membalut
suasana rumah banglo itu ketika ini.
“Johan
mana Riha? Dah tidur ke?”
Pandangan
Tan Sri Jamaluddin kembali jatuh pada isterinya. Wanita itu turut melabuhkan
punggung di sebelahnya.
“Johan
ada dalam biliknya tu, masih mengulang kaji pelajaran.”
“Julie?”
“Julie
kat dalam biliknya. Dah tidur pun budak tu.”
“Anak
dara tu tak ke mana-mana ke hari ni?” soal Tan Sri Jamaluddin sambil menarik
keluar tali leher lalu dihulur pada isterinya yang segera menyambut.
“Dia
ke PWTC siang tadi. Saya suruh dia pergi pesta buku yang sedang berlangsung kat
situ,” ujar Puan Sri Fariha sambil menghulur segelas minuman.
“Dia
pergi dengan siapa? Johan?” soal Tan Sri Jamaluddin lalu meneguk minuman
beberapa kali.
“Taklah
bang, dia pergi seorang. Johan ada hal kat kampus tadi. Saya suruh Julie bawa
kereta saya ke sana.”
Puan
Sri Fariha menyambut semula gelas kosong itu.
“Eloklah
kalau macam tu. Sekurang-kurangnya tak adalah dia rasa bosan sepanjang berada
kat sini,”
“Abang,
boleh Riha tanya sesuatu?” pinta Puan Sri Fariha.
Soalan
itu telah memalingkan wajah Tan Sri Jamaluddin mengadap Puan Sri Fariha.
Merenung wajah wanita kesayangannya. Telah ada kedutan dan garis-garis tua di
wajah putih bersih itu. Sama seperti di wajahnya. Namun kasih sayangnya
terhadap wanita itu tetap tidak pernah pudar malah semakin mendalam lantaran
telah lama mereka hidup bersama.
“Riha
nak tanya apa?” soal Tan Sri Jamaluddin lembut.
Puan
Sri Fariha terdiam seketika.
“Apa
pendapat abang tentang Julie?” tanya Puan Sri Fariha lambat-lambat.
“Kenapa
tiba-tiba aje Riha tanya pasal Julie ni?” soal Tan Sri Jamaluddin dengan dahi
berkerut.
“Tak
adalah bang. Saja Riha tanya,” jawab Puan Sri Fariha lembut.
Tan
Sri Jamaluddin tersenyum. Mengerti maksud pertanyaan itu. Berpuluh tahun hidup
bersama menyebabkan dia begitu arif dengan setiap sikap isterinya.
“Kenapa?
Riha berkenan nak buat menantu ke?”
“Kalau
ada jodoh dia dengan Johan, apa salahnya.”
Cepat
saja Puan Sri Fariha menyahut. Sekaligus mempamerkan maksud pertanyaannya
sebentar tadi.
Tan
Sri Jamaluddin menghela nafas panjang.
“Riha
dah fikir masak-masak ke tentang hal ni?” soal Tan Sri Jamaluddin semula.
“Kenapa?
Abang tak suka kalau Julie jadi menantu kita?”
Tan
Sri Jamaluddin menarik nafas lagi. Lebih panjang.
“Bukan
tak suka tapi Riha sendiri pun fahamkan dengan sikap abang. Bukan mudah abang
nak terima seseorang apatah lagi menjadikannya keluarga kita. Abang akui. Abang
sayangkan Julie sama seperti abang sayangkan anak-anak kita yang lain tapi tu
tak bermakna abang boleh terima dia menjadi ahli keluarga kita sepenuhnya.
Riha
sendiri pun tahu macam mana hidup Julie selama ni? Tapi abang tak kisah tentang
semua tu. Cuma abang nak Riha faham. Antara dia dan Johan, terlalu jauh beza.
Macam kutub utara dan kutub selatan. Walaupun hidup dalam satu dunia yang sama
tapi berlainan arah. Macam mana kita nak pasangkan mereka kalau dari dulu lagi
mereka tak pernah serasi,” jelas Tan Sri Jamaluddin.
Memang
dari dulu dia sudah mengagak yang ada sesuatu di hati isterinya berkenaan
Julia. Sesuatu yang telah lama difahaminya. Hanya dia pura-pura tidak
mengetahui.
“Riha
tahu bang tapi semua tu kan boleh diubah.”
Puan
Sri Fariha meramas lembut jari-jemari kasar suaminya. Tan Sri Jamaluddin hanya
membiarkan perlakuannya.
“Abang
akui semua tu boleh diubah tapi persoalannya sekarang, mahu ke Johan kalau kita
padankan dia dengan budak Julie tu? Kalau dia nak, tak apalah. Tapi kalau tak,
abang tak mahu Riha paksa dia terima keputusan Riha,” ujar Tan Sri Jamaluddin
mengingatkan.
Pantang
baginya memaksa anak-anak menerima segala keputusannya dan isteri tanpa
berfikir dulu dalam-dalam. Apatah lagi keputusan itu melibatkan masa depan
mereka. Bagi dia setiap anaknya berhak membuat keputusan sendiri namun
keputusan itu haruslah bersandarkan kepada persetujuannya dan isteri terlebih
dulu.
“Mestilah
dia mahu bang. Dia orang kan rapat sejak kecil lagi.”
“Hanya
kerana mereka rapat dari kecil maka Riha fikir dia orang dah boleh terima
sesama sendiri, macam tu?” soal Tan Sri Jamaluddin sambil tersenyum kecil.
“Fariha,
rapat tak semestinya bermaksud mereka sesuai hidup bersama. Lagipun Riha yakin
ke yang dia orang berdua boleh hidup bahagia nanti?” sambung Tan Sri
Jamaluddin.
“Tentulah
bang. Kenapa pulak tak?”
“Tapi
abang tak rasa budak berdua tu boleh bahagia kalau hidup bersama nanti. Silap
hari bulan tak sampai sebulan dia orang kahwin dah bercerai-berai.”
Puan
Sri Fariha terus membulat mata. Lama dia merenung wajah serius suaminya.
“Abang
biar betul. Tak baik tahu doa yang bukan-bukan untuk anak-anak kita.”
“Abang
bukan doa Riha tapi tu kenyataannya. Cuba Riha tengok perbezaan sikap kedua-dua
orang tu. Kalau Johan
dapat
didik Julie jadi isteri yang baik, alhamdulillah. Tapi kalau terjadi yang
sebaliknya pulak, macam mana?”
Puan
Sri Fariha merengus lembut. Kurang senang dengan kata-kata itu.
“Riha
tak fikir cakap abang tu betul. Kita dah bagi didikan terbaik untuk anak-anak
kita terutamanya Johan. Mustahillah dia tak mampu nak ubah cara hidup Julie.”
“Riha,
kita semua ni hanya manusia biasa. Tak pernah lari dari berbuat silap. Jangan
katakan masa depan, hari esok pun kita tak mampu nak ramal apa yang akan jadi.
Sekadar boleh mengagak dan merancang. Jadi macam mana kita boleh tahu sama ada
Johan mampu mengubah Julie atau tak nanti,” balas Tan Sri Jamaluddin lembut.
Direnung
wajah Puan Sri Fariha yang sudah menarik panjang muncung.
Puan
Sri Fariha tidak puas hati dengan kata-kata suaminya itu. Punah rasanya impian
dia untuk melihat anak lelaki kesayangannya dan Julia bersatu.
“Yang
abang ni beria-ia tolak pilihan Riha tu kenapa? Abang dah ada pilihan lain ke
untuk Johan?” soal Puan Sri Fariha sambil memandang Tan Sri Jamaluddin dengan
wajah masam.
Perlahan-lahan
Tan Sri Jamaluddin mengangguk lalu tersenyum lebar.
Riak
Puan Sri Fariha berubah serta-merta. Terkejut.
“Iya
ke bang? Siapa budak tu? Anak siapa bang? Riha kenal ke?”
Bertalu-talu
Puan Sri Fariha menghambur soalan. Tidak sabar-sabar hendak tahu.
“Tentulah.
Bukan ke Riha sendiri pernah cadangkannya pada abang dulu?”
“Siapa
bang? Riha tak ingatlah.”
Puan
Sri Fariha menyerah kalah setelah lama berfikir.
Tan
Sri Jamaluddin tersenyum semula.
“Tak
apalah kalau Riha tak ingat pun. Bukannya penting sangat kita fikirkan semua ni
sekarang. Johan tu pun baru aje berapa belas tahun umurnya. Masih banyak lagi
perkara yang perlu dia buat sebelum fikir pasal hal ni. Entah esok-esok dia dah
pilihan sendiri, mana kita tahu.”
Jawapan
Tan Sri Jamaluddin membuatkan Puan Sri Fariha mengeluh.
“Bang,
kalau Johan dah ada pilihan sendiri, abang terima tak pilihannya tu nanti?”
tanya Puan Sri Fariha lambat-lambat.
“Siapa
pun pilihan anak-anak kita, abang tetap akan terima Riha asalkan mereka
bahagia. Cuma tulah. Kita sebagai orang tua kenalah nilai dulu orang yang bakal
menjadi ahli keluarga kita tu. Kalau kena gaya, apa salahnya,” ujar Tan Sri
Jamaluddin.
Dia
mula bangun dari duduknya.
“Dahlah
Riha, dari tadi kita asyik bercakap aje sampai lenguh mulut abang. Riha ada
masak apa-apa tak? Abang laparlah. Dari petang tadi abang tak makan apa-apa
lagi,” sambung Tan Sri Jamaluddin sambil memandang isterinya yang turut sama
bangkit.
“Eh,
lupa pulak Riha nak ajak abang makan. Riha dah masak awal malam tadi, tunggu
abang balik ajelah,” jawab Puan Sri Fariha sambil tersenyum kecil.
“Johan
dan Julie dah makan?”
“Lepas
Solat Maghrib tadi dia orang dah makan.”
“Riha?”
“Riha
tunggu abang.”
Tan
Sri Jamaluddin tersenyum panjang. Mengerti dengan sikap isteri kesayangannya.
Sejak dulu tidak pernah berubah. Gemar menunggunya untuk makan bersama. Lantas
menambahkan lagi sayangnya terhadap wanita itu.
“Riha
pergilah makan dulu ya. Abang nak mandi dan Solat Isyak. Lepas tu baru abang
nak makan,” ujar Tan Sri Jamaluddin lalu mula menapak ke tingkat atas.
“Kalau
macam tu Riha panaskan dulu lauk-pauk tu ya bang. Kita makan sekali nanti,”
balas Puan Sri Fariha cepat-cepat.
“Suka
hati Rihalah.”
Tan
Sri Jamaluddin segera menghilangkan diri.
Puan
Sri Fariha pula terus melenggang masuk ke ruang dapur.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-26-ketika-hati-bercinta.html