BAB
29“MASAK apa
tu Farah?”
Julia
yang baru selesai menukar pakaian petang itu melangkah masuk ke ruang dapur.
Menjenguk muka ke arah Farah yang nampak sibuk mengacau sesuatu di atas dapur.
“Saya
masak yang biasa-biasa aje Julie. Ikan keli masak cili api, ayam masak sambal
berlada dan kangkung goreng. Tu aje untuk makan malam kita nanti.”
“Hmm...
bunyi macam sedap,” balas Julia sambil tersenyum kecil.
“Untunglah
awak Farah pandai memasak. Saya ni jarang benar nak turun ke dapur. Maklumlah,
kat rumah kan dah ramai pembantu rumah. Setakat masak pizza dan roti tu
bolehlah. Tu pun jarang-jarang saya nak buat,” sambung Julia.
“Hah,
elok sangatlah kalau anak dara Melayu tahu masak makanan tu aje. Esok-esok
kalau dah ada laki, sumbat aje mulut dia dengan semua makanan tu. Pasti tak
sampai dua bulan jadi jandalah kau.”
Tidak
sempat Farah membalas, Faizam yang baru melangkah keluar dari bilik mandi di
penjuru dapur menyampuk. Mengejutkan Julia yang tidak sedar
tentang kewujudannya di rumah itu.
“Kau?
Kau buat apa kat sini?” soal Julia, terkejut dan lantang.
Dia
tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki itu di situ.
“Buat
apa kau tanya? Inikan rumah aku jugak. Suka hati akulah nak buat apa pun,”
balas Faizam selamba.
Dia
terus ke tingkat atas. Meninggalkan Julia yang mencekak pinggang dengan mulut
terlopong luas. Masih terkejut dengan pertemuan itu.
“Farah,
awak tinggal serumah dengan budak bodoh tu ke?”
Julia
mengalih pandang pada Farah yang sedang menyenduk lauk ke dalam pinggan.
“Dari
kecil lagi kami tinggal bersama Julie. Masa tu Faizam tinggal dengan atuk dan
neneknya kat hujung kampung, kat kuarters kerajaan. Bila atuk dan nenek dia
pindah balik ke Melaka, dia tinggallah kat sini dengan kami. Tapi kalau atuk
dan nenek saya tak ada, Faizam tak tidur kat sini. Dia tidur kat rumah keluarga
angkat saya kat kampung gunung tu,” jelas Farah.
Matanya
tertancap seketika pada wajah Julia. Sedar sejak tadi gadis itu merenungnya
dengan pandangan tidak percaya.
“Kami
serumah aje Julie tapi tak sebilik,” sambung Farah.
Seakan-akan
dapat mengagak apa yang bermain di minda gadis itu, dia bersuara tenang sambil
tersenyum kecil.
Lambat-lambat
Julia mengangguk walaupun kurang yakin dengan kata-kata itu. Sekadar mahu
menyenangkan hati gadis itu.
Farah
kembali meneruskan kerja.
Julia
mengeluh panjang. Cuba menghambat perasaan tidak senang yang mula timbul di
hati. Tidak senang dengan kewujudan Faizam di situ. Tanpa sedar dia mengeluh
lagi. Lebih berat.
“SUSAH saya
nak percaya budak Julie tu anak saudara Jamaluddin, menantu kita tu bang,” ujar
Hajah Aminah sambil memandang sekilas Julia yang masih berbual dengan Farah di
dapur.
Dia
yang berada di ruang tamu mengalih pandang pada suaminya.
Haji
Rahman sedang bersiap-siap untuk ke masjid petang itu. Menjadi kebiasaan lelaki
berusia tujuh puluhan itu menunaikan Solat Maghrib dan Isyak di masjid kampung
mereka saban malam.
“Kenapa
pulak awak tak percaya? Bukan ke Farah sendiri cakap yang budak Julie tu sepupu
Johan.”
Haji
Rahman membetulkan kedudukan songkoknya.
“Saya
bukannya apa bang. Tak sangka Jaafar ada anak dara macam tu. Singkat betul
pakaiannya. Macam tak cukup kain aje. Dahlah tu, berbeza benar sikapnya jika
nak dibandingkan dengan Johan dan abang-abangnya,” adu Hajah Aminah seakan-akan
tidak puas hati dengan keadaan itu.
Mengucap
panjang dia tatkala terpandang kelibat gadis itu di rumah mereka tengah hari
tadi. Sedikit sebanyak tingkah laku dan gaya Julia tidak disenangi hati tuanya.
Haji
Rahman tersenyum kecil. Mengerti dengan rasa yang timbul di hati isterinya
terhadap gadis yang pertama kali dikenalinya itu. Sama seperti hatinya namun
dia hanya mengambil sikap tidak mengendahkan semua itu.
“Apa
yang awak nak hairankan Nah. Dah nama pun membesar kat negara orang putih,
mestilah budak tu pun terikut-ikut dengan budaya dan adat orang sana tu.
Lagipun Nah, awak tak boleh nilai orang berdasarkan pakaiannya aje. Yang
penting sikapnya tu sama ada baik ke tak. Tak guna bertudung labuh hingga ke
buku lali pun kalau perangai tu buruk mengalahkan apa lagi.”
“Tu
saya tahu bang tapi abang pun kena faham jugak. Abang tu kan bekas penghulu
kampung ni. Ahli jawatankuasa masjid kampung kita pulak. Nanti apa pulak
orang kampung fikir bila dia orang tengok ada anak dara berpakaian tak senonoh
macam tu kat dalam rumah kita ni. Dahlah selama ni berbuih-buih mulut orang
kampung mengutuk Farah dengan Faizam padahal budak berdua tu tak buat apa-apa
pun. Inikan pulak kalau terlihat budak Julia tu. Entah apa pulak yang akan
dikata dia orang nanti,” tekan Hajah Aminah, meluahkan isi hatinya.
“Biarlah
dia orang nak kata apa pun Nah. Bukannya luak badan kita ni walaupun
berbakul-bakul dia orang mencaci. Nama pun mulut manusia, manalah boleh kita
tutup. Lainlah kalau mulut tempayan.”
Haji
Rahman memandang wajah isterinya. Wanita tua seusianya itu mengeluh perlahan.
“Hai,
nasib baiklah Faizam tak ikut mak dan ayah dia ke luar negara masa kecil dulu.
Kalau tak entah apalah jadi kat dia sekarang,” keluh Hajah Aminah.
“Dahlah
tu Nah, tak payahlah awak fikir yang bukan-bukan. Tak ada untungnya awak fikir
pasal ni sampai ke pagi esok pun. Biar ajelah budak tu berpakaian macam tu.
Badan dia, suka hati dialah nak pakai apa pun,” ujar Haji Rahman lagi lalu mula
menapak ke pintu rumah.
Hajah
Aminah mengikut dari belakang.
“Oh
ya Nah. Awak tolong beritahu Faizam, abang ke masjid dulu. Ada mesyuarat
sebelum Maghrib nanti. Awak minta dia datang awal sikit ke masjid. Abang nak
suruh dia tolong Lebai Ali siapkan minit mesyuarat kami,” pesan Haji Rahman
sebelum mendapatkan motosikalnya yang diparkir di tepi rumah.
Hajah
Aminah hanya mengangguk sambil memandang kelibat suaminya yang semakin
menghilang dari halaman rumah mereka. Tanpa sedar dia mengeluh lagi.
“MALANG betul
nasib awak Farah dapat boyfriend seteruk Faizam tu,” ujar Julia.
Dia
mencebik bibir sedikit. Memandang Farah yang tertawa kecil.
“Saya
dan Faizam tu hanya kawan baik aje Julie. Bukannya couple macam yang
awak fikirkan tu,” balas Farah.
Tangannya
ligat memotong timun untuk dibuat ulam bagi hidangan makan malam nanti.
“Iya
ke kau orang kawan baik aje? Saya tengok kau orang bukan main rapat lagi. Ke
mana-mana pun berdua aje,” ujar Julia, tidak percaya.
“Kami
rapat sebab memang dari kecil lagi kami dah macam ni Julie. Ke mana-mana pun
memang kami berdua aje. Nak buat macam mana lagi,” balas Farah tenang.
“Faizam
tu sebenarnya baik orangnya. Baik sangat tapi mungkin awak tak kenal dia jadi
awak beranggapan yang bukan-bukan tentang dia,” sambung Farah.
Julia
menjongket bahu.
“Pasal
tu, saya tak ada komen. Yang saya tahu, saya memang tak suka dengan perangai
biadapnya tu. Meluat sangat,” ujar Julia geram.
Tanpa
sedar dia meramas kasar daun-daun kaduk dalam raga kecil di depannya.
“Mungkin
awak perlu masa untuk kenal Faizam dengan lebih dalam Julie,” ujar Farah
semula.
Dia
memandang Julia yang kembali menjongket bahu.
“Mungkin
jugak ya, mungkin jugak tak. Tengoklah macam mana,” balas Julia.
Dia
memang geram setiap kali perihal anak muda itu dibangkitkan.
“Farah,
tolong beritahu Faizam, atuk kamu pesan suruh dia pergi masjid awal sikit hari
ni. Dia nak minta Faizam tolong Lebai Ali buatkan minit mesyuarat dia orang
nanti,” pinta Hajah Aminah yang tiba-tiba muncul di muka pintudapur.
Mengejutkan
kedua-dua gadis itu yang sedikit leka dengan perbualan mereka.
“Sekarang
ke nek?” soal Farah yang masih ligat membuat kerja.
“Iyalah,
takkan esok pulak,” balas Hajah Aminah lalu kembali ke ruang tamu.
Farah
terkocoh-kocoh menyiapkan kerja.
“Tak
apa Farah, biar saya aje yang pergi beritahu budak bodoh tu.”
Julia
menawarkan khidmat tiba-tiba. Kasihan dia pada Farah yang sejak tadi tidak
lepas tangan melakukan pelbagai kerja sedangkan dia hanya menjadi pemerhati.
Dia mahu membantu tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Tenang
mata Julia membalas pandangan Farah yang terhenti seketika pergerakannya.
Terkejut dengan kata-kata itu.
“Betul
awak nak pergi beritahu Faizam?” soal Farah sungguh-sungguh.
Kurang
yakin sebenarnya. Dia memandang Julia yang mengangguk segera.
“Awak
pasti?” soal Farah lagi.
Julia
mengangguk lagi.
“Yang
mana satu bilik budak bodoh tu?” soal Julia.
“Biliknya
betul-betul kat depan tangga ni,” ujar Farah sambil memuncung bibir.
Dia
memandang Julia memanjat anak tangga menuju ke tingkat atas rumah. Dalam hati
dia berdoa. Semoga tiada lagi pertengkaran yang berlaku antara kedua-duanya.
“HOI! Kau
tak tahu nak ketuk pintu dulu ke sebelum masuk ke bilik orang hah?” tengking
Faizam.
Terkejut
dia apabila tiba-tiba saja Julia menerjah masuk ke bilik tidurnya.
Cepat-cepat dia membetulkan kain pelikat yang hampir terlondeh sementara tangan
mencapai tuala di ampaian bilik. Menutup bahagian dadanya yang terdedah.
Menjadi kebiasaan dia tidak berbaju ketika bersendirian di dalam bilik.
Faizam
baru saja mahu menyarung pakaian setelah selesai Solat Asar tatkala Julia
muncul di muka pintu biliknya.
Julia
tersenyum sinis.
“Sorrylah,
aku terlupa nak ketuk tadi. Anyway, atuk pesan suruh kau pergi masjid awal
hari ni. Dia minta tolong kau buat apa entah kat masjid tu,” ujar Julia selamba
sambil mencekak pinggang.
“So?”
soal Faizam dengan nada tinggi.
Bengang
dengan keadaan itu.
“So
what?” tanya Julia, terpinga-pinga dengan soalan pendek lelaki itu.
“Jadi
boleh kau keluar dari bilik aku ni sekarang?” pinta Faizam tegas.
Dia
merenung tajam wajah Julia yang serta-merta berubah. Merah padam. Geram dengan
layanan kasarnya.
“Dasar
budak kampung bodoh!” jerit Julia bengang.
Dia
kemudian menutup pintu bilik itu sekuat hati. Berdentum bunyinya.
Mengejutkan
Farah dan Hajah Aminah di tingkat bawah rumah.
“Kenapa
tu Farah? Apa yang dah jadi?” soal Hajah Aminah yang terkocoh-kocoh mendapatkan
Farah yang segera melangkah keluar dari ruang dapur.
Dia
berdiri di depan anak tangga menghala ke tingkat atas rumah.
“Entahlah
nek,” jawab Farah, terpinga-pinga.
Cepat-cepat
dia menerpa Julia yang terus melangkah turun ke tingkat bawah. Wajah gadis itu
dilihatnya masam.
“Kenapa
Julie?” soal Farah sebaik gadis itu menghampirinya.
“Kawan
awak tulah, bodoh betul! Benci saya!” jawab Julia, marah.
“Apa
yang Faizam dah buat pada Julie?” soal Farah kelam-kabut.
Bimbang
kalau-kalau Faizam melakukan sesuatu yang di luar dugaan walaupun dia yakin
mustahil lelaki itu akan bersikap demikian.
Mata
Farah memandang sekilas wajah Hajah Aminah yang turut diselaputi tanda tanya
sebelum berpatah semula pada Julia. Gadis itu merengus marah.
“Huh, stupid
boy!” rengus Julia lalu terus ke ruang dapur.
Meninggalkan
Farah dan Hajah Aminah yang terpinga-pinga dengan kata-katanya. Sama-sama tidak
mengerti.
Tanpa
sepatah kata Hajah Aminah berlalu ke ruang tamu semula.
Tidak
lama kemudian, Faizam muncul dari tingkat atas. Sama seperti Julia, wajah
lelaki itu turut disaluti riak masam.
“Hei
Farah, kau pesan baik-baik kat kawan kau tu. Lain kali kalau nak masuk bilik
orang, ketuk pintu dulu. Jangan nak main terjah suka hati dia aje,” ujar Faizam
sebaik berdiri di depan Farah.
Bersiap
sedia untuk ke masjid dengan baju Melayu berserta kain pelikat tersarung kemas
di tubuhnya.
“Kau
sendiri pun tahu kan macam mana sikap Julie tu? Beralahlah sikit Zam,” keluh
Farah seakan-akan merayu.
Ditatap
lemah wajah Faizam yang makin mencuka.
“Huh,
tolonglah Farah! Tak ada masa aku nak beralah dengan perempuan macam tu.
Perangai macam puntianak aje,” ujar Faizam, marah.
“Tak
sampai beberapa jam dia kat sini, kau orang dah mula bergaduh. Tu baru beberapa
jam. Tak masuk beberapa hari lagi. Lama-lama boleh jadi gila aku dibuat kau
orang tahu,” balas Farah namun masih dalam nada lembut.
“Bukan
aku yang mulakan tapi si puntianak tu,” balas Faizam cepat-cepat.
“Dahlah,
malas aku nak cakap pasal puntianak tu lagi. Aku nak ke masjid sekarang.
Apa-apa hal kau call aje handphone aku nanti,” sambung
Faizam.
Seperti
biasa dia meninggalkan pesanan sama yang disuarakannya saban hari.
“Kau
tak nak makan dulu ke Zam?” soal Farah sambil memandang lelaki itu mencapai
kunci motornya di atas meja.
“Malam
nanti ajelah aku makan. Tak ada selera nak makan sekarang,” balas Faizam.
Dia
terus melangkah keluar dari rumah. Meninggalkan Farah yang termangu-mangu
seketika dengan jawapannya.
Farah
mengeluh semula.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-29-ketika-hati-bercinta.html