BAB
4“ASSALAMUALAIKUM Farah,”
tegur Balkis sebaik Farah membuka pintu bilik.
“Waalaikummusalam.Eh,
Balkis!” sahut Farah lalu terus meluru mendapatkan Balkis.
Dipeluknya
erat-erat sebelum dicium pipi gadis itu beberapa kali.
“Apa
ni Farah, bau macam kambing aje badan kau ni,” usik Balkis sambil pura-pura
menutup hidung.
“Ala sorrylah
Balkis, aku baru balik dari latihan bola tampar tadi. Dengar aje suara kau,
terlupa terus aku keadaan badan aku ni. Maklumlah, dah lama aku tak jumpa kau.
Rindu tau,” ujar Farah sambil tersenyum gembira.
“Bila
kau sampai?” soal Farah sesudah itu.
“Baru
aje. Tak sempat nak tukar baju lagi pun,” balas Balkis.
“Jadi,
macam mana dengan cuti sekolah kau? Apa yang kau buat sepanjang sebulan kita
bercuti hari tu?” tanya Farah.
Balkis
menghela nafas.
“Hmm...
biasalah Farah. Orang macam aku ni, manalah boleh keluar merayap macam kau.
Selagi tak diizinkan keluar, selagi tulah terperap dalam rumah tu. Kalau
keluar pun bukannya boleh lama-lama. Nanti tak pasal-pasal kena kuarantin
pulak. Kau pulak macam mana?” ujar Balkis.
“Aku
macam biasalah. Pergi ladang kacau abang-abang aku buat kerja, main dengan
kawan-kawan, tolong nenek kemas rumah, masak. Tu ajelah pun yang aku buat
sepanjang cuti.”
Farah
kembali tersenyum sebelum tiba-tiba teringat sesuatu.
“Oh
ya Balkis. Tiga minggu lagi ada pertandingan pidato antara sekolah kat Dewan
Seri Negeri. Kita pergi sama-sama nak?” ajak Farah.
Perlahan-lahan
senyuman Balkis hilang.
“Aku
minta maaf Farah. Aku kena balik ke rumah nanti. Ada perkara yang perlu aku
selesaikan,” ujar Balkis lambat-lambat.
Tidak
mahu menyinggung perasaan sahabat yang telah hampir lima tahun menjadi teman
sebiliknya di asrama sekolah itu.
“Nampaknya,
tak dapatlah kau tengok aku bertanding nanti. Aku harap sangat kau dapat pergi.
Bukannya apa, kau kan sahabat baik aku sejak kita di tingkatan satu lagi. Aku
teringin nak keluar jalan-jalan dengan kau. Dari dulu jarang kita dapat keluar
bersama. Tapi untuk kali ni, aku harap sangat kau pergi. Sekejap pun jadilah.
Boleh ya Balkis?” rayu Farah sungguh-sungguh.
“Aku
betul-betul minta maaf Farah. Aku pun sebenarnya teringin sangat nak keluar
dengan kau dan kawan-kawan yang lain. Tapi kau sendiri pun tahu kan macam mana
keadaan hidup aku selama ni. Tak macam orang lain,” ujar Balkis, sayu.
Rasa
terkilan memanjat hati. Terkilan kerana tidak mampu menunaikan permintaan
sahabat yang telah banyak berjasa padanya.
Timbul
rasa bersalah dalam diri Farah yang kembali tersedar dengan keadaan hidup
gadis itu selama ini. Segera tubuh Balkis dipeluk erat.
“Maafkan
aku Balkis. Aku tak bermaksud nak lukakan hati kau. Aku terlalu nak keluar
dengan kau sampai aku terlupa pada keadaan kau. Maafkan aku,” pohon Farah.
“Dahlah
Farah, tak payahlah kau minta maaf. Bukan salah kau pun. Malah aku bersyukur
sangat sebab aku mempunyai sahabat seperti kau. Terima kasih Farah kerana sudi
maafkan aku,” ucap Balkis.
“Jadi,
macam mana dengan persiapan kau untuk bertanding dalam pertandingan pidato tu
nanti?” soal Balkis, menukar arah perbualan.
Lalu
membuat Farah tersenyum lebar semula.
“Setakat
ni aku dah bersedia dan Insya-ALLAH aku yakin aku mampu meraih gelaran pemidato
terbaik tu lagi untuk tahun ni,” ucap Farah bersemangat.
“Aku
pasti kau akan menang lagi. Aku berdoa kau akan dinobatkan sebagai pemidato
terbaik untuk tahun terakhir kita di sekolah kesayangan kita ni,” ujar Balkis
memberi perangsang sebelum mengeluh sayu.
“Alangkah
baiknya kalau aku dapat pergi bersama. Ini tak, aku hanya mampu tengok semua tu
dalam video yang kawan-kawan kita rakamkan aje tiap-tiap tahun.”
“Jangan
kata macam tu Balkis. Bagi aku, sama ada kau pergi atau tak, aku tetap gembira
sebab aku tahu doa kau sentiasa bersama aku. Tu pun dah cukup menggembirakan
aku,” balas Farah.
Balkis
menghela nafas lega.
“Entah
bilalah agaknya aku mampu hidup bebas seperti orang lain. Tak lagi terkurung
macam ni,” keluh Balkis lagi.
“Janganlah
kau sedih Balkis. Aku yakin, suatu hari nanti kau pasti dapat
merasai kebebasan hidup yang kau impikan tu. Cuma kita tak tahu bila
masanya akan sampai,” pujuk Farah lembut.
Laungan
azan yang mula berkumandang di seluruh pelosok bangunan asrama menyentak
perbualan kedua-duanya.
“Ya
ALLAH Balkis, dah masuk Maghrib pun! Aku belum mandi lagi. Dahlah malam ni aku
bertugas kat surau kita. Matilah aku kena marah dengan Marina kejap lagi. Aku
janji dengan dia nak pergi awal malam ni!”
Terkocoh-kocoh
Farah mencapai tuala di ampaian sebelum pantas menerpa keluar. Berlari-lari
anak menuju ke bilik air di penjuru bangunan asrama.
Balkis
yang memandang gelagat gadis itu hanya menggeleng sambil tersenyum kecil. Dia
sendiri turut bangun tidak lama kemudian. Mahu mengambil wuduk.
“AKU tengok
kau makin rapat dengan Nisda sekarang.”
Terhenti
gerakan Johan yang sedang menyelak buku di katilnya mendengar kata-kata itu.
“Apa
maksud kau?” tanya Johan dengan dahi berkerut.
“Maksud
aku, kau dengan Nisda ada apa-apa ke? Rapat semacam aje aku tengok kau orang
berdua sekarang,” jelas Danial.
“Mana
adalah Danny. Aku dengan Nisda kan dah kenal sejak kita di tingkatan satu lagi.
Kawan-kawan macam tu ajelah,” sanggah Johan cepat-cepat.
“Iya
ke? Aku tengok Nisda tak anggap macam tu pun,” sampuk Iskandar.
“Betul
tu. Aku tengok Nisda macam sukakan kau aje. Kau tak nak kat dia ke Han?” soal
Afiq juga.
Hilang
tumpuan dia pada buku pelajaran seketika.
“Tak
ada masanya aku nak fikir semua tu. Banyak lagi yang perlu aku beri perhatian
terutamanya pada peperiksaan SPM kita,” sangkal Johan lagi.
“Ala,
apa salahnya kalau kau buat dua perkara serentak dalam satu masa pun Han.
Asalkan kau pandai uruskan, semuanya okey aje,” giat Nazrin pula.
“Ewah,
ewah kau orang ni. Kalau bab nak mengenakan aku, ada aje ayat power yang
kau orang keluarkan ya,” balas Johan sambil tersenyum lebar.
“Kau
tu Naz, jangan tahu nak mengata aku aje. Kau tu pun apa kurang,” sambung Johan.
“Aku?
Kenapa pulak dengan aku?” tanya Nazrin, terpinga-pinga.
“Ewah,
buat-buat tanya pulak dia. Macamlah kita orang tak tahu pasal hubungan kau
dengan Marya, ketua pengawas sekolah Seri Putri tu. Apa kau fikir kau boleh
sorok pasal tu dari kita orang? Mimpilah kau,” ujar Johan.
“Wait, wait.
Kalau pasal tu kau tak boleh nak kata apa-apa Han. Aku dengan Marya kan sepupu.
Jadi memang tak salah pun kalau kami rapat,” sangkal Nazrin.
“Cewah,
kau cakap macamlah kau seorang aje sepupu Marya. Habis aku ni, bukan sepupu dia
jugak ke Naz?” sampuk Danial sambil tersenyum nakal.
“Kau
jangan lupa Naz. Ayah kau tu abang kepada ayah aku. Mak Marya tu pulak adik
perempuan tunggal ayah kau dan ayah aku. Senang cakap, kita bertiga berkongsi
atuk dan nenek yang sama. Lagipun Islam sendiri menyatakan sesama sepupu boleh
berkahwin cuma tak digalakkan. Jadi apa alasan kau sekarang?” sambung Danial.
“Mana
adalah. Pandai-pandai ajelah kau orang nak padankan aku dengan Marya.”
Tergagap-gagap
Nazrin menjawab sambil tersenyum kelat.
“Eleh,
tak nak mengaku konon. Dahlah Naz, esok-esok kita orang tahu jugak kenyataannya,”
ujar Iskandar pula.
“Tapikan
Han, aku rasa betullah apa yang Afiq kata. Aku rasa Nisda memang suka kau. Cara
dia tengok kau, berbual dengan kau, berbeza sangat. Tak macam
perempuan-perempuan lain. Nampak sangat dia suka kau. Kau tak perasan ke semua
tu Han?” ujar Iskandar, kembali ke topik utama bicara mereka.
“Nak
perasan ke bendanya Is. Aku dengan dia hanya kawan biasa aje. Kau orang tu aje
yang fikir bukan-bukan pasal aku dengan dia,” sanggah Johan semula.
“Hei
kau orang, kenapa tak tidur lagi? Dah tengah malam ni. Esok kan ada kelas.”
Adib
yang tiba-tiba muncul di muka pintu mencelah suara setelah memberi salam. Bulat
matanya memandang teman-teman sebilik.
“Kau
kata kat kita orang, yang kau dari mana pulak? Malam-malam buta macam ni baru
reti nak balik ke bilik,” bebel Danial.
“Aku
dari bilik bacaan. Ada meeting dengan ahli-ahli jawatankuasa
Persatuan Kimia tadi,” jawab Adib sambil menarik nafas melepaskan lelah.
“Iya
ke kau pergi meeting? Ke pergi dating dengan Anne, buah hati
pengarang jantung kau tu?” sakat Iskandar sambil tersenyum nakal.
“Iya
ke Adib? Kau pergi dating dengan bakal kakak ipar aku ya?” soal Afiq
juga.
Dia
turut mahu mengusik Adib yang lahir lima minit awal darinya. Walaupun
dilahirkan kembar namun riak wajah dan perwatakan mereka amat berbeza. Kerana
itu sukar untuk dipercayai kedua-duanya kembar lantaran mereka tidak serupa
segala segi.
“Hisy,
mana ada. Buat apa aku nak jumpa Anne malam-malam buta macam ni. Bukan ada
kerja pun aku dengan dia. Lagipun pagar asrama mana buka waktu malam,” ujar
Adib.
“Ooo...
maknanya kalau pagar asrama kita buka sekarang, kau nak keluar jumpa dengan
dialah ya Dib?” giat Iskandar sekaligus memecah tawa teman-temannya.
“Kurang
ajar kau Is, saja nak kenakan aku,” balas Adib sambil tertawa juga.
Dicapai sebiji bantal sebelum dihayun ke arah Iskandar. Iskandar membalas
segera. Menjadikan keadaan bilik asrama itu gamat dengan usikan sesama mereka
buat seketika.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-4-ketika-hati-bercinta.html