BAB
9“AMBOI, senang
hati nampak.”
Ikhwan
yang sejak tadi berendam dalam kolam renang menoleh. Segera dia ke tepi.
Mendapatkan Wilma yang melabuhkan punggung di bangku rehat tidak jauh dari
situ.
“Kau
dari mana?” soal Ikhwan sebaik memijak lantai.
Dicapai
tuala di kerusi. Tubuh basahnya dilap lalu duduk mengadap gadis itu.
“Dari
asrama sekolah,” jawab Wilma sambil menyalakan rokok yang telah disumbat masuk
di celah bibirnya.
Dihembus
asapnya beberapa ketika kemudian.
“Mana
kau tahu aku kat sini?”
Tersenyum
sinis Wilma mendengarnya.
“Bukan
susah aku nak cari kau. Bandar ni bukannya besar sangat pun.”
Ikhwan
hanya mencebik. Dialih pandangannya. Tidak ramai pengunjung pusat renang yang
terletak di sudut bandar raya Georgetown itu. Berkonsep mewah dan elit
menjadikan pusat renang itu menerima kunjungan mereka yang benar-benar
berkemampuan dan ternama sahaja.
“Jadi,
siapa yang ada dalam fikiran kau tadi?”
Soalan
Wilma mengalihkan pandangan Ikhwan. Wajah berselaput mekap tebal itu dijeling
sekilas.
“What
do you mean?” soal Ikhwan, kurang faham.
“Hey, come
onlah Wan. Macamlah aku baru kenal kau sehari dua. Walaupun kita berlainan
agama but we are still cousin okay. Bukannya aku tak tahu perangai kau tu.
Mana boleh kau duduk diam tanpa fikir pasal perempuan walaupun seminit.”
Wilma
menyedut rokoknya lagi.
“Jadi,
siapa yang ada di fikiran kau?” soal Wilma kembali.
“Kenapa
kau nak tahu?” soal Ikhwan tanpa menoleh wajah.
“Saja.”
Ikhwan
tersenyum semula.
“Kau
rasa siapa?” soal Ikhwan, sengaja bermain kata.
“Kalau
aku kata Farah, macam mana?”
Tekaan
Wilma berjaya mengubah riak muka Ikhwan. Tegang.
“Mana
kau tahu aku fikir Farah?”
Wilma
tertawa besar.
“Wan,
kau tak boleh sembunyikan apa-apa pun dari aku tahu,” ujar Wilma sambil tertawa
lagi.
Ikhwan
terus mendengus marah. Jus orennya diteguk lagi.
“Jadi,
apa sebenarnya yang kau fikir tentang Farah?” soal Wilma lagi.
“Bukan
ada kena mengena dengan kau kan?” jawab Ikhwan sinis.
“Memang
tak ada kena mengena tapi aku ingatkan kau. Jangan sesekali kau cuba rosakkan
Farah macam kau rosakkan Surina dan gadis-gadis lain. Dia terlalu baik untuk
kau buat macam tu,” tegas Wilma, memberi amaran.
“Kenapa?
Kau fikir aku akan buat macam tu pada dia?”
Wilma
mengangguk laju.
“Tak
mustahil kau akan buat macam tu. Rasanya mimpilah aku nak jumpa gadis-gadis
yang masih suci bila dia orang bersama kau,” balas Wilma sambil menyedut
rokoknya lagi.
“Aku
takkan buat macam tu pada Farah, takkan sesekali. Aku nak jadikan dia isteri
aku, pasangan hidup aku,” tegas Ikhwan.
Dia
menoleh apabila Wilma tertawa semula.
“What?
Kau nak jadikan Farah isteri kau?”
Wilma
tertawa lagi.
“Hei, come
onlah Wan. Kau fikir kau layak ke nak jadikan Farah isteri kau? Apa kau tak
pernah cermin diri kau tu ke hah? Kau dengan dia umpama laut dan darat tahu.
Tak sesuai langsung,” ejek Wilma lalu tertawa besar.
“Tapi
kami masih hidup di bumi yang sama bukan? Aku manusia. Macam tu jugak dia. Tak
mustahil aku boleh jadikan dia isteri aku,” jawab Ikhwan tegas.
“Tapi
kau kena sedar. Antara kau dan Farah, takkan mungkin wujud hubungan macam tu.
Kau kena ingat Wan. Walaupun minyak dan air dicampur dalam satu bekas, mustahil
kedua-duanya boleh bersatu,” tegas Wilma semula.
“Baik
kau fikir habis-habis pasal hal ni. Jangan sesekali kau bermain api. Kelak
kalau kau terbakar, kau jugak yang menyesal,” sambung Wilma.
“Hei,
ni Ikhwanlah. Aku akan dapatkan apa aje yang aku mahu walau apa cara sekalipun.
Kau sendiri belum tentu boleh halang aku Wil,” balas Ikhwan, ego.
“Baik.
Kalau macam tu aku nak tengok sama ada kau berjaya atau tak capai angan-angan
kau tu,” ujar Wilma seakan-akan mencabar.
“Jadi,
apa perancangan kau untuk dapatkan Farah?” soal Wilma lagi.
“Perancangan?
Maksud kau?” soal Ikhwan dengan dahi berkerut.
“Tak
payahlah kau buat-buat tak faham. Aku tahu, kau mesti ada perancangan untuk
dapatkan Farah bukan? Sama seperti kau dapatkan Surina dan gadis-gadis lain.”
“Untuk
Farah lain sikit. Aku akan cuba dapatkan dia dengan cara aku sendiri. Aku nak
dia tahu yang aku betul-betul sayangkan dia dan aku nak dia terima diri aku
seikhlas hati. Itu aje.”
“Kau
fikir Farah percaya ke yang kau sayangkan dia sedangkan dah selalu dia tengok
kau dengan perempuan-perempuan lain selama ni?” cemuh Wilma.
“Tu
terpulang pada dia. Sama ada dia percaya atau tak, aku tak peduli. Yang aku
harap, dia akan jadi milik aku jugak suatu hari nanti,” ujar Ikhwan, memasang
impian.
“Aku
tak percaya dengan cakap kau tu. Begitu ramai anak dara yang gilakan kau dan
kau ambil kesempatan tu untuk rosakkan mereka. Aku yakin, kau jugak akan buat
macam tu pada Farah. Mungkin bukan sekarang tapi di masa akan datang.”
“Aku
beri jaminan pada kau Wil, aku takkan buat macam tu pada Farah tapi tak
mustahil aku akan lakukannya andai terpaksa. Malah aku sanggup buat apa aje
asalkan dia jadi hak aku jugak suatu hari nanti,” tegas Ikhwan.
“Oh
ya, tak lama lagi cuti sekolah. Apa rancangan kau sepanjang cuti tu nanti?”
Wilma
menukar topik bicara. Bosan sudah bercakap tentang perkara sama.
“Buat
apa lagi, enjoylah,” balas Ikhwan lalu jus oren diteguk semula.
“Kau
tak nak balik ke Itali?” soal Wilma, ingin tahu.
“For
what?” soal Ikhwan keras.
“Kaum
keluarga dan harta kekayaan kita kat sana Wan. Kita ada kat Malaysia ni
pun
sebab
ayah kau nak luaskan empayar perniagaannya di negara kelahiran ibu kau ni. Tu
pun tak pasti sampai bila. Sampai masanya kita terpaksa pergi dari negara
ni sama ada kau suka atau pun tak.”
“Aku
tak fikir aku akan kembali semula ke Itali.”
Kata-kata
bersahaja Ikhwan membuatkan mata Wilma serta-merta terbuka luas. Sedikit
terbeliak.
“What?
Kau sendiri pun tahu. Kalau kita tak ikut perintah orang tua kita, bermakna
kita takkan dapat harta keluarga kita. Tu yang tertulis dalam wasiat nenek
moyang yang perlu kita ikut. Apa kau sanggup kehilangan harta bernilai puluhan
juta dolar tu?” ujar Wilma, terkejut.
“Aku
tak kisah dengan semua tu. Aku mampu carinya sendiri. Untuk apa harta kekayaan
melimpah ruah kalau secubit kasih sayang pun aku tak pernah dapat daripada
orang tua yang hanya pentingkan harta benda semata-mata? Aku lebih rela
mengemis di sini daripada terus berada dalam keluarga kita yang macam neraka,”
balas Ikhwan keras.
“Huh,
tu kata kau tapi hakikatnya kau takkan dapat lari daripada semua ni Wan. Seumur
hidup kita tak pernah sekalipun kita hidup tanpa kemewahan yang melimpah ruah.
Jadi macam mana kau nak hidup tanpa semua harta kekayaan tu kalau kau masih
berdegil untuk terus berada kat sini?”
“Aku
akan buktikan pada kau yang aku mampu berdiri di atas kaki aku sendiri tanpa
mengharapkan bantuan sesiapa termasuk keluarga kita sendiri. Aku akan buktikan
dan kau hanya akan tengok semua tu akan jadi kenyataan suatu hari nanti.”
Wilma
terkunci mulut. Kaku dengan ketegasan anak muda itu.
“ABANG Zam!”
jerit Amir girang tatkala melihat kelibat Faizam di wad hospital.
“Sihat
hari ni Amir?” tanya Faizam lalu melabuhkan punggung.
“Alhamdulillah,
saya dah sihat betul. Cuma kaki ni aje yang tak boleh digerakkan sangat. Risau
kalau kedudukannya lari dari tempat asal. Kata doktor, saya dah boleh balik
hari ni,” cerita Amir, gembira.
“Iya?
Baguslah. Tak payah Amir terbaring lagi kat sini kan,” balas Faizam.
“Habis
tu siapa yang nak ambil Amir nanti?” soal Faizam semula.
“Kalau
tak ayah, mungkin atuk saya yang datang nanti.”
Amir
mengeluh kecil.
“Nampaknya
lepas ni saya tak dapatlah jumpa abang lagi,” ujar Amir, sayu.
“Kenapa
pulak?” tanya Faizam, hairan.
“Yalah,
dua minggu saya kat sini. Hampir setiap hari abang datang melawat saya.
Esok-esok bila saya dah balik ke rumah, mesti saya takkan dapat jumpa abang
lagi.”
“Apa
pulak tak boleh. Beritahu bila Amir nak jumpa abang. Insya-ALLAH, abang datang
kalau tak sibuk.”
Jawapan
Faizam menceriakan wajah suram itu semula.
“Tak
pun apa kata abang datang aje ke rumah. Abang pun tak pernah jumpa keluarga
saya lagi,” cadang Amir tiba-tiba.
“Insya-ALLAH
tapi abang tak janji tahu bila abang boleh datang sebab abang sibuk sikit
sekarang. Kalau nanti-nanti tu bolehlah.”
“Tak
kisahlah bila pun. Janji abang datang jugak ke rumah saya nanti walaupun hanya
sekali,” balas Amir, mengharap.
“Oh
ya bang. Cuti tahun baru Cina nanti abang balik mana?”
“Tak
tahu lagilah dik. Mungkin abang balik ke rumah keluarga angkat abang kat Pahang
atau boleh jadi abang tinggal kat asrama sekolah aje. Kenapa Amir tanya?”
“Tak
adalah. Saya sebenarnya pelik dengan abang. Setiap minggu abang turun ke Alor
Setar dari Penang padahal jauh jugak tu. Kadang-kadang hampir tiap-tiap
hari abang ke sini. Apa abang memang orang sini ke?”
“Oh,
pasal tu ke?”
Senyuman
Faizam kembali melebar.
“Sebenarnya,
keluarga abang tinggal jauh dari sini. Nun di Selangor. Abang bukan tak
teringin nak balik tapi bukannya ada siapa-siapa kat rumah tu. Adik-beradik
abang semuanya dah ada keluarga sendiri. Mak ayah abang pulak sibuk bekerja.
Daripada abang balik sana baik, abang tinggal kat sini aje. Abang selalu turun
ke Alor Setar pulak sebab abang kerja kat sini,” jelas Faizam satu per satu.
“Kerja?
Kerja apa tu bang?” soal Amir, ingin tahu.
“Abang
mengajar silat pada budak-budak sekolah dan persatuan seni silat gayung. Tapi
hujung minggu aje. Hari-hari biasa tak bolehlah sebab abang perlu ke sekolah.
Kadang-kadang abang terpaksa jugak turun pada hari-hari biasa sebab ganti
pengajar lain yang ada hal. Tapi tak selalulah. Kalau ada pun hanya waktu
petang aje. Macam sepanjang minggu ni, ada beberapa orang tenaga pengajar tak
dapat datang mengajar budak-budak di persatuan silat. Terpaksalah abang datang
gantikan tempat dia orang,” jelas Faizam.
“Hmm...
tak apalah Amir. Abang minta diri dulu ya. Dah lewat petang ni. Nanti lambat
pula abang sampai asrama sekolah,” pamit Faizam.
Dihulur
tangan pada Amir. Lambat-lambat anak muda itu menyambut.
“Bila
lagi saya boleh jumpa abang?” soal Amir, sayu.
“Insya-ALLAH
kalau umur panjang, kita jumpa lagi nanti. Nombor telefon abang Amir dah ada
kan?” soal Faizam.
Amir
mengangguk perlahan-lahan.
“Okey
Amir, jaga diri baik-baik. Kirim salam abang pada keluarga Amir nanti. Abang
balik dulu ya.”
Faizam
meninggalkan Amir yang sayu dengan keadaan itu.
Sayang
rasanya untuk Amir melepaskan anak muda yang telah dianggap abang sendiri
itu.
Anak muda yang telah bersusah payah menyelamatkan nyawanya ketika
kemalangan
tempoh hari. Namun dia yakin, mereka pasti akan bertemu semula suatu
ketika
nanti. Itu doanya saban hari.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-9-ketika-hati-bercinta.html