BAB
31BEBERAPA bulan
berlalu. Farah dan teman-temannya telah pun berjaya menamatkan pengajian di
peringkat matrikulasi dan kini menanti tawaran melanjutkan pelajaran ke
mana-mana institusi pengajian.
“Tak
sangka saya Johan sepandai tu. Dalam ramai-ramai cucu yang kita ada, dia yang
paling bijak sampai dapat lanjutkan pelajaran ke universiti tu. Apa namanya?
Harbert? Helbert? Hisy, susah betul nak sebut namanya,” kata Hajah Aminah.
Sejak
tadi wanita tua itu ralit membersihkan tanaman di pasu-pasunya yang tersusun
sederet di serambi rumah.
“Universiti
Harvard,” ujar Haji Rahman, membetulkan sebutan isterinya.
“Abang
pun terkejut bila Fariha beritahu yang anak bongsunya tu dapat ke Amerika.
Johan tu bijak macam abang-abangnya jugak. Belajar sampai ke luar negara,”
sambung Haji Rahman.
Lalu
meletakkan surat khabar bertulisan jawi ke atas meja.
“Bila
agaknya dia nak berangkat pergi tu ya bang?”
“Kalau
tak silap abang, Fariha kata tiga minggu lagi. Tapi sebelum tu Johan nak balik
ke sini dulu dua tiga hari. Nak jumpa kita katanya.”
“Eloklah
tu. Saya pun dah lama tak berjumpa dengan cucu kita tu. Tak sabar rasanya nak
tunggu dia balik sini,” balas Hajah Aminah sambil tersenyum lebar.
Tidak
sedar Farah sejak tadi berada di ruang dapur merengus kasar.
Sudah
beberapa hari telinga Farah pijar mendengar perbualan kedua-dua atuk dan
neneknya berhubung perkara itu. Tidak berhenti kedua-duanya memuji lelaki itu.
Geram dan cemburu mengulit hati. Geram kerana merasakan dia tidak mampu
menyaingi kelebihan Johan. Cemburu kerana Hajah Aminah dan Haji Rahman lebih
menyayangi Johan berbanding dirinya yang sejak kecil telah bersama mereka.
Tanpa
sedar Farah menetak ayam yang dibelinya tadi sekuat hati.
“Kau
ni kenapa Farah? Kau nak potong ayam tu ke atau kau nak mengamuk?” seloroh
Faizam yang tiba-tiba muncul di muka pintu belakang rumah.
Dia
baru selesai membaiki bumbung reban ayam yang roboh dek hujan lebat malam tadi.
Disua tangan kotornya ke singki. Mencuci sebersihnya.
“Diamlah.
Kau mana tahu aku punya susah,” jawab Farah sambil menjeling tajam.
Ayam
di depan mata ditetak lagi. Hampir terpelanting ke sudut singki. Cepat-cepat
dia mengutip.
Faizam
tersenyum kecil. Mengerti dengan rasa hati Farah ketika ini. Rasa yang
membuatkan wajah putih bersih itu berselaput mendung kebelakangan ini.
“Susah
apanya Farah. Kau tu bukannya ada susah apa pun.”
Faizam
mengelap tangan basahnya dengan tuala kecil di birai tingkap.
“Bak
sini ayam tu. Sebelum hancur ayam tu kau kerjakan baik aku aje yang buatkan,”
ujar Faizam lagi lalu menghampiriFarah.
Segera
saja Farah meletakkan semula pisau di tangan ke dalam singki.
“Nak
masak apa ayam ni?” soal Faizam tanpa memandang gadis itu.
“Nak
masak merah,” jawab Farah, masih dalam nada marah.
Dia
berdiri membelakangi Faizam. Dicapai raga rotan kecil di depannya. Mula
mengupas bawang.
“Ikan
patin tu?”
“Masak
lemak cili padi.”
Farah
mula meligat tangan membuat kerja. Sementara mulut membebel sesuatu yang tidak
dapat ditangkap telinga Faizam. Seakan-akan merungut.
Faizam
yang mengerling kelakuan Farah hanya mengukir senyuman dan menggeleng beberapa
kali. Tanpa sepatah kata dia terus membuat kerja.
“BERAPA hari
Johan nak duduk kat sini?” soal Hajah Aminah yang gembira dengan kepulangan
cucu lelaki kesayangannya.
Ditatapnya
wajah tenang itu.
“Ikutkan
hati, Johan nak duduk seminggu tapi rasanya mungkin dua tiga hari aje sebab
banyak lagi perkara yang perlu Johan selesaikan kat rumah tu.”
“Yalah,
nek faham. Johan mesti sibuk nak buat persiapan.”
“Hah
Johan, makanlah nasi tu. Jangan malu-malu. Makan aje apa-apa yang kamu nak
makan. Nanti dah sampai sana, dah tak boleh makan semua ni. Bukannya ada dijual
kat Amerika tu,” pelawa Hajah Aminah lagi sambil menyenduk nasi ke pinggan
cucunya.
“Nak
malu apanya nek. Kalau malu laparlah Johan,” balas Johan sambil memandang Haji
Rahman di kepala meja.
“Sedap
nek masak,” puji Johan ikhlas setelah beberapa suapan masuk ke tekak.
“Bukan
nenek kamu yang masak semua tu Johan tapi Farah,” ujar Haji Rahman pula.
Dia
memandang Johan yang sudah berubah air muka. Sedikit kemerahan.
“Oh,
iya ke?” balas Johan pendek.
Sambil
itu matanya berkeliaran mencari bayangan orang yang dikata. Sudah hampir sejam
dia tiba di rumah itu namun kelibat orang yang dicarinya masih belum dapat
dilihat.
“Oh
ya Nah. Dari tadi abang tak nampak Farah pun. Mana dia pergi?”
Seakan-akan
mengerti dengan pergerakan mata Johan, Haji Rahman melontar soalan.
“Dia
turun ke ladang bang. Katanya nak tolong dia orang yang lain bersihkan tanah
atuknya, Haji Salleh yang baru dibuka kat hujung Kampung Gunung tu. Mungkin dia
tidur kat rumah Sulaiman malam ni,” jawab Hajah Aminah perlahan.
Haji
Rahman mengangguk faham. Mengerti keadaan itu.Terukir rasa terkilan di wajahnya
mengenangkan sikap Farah. Gadis itu jarang menampakkan diri andai ada saudara
mara mereka pulang bercuti. Itu tabiat Farah sejak kecil. Lalu satu lagi
keluhannya terkeluar.
Johan
juga berperasaan sama. Terkilan orang yang sejak dulu bermain di minda tidak
kelihatan. Tanpa sedar dia turut mengeluh.
“Hah
Johan, tambahlah lagi nasi tu. Banyak lagi lauk-pauknya kat dapur tu.”
Teguran
Hajah Aminah mematikan lamunan Johan. Laju saja dia mengangguk. Bayangan Farah
hilang bersama suapannya.
“KAMU dah
fikir kat mana kamu nak sambung belajar nanti Julie?” soal Tan Sri Jaafar
sambil menatap anak gadisnya yang menyandar tubuh di kerusi malas tidak
jauh darinya.
Mereka
sekeluarga sedang bersarapan di teres rumah pagi itu.
Julia
tersenyum kecil lalu mengangguk laju.
“Julie
rasa Julie nak sambung belajar kat Englandlah daddy,” ujar Julia manja.
“Kenapa
tiba-tiba aje nak pergi England? Kat Australia ni pun dah bersepah universiti.
Pilih ajelah yang mana satu kamu nak masuk,” ujar Puan Sri Zalina sebelum
sempat suaminya bersuara.
Kurang
senang dengan jawapan anak gadisnya.
“Julie
bosanlah tinggal kat sini. Sekali-sekala nak jugak tengok negara orang.”
“Huh,
macamlah selama ni kamu tak pernah tengok negara orang. Bukan ke tiap-tiap
tahun kita sekeluarga pergi bercuti? Apa tak cukup lagi ke semua tu?”
“Tu
pergi melancong, bukannya belajar. Lagipun Julie dah biasa duduk lama-lama kat
England. Jadi apa salah kalau Julie belajar kat sana pun. Bolehlah yadaddy?”
“Apa
kata kalau Julie sambung belajar kat Amerika aje?” usul Tan Sri Jaafar
tiba-tiba.
“That’s
a best suggestion daddy. Saya sokong seratus peratus,” sampuk Zarif.
Tersenyum
sinis dia apabila Julia menghentak kaki. Tanda tidak puas hati.
“Hisy,
tak naklah Julie ke Amerika. Situ bukannya best pun. Bosan aje
tempatnya.”
“Tapikan
elok kalau kamu belajar kat sana. Kebetulan Johan pun akan ke sana nanti.
Bolehlah kamu jumpa Johan walaupun bukan satu universiti.”
“Huh,
balik-balik Johan. Apa tak ada nama lain ke yang daddy boleh sebut
hah? Bosanlah Julie.”
Julia
menghentak kaki lagi. Memprotes cadangan Tan Sri Jaafar.
“Nak
bosan apanya? Johan kan sepupu kamu. Apa salahnya kalau kamu belajar berdekatan
dengan dia pun. Bolehlah dia tengok-tengokkan kamu nanti,” ujar Puan Sri Zalina
menyokong penuh cadangan suaminya.
“Betul
kata mummy tu Julie. Sekurang-kurangnya ada jugaklah orang yang boleh
jaga kamu nanti. Untung-untung, ada rezeki bolehlah Johan bantu abang dandaddy kat
syarikat kita tu nanti,” sampuk Zarif.
Dia
mula membayangkan impian hati walaupun hanya dibalik kiasan kata.
“Huh!
Kalau setakat nak minta tolong Johan bantu abang kat pejabat tu, anytimeajelah
adik boleh minta kat dia. Cuma adik tak pastilah dia nak ke tak kerja kat sini.
Yalah, syarikat Pak Ngah tu pun sama aje besarnya dengan syarikat daddy,”
ujar Julia.
Dia
masih tidak dapat menangkap maksud tersirat kata-kata abangnya. Dijeling Zarif
yang tersenyum menggeleng mendengar jawapannya.
“Bukan
tulah maksud abang,” ujar Zarif sambil membetulkan duduknya di meja makan.
“Maksud
abang, manalah tahu kalau esok-esok Johan boleh jadi adik ipar abang. Boleh
jugak dia bantu abang dan daddy tu kat syarikat tu. Iya tak mummy?”
jelas Zarif berterus terang.
Dia
memandang Puan Sri Zalina yang pantas mengangguk.
Julia
pula sudah terbeliak mata dibuatnya.
“What?
Abang nak adik kahwin dengan sepupu adik sendiri? Eii... ada ke patut adik yang
cantik lagi lawa ni nak dikahwinkan dengan Johan? Tak mahulah.”
“Eh,
apa salahnya kalau kamu kahwin dengan Johan? Apa kurangnya Johan sampai kamu
tak mahu kahwin dengan dia?” soal Puan Sri Zalina.
Dia
menyokong penuh impian Zarif yang turut menjadi impiannya sejak dulu.
“Memanglah
Johan tu tak ada kurang tapi dia tu kan sepupu Julie. Tak bestlah kalau
Julie kahwin dengan sepupu sendiri. Tak berkembang otak keturunan kita nanti.
Lagipun mummy, Johan tu dah ada girlfriend. Takkanlah Julie nak kacau
hubungan dia orang. Nanti tak pasal-pasal kita orang bergaduh pulak semata-mata
berebutkan Johan. Eii... tak bestlah kalau jadi macam tu,” rungut Julia.
Kesemua
mata di meja makan serta-merta teralih ke arah Julia.
“Apa
kamu kata? Johan dah ada girlfriend? Kamu biar betul?” tanya Puan Sri
Zalina tidak percaya.
Pantas
Julia mengigit bibir. Baru tersedar dia telah tersalah kata namun dia tetap
mengangguk laju.
“Betul mummy,
Johan dah ada girlfriend. Cantik orangnya. Julie selalu berhubung
dengan girlfriend dia tu,” jawab Julia sungguh-sungguh.
Kesemua
yang ada di situ terkesima.
“Apa
nama girlfriend Johan tu?” tanya Zarif cepat-cepat.
“Nama
dia Farah.”
Laju
saja mulut Julia menyebut nama yang tiba-tiba terlintas di mindanya itu.
“Farah?
Tak pernah pulak daddy dengar nama tu sebelum ni. Anak siapa budak
tu?” tanya Tan Sri Jaafar.
Masih
musykil dengan kata-kata Julia.
“Farah
tu anak Pak Su Fahmi, adik Mak Ngah Fariha. Senang cakap Farah tu sepupu Johan
jugak tapi sebelah mak dia,” balas Julia.
Memandai
dia membuat cerita tentang hubungan cinta Johan dan Farah walaupun dia sedar
semua itu bohong semata-mata. Namun demi menyelamatkan diri dia sanggup buat
apa saja!
“Maksud
kamu Farah tu anak Datuk Fahmi dan Datin Farina?” soal Puan Sri Zalina dengan
mata yang terbeliak.
“Tapi
setahu abang, Datuk Fahmi dan Datin Farina tak ada anak perempuan. Semua
anak mereka lelaki,” ujar Zarif pula.
Dia
masih tidak yakin dengan kata-kata Julia.
“Betul
bang, Farah tu anak Pak Su Fahmi. Cuma dia tak tinggal dengan dia orang aje.
Sejak kecil dia tinggal dengan atuk dan nenek dia kat Pahang sana. Sebab tulah
kita tak pernah tengok dia selama ni,” jelas Julia teruja.
Dalam
mindanya terbayang wajah putih bersih Farah. Wajah yang baginya begitu cantik
dan sepadan digandingkan dengan Johan, sepupu lelaki kesayangannya. Lamunannya
hilang tatkala kedengaran keluhan panjang Puan Sri Zalina.
“Kalau
betullah bang, nampaknya punahlah harapan saya nak bermenantukan Johan tu. Dari
dia kecil saya harap sangat dia jadi sebahagian keluarga kita. Siapa sangka tak
tercapai jugak impian saya tu,” lirih Puan Sri Zalina.
“Abang
pun sama Lina. Terkilan rasanya tak dapat bermenantukan anak Jamaluddin tu.
Kalaulah dia jadi menantu kita, bolehlah jugak dia tolong apa yang patut kat
syarikat kita tu. Abang rasa dia tak keberatan memandangkan abang-abangnya
boleh menguruskan syarikat Jamaluddin,” luah Tan Sri Jaafar juga.
“Susah
apa. Minta ajelah Johan kerja kat syarikat kita bila dia dah habis belajar
nanti. Tentu dia tak tolak kalau daddy sendiri yang minta,” sampuk
Julia selamba.
Senang
hatinya kerana tidak akan dikaitkan dengan sepupunya, Johan lagi selepas ini.
“Apa
gunanya kalau dia datang pun lepas ni. Abang nak dia datang ke sini sebagai
adik ipar, bukan sebagai pekerja. Setakat nak cari pekerja bukan aje Johan,
beribu lagi orang boleh kita cari kat luar tu,” ujar Zarif tegas.
“Apa
nak buat Zarif. Bukan rezeki kita nak buat Johan jadi ahli keluarga ni. Mahu
tak mahu kenalah terima orang lain nanti,” balas Puan Sri Zalina, terkilan.
“Saya
rasalah mummy, kalau adik perempuan saya nimacam anak dara lain dah lama
rasanya Johan berkenan. Ni sebab perangai pun macam apa aje, siapa yang nak,”
ujar Zarif.
Dia
menghirup minumannya sambil menjeling lagi Julia.
“Abang
mulalah tu. Saja nak kutuk adik,” ujar Julia perlahan namun keras.
Tajam
matanya merenung Zarif yang membalas selamba.
“Bukan
kutuk, tapi kenyataan. Terima ajelah,” balas Zarif.
Julia
merengus lagi. Marah.
“Abang
ni!” bentak Julia keras.
“Dah,
dah. Kau orang jangan nak bertekak pulak. Apa kau orang tak rasa jemu ke
bertekak hari-hari hah? Tak reti langsung nak cakap baik-baik. Tahu nak
bercakar aje,” tahan Tan Sri Jaafar tegas.
Terus
Zarif dan Julia terkunci mulut. Faham dengan sikap Tan Sri Jaafar. Pantang
kalau mereka berlawan bicara di depannya. Apatah lagi meninggi suara sesama
sendiri. Pasti ada habuan yang bakal diterima mereka nanti.
“Yash
mana Hanie? Daddy tak nampak dia pun dari tadi,” soal Tan Sri Jaafar
pada Hanie.
Sejak
tadi menantunya hanya menjadi pemerhati keadaan.
“Dia
ada dalam biliknya daddy. Dia kurang sihat hari ni,” jawab Hanie hormat.
“Yash
tak sihat? Habis tu kenapa tak panggil doktor?”
Agak
terburu-buru Zarif bertanya tanpa sempat Tan Sri Jaafar bersuara semula. Risau
mendengar kata-kata isterinya.
“Doktor
dah periksa dia malam tadi. Mungkin kesan suntikan malam tadi tulah yang
buatkan dia tak sihat tu,” jawab Hanie lembut.
“Nanti
kalau dia tak sihat jugak, Hanie panggil doktor semula. Periksa apa yang patut.
Kalau dibiar melarat pulak,” ujar Zarif lagi seakan-akan memberi arahan.
“Doktor
tak kata apa-apa ke pasal penyakitnya tu?” soal Tan Sri Jaafar.
Dia
menatap wajah Puan Sri Zalina yang dirundung muram setiap kali perihal
Yash dibangkitkan.
“Doktor
kata setakat ni penyakitnya tu masih boleh dikawal asalkan Yash mahu makan ubat
dan ikut nasihat doktor selalu,” jawab Puan Sri Zalina lemah.
“Walau
macam mana pun Lina kena paksa Yash makan ubat. Kalau tak macam mana dia nak
sembuh,” suruh Tan Sri Jaafar tegas.
“Saya
dah paksa bang tapi abang tahu ajelah Yash tu. Dari kecil lagi dia memang tak
suka makan ubat. Puas pujuk baru dia nak makan,” ujar Puan Sri Zalina lagi.
“Daddy, daddy belum
bagi jawapan lagi,” celah Julia.
Membuatkan
Tan Sri Jaafar tidak sempat membalas kata-kata Puan Sri Zalina. Dialih
perhatiannya pada Julia yang kembali terbaring di kerusi malas.
“Jawapan
apa?”soal Tan Sri Jaafar cepat-cepat.
“Daddy tak
bagitahu pun daddy izinkan ke tak Julie nak sambung study kat
England nanti,” ujar Julia, membangkitkan semula isi perbualan mereka tadi.
“Oh,
pasal tu ke?”
Tan
Sri Jaafar menghela nafas perlahan.
“Ikut
suka kamulah nak belajar kat mana pun. Asalkan kamu mahu belajar,daddy tak
kisah,” jawab Tan Sri Jaafar tenang.
“It’s
mean Julie boleh pergi England nanti?”
Julia
melonjak riang tatkala melihat Tan Sri Jaafar mengangguk kecil.
“Thank
you very much daddy,” jerit Julia girang.
Dia
menerpa lalu memeluk tubuh lelaki itu erat.
Tan
Sri Jaafar membalas senang.
Zarif
yang memandang kelakuan gadis itu hanya merengus kecil.Mengada! Getus hati
Zarif.
http://karya-azraaryriesa.blogspot.com/2013/10/bab-31-ketika-hati-bercinta.html