Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 61

BAB 61: Trimester Kedua


               “Perut Nad ni besar betul ya untuk 4 bulan mengandung. Dulu mak tak besar macam Nad ni…”, kata Mak Esah sambil menggosok perut menantunya yang sedang berbaring dikatil.

               “Itulah…mesti berat baby ni nanti. Nak pergi kerja pun rasa dah tak larat sebenarnya, tapi Nad gagah juga sebab fail berlambak dekat pejabat tu”, kata Nadirah dengan pucat.

               “Bukan ke ramai dekat pejabat tu, kalau Nad tak masuk pejabat… ya ada orang lain yang buatkan”, kata Mak Esah.

               “Memanglah…tapi Nad rasa bersalah pula. Yelah diorang pun banyak kerja sama macam Nad...bila Nad tak masuk pejabat, lagi bertambah-tambah kerja diorang tu”.

               “Alaa diorang faham… Nad mengandung. Perut Nad besar ni, Nad pun badan kecil je… baby berat pula tu”, risau Mak Esah.

               Nadirah senyum melihat mak mertuanya yang risau.

               “Itulah…Boleh je sebenarnya. Kita jumpa doktor nanti, minta doktor buatkan surat untuk tak masuk kerja. Lepastu barulah boleh dapat cuti mengandung. Insyaallah”, kataNadirah.

               “Yalah kalau macam tu…”, kata Mak Esah.

               Tiba-tiba Puan Kiah pula masuk ke bilik setelah selesai pekerjaannya di bawah.

               Saat melihat Puan Kiah masuk ke bilik, Mak Esah berkata, “Kiah… kau bukan ada keturunan bidan ke? Kau tak boleh ke baca perut Nad?”.

               “Itu nenek aku dulu-dulu… sampai moyang-moyang. Aku dah tak pandai dah”, kata Puan Kiah.

               “Ibu try jela pegang perut kakak… Ibu kan pandai mengurut. Kot-kot dapat rasa ke”, pinta Nadirah pula.

               “Hmm yelah ibu cuba, tapi ibu tak pasti tau”, kata Puan Kiah.

               Puan Kiah menyelak lagi baju anaknya lalu memegang perut anaknya. Dia menekan sedikit perut Nadirah di bahagian bawah untuk merasakan jika ada sesuatu.

               “Ibu tak rasa bayi kamu ni berat…”, kata Puan Kiah.

               Mak Esah dan Nadirah tertanya-tanya dengan kata-kata Puan Kiah dan menanti.

               “Ibu rasa bayinya lebih seorang ni… tapi tak tahu berapa. Ada yang menyorok dekat belakang ni”, kata Puan Kiah lagi.

               Mak Esah tersenyum lebar,

               Nadirah teruja, “yeke ibu?! Ibu rasa macam itu ke?”.

               “Ibu tak pasti lagi. Apa-apa kita jumpa doktor dulu”, kata Puan Kiah.

               “Haa kalau macam itu mak turun bawah tengok Danny dah siap ke belum”, Mak Esah bergegas. Tidak lama kemudian, Mak Esah masuk lagi ke bilik Nadirah.

               “Jom turun. Danny dah ada dekat dalam kereta”.

               “Hah jom-jom”, kata Puan Kiah pula sambil menarik anak perempuannya juga.

               Setibanya di klinik. Doktor membuat RPG scan, ultrasound ke perut Nadirah. Mereka dapat melihat keadaan kandungan Nadirah di sebuah skrin.

               “Kalau tengok dari skrin ni… puan mengandung anak kembar, dua-dua lelaki”, senyum doktor itu.

               “Eh betullah tekaan kau Kiah”, seronok Mak Esah.

               “Ohh hehe”, Puan Kiah bangga dengan pujian yang diberikan Mak Esah tetapi entah kenapa dia dapat meresakan ada sesuatu yang hilang. Tapi biarlah.

               Daniel senyum bahagia melihat anak kembarnya di dalam skrin. Dia mencium dahi isterinya.

               “Alhamdulillah…”,senyum Daniel memandang isterinya. Dia berasa sangat gembira. Anak kembar itu rezeki yang jarang-jarang.

               Nadirah turut bahagia. Ada sedikit tangisan air mata apabila melihat kandungannya di skrin.

               “Puan Nadirah saya akan buat surat, supaya puan ambil cuti mengandung. Saya tengok fizikal puan ni berbadan kecil, mengandung kembar di kehamilan pertama pula tu.Saya risau kalau Puan Nadirah teruskan bekerja, takut ada kompilasi yang negatif berlaku kepada bayi dan puan. Makan makanan berkhasiat ya. Saya faham orang mengandung ni kadang-kadang mengidam macam-macam, tapi ingatlah kesihatan bayi dan diri puan. Sebolehnya kita nak elakkan kencing manis sewaktu mengandung”, nasihat doktor itu.

               “Terima kasih doktor…”.

               Mereka pun kembali ke rumah. Puan Kiah dan Mak Esah pergi ke dapur untuk mula memasak. Daniel pula melihat enjin kereta di garaj luar rumah. Isi air di kereta dan cek minyak serta apa yang patut. Nadirah pula hendak ke dapur untuk membantu.

               “Nad rehat je Nad… biar ibu dan mak masak. Kamu uruskan surat cuti kamu tu”, kata Puan Kiah.

               “Okaylah kalau macam tu…”, Nadirah naik ke bilik sambil memegang belakang dan perutnya.

               Duduk saja di katil, Nadirah menelefon Liza.

               “Assalamualaikum, Nad. Kenapa telefon di hari cuti ni?”, tanya Liza.

               “Waalaikumsalam… Aku telefon ni sebab nak beritahu yang aku dapat surat cuti mengandung daripada doktor. Doktor tak bagi aku kerja sebab takut effect dekat baby, lagipun aku mengandung anak kembar lelaki… Penat dia tu memang bergandalah”,cerita Nadirah.

               “Yeke Nad!! Alhamdulillah bestnya kembar!! Meriah!! Hush suami kau… bapaklah. 4 tahun korang kahwin tak rancang nak ada anak… Sekali mengandung terus dua orang! Hihihi”, Liza teruja.

               “Itulah…alhamdulillah. Ini aku telefon pun nak tanya… macam mana ya untuk orang mengandung macam aku ni nak apply cuti? Kau tahu tak…”, tanya Nadirah.

               “Oh…kau hantar je surat doktor tu dengan surat rasmi dekat HR, beritahu berapa lama kau nak ambil cuti tu. Tapi seingat aku syarikat tak cover gaji untuk cuti mengandung tau… Cuti bersalin je dia cover. Itupun empat kali je. Kiranya sepanjang kau mengandung ni kau cuti tak bergajilah. Masa bersalin nanti sampai habis pantang baru boleh claim”, kataLiza lagi.

               “Yeke?Alaa macam mana ya? Suami aku masih latihan industri… komisen dia meniaga online pun tak banyak sangat. Kalau aku tak kerja… kami ada lagi duit tapi masalahnya aku mengandung. Nak kena fikir duit untuk bersalin, susu anak, peralatan baby apa semua. Itu je yang kos tambahan sekarang ni… Bukan sikit-sikit barang untuk anak-anak kecil ni. Harga dia pun boleh tahan… untuk dua orang baby pula tu”, keluh Nadirah.

               “Itulah polisi syarikat macam itu… aku pun tak boleh nak buat apa. Aku cadang, kau bincang dulu dengan keluarga kau… Keluarkan keputusan yang terbaik, aku yakin mak dan mertua kau boleh bantu. Aku pun boleh bantu apa yang aku mampu”, kata Liza lagi.

               “Terima kasih Liza… aku tak nak susahkan kau. Kau beritahu aku ni semua pun dah membantu dah… kalau tak aku tak tahu langsung. Aku kena buat bajet untuk bersalin ni… simpanan aku pun boleh tampung ni rasanya. Haraplah”, kata Nadirah.

               “Sama-sama…kalau macam itu baguslah, tapi beritahu je aku kalau kau perlu apa-apa”, kata Liza lagi.

               “Ya…terima kasih lagi sekali Liza”.

               Mereka bersembang lagi. Setelah selesai, Nadirah melihat-lihat simpanannya diperbankan internet.

               “Bijak betul kau Nad! Semua simpanan kau pergi letak dekat fixed deposit”, Nadirah memegang dahinya. Dia terlupa dia meletakkan simpanannya yang banyak di fixed deposit.

               “Aduh… lagi dua tahun nak matang ni. Kalau aku keluarkan burn lah dividennya”, keluh Nadirah.

               Nadirah melihat akaun simpanan biasa pula, ‘RM8000…’.

               “Cukup ke ni… Kena jimat-jimat”, keluh Nadirah.

               Dari luar bilik, Daniel hanya berdiri sahaja di depan pintu. Keningnya berkerut dengan wajah yang terbeban.



Previous: Bab 60
Next: Bab 62

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.