BAB 44: Kekeliruan II
Rais perlahan saja berjalan menuju ke biliknya. Sewaktu perjumpaan tadi matanya tidak lepas memandang Lina yang tersenyum bersama rakan-rakannya. Jiwa remajanya terasa sedih. Sekarang hendak pulang ke bilik pula, pasti terjumpa Daniel.
‘Kenapa ya aku macam ni? Aku suka Lina tapi aku pergi kenalkan Lina dekat Danny… Kalau bab perasaan aku selalu lemah. Aku suka Lina tapi Lina suka Danny’, getus hati Rais.
‘Entah kau! Kau selalu je mengalah dengan perasaan kau! Kalau kau suka seseorang dan kau tahu seseorang tu suka kawan kau… Kau selalu mengalah je. Kononnya Danny lelaki yang baik dan sesuai untuk Lina ya?’, bisik hati Rais yang lain.
‘Aku tak kata mengalah tu sesuatu yang salah… Cuma kau tengoklah keadaan! Bila dah terjadi… kau pula yang bersedih hati sekarang ni!’, hati Rais berhujah sendiri.
Rais mengeluh. Dia membuka pintu bilik dan mendapati hanya Jai seorang saja di dalam bilik.
“Danny…mana?”, tanya Rais.
Jai yang duduk di kerusi meja belajar berpaling memandang Rais. Kemudian, Jai menjeling Rais dengan wajah tidak puas hati dan kembali memandang hadapan.
Rais terasa aneh apabila Jai memandangnya begitu.
“Jai… aku tanya Danny mana? Dan apasal kau pandang aku macam tu?”, Rais berkerut.
“Kau tanya aku Danny mana? Tanyalah diri kau sendiri?! Kau kan suka memandai!”, sindir Jai.
Rais makin berkerut memandang Jai lalu berkata lagi, “Memandai apa? Aku tak faham maksud kau?”.
Jai mengeluh dan berdiri menghadap Daniel lalu berkata lagi, “kan aku dah kata…pandai-pandailah Si Danny tu uruskan rumah tangga dia! Yang kau sibuk nak menyampuk kenapa?!”.
“Aku menyampuk apa dalam rumah tangga Danny?! Tiba je kau ni…”, Rais bingung.
“Kau kenalkan Lina dekat Danny! Apa ke bangang kau buat macam tu?! Eh! Aku tak fahamlah dengan kau ni?! Kau suka dekat Lina… Lepastu bila kau tahu yang Lina tu suka Danny, kau pergi kenalkan Si Lina tu dekat Danny pula. Nak gembirakan Danny konon… Ridiculous lah cara kau ni!”, tegas Jai.
Rais mengeluh, “lah… pasal benda tu ke? Aduh Jai… Kau tak faham perasaan aku. Danny tu lelaki baik dan Lina pun perempuan baik. Setakat perasaan aku ni… siapalah aku ni untuk Lina. Lagipun aku bukannya kenalkan diorang sampai tahap nak couple kan diorang ke apa… Aku cuma…”.Rais juga tidak tahu hendak menyambung apa.
“Cuma apa?!”, tegas Jai.
Rais masih diam. Dia juga tidak tahu hendak berfikir apa sekarang.
“Aku tahu kau ni memang pemurah! Sanggup korbankan perasaan sendiri demi kawan baik kau dan Si Lina tu… Tapi kau kena ingat! Danny tu suami orang! Apa kejadah kau pergi kenalkan Lina dengan Danny?! Danny tu dah ada bini! Apa bini dia fikir nanti? Kau tak rasa ke tindakan kau ni boleh menghancurkan rumah tangga Danny?!”.
Rais terkesima. Dia teringat yang dia pernah memberitahu Nadirah tentang Lina sewaktu mereka berjumpa di bangunan bilik pensyarah tempoh hari.
Dengan gaya rasa bersalah Rais berbicara perlahan, “alah… bini dia tu yang yang queen control. Tak jaga Danny elok-elok. Aku cuma risaukan Danny je…”.
Jai menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan stress. Lalu dia mengambil buku dan seakan hendak membaling ke arah Rais tetapi dia meletak kembali buku itu,“Eeeiiii!! Mahu je aku hempuk kau sekarang ni! Geram aku!”.
Rais turut menutup mukanya apabila melihat Jai hendak membaling sesuatu kepadanya tetapi rupanya tidak.
“Kau ni tak boleh fikir ke?! Suka hati kau je nak judge Nad tu macam mana! Kau siapa nak cakap isteri orang lain macam tu?! Dengar aku cakap ni… Sama ada Nad tu queen control ke tak queen control ke…itu hal dia dengan laki dia! Walaupun Danny tu luahkan kesedihan dia dekat kita… itu semua masa dia tengah emosi! Tapi aku tahu dalam hati dia, dia masih sayang isteri dia! Tapi kau pula dok nak kenalkan dia dengan perempuan lain! Apa benda kau ni?!!”, marah Jai.
Rais rasa bersalah setelah mendengar teguran Jai kepadanya. Kata-kata Jai ada juga benarnya. Fikir Rais.
“Okay! Jadi Danny mana sekarang ni?!”, risau Rais.
“Tak payah cari dia! Dia dah balik rumah! Dia terkejut sebab dia baru tahu yang Lina tu crush kau… Kerja kursus yang kita nak bincang tu tak jadi nak buat hari ini”, kata Jai.
Rais terdiam. Dia tidak tahu apa yang Daniel akan fikir terhadap dirinya. Dia risau jika Daniel berfikir buruk kepadanya. Dia hanya ingin menggembirakan Daniel. Dia bukanlah hendak menghuru-harakan hidup Daniel.
“Kau tak payah nak terdiam macam tu lah... Sekarang kau pergi minta maaf dekat Danny dan bini dia! Dengan tindakan kau yang entah apa-apa tu”, tegur Jai lagi.
Rais hanya mengangguk dan mengikut cadangan Jai.
**
Daniel masih duduk di ruang tamu setelah selesai Solat Isya’. Sudah pukul 11 malam tetapi Nadirah masih tidak pulang. Sudah dua jam Daniel duduk di ruang tamu untuk menanti isterinya tetapi isterinya masih tidak pulang. Daniel juga sudah tersengguk-sengguk menanti isterinya.
Daniel mengeluh keras apabila menyedari dirinya terlalu mengantuk dan langsung berjalan pergi untuk naik ke bilik. Sambil menaiki tangga Daniel melihat telefonnya. Daniel mengeluh lagi tatkala Nadirah tidak membalas sebarang mesejnya.
Saat tiba di bilik, Daniel berbaring dahulu. Tiba-tiba satu panggilan masuk. Pantas Daniel mengangkat tanpa melihat siapa yang menelefon.
“Assalamualaikum Danny! Ni aku Rais!”.
“Lah! Kau rupanya… Emm waalaikumsalam”, kecewa Daniel. Dia menyangka Nadirah yang menelefonnya.
“Aku… aku nak minta maaf”, perlahan suara Rais.
Daniel berkerut kening, “untuk apa?”.
“Jai beritahu aku yang kau baru tahu pasal Lina…”.
“Maksud kau... aku baru tahu yang Lina tu sebenarnya crush kau?”, tanya Daniel.
Suasana antara mereka terdiam sebentar. Rais rasa bersalah untuk mengiakannya.
Daniel mengeluh, “kenapa kau buat macam tu Rais? Maksud aku… kau kan suka Lina. Kenapa kau macam nak kenenkan aku dengan Lina? Aku tahu kau nak gembirakan aku sewaktu aku sedih… tapi Lina tu crush kau sendiri”.
“Aku memang suka Lina… tapi aku lagi pentingkan perasaan dia. Dia suka kau dan kau pula tengah bersedih… Jadi”,Rais sudah tidak tahu apa yang hendak dikatakan.
“Jadi apa?”, tanya Daniel.
“Aku cuma rasa yang Lina tu perempuan baik dan kau kawan aku… Kau pun seorang lelaki yang baik”.
Daniel berkerut lagi, “aku akui aku memang gembira sikit masa kau accidentally kenalkan aku dengan Lina. Siapa je yang tak teruja bila dapat tahu kita ada peminat. Lebih-lebih lagi aku tengok Lina tu ala ala ustazah. Tudung labuh, ambil kos agama… bahasa arab bagai. Memang nampak macam bakal isteri solehah. Siapa je yang tak nak?”.
“Tapi… aku”, Daniel terdiam lagi.
Rais masih menunggu kata-kata Daniel.
“Tapi aku cintakan isteri aku… Aku sayangkan Nurul Nadirah. Perempuan yang aku damba dan aku jadikan sebagai isteri. Sehebat mana pun perempuan lain… benda tu tak boleh ubah hati aku melainkan tuhan yang ubah. Dan sekarang ni walau apa pun yang jadi… tuhan memang tetapkan hati aku kepada Nad. Mana-mana perempuan tak dapat nak tandingi dia. Kecuali mak aku lah… Mak aku tu lain cerita. Cuma sekarang ni… aku nak beritahu kau tolong jangan buat benda macam ni lagi. Kau tak perlu nak gembirakan aku dengan cara macam tu. Cara yang akan menyakitkan diri kau sendiri juga… Mungkin bukan di tempat aku untuk kata macam ni… tapi doa yang baik-baik daripada kaulah yang sebenarnya lebih terbaik untuk aku”, kata Daniel.
“Danny…”, Rais semakin rasa bersalah. Keningnya berkerut. Jantung Rais rasa berdegup apabila mendengar kata-kata Daniel. Jantung Rais yang berdegup menandakan dia sedar sepenuhnya yang dia telah membuat sesuatu yang sangat buruk.
‘Astaghfirullahalazim Rais! Rupa-rupanya Danny memang sayangkan isteri dia sehabisnya. Aduh! Kenapalah aku boleh terfikir nak kenalkan dia dengan Lina?! Teruk gila tindakan aku! Lina…’,getus hati Rais turut rasa bersalah terhadap Lina.
Bila difikirkan kembali,tindakannnya yang konon hendak menggembirakan Daniel adalah sebenarnya suatu permainan syaitan yang menembak hati. Rais selama ini menyangka hati Daniel boleh terubat jika diperkenalkan dengan Lina memandangkan Daniel asyik ada masalah rumah tangga dengan Nadirah. Namun, hati Daniel sememangnya untuk Nadirah walau mereka dalam pergaduhan apa sekalipun.
Yang paling teruk sekali, bagaimana dirinya… kawan baik kepada Daniel boleh terfikir cara sebegitu. Memperkenalkan wanita yang tidak halal untuk rakannya yang sudah bergelar suami sedangkan hati rakannya itu masih ada pada si isteri. Rais menggeleng kepala.
Bagaimana dia juga boleh terfikir untuk memperlakukan Lina sebegitu. Bila difikirkan lagi, Lina itu seorang perempuan yang baik-baik. Tetapi niat tidak menghalalkan cara. Rais tidak sedar yang caranya hampir merendahkan martabat Lina sebagai wanita solehah. Seorang perempuan yang bukan muhrim mesra berbicara dengan suami orang dengan hati masing-masing yang berbunga. Itu boleh menjadikan Lina lari dari landasan agama.
Rais berkerut kening. Dia rasa bersalah yang amat sangat kepana Daniel dan Lina.
“Aku nak minta maaf sekali lagi Danny… aku..”, Rais belum sempat menghabiskan perbicaraannya.
“Kejap Rais…”, potong Daniel. Satu bunyi di bilik sebelah kedengaran tertutup, seakan seseorang sudah ada di rumah.
“Emm Rais… aku rasa Nad dah balik… Sekarang ni aku cuma nak kau doakan aku saja. Doa pada Allah supaya Nad dilembutkan hati dia dan aku dapat bercakap dengan dia. Aku nak make up balik hubungan kitorang. Aku berazam nak jadi suami yang lebih memahami. Jadi aku nak kau tolong doakan aku je sekarang ni”, bersungguh-sungguh pinta Daniel.
“Ya! Ya Danny! Aku doakan! Maaf ganggu kau… Aku doakan supaya hubungan korang baik balik. Cepat pergi ambil hati Nad!”, sokong Rais.
“Hah ya ya… Assalamualaikum”, kata Daniel.
“Waalaikumsalam”.
Daniel langsung mematikan panggilannya. Dia keluar dari bilik dan pergi melihat ke bilik sebelah.
**
Nadirah membuka pintu rumah dan mendapati ruang tamu sudah gelap. Mungkin Daniel sudah tidur. Fikir Nadirah. Maklumlah dia pulang agak lewat kali ini memandangkan Liza ada mengajaknya makan-makan di rumah sana sebentar. Tapi seronok pula keadaannya sehingga terlajak waktu. Jadi kerana itulah dia tiba lewat di rumah. Namun, kalau dia tiba awal di rumah pun untuk apa? Keadaan dia dan suaminya sudah semakin janggal. Jika dua-dua ada di rumah pun, tiada sesuatu yang baik pun bakalberlaku. Fikir Nadirah lagi lalu mengeluh.
Jika Daniel sudah tidur pun. Baguslah kan? Mereka tidak perlu dalam keadaan janggal untuk bersemuka. Masuk bilik saja terus tidur. Tidak perlu hendak fikir lebih. Keluh Nadirah.
‘Entah sampai bila nak macam ni?...Rasa macam perkahwinan ni tak ada life, tak ada jiwa’, getus hati Nadirah.
Saat Nadirah hendak ke bilik, dia terdengar Rais sedang berbual dengan seseorang. Nadirah mendekati pintu bilik lalu dia terdengar kata-kata Daniel. Kata-kata yang membuatkan hatinya,fikirannya dan anggota tubuhnya kaku untuk seketika.
“Aku akui aku memang gembira sikit masa kau accidentally kenalkan aku dengan Lina. Siapa je yang tak teruja bila dapat tahu kita ada peminat. Lebih-lebih lagi aku tengok Lina tu ala ala ustazah. Tudung labuh, ambil kos agama… bahasa arab bagai. Memang nampak macam bakal isteri solehah. Siapa je yang tak nak?”,kata Daniel di panggilan telefon.
Nadirah membulatkan matanya. Hatinya terasa sangat sedih. Perasaannya sangat perit sehingga boleh diumpamakan ada pisau yang menikam hatinya. Nadirah terkesima mendengar kata-kata Daniel. Fikirannya mula kosong seakan cahaya yang kecil sudah terpadam. Rasa diri dikhianati.
Nadirah perlahan menjauhkan diri dari bilik. Dia sudah tidak jadi hendak masuk ke dalam bilik. Nadirah berdiri dan bersandar ke dinding sebentar. Matanya mula berair. Tekak terasa sakit dek cuba menahan air mata dari jatuh. Nadirah menggenggam tangan di dadanya. Terasa sakit. Dengan sedikit sedu sedan, perlahan Nadirah berjalan dan masuk ke bilik sebelah.
Setelah masuk ke dalam bilik, Nadirah menutup pintu bilik. Dia duduk sebentar. Kata-kata Daniel yang tadinya terkenang. Tindakan Daniel yang kasar sebelum ini juga terkenang. Air mata Nadirah mula laju mengalir. Walaubagaimanapun, dia masih menahan diri agar tidak meratap atau sedu sedan yang kuat. Nadirah cuba untuk menjadi kuat.
Tidak lama kemudian, kelihatannya Daniel hendak membuka pintu bilik yang dimasukinya. Nadirah pantas mengelap air mata dan berpaling membelakangi Daniel.
“Emm… Nad. Saya ada nak cakap sesuatu yang penting. Boleh ya. Tolonglah… saya nak kita bercakap secara baik kali ini”, kata Daniel.
Nadirah tidak ada mood untuk ada sebarang perbualan dengan suaminya. Parut di hati masih berbekas. Nadirah hanya diam.
“Tolong Nad… malam ni”, nada Daniel seakan merayu.
Nadirah mengeluh lalu berkata, “Danny…saya minta maaf. Saya penat sangat… saya baru balik kerja. Kalau nak cakap,hari esok ya”.
“Tapi…”, Daniel belum sempat menghabiskan kata-katanya.
“Tolonglah faham saya… Saya penat baru balik kerja”, kata Nadirah dengan nada yang sangat letih.
Daniel berkerut sedih memandang bawah.
“Dan malam ni saya nak tidur sini…Saya minta awak tolong jangan ganggu saya. Saya penat dan nak rehatkan fikiran saya. Kalau awak memahami saya dan boleh tunggu…”, kata Nadirah tidak bersambung dengan harapan suaminya memahaminya untuk kali ini.
Daniel terdiam. Dia memahami Nadirah sedang penat, baru pulang dari kerja. Untuk sebentar ini, dia mengikuti kehendak Nadirah. Dia cuba untuk bersabar menanti esok hari pula. Daniel keluar dari bilik dan menutup pintu.
Saat pintu bilik ditutup sahaja, air mata Nadirah kembali mengalir. Perasaannya tidak tertahan saat suaminya berbicara dengannya.
Pada malam itu, masing-masing tidur berasingan. Mereka mengiringkan badan mereka dan masing-masing bersedih hati.