Home Novel Komedi/Romantik Komedi Encik Tunang 17 Tahun (COMPLETE)
Bab 52

BAB 52: Permulaan II


Nadirah terjaga dari tidurnya. Jarum jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Dalam keadaan mamai, dia dapat merasakan suaminya di sebelah sudah terjaga.


Daniel terjaga dek kerana fikirannya asyik mengsetkan masa untuk bangun awal. Akibatnya, dia asyik terjaga-jaga dari tidur. Dia berazam unuk mengikut jadual suami soleh yang disediakan Wan. Daniel membuka laci di tepi katil lalu mengeluarkan kertas jadual suami soleh yang diselitkan di dalam buku. Mata Nadirah turut mencuri-curi pandang Daniel.


Nadirah dapat melihat mulut Daniel terkumat-kamit membaca sesuatu dari kertas yang dipegangnya. Dia mengerutkan kening. Tidak pernah-pernah suaminya sebegitu sewaktu bangun dari tidur. Kot ya pun ada peperiksaan atau ujian esok hari,tidak pernah pula suaminya sampai tahap membaca nota sejurus sahaja selepas bangun. Mamai Nadirah semakin menghilang tatkala fikirannya mula terisi dengan pertanyaan.


Daniel bangun dari katil dan meletakkan kembali kertas itu ke dalam laci lalu langsung ke tandas. Setelah beberapa saat Daniel mengunci pintu tandas, Nadirah bangun dan mengesotkan diri ke laci di tepi katil. Laci itu perlahan-lahan dibukanya. Nadirah terlihat satu kertas yang agak menarik terselit di satu buku. Tanpa waswas, Nadirah langsung mengambil surat itu dan melihatnya.


‘Apani?’, getus hati Nadirah.


‘Jadual suami soleh?’.


‘Solat sunat di malam hari… jadi imam di rumah… bantu isteri memasak’. Kening Nadirah berkerut membacanya.


‘Berlembutlah dengan isteri anda. Isteri suka suami yang bermulut manis hanya dengannya sahaja’, Nadirah tersengih.


‘Jadual dari Wan. Semoga rumah tangga bahagia ke anak cucu. Amalkan Danny! Kalau nak bini sayang kau?’, Nadirah ketawa kecil sambil membaca di dalam hati.


Nadirah tersenyum. Entah kenapa jadual itu menggeli hatinya. Apa-apapun dia ingin melihat apa benar Daniel mampu mengikut jadual itu.


Pada pukul 6 pagi, Daniel menggoyangkan kaki Nadirah. Nadirah buat-buat terjaga dari tidur.


“Sayang?...”,kata Nadirah dengan nada mamai.


“Mmmm…jom solat Jemaah dengan saya”, Daniel mengangkat kening sambil menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Dia juga terasa janggal dengan apa yang dilakukannya. Maklumlah, dia sangatlah jarang menjadi imam solat berjemaah dirumah. Apatah lagi imam untuk solat Subuh. Pasti isterinya merasakan, ‘apa kena dengan laki aku ni?. Tak pernah-pernah pula jadi imam solat subuh’. Fikir Daniel malu.


Nadirahtersenyum, “okay-okay… kejap saya ambil wudhu’ kejap”.


Setelah selesai solat berjemaah, Nadirah bersalaman dengan suaminya dan mencium kedua belah pipi suaminya.


“Saya nak turun buat sarapan kejap”, kata Nadirah lalu mengemaskan kain telekungnya.

Daniel hanya mengangguk.


Saat Nadirah sedang menumbuk bawang yang telah dipotongnya, Daniel memanggil.

“Nad!”.


“Ya Allah! Terkejut saya… Awak jangan keluar tiba-tiba macam tu. Terkejut tau!”,kata Nadirah.


“Maaflah Nad… saya nak tolong juga awak masak…”, kata Daniel malu-malu sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.


Nadirah mengerutkan kening sebelah.

‘Ohh!’,Nadirah teringatkan jadual suami soleh yang berada di laci Daniel.

Sengihan kecil terukir. Nadirah menahan senyumannya dari makin melebar. Jujur hatinya terusik.

‘Comelnya suami aku ni!’.

Nadirah ketawa kecil.

“Okay boleh-boleh… awak tolong buatkan air. Awak nak minum air apa? Ambil teko dekat atas tu”, kata Nadirah.


Daniel mengangguk dan menuruti isterinya.


Saat Nadirah memasak, Nadirah menggaul nasi goreng bagi menyamaratakan perasa ke nasinya.


Apabila melihatkan Nadirah yang gigih menggaulkan nasi goreng, Daniel tersenyum kecil. Kegigihan Nadirah menggaul nasi goreng untuk buat sarapan pagi agak menyentuh hatinya. Mungkin sudah terlambat baginya untuk menyedari hal itu. Maklumlah dia tidak pernahpun melihat isterinya memasak. Mungkin pernah melihat, tetapi rasa tidak peduli sahaja. Dia hanya tahu makanan sudah siap terhidang di atas meja.


Dahulu,dia merasakan hal-hal ini hanya remeh temeh. Semua ini kerja perempuan… bak kata kebiasaan orang-orang. Namun, apabila dilihat dengan mata hati. Ini adalah sekecil-kecil pengorbanan. Para ibu atau isteri memasak untuk suami dananak-anak. Subhanallah… besarnya pahala mereka. Tidak hairanlah kedudukan wanita itu tinggi di dalam Islam. Kedudukan ibu itu mulia di sisi Allah.


“Nampak berat nasi tu sayang…”, senyum Daniel sambil menghampiri isterinya.

Daniel berdiri di belakang isterinya, lalu kedua tangannya memegang tangan isterinya yang sedang menggaul nasi goreng bagi menyalurkan lebih tenaga.


Nadirah terkesima.

“Eh? Kenapa Danny ni?”, Nadirah malu.


“Kenapa apa? Saya tengah bantu awak gaul nasi goreng ni…”, kata Daniel.


Nadirah berasa tidak selesa apabila suaminya berada di belakangnya. Nadirah agak malu.Wajah Nadirah memerah.


Daniel hanya hendak menggaul nasi goreng itu sahaja. Dia tidak terfikir pula tindakannya telah membuat isterinya berasa segan.


“Emm…awak buatlah. Saya pergi setup kan meja”, kata Nadirah sambil cuba melepaskan tangannya daripada pegangan Daniel.


“Oh…okay”, kata Daniel biasa sambil sambung menggaul nasi goreng.


Setelah siap dan makanan semua terhidang di atas meja, mereka berdua bersarapan pagi bersama.

Nadirah senyum sahaja sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya. Daniel pula makan sambil melihat-lihat isterinya makan.


‘Nad nampak macam in a good mood… Alhamdulillah”,syukur Daniel. Ada juga nampak kesan ikut jadual suami soleh itu.


“Kenapa awak senyum-senyum je tu?”, tanya Daniel.


Nadirah tersedar pertanyaan Daniel, dia perlahan menelan makanan untuk menjawab soalan Daniel.

“Saya?...Kejap. Emm”.

“Seronoklah…harini awak masak”, senyum Nadirah.


Daniel mengerutkan kening, “saya tukang gaul je…”.


“Dikiralah juga tu! Nasi gorengnya lagi sedap dari biasa… Mungkin ada baca-baca doa ke?Atau terpercik kasih sayang awak dalam nasi goreng ni ke agaknya? Tu yang jadi sedap ni”, seloroh Nadirah.


Daniel ketawa kecil, “over je sayang ni…”.


Nadirah turut ketawa apabila melihat suaminya ketawa kecil sambil malu-malu.


“Haah…saya ada terpercik-percik peluh saya tadi masa gaul tu. Mungkin tu yang bertambah sedap tu”, giliran Daniel pula hendak mengusik.


Nadirah yang tadinya ketawa pantas wajahnya berubah. Keningnya berkerut, “Eeeeiiiiii!!! Biar betul awak ni?!”. Nadirah terasa geli pula.


Apabila melihat riak wajah Nadirah yang berkerut-kerut dek kerana geli, Daniel ketawa dengan galaknya. Hal itu tersangatlah lucu.

“Hahahahhahahha!!!”,Daniel tidak tahan gelak.


“Betul-betullah awak ni!”, marah Nadirah dengan kerutan keningnya yang masih tidak lekang.


“Taktak… serius saya main-main jelah! Saya tipu-tipu je! Tak sangka Nad percaya…”,Daniel masih ketawa.


“Hiiih…”,Nadirah sebal.


“Alaaa…jangan macam tu sayang. Jujurlah saya cakapkan, awak buat macam ni lagilah saya geram nak mengusik”, kata Daniel. Lagipula, wajah Nadirah monyok memang sangat mencuit hatinya. Comel begitu.


“Malaslah…”,Nadirah sudah malas.


**

“Yang ni? Awak biasa hanger ke atau sidai gitu je?”, tanya Daniel.


“Yang ni saya biasa sidai gitu-gitu”, balas Nadirah.


Daniel menyidai kain pelekat dan beberapa kain batik di ampaian.

“Yang ni?”, tanya Daniel.


“Yang tu tak apa… Nanti saya buat. Awak tolong sidaikan ni. Ini awak sangkut katdalam dobi je… Sangkut kat cepit gantung tu, stokin-stokin dan dalaman-dalaman ni semua”, beritahu Nadirah.


“Okay sayang”, akur Daniel.


Setelah selesai menyidai pakaian bersama, Daniel dan Nadirah meluangkan masa bersama diruang tamu. Mereka bersantai-santai dan berborak.


“Seriuslah Si Farid tu suka saya? Merepeklah awak ni!”, kata Nadirah.


“Ya…tak percaya pula. Saya takut ni… Nad dahlah sepejabat dengan Farid. Mungkinsekarang tak apa-tak apa… Nanti masa depan kalau dia nak try awak lagi macam mana?”, risau Daniel.


Nadirah tersengih disertai mengeluh, “first ofall… kalau awak nak tahu… sayalah orang yang paling Farid tak suka sekali tau dalam pejabat tu. Cuma sekarang ni je dah makin okay. Saya nak kerja pun lebih selesa”.


Daniel berkerut, “yeke? Mungkin itulah orang kata kalau tak suka-tak suka ni…lama-lama jadi suka. Itu yang sekarang dia suka”.


“Hish awak ni… dahlah tak payah fikir lagi hal tu. Saya rasa ada hikmah benda ni semua… Kan Farid yang beritahu awak saya dekat mana. Saya rasa dia nak kita berbaik…”, kata Nadirah.


Daniel terdiam dan berfikir sejenak. Mungkin ada betul juga kata isterinya. Kalau tidak, pasti Farid ingin Nadirah. Tetapi Farid hanya minta dirinya menjaga Nadirah elok-elok sahaja. Daniel berfikir lagi, jadi tidak perlulah dia bersangka buruk pada Si Farid itu.


“Haa…awak memang ada masa lapang penuh ke hari ini? Kot-kotlah ada kerja kursus yang tak siap lagi?”, tanya Nadirah. Dia ingin berborak tentang perkara lain pula.


“Oh hemm… dah nak akhir-akhir ni. Kerja dah tak banyak sangat… tinggal beberapa presentation dan lepastu nak uruskan hal intern pula”, kata Daniel.


“Ehh sekejap dah kan?”, kata Nadirah.


“Betullah tu… dulu saya kahwin dengan awak tepat-tepat lepas habis sekolah. Cot cet cotcet… masuk asasi… cot cet cot cet… dah nak latihan industri dah. Dah berapa tahun kita kahwin tapi tulah, rasa macam busyj e. Masa raya pun saya tak boleh nak raya sangat, sebab masa-masa macam tulah periksa selalu nak dekat”, Daniel terkenang.


Nadirah hanya senyum melihat suaminya lalu berkata, “habis ijazah dan latihan industrini awak nak buat apa? Ada rancangan dah?”.


“Tulah saya hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanyakan… Saya rancang nak cari kerja. Lepastu bila dah stabil semua… nak ada pasukan bola sepak”.


Nadirah berkerut, “pasukan bola sepak apa tu?”.


Daniel ketawa tatkala isterinya bertanya begitu.

“Pasukan bola sepak? Tak tahu ke? Anak-anaklah...”.


“Anak-anak ramai macam pasukan bola sepak?”, riak wajah Nadirah berubah jadi cemas.


Daniel ketawa kecil, “hishh… tak adalah. Orang saja je… ikut awaklah. Awak larat sampai berapa? Sebab badan awak kan? Kesian awak?”.


“Alhamdulillah kesian dekat saya…”, lega Nadirah.


Daniel tersengih.


Tidak lama kemudian azan Zohor berkemumandang.


“Haa jomlah kita solat sama-sama berjemaah”, ajak Daniel.


“Baik imamku…”, kata Nadirah sambil melenggokkan kepalanya di bahu Daniel.


Mereka solat berjemaah Zohor di bilik mereka. Setelah itu mereka bersama-sama masak untuk tengahari. Waktu Asar tiba, mereka solat berjemaah lagi bersama dan mengambil kain yang di sidai pada pagi tadi. Pada waktu Maghrib dan Isyak juga solat berjemaah bersama. Mereka juga turut meluangkan masa di ruang tamu sambil berborak lagi dan menonton televisyen bersama. Sememangnya ada banyak perkara yang disembangkan mereka dengan rasa teruja.



Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.