Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 22

Antara dua pilihan


"Sayang, abang minta maaf ya", ucap Al Hadi. Al Hadi sebenarnya tidak faham apa yang berlaku. Tidak mungkin hal sekecil isu di Tesco tengahari tadi, boleh menjadi sebesar ini. Bahkan tega sekali Sarah pergi menghilang dengan teksi. Mujur dalam pukul 3.30 petang, akhirnya Sarah menghantar pesanan melalui whatsapp supaya mengambilnya di Taman Eko-Rimba Kanching. Langsung tidak terfikir yang Sarah akan singgah ke situ seorang diri. Ini ujian untuknya. Walaupun Sarah tidak meminta maaf, biar dia dahulu yang memulakannya. Al Hadi tahu bagaimana kerasnya hati Sarah.


Sarah memandang keluar tingkap. Matanya bengkak akibat tangisan. Tadi, dalam keterpaksaan dia menghubungi Al Hadi supaya mengambilnya. Entah mengapa dia tiada sesiapa lagi yang boleh membantunya. Dia tidak punya ramai kawan. Dia lebih suka bersendirian lebih-lebih lagi semasa episod depresi. Apabila Al Hadi meminta maaf, dia jadi serba salah. Samaada mahu diam atau meminta maaf juga. Separuh jiwa egonya melarang keras. Separuh jiwa lembutnya kasihankan Al Hadi. Argh sukarnya diurus perasaan begini.


"Terima kasih, contact abang", ucap Al Hadi lagi. Bunyinya cukup sweet dan romantik. Al Hadi memang pandai mengambil hati. 


"Tadi sebab dah darurat. Ada pilihan lain lagi, tak nak minta tolong. Duit tak sempat withdraw. Malas nak fikir, nak cari ATM lagi", jawab Sarah. Nah, jiwa egonya menang. Akhirnya syaitan berjaya mempengaruhi manusia bernama Sarah menyakiti hati suami.


"Eh, memang kena contact abang, nak contact siapa lagi, abang kan suami sayang", jawab Al Hadi lagi sambil senyum meleret kegembiraan.


"Diamlah!" teriak Sarah. Cukup untuk membuatkan Al Hadi terpana. Senyap sunyi suasana. Hanya kedengaran suara perlahan Syeikh Mishari membaca alunan Surah Al-Baqarah. Sengaja Al Hadi pasang supaya keadaan tenang-tenang.


Sarah kemudian terus memusingkan badan ke kiri, menutup wajah dengan begnya dan cuba memejamkan mata. Al Hadi berubah air muka. Tiba-tiba dia diserang virus kecil hati. Entah, padanya Sarah tidak sepatutnya bercakap kasar dengannya. Apakah benci sangat Sarah kepadanya sehinga mendengar suaranya juga menyakitkan? Keadaan sunyi sepi hingga ke Gombak. Sarah mahu bersendirian jadi dia meminta izin tidak mahu pulang ke rumah Al Hadi. Al Hadi berusaha memujuk lagi. Merayu dan merayu sehingga Sarah tidak tahan lagi dan meminta Al Hadi beri masa dia berfikir selama seminggu untuk membuat keputusan. 


"Tempat isteri di sisi suami", kata Al Hadi ringkas. 


"Sarah ada banyak hutang dengan abang. Termasuk kisah 2 tahun lepas", tambah Al Hadi cukup membuat Sarah menelan air liur. 


Al Hadi meninggalkan Sarah di rumahnya dengan seribu harapan. Doanya Sarah akan kembali secara rasmi kepadanya. Dia juga berjanji tidak mahu mengungkit kisah 2 tahun lepas sehingga Sarah sendiri yang memberitahunya. Dia mahu Sarah dan dia memulakan hidup baru. Buka lembaran baru. Dengan tajuk hidup yang baru. Tentang Sarah yang sudah berubah, malah lebih teruk daripada dulu, dia anggap itu ujian sebagai suami. Dia pasti suatu hari nanti Sarah boleh berubah. Jika Sarah belum berubah, dia perlu sabar, Allah sudah janji dalam Al-Quran pahala orang yang sabar amat besar, inshaAllah.


Sarah menghantar pergi Al Hadi melalui tingkap saja. Tadi dia segera keluar daripada kereta dan terus masuk. Tiada pamit, tiada apa. Dia rasa sebal berada dekat dengan suaminya. Kini rasa lebih tenang, tapi dia masih bermuram durja. Jika dalam episod mild depression, dia akan rasa sedih. Rasa kosong dan rasa hidup tiada makna. Dia teringat janjinya pada Al Hadi, untuk memikirkan samaada mahu kembali tinggal bersama atau terus di rumah sewanya. Ini keputusan besar dalam hidupnya. Kembali secara rasmi kepada Al Hadi diiringi seribu satu triggers yang bakal membuat episod bipolarnya lebih menakutkan. Sarah takut dengan masa depannya. Kembali atau memohon penceraian?



Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham