Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 34

Sarah rasa takut


"Nah baju. Abang mandi dulu," kata Al Hadi sebelum berlalu ke bilik air. 


"Abang", panggil Sarah sambil memegang tangan Al Hadi. Al Hadi menoleh dan memandang Sarah.


"Abang, I'm not ready. Sarah tak pasti apa maksud abang bawa Sarah check in ke sini, tapi kalau betul apa yang Sarah fikir, tolong jangan buat apa-apa. Abang tahukan maksud Sarah?" kata Sarah. Al Hadi senyum.


"Eh, mana boleh, abang memang nak apa-apakan sayang pun", jawab Al Hadi sambil senyum. Sarah buat muka cuak. Al Hadi ketawa.


"It's okay. Abang janji. Don't worry," kata Al Hadi dan terus masuk ke bilik air.


Sarah teringat kenangan lama ketika mereka baru berkenalan. Ketika itu mereka sama-sama belajar di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Al Hadi dan dia terlibat dalam satu program universiti. Al Hadi seorang yang pendiam. Dia pula seorang yang out spoken. Selepas program, Al Hadi menghantar coklat melalui seorang rakannya. Dia dan Al Hadi belajar di kuliyyah yang sama, jurusan saja berbeza. 


Ketika itu, Sarah dapat merasakan yang Al Hadi sukakannya sedangkan dia sedang berkawan dengan seorang jejaka yang sedang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Sebelum perasaan Al Hadi lebih dalam, dia segera memberitahu Al Hadi supaya memberi ruang untuk dia Solat Istikharah dan memohon petunjuk daripada Allah subhanahu wa taala. Kemudian, hati Sarah kuat untuk menerima Al Hadi tetapi dia rasa bersalah mahu meninggalkan jejaka Al-Azhar itu. Lalu, dia mengecewakan Al Hadi dan memilih jejaka Al-Azhar.


"Berangan apa?" tanya Al Hadi. 


"Tak ada apalah", jawab Sarah.


"Sayang mandi dululah. Bagi segar," kata Al Hadi.


Al Hadi duduk sambil menunggu Sarah mandi. Al Hadi teringat saat kali pertama dia berjumpa Sarah. Sarah seorang yang outstanding, outspoken, berani dan mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Karakter Sarah sangat berbeza daripadanya. Dia tahu dia bukanlah lelaki pertama dalam hidup Sarah. Ada beberapa lelaki lain yang suka Sarah dan menunggu Sarah. Kali pertama dia Solat Istikharah untuk membuat pilihan samaada Sarah itu memang untuknya, hatinya begitu kuat untuk menjadikan Sarah isterinya. 


Ketika itu, Sarah menolaknya kerana ada lelaki lain yang perlu dijaga hatinya. Sungguh pun begitu, dia masih yakin yang Sarah adalah jodohnya. Sarah adalah perempuan pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya dan dia berjanji, hanya Sarah yang akan jadi isterinya. Akhirnya jodoh mereka kuat, Sarah akhirnya menjadi isterinya. Jadi, tidak semudah itu untuk dia melepaskan Sarah walaupun Sarah cuba meminta perpisahan.


"Dah siap dah. Jom kita solat sama-sama," ajak Al Hadi. Selepas solat, mereka membaca Al Quran bersama-sama. Sudah lama mereka tidak begini. Rasa tenang dan damai sekali. Nikmat menjadi suami isteri yang lama tidak mereka kecapi.


"Abang, ada seorang perempuan yang contact abang, panggil-panggil abang my dear tu siapa? Kawan specialke?" tanya Sarah.


"Siapa? Oh itu budak advertising. Biasalah diorang ni macam sosial sikit. Banyak layan customer. Panggil orang dear ke my dear tu biasa", jawab Al Hadi.


"Sarah bukan jealous tau. Jangan salah faham. Tapi, kalau abang buat tak tahu, dia ingat abang melayan. Dia boleh salah faham. Ke abang pun suka?" jawab Sarah lagi. 


"Abang ada sayangje", jawab Al Hadi.


"Tak, kalau abang nak suka dia pun tak apa. Kalau abang ada perempuan yang abang suka, abang bagitahulah. Sarah okay. Sarah faham," kata Sarah lagi. 


"Sarah tak sayang abang ye?" tanya Al Hadi.


"Tak, bukan macamtu", nafi Sarah.


Al Hadi membuka televisyen. Hatinya kecewa. Dia kecil hati. Sarah seolah-olah tidak menyayanginya. 'Argh, pedulikan samaada Sarah sayang atau tidak pada aku. Yang penting Sarah milik aku. Sarah itu hak aku.' Mereka menonton televisyen bersama-sama. Tidak lama Al Hadi menutup mata. Sarah menutup televisyen. Kemudian merenung wajah Al Hadi.


"Sarah minta maaf abang. Bukan Sarah tak nak bagi apa yang abang nak tak nak bagi hak abang. Sarah tak nak pregnant. Kalau kita bercerai, Sarah kasihan anak kita nanti,"kata Sarah kemudian memusingkan badan ke arah lain membelakangi Al Hadi.


Al Hadi membuka matanya. Dia merenung belakang Sarah. Dia kecewa dengan pengakuan Sarah. Mesti Sarah sangka dia sudah tidur. Jujurnya, dia sedih dengan permintaan Sarah tapi dia perlu menghormatinya. Al Hadi membuka smartphonenya. Dia menjawab whatsapp kerja-kerja yang dari tadi tidak dijawab. Dia cuba mengubat hati yang kecewa. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Dia bangun dan membuka laptop. Mata tidak boleh tidur. Jadi dia mahu menyelesaikan tugasan pejabatnya. Al Hadi tertidur di kerusi. Sarah terjaga lebih kurang pukul 1 pagi dan ternampak Al Hadi tidur di kerusi. Sarah segera bangun mengejut Al Hadi supaya tidur di katil. Keesokan harinya, Al Hadi terkejut mendengar jeritan Sarah di bilik air. Sarah menjerit dan memaki hamun. Sarah mengamuk seperti orang yang tidak sedar diri.


"Argh!!!!!bodoh! bodoh! Kenapa kau bodoh sangat Sarah. Bodoh!", jerit Sarah.

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham