Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 7

Mahligai pertama


Sarah dan Al Hadi kembali ke rumah mereka selepas seminggu bercuti. Kenduri mereka buat sebelah Sarah sahaja. Sebelah Al Hadi, mereka hanya buat makan-makan di Rumah Anak Yatim Hidayah di Selayang. Al Hadi sudah tiada ibubapa. Hanya ada seorang abang dan seorang adik perempuan.


Sarah belum pernah masuk rumah ini. Rumah ini Al Hadi beli selepas 6 bulan bekerja. Ikut perancangan kewangan mereka. Rumah pertama sekurang-kurangnya 3 kali gaji tahunan. Jadi Al Hadi membeli sebuah rumah teres setingkat di Puncak Alam. Harganya RM220 ribu.


Sarah melangkahkan kaki kali pertama. Rumahnya masih kosong. Hanya ada air-cond dan kipas. Yang lain belum ada.


"Memang kosong. Abang nak beli barang dengan Sarah, ikut bajet kita", kata Al Al Hadi di saat dia melihat Sarah diam berdiri melihat sekeliling.


"Berapa bajet kita"? tanya Sarah.


"Dalam RM5000", jawab Al Hadi.


"Kita guna RM2500 saja. Lagi RM2500 kita simpan masuk akaun gold. Akaun gold kita kurang lagi RM10,000 kan"? Sarah menjawab berbaur arahan seorang strategist. Ya, itulah Sarah. Dia selalu ada cara fikirnya. Al Hadi mengangguk dan senyum. Sarah memang pandai jimat. Untung Al Hadi. Sarah tidak bising untuk beli tudung atau baju. Sarah tidak merengek untuk beli alat solek baru. 


Kalau bercakap dengan Sarah, Sarah akan bercakap soal masa depan. Sarah akan bercakap bagaimana mahu tingkatkan ilmu. Sarah rajin baca buku. Al Hadi masih dengan komiten usrahnya. Sarah juga begitu. Namun, Sarah selalu menggalakkan Al Hadi menghadiri kuliah dan majlis ilmu. Usrah saja tidak cukup.


Usai mengangkat barang, Al Hadi ke masjid berdekatan, mahu Solat Zohor berjemaah. 


"Sayang, solat awal waktu", pesan Al Hadi semasa menghidupkan motorsikal kapcainya.


"Ya", jawab Sarah ringkas. Sarah ralit mengemas barang. Melipat baju, mengemas pakaian. Sesak lihat cara Al Hadi mengurus baju. 


Kemudian dia turun ke dapur, menyiapkan makan tengahari. Mereka belum makan. Sedang dia membasuh nasi, terdengar motorsikal Al Hadi di jalan. 


Sarah berlari-lari anak. Dia belum solat. Dia terlupa akan pesanan Al Hadi. Selesai solat dia melipat telekung. Kelihatan Al Hadi menyambung kerja masak nasi yang tertangguh.


Sarah masak sayur dan telur dadar. Semasa makan, Al Hadi memulakan bicara. Semenjak dalam kereta dari kampung Sarah tidak cakap banyak. Sarah banyak diam. Sarah nampak tidak gembira. 


"Esok, abang mula kerja. Sayang macammana"? tanya Al Hadi.


"Sarah pun kerja esok. Datin sudah tanya pasal projek di Melaka. Esok Sarah kena meeting ke Melaka", jawab Sarah.


"Sarah penat. Sarah tak suka drive jauh-jauh. Ada 10 projek di tangan Sarah. Lepasni, Sarah mungkin kena balik lambat, atau kena stay di office".


"Entahlah macam tiada mood esok nak kerja", sambung Sarah.


Sarah bekerja dengan kontraktor pembinaan Bina Usaha Sdn. Bhd. sebagai project coordinator. Al Hadi merupakan seorang pengurus cawangan syarikat antarabangsa, TD Development. Pejabat utamanya di Sweden.





Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham