Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 28

Mengandung dan bersalin tanpa suami


"Farah, tak apa ke saya kerja dengan awak? Husband awak tak kisah? tanya Sarah.


"Eh, takpalah Sarah, awak boleh stay di kedai dengan seorang lagi staff nanti", jawab Farah sambil meneliti jadual event clientnya.


"Farah, terima kasih ya," ucap Sarah.


"Tak apalah Sarah. Memang kita perlukan manager pun", jawab Farah.


Selepas Al Hadi meninggalkan Sarah di lapangan terbang kerana disangka sambung belajar, dia pun check in tetapi halatujunya berbeza. Dia ke Langkawi. Di sana Sarah bekerja dengan seorang rakan kenalannya di universiti dulu. Namanya Farah. Sampai di sana, Farah mengambilnya di lapangan terbang. Farah tidak tahu yang Sarah sebenarnya sudah berkahwin. Sarah merahsiakan perihal dirinya sampailah pada suatu hari segalanya terbongkar. Sarah disahkan mengandung dan ketika itu Sarah menceritakan semuanya kepada Farah. Farah dan suaminya sangat terkejut dan mendorong Sarah untuk menghubungi Al Hadi. Sarah merayu-rayu supaya dapat merahsiakannya sehingga dia melahirkan anak.


"Sarah, awak tahukan apa hukumnya? Dosakan Sarah?. Awak lagi tahu. Saya ilmu agama cetek saja", kata Farah suatu hari semasa mereka minum selepas habis satu event di Resort Laman Anggun.


"Saya tahu Farah," jawab Sarah sambil membetulkan duduknya. Sarah sudah sarat. Hampir bersalin.


"Saya tak jangka saya akan pregnant. Saya pun tak pasti macammana nanti. Tapi saya tenang sikit jauh daripada suami. Farah, terima kasih banyak tolong saya. Masa saya tak sihat. Kadang-kadang saya moody. Saya minta maaf Farah," kata Sarah lagi.


"It's okay Sarah. No big deal. Saya risau anak awak. Anak tu nanti, dia perlukan papa dia Sarah. Awak tak kasihan pada dia?" soal Farah lagi.


"Tengoklah macammana nanti. Saya pun tak pasti macammana," jawab Sarah.


"Saya doakan awak kembali pada suami. Besarkan anak sama-sama", doa Farah.


"Aamin. InshaAllah. Saya doakan yang baik juga untuk awak sekeluarga, Farah".


Malam itu, Sarah sakit-sakit. Farah dan suaminya segera menghantarnya ke hospital bersama barang-barang bayi. Farah sangat takut. Ketika ini dia mula teringat ibunya, teringat suaminya. Alangkah bagusnya jika mereka ada. 'Argh..Sarah, kau yang mulakan semuanya, usah dipinta apa yang tidak mungkin berlaku'. Sarah di masukkan ke dalam labour room. Sudah hampir 10 jam, bukaan masih 3 cm. Jantung bayi sudah semakin lemah. Doktor berjumpa Sarah untuk berbincang.


"Puan, jantung baby dah lemah. Saya cadang kita ceaser", kata Doktor Siti, pakar sakit puan Hospital Langkawi.


"Boleh doktor. Buatlah apa saja, asalkan anak saya sihat", jawab Sarah dalam keadaan lemah. Farah masuk dan berjumpa buat kali terakhir sebelum Sarah masuk bilik pembedahan. "Nak saya contact Al Hadi?" tanya Farah lagi.


"Jangan Farah. Jangan. Saya tidak mahu susahkan dia nanti," jawab Sarah sambil memegang tangan Farah.


"Sarah, ini anak dia. Boleh tak jangan degil," nasihat Farah lagi.


"Tak nak. Tak boleh. Saya masuk dulu. Doakan saya. Kalau ditakdirkan saya meninggal, tolong hubungi Al Hadi kemudian hubungi mak saya, boleh?" kata Sarah.


"Apa awak merepekni? InshaAllah tak ada apa. Okay? Doa banyak-banyak," kata Farah memberi semangat. Sarah masuk ke dalam bilik bedah. Debaran di hati Sarah semakin rancak. 


"Puan tenang saja okay. Sekejap lagi puan akan dibius penuh. Jadi, baca doa dan syahadah", kata doktor bius.


"Bismillahirrahmanirrahim..," Sarah membaca basmallah diiringi syahadah. Selepas itu dia tidak lagi sedar. Apabila sedar, dia sudah berada di wad. Kelihatan doktor berjalan ke sana sini. 


"Puan, puan dah habisya. Puan boleh buka mata", kata seorang jururawat. Mata Sarah masih kabur-kabur. 


"Anak saya macammana?" tanya Sarah.


"Baby puan di NICU. Dia tak berapa sihat. Nanti paediatrician datang explain pada puan ya. Sekarang puan rehat," jawab seorang doktor perempuan. Lebih kurang 10 minit, seorang doktor pakar kanak-kanak datang dan menerangkan keadaan anak Sarah.


"Puan, anak puan ada congenital diaphragmatic hernia. Puan kena doa banyak-banyak. Kes begini memang jarang. Kita kena bersedia sebarang kemungkinan. Boleh saya jumpa suami puan?" kata doktor pakar kanak-kanak itu.


"Suami saya tiada. Boleh tak saya nak jumpa kawan saya di luar," tanya Sarah.


"Boleh, nanti nurse tolong panggilkan," jawab doktor itu.


Dalam beberapa minit, Farah masuk dan berjumpa Sarah. 


"Sarah, macammana?" tanya Farah.


"Rasa lemah lagi. Macam mamai sikit. Farah, baby saya tak sihat katanya. Saya risau," kata Sarah.


"Allahu, Sarah, doa banyak-banyak. Betulke tak nak saya contact Al Hadi?" tanya Farah lagi.


"Ya, jangan contact dia," jawab Sarah dengan tegas.


"Farah, saya nak mintak tolong sikit, boleh tak ambilkan gambar baby saya, saya langsung tak dapat tengok muka dia", pinta Sarah.


"Boleh, nanti saya ambil gambar. Nak makan apa-apa tak?" tanya Farah.


"Tak nak, nurse kata, kejap lagi saya masuk wad biasa. Ada makanan", jawab Sarah.


"Okay, saya pergi dulu. Ini handphone awak," kata Farah. Farah berlalu pergi.


"Farah.." Sarah memanggil Farah.


"Ya.." jawab Farah.


"Terima kasih Farah. Saya rasa terhutang budi," kata Sarah. Air mata mengalir di pipinya. Farah kembali ke katil Sarah.


"Jangan macamni. You must be strong. Awak ada anak nak kena jaga," jawab Farah sambil mengelap air mata Sarah. Kemudian Farah pun berlalu.


Tidak lama, ada whatsapp masuk. Nama Farah. Sarah membuka dengan teruja. Ada empat keping gambar yang dihantar. Muka anaknya tidak jelas. Wayar dan tiub berselirat. Mujur ada satu gambar sangat dekat. Persis muka Al Hadi. 


Tahniah Sarah. Comel sangat baby boy ni😍 - Farah


Kita sama-sama doakan dia sihat - Farah


Aamin - Sarah


Sebiji muka Al Hadi - Sarah


😂 Nasiblah Sarah, penat-penat pregnant, keluar muka papa dia juga -  Farah


Keesokan harinya, Sarah sudah dipindahkan di wad biasa. Farah melawat seperti biasa. Kali ini, Farah membawa Sarah melawat anaknya di NICU menggunakan kerusi roda. Saat Sarah sampai di incubator anaknya, dia terus menangis. Tidak sanggup melihat anaknya dengan wayar berselirat dan tiub di mulutnya. Sarah memasukkan tangannya ke dalam incubator. Buat pertama kali, dia menyentuh tangan si kecil itu. Air mata turun dengan laju. Dia menangis teresak-esak. Farah juga turut menangis. Kemudian Sarah mencuit tapak kaki anaknya. Kaki anaknya bergerak-gerak tanda kegelian. Sarah kelu. Tidak tahu apa yang mahu dicakapkan kepada anaknya. Sedangkan tadi pelbagai cerita mahu diceritakan. Sarah jadi bimbang teramat sangat. Resah gelisah. Dia meminta Farah menghantarnya kembali ke wad semula. 


"Sarah menangiske?" tanya Al Hadi. Sarah tersentak dari lamunannya. Baru dia sedar, dia kini di dalam kereta bersama Al Hadi. Sarah mengesat air matanya.


"Eh, tak adalah. Mata masuk habuk", jawab Sarah.


"Kita dah sampai. Abang tunggu dalam kereta. Ambil mana yang sempat. Nanti kita datang lagi", kata Al Hadi berbunyi arahan.


"Okay, kejap ya", jawab Sarah lagi.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham