Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 1

Kahwin juga


Sarah membuka pin-pin yang banyak di sekeliling shawl yang dipakainya. Penat. Sungguh penat. Semalam sampai ke pukul 3 pagi menyiapkan bilik pengantin. Tiada siapa yang bantu. Kakak-kakak dan abangnya sibuk dengan kenduri.


Suaminya, Al Hadi ditinggalkan begitu sahaja semasa dia sedang galak berborak dengan rakan sekerjanya. Ramai rakan pejabat suaminya datang berkonvoi daripada Kuala Lumpur ke Sabak Bernam. Al Hadi mesti orang yang sangat disenangi oleh rakan sekerja. Mungkin. Sedangkan Sarah yang keras kepala pun boleh jatuh cinta. 


Sarah tidak betah berada dalam crowd sosial yang ramai begitu. Sarah benci keadaan hiruk pikuk. Rasa jiwanya sesak. Itu yang dia segera masuk bilik bertenang. Entah, akhir-akhir ini dia lebih cepat panik. Lebih cepat risau. Mood pun kejap turun kejap naik. 


Mungkin disebabkan perkahwinan jadi dia rasa macam-macam. Mungkin. Al Hadi selalu jadi mangsa apabila Sarah mula panik atau risau dengan apa-apa. Sarah lebih mudah melenting dan marah. Al Hadi macam biasa. Diam. Senyum. Walaupun Sarah tinggi suara, Al Hadi tetap diam. Walaupun Sarah asyik cakap tidak mahu teruskan perkahwinan, Al Hadi tetap diam. Walaupun Sarah asyik ugut mahu putuskan pertunangan Al Hadi tetap tenang.


Argh, Al Hadi ini manusia atau apa? Sikit pun tidak tunjukkan riak beremosi. Tandanya, mereka akhirnya bernikah dan menjayakan majlis perkahwinan dengan meriah.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham