Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 29

Satu rahsia


Sarah mengemas beberapa helai baju dan kelengkapan dirinya, sekurang-kurangnya untuk seminggu. Kotak kesayangannya dibuka. Semua barang anaknya Iman ada di situ. Iman langsung tidak dapat memakainya. Sepanjang di NICU, Iman hanya memakai lampin saja. Baju Iman dibuka satu persatu. Sarung tangan dan kaki Iman dicium. Tanpa sengaja, air mata Sarah jatuh lagi. Sudah setahun lebih, Sarah masih sukar melupakan trauma kehilangan satu-satunya anak dengan Al Hadi.


Sarah menutup semula kotak itu. Dia hanya membawa sebuah kotak dan sebuah bagasi. Beberapa set fail dan buku dibawa juga. Itu keperluan bisnesnya. Al Hadi menunggu di depan pintu. Apabila Sarah muncul, dia segera mengangkat barang-barang Sarah ke dalam kereta. Al Hadi tertarik dengan kotak berwarna biru muda bercorak ungu. Nampak cantik dan istimewa. Tanpa berlengah, mereka bergerak kembali ke Bangsar.


"Continue sewa bilik tu selagi tak pindah keluar barang. Tak apa abang bayar", kata Al Hadi.


"Okay. Tapi biar Sarah bayar. Selama ni pun Sarah bayar juga", jawab Sarah menolak bantuan suaminya. Al Hadi memandang sekilas Sarah di sisinya kemudian fokus kepada pemanduan. Dengan Sarah, dia perlu lebih berhati-hati. Jika bulat katanya, bulatlah. Al Hadi teringat peristiwa di Tesco Rawang tempoh hari. Alhamdulillah, bila Al Hadi menawar diri mahu membayar sewa biliknya Sarah tidak melenting pula. Sarah, mood dan emosinya sukar diduga. 


"Okay, ikut sayanglah. Abang okay mana-mana. Sayang pernah check tabung haji sayang?" Al Hadi sengaja mahu menduga Sarah.


"Tabung haji? Nak check apa? Kosong dalam tu. Dah habis guna masa mengandung..eh bukan. Dah habis masa mula bisnes", jawab Sarah.


"Mengandung? Bila sayang mengandung?" tanya Al Hadi lagi.


"Eh taklah, mana ada. Tersasul. Mana ada pernah mengandung" jawab Sarah sedikit gugup.


"Abang ada tambah lagi, sayang perasan tak?" tanya Al Hadi.


"Tak pernah check. Last tengok setahun lepas", jawab Sarah.


"Esok checklah, nanti boleh kita plan balik financial macam dulu. Ingat tak?" tanya Al Hadi sengaja mahu mengembalikan memori lalu.


"Okay, tengoklah macammana", jawab Sarah acuh tidak acuh.


"Sayang, kita mulakan buku baru ya?" tanya Al Hadi apabila Sarah hanya diam dan memandang ke luar tingkap. Sarah memandang Al Hadi. 


"Apa yang buat abang tak nak lepaskan Sarah ya?" tanya Sarah kepada Al Hadi.


"Abang tak boleh bayang hidup abang tanpa sayang. Tak sanggup. Abang tak boleh kehilangan sayang," jawab Al Hadi.


"Tolonglah jangan tinggalkan abang. Abang akan berubah ikut yang sayang nak. Abang cuba. Okay?" rayu Al Hadi.


"I'm not a good wife. You deserve someone better. Perempuan yang baik, lemah lembut. Hormat suami. Boleh dengar cakap abang. Sarah bukan macam tu", terang Sarah panjang lebar.


"Sayang, sayang dah terbaik untuk abang. Abang sedih sayang asyik cakap macamni. Abang nak sayang juga. Abang tak nak orang lain", jawab Al Hadi. Sarah menarik nafas panjang. Susahnya bercakap dengan Al Hadi. Orangnya lembut tapi hatinya keras dan tegas. Sukar mahu mengubah pendiriannya. Berkeras sudah. Berlembut pun sudah. Sarah pun jadi buntu.


"Bila abang boleh ceraikan Sarah? Sarah tunggu. Tak apa. At least abang bagi timeline," tanya Sarah. Tidak habis-habis soal cerai. Mudahnya Sarah meminta cerai.


"Abang takkan lepaskan sayang. Sayang buatlah apapun. Bunuh abang ke, nak sepak abang ke, abang takkan lepaskan", jawab Al Hadi. Sarah bengang. Mujur saja, tengahari tadi dia ambil ubat. Jika tidak mahu ada drama terjun dari kereta. Hampir jam 7.30 malam mereka sampai di kondominium Al Hadi. Mereka solat maghrib dan Sarah mengemas barang-barangnya. 


"Sarah masuk bilik ini ke? tanya Sarah kepada suaminya. Al Hadi memandang arah yang ditunjuk Sarah. Tadi, Al Hadi tekun memandang laptop. Ada tugasan pejabat yang perlu diselesaikan. 


"Bilik kitalah. Bilik yang abang guna. Wardrobe besar. Banyak ruang lagi. Masuk ja baju Sarah sana", jawab Al Hadi seraya menyambung kerja.


"Ooo tapi Sarah nak letak barang Sarah kat bilik kecil ni boleh? Senang nak buat kerja. Ada privacy sikit", jawab Sarah sambil meminta izin.


"Okay, it's up to you. Tapi tidur di bilik kita, bukan bilik tu," jawab Al Hadi. Sarah menyanyi gembira. Seronok ada ruang sendiri. Selama ini dia sudah terbiasa tidak berkongsi bilik dan barang dengan sesiapa. Jadi terasa janggal apabila bersuami semula. Al Hadi menggeleng kepala. Kemudian dia tersenyum. Apa yang seronok sangat di hati Sarah. Terdengar Sarah mengunci bilik itu dari dalam. Al Hadi jadi pelik dan curiga. Apa yang Sarah sembunyikan sehingga mahukan satu bilik untuk privacy?. Jam hampir pukul 12 malam. Sarah masih di dalam bilik kecil itu. Al Hadi mula mengemas barangnya dan membuat pengurusan tugas untuk esok. Sebagai pengurus, dia mempunyai banyak tugasan dan tanggungjawab. Sarah masih belum keluar. Al Hadi mengetuk pintu. Sarah tertidur agaknya. Lalu, Al Hadi mengambil kunci pendua dan membuka bilik itu.


Sarah sudah siap mengemas dan tertidur di atas katil single yang ada di bilik itu. Al Hadi mengusap lembut kepala Sarah. Kemudian mengucup dahinya. Orang yang paling disayangi dan dirindui sudah kembali ke pangkuannya, alhamdulillah. Baru hendak berlalu, matanya terpaku pada sekeping gambar di tangan Sarah. Ada gambar bayi tetapi seperti sudah meninggal dunia. Gambar anak siapa yang Sarah pegang? Al Hadi ada banyak persoalan dengan tiba-tiba. Dia teringat kotak biru tadi. Dari tadi ada satu perasaan aneh yang membuatkan dia ingin melihat isinya. Perlahan-lahan dia membuka kotak itu. Ada banyak barang bayi. Tangannya cuba mengorek barang-barang itu. Lalu dia terpegang sekeping sijil kelahiran tertulis Iman Bin Al Hadi. 


Jantungnya berdegup kencang. Al Hadi terduduk di kerusi. Apakah bayi di dalam gambar itu anaknya? Di manakah dia? Mengapa Sarah merahsiakannya? Al Hadi lekas menutup semula kotak itu dan menyusunnya. Argh, Sarah memang semakin tidak difahami. Rasa mahu bertanya Sarah tapi kasihan sudah tidur. Esok sahaja dia meminta penjelasan. Malam itu Al Hadi tidak dapat tidur. Dia berdebar-debar. Jika memang itu anaknya dan Sarah sengaja merahsiakannya, Sarah memang sengaja menyakiti hatinya.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham