Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 12

Pulang


Pagi-pagi lagi Sarah sudah sampai Puncak Alam. Sarah fikir, waktu ini Al Hadi sudah pergi kerja. Al Hadi pekerja yang berdedikasi. Mana pernah cuti. Kerja masa cuti lagi ada. Semalam, tiba-tiba Al Hadi mahu bercakap dengannya. Tanya dia di mana. Mahu pergi menjemputnya. Risaukan dia. Hatinya rasa terusik dan rasa dihargai. Hampir goyah keputusannya. Tapi dia perlu kuat untuk kebahagian Al Hadi dan dirinya sendiri. Al Hadi lebih bahagia jika dia tiada. Banyak kali dia meyakinkan dirinya. Sesampai di pintu pagar, alangkah terkejutnya dia, Al Hadi masih ada. 'Tak kerja ke?'


Saat dia menutup pagar dan berpaling, Al Hadi sudah berdiri umpama patung di belakangnya. Sambil menyilang tangan. Mukanya muram bercampur geram. Pastilah suaminya itu bengang, isteri tidak balik rumah. Ingat hal kecil? Pastilah rasa besar padanya. Sarah memang buat Al Hadi jadi geram.


"Subhanallah, terkejut Sarah!" kata Sarah


Sarah memegang dadanya. Berdebar-debar. Sebenarnya bukanlah terkejut sangat, lebih kepada berdebar-debar mahu memberitahu keputusannya.


"Hai, baru sehari tinggal suami, dah lupa muka suami?" jawab Al Hadi. Ada nada perli dan tidak puas hati. Semalam, banyak kali dia memujuk Sarah untuk pulang malah dia sanggup menjemput Sarah, tapi gagal. Bukan dia tidak tahu kedegilan Sarah, tapi tidak salah dia mencuba. Semalam juga, dia segera memberitahu HR yang hari ini dia akan bercuti kecemasan. Ya, kali pertama semenjak dia bekerja, dia mengambil cuti kecemasan. Itupun gara-gara Sarah. Tidak, dia tidak merasa terbeban tapi lebih kepada risau. Kini Sarah adalah tanggungjawabnya. Dia juga rasa bersalah mengabaikan Sarah beberapa hari ini. Al Hadi lantas memeluk Sarah. Kejap. Seolah tidak mahu dilepaskan.


"I miss you so much. Abang rindu sayang. Sehari tak jumpa pun tak tahan. Please jangan buat macamni lagi", Al Hadi memujuk.


Sarah diam tidak berkutik. Tidak juga membalas seperti biasa. Dingin sedingin dinginnya ais. Al Hadi dapat merasakannya. Sarah membawa berita negatif bersamanya.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham