Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 18

Kembali


Sarah hampir dilanggar kereta semasa melintas. Dia panik. Sarah cepat-cepat masuk dalam kereta dan mengunci. Sarah menghidupkan enjin. Dia menarik dan menghembuskan nafas. Memejamkan mata sambil menghirup bau lavender di dalam keretanya. Dia segera keluar dari kawasan Menara TM dan menuju ke Sri Gombak. Sarah menyewa sebuah bilik kecil di Taman Sri Gombak. Sampai di sana, dia terus memakir keretanya dan masuk ke dalam bilik. Dia merebahkan badan. Rasa takut yang amat. Entah apa yang takut dengan suami sendiri. Mungkin takut cerita terbongkar.


Teringat wajah Al Hadi. Wajah yang terlalu dirindui. Lalu airmatanya mengalir. Wajah itu masih seperti dulu. Cuma janggutnya panjang sedikit. Sarah mencari ubatnya. Ya Allah tertinggal di tempat dia terserempak dengan Al Hadi. Sarah mengetuk kepalanya. Panik. Itulah apabila panik, semua tidak menjadi. Mujur saja dia tidak kemalangan sepanjang kembali ke Sri Gombak. Sarah rasa hairan. Apa  Al Hadi buat di situ? Setahu dia, pejabat Al Hadi di Mont Kiara. Argh, dalam tempoh 2 tahun, apa-apa boleh berlaku. Mungkin sudah pindah kerja. Mungkin sudah naik pangkat. 


Nampak gaya Al Hadi seperti bos-bos gayanya. Terbayang susuk tubuh Al Hadi yang mempersona. Al Hadi memakai sut kelabu, tie warna pink, cukup menyerlahkan kewibawaannya. Al Hadi sudah berubah. Sarah saja yang begini. Tiada kemajuan. Bertarung dengan sakitnya. Jujur, ia bukan mudah untuknya. Tapi lebih mudah tanpa Al Hadi di sisinya. Dia tidak perlu bertarung dengan rasa bersalah. 


"Assalamualaykum, Puan Sarah Binti Kamaruddin, saya Al Hadi. Saya simpan kertas kerja dan ubat puan. Puan boleh ambil bila-bila masa yang puan suka" - Al Hadi. Sarah membaca pesanan melalui whatsapp. Mana Al Hadi dapat nombor dia? Baru Sarah teringat, ada dalam kertas kerja. Sarah menyalahkan dirinya. Kenapa Al Hadi buat-buat formal kalau dia tahu dirinya itu Sarah? Mesti Al Hadi ada perancangan. Sarah membalas whatsapp Al Hadi. Masih nombor yang sama.


"Tuan, tidak mengapa boleh buang. Saya tidak perlukan lagi" - Sarah


"Ubat ini ubat siapa? Penting atau tidak? Saya boleh post. Boleh beri alamat?" - Al Hadi


Al Hadi cuba memerangkap Sarah. Sarah yang dia kenali seorang yang telus dan baik. Kadang-kadang beri saja apa yang diminta tanpa berfikir panjang.


Boleh juga. No 3 Jalan SG 7/19, Taman Sri Gombak. Terima kasih." - Sarah.


Perangkap mengena. Al Hadi senyum sendiri. "Sarah, Sarah, mana mahu lari? Abang akan cari", kata hati Al Hadi. Argh, Sarah memang sudah gila, memberi alamat kepada Al Hadi, maksudnya korek kubur sendiri. Al Hadi mesti akan datang ke sini. Menyesal pun tidak berguna. Tapi tidak salah mencuba cover line.


"Tuan, saya sudah mahu pindah dari situ, tidak perlu post. Saya boleh dapatkan yang baru" - Sarah


Al Hadi senyum melihat whatsapp terbaru Sarah, cover line setelah kantoi tempat tinggalnya. Dia segera menghidupkan enjin Toyota Camrynya menuju Gombak. Apa pun berlaku, dia akan bawa Sarah pulang ke rumahnya. Cukup sudah dia melayan lakonan Sarah. Nampaknya Sarah tidak mahu mengalah. Al Hadi tidak pasti Sarah kerja apa. Dia juga tidak pasti Sarah betul-betul buat master atau tidak. Tapi setiap bulan Al Hadi masukkan RM700 buat belanja Sarah. Entah Sarah guna atau tidak. Jalan agak sesak. Al Hadi singgah solat di Masjid Khairiyyah Taman Sri Gombak. Al Hadi sebenarnya tidak sabar. Mujur saja masih boleh dikawal. Pukul 8 malam, Al Hadi tiba di hadapan rumah Sarah. Al Hadi memicit loceng. Seorang perempuan keluar.


"Ya, encik?" jawab perempuan itu.


"Assalamualaykum. Saya cari Sarah. Dia duduk sini?" tanya Al Hadi.


"Oh, sekejapya", jawab perempuan itu dan terus masuk semula ke dalam rumah.


"Kak Sarah, ada orang nak jumpa", kata Aisyah kepada Sarah.


"Siapa?"


"Tak pasti kak", jawab Aisyah.


Sarah menukar telekung kepada tudung labuhnya. Memakai stokin dan segera menyarung kasut. Terlihat sebuah Toyota Camry warna silver berhenti betul-betul di depan pagar rumahnya. "Wah, cantiknya. Ini kereta idaman aku", kata hati Sarah. Cermin kereta itu gelap sedikit. Sarah berpusing meneliti kereta itu tanpa sedar Al Hadi memerhati daripada dalam. Al Hadi ketawa sendiri. Sarah kelihatan lucu sekali. Pasti Sarah tidak sangka ini keretanya. 2 tahun lepas, dia hanya memandu Toyota Vios. Kereta ini baru saja dibelinya sebulan lepas selepas dapat bonus. Jika Sarah ada, pasti Sarah bising dia tukar kereta. Sarah selalu suruh jimat. Kereta begini hanya kehendak. Pakai kereta biasa dan murah saja. Nasiblah Sarah. Siapa suruh pergi tinggalkan dia. Al Hadi menurunkan tingkap bahagian pemandu semasa Sarah menyentuh bahagian depan.


"Hai sayang", kata Al Hadi


"Opocot! Ya Allah, terkejutnya", jerit Sarah. Kemudian terus berdiri tegak menjauhi Al Hadi.


"Tuan rupanya, susah-susah datang hantar barang saya" jawab Sarah. Masih formal.


"Enough sayang. Berhenti berlakon. Abang nak tuntut janji yang sayang pernah buat dulu," Al Hadi mula serius.


"Maaf tuan, saya betul-betul rasa tuan salah orang dan salah faham", jawab Sarah masih tidak mahu mengalah.


"Setahun, finish your master and come back to me. Tapi, sayang hilang tanpa jejak selama 2 tahun. Hari ini, Allah makbulkan doa abang. Abang jumpa sayang. So, I am not going to tolerate anymore. Masuk kereta sekarang", kata Al Hadi lebih serius. Al Hadi keluar daripada kereta. Dari tadi, dia menahan diri untuk memeluk Sarah. Terpaksa di tahan kerana lokasi tidak mengizinkan. Sarah menelan air liurnya. Al Hadi mula berang. Kecut perutnya.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham