Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 11

Tidak pulang


Jam 5 petang, Sarah menghubungi Al Hadi melalui whatsapp.


"Abang, Sarah tak balik rumah. Ada emergency. Esok Sarah balik" - Sarah


Tidak lama, telefon Sarah asyik berbunyi. Dia tahu itu Al Hadi yang call. Tapi sengaja dia tidak mahu menjawabnya. Argh biarlah Al Hadi. Sarah mahu sendiri. Mengapa suaminya itu tidak mengerti. Imah sudah pergi kerja. Sarah mula menconteng kertas menyusun rancangannya. Bagaimana hidupnya jika dia lari? Kerja apa yang mahu dilakukannya? Ke mana mahu dia lari? Sambil menyenaraikan buruk dan baik keputusannya. Argh, walaupun keputusannya bodoh dan gila, dia nekad juga. 


Entah apa dalam kepalanya. Dia cuma mahu melindungi hatinya. Dia cuma mahu elak kekecewaan yang bakal dilalui jika Al Hadi sudah menyampah dengan dirinya. Ya, begitulah rendahnya self-esteem Sarah dengan tiba-tiba. Sarah menjadi orang yang rendah yakin diri apabila berdepan dengan suaminya. Tidak lama kemudian, Sarah mendapat whatsapp bertalu-talu.


"Jawab call abang!" - Al Hadi


"Sarah, abang risau. Sayang kat mana?" - Al Hadi


"Sarah, tak boleh jawab call. Whatsapp boleh" - Sarah

Dia menjawab spontan. Jawapan yang pasti dibenci oleh Al Hadi. Argh, lantaklah dia. Sarah tidak mahu ambil pusing lagi. Sarah mahu fikir tentang dirinya saja. Dia mahu jadi selfish.

"What! Sayang kat mana? Jawab kat mana? At least abang tahu sayang selamat" - Al Hadi


Al Hadi mengurut rambutnya. Memang beberapa hari ini dia sibuk. Balik lewat. Balik Sarah sudah tidur. Kalau balik awal pun, dia terus tidur. Tidak sempat bertanya khabar Sarah. Setiap hari Sarah cuba menarik perhatiannya, tapi dia hanya menjawab yang dia sangat penat dan mahu tidur. Itu agaknya buat Sarah rasa terabai. Itu buat Sarah tidak balik. Dia rasa bersalah.


"Sarah selamat, inshaAllah. Sarah dah buat keputusan. Esok malam, abang balik awal sikit, kita jumpa" - Sarah


Al Hadi berdebar. Apakah badai mula melanda rumahtangganya?

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham