Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 5

Sarah di mata Al Hadi


"Sarah masuk dulu". Tidak betah berlama-lama dekat Al Hadi. Hatinya masih marah. Entah, benda kecil-kecil pun boleh buat dia melenting. Nak kata mahu datang bulan, baru saja habis beberapa hari. 


Sarah masuk ke bilik. Dari tingkap, Sarah melihat, Al Hadi berbual mesra dengan Abang Man. Asyik-asyik ketawa. Asyik-asyik ketawa. Sebal hatinya.


Sarah tertidur tanpa sedar. Nyenyak sekali sehingga tidak sedar Al Hadi masuk dan mendekati. Al Hadi baring di sebelah Sarah. Kemudian mengiring dan menongkat kepala menghadap wajah Sarah.


Sarah bukanlah perempuan paling cantik dia pernah jumpa. Tubuh Sarah juga bukan ukuran model. Sarah kategori sederhana. Kulit kuning langsat. Mata bulat, hidung mancung tetapi bulat. Kesimpulannya, jika kerana wajah, pasti Sarah bukan pilihannya.


Tapi, Sarah ada energi. Sarah ada semangat. Sarah ada motivasi. Sarah ada kekuatan. Sarah berani. Sarah outspoken. Sarah sentiasa berjuang untuk haknya. Sarah umpama entiti yang bertentangan dengan dirinya. Oleh itu, dia sentiasa memburu dan menanti cinta Sarah, walau ditolak berkali-kali.


Akhir-akhir ini, sebelum mereka disatukan, Al Hadi dapat melihat sisi lain Sarah. Sarah yang sensitif. Sarah yang cepat sedih. Sarah yang cepat panik. Sarah sarah yang cepat resah dan gelisah. Sarah yang cepat melenting. Sarah yang lain. Seolah-olah, ada satu lagi watak dalam diri Sarah. Al Hadi masih bersangka baik, mungkin Sarah tertekan dengan perubahan hidupnya nanti, menjadi seorang isteri. Sungguhpun begitu, banyak dia belajar daripada Sarah.


Al Hadi teringat saat dia baru mula kerja, Sarah yang tolong bayarkan deposit rumah sewanya. Sarah sangat rajin bekerja. Sarah banyak buat part time. Sarah kerja kuat. Sarah bilang, dia mahu ada kebebasan kewangan. Dia mahu cepat berdikari. Dia mahu beli apa yang dia mahu tanpa risau. Untuk itu, Sarah sangat banyak berkorban. Sarah berjimat. Sarah ikat perut, ikat nafsu. Sarah tidak beli baju baru. Sarah tidak beli kereta. Sarah yang mengajar Al Hadi tentang four quadrant oleh Robert Kiyosaki. Mereka sama-sama merancang perjalanan hidup daripada tarbiyyah keluarga, kewangan dan pelaburan, kerjaya, bisnes dan sebagainya.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham