Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 19

Cemburu


Al Hadi menggenggam erat tangan Sarah sampai ke depan pintu rumahnya. 


"Masuk" Suara Al Hadi masih tegas. Al Hadi membuka  butang lengan baju dan tali lehernya. Lengan baju dilipat hingga ke siku. Mengambil air kosong dua gelas. Satu untuk Sarah dan satu untuk dia.


"Minum" Al Hadi memberi arahan kepada Sarah. Sarah duduk di sofa. Jauh daripada Al Hadi. Kemudian perlahan dia mengambil gelas berisi air kosong itu dan meminumnya. Sarah masih diam seribu bahasa. Dia masih kekok. Umpama saat mereka lepas dinikahkan.


"Sini, Al Hadi memanggil isterinya, sambil matanya tidak lepas memandang Sarah. Sarah geleng kepala. 


"Duduk sini," Al Hadi mengulang arahan. Cukup membuat Sarah kecut perut. Sarah bergerak mendekatkan dirinya kepada Al Hadi. Mereka berkahwin 3 bulan, kemudian Sarah terus hilang tanpa khabar. Suami mana yang tidak marah dan geram. Tapi Sarah buat bersebab.  


"Abang rindu sangat. Abang syukur sangat. Sayang depan abang. Masih sihat." Al Hadi menangis. Kali kedua dia menangis. Sarah pun turut menangis. Dia rasa bersalah amat. Kemudian, membalas pelukan suaminya.


"Sarah..." Sarah mahu memulakan bicara.


"Syyyy, tak apa. Esok ada lagi. Apa-apa kita cerita esok. Abang sudah apply cuti seminggu. So, abang nak spend masa dengan sayang. Selamani abang kerja tak pernah cuti", kata Al Hadi. 


Malam itu, Sarah segera menghubungi housematenya mengatakan dia tidak pulang dan berada di rumah suaminya. Menjerit-jerit Aisyah terkejut yang Sarah sudah berkahwin dan selama ini merahsiakannya. Esok pagi Sarah ada temujanji yang tidak dapat dibatalkan. Itulah mata pencariannya. Sarah membuat macam-macam kerja. Jadi ejen wasiat, jadi ejen takaful, malah dia juga menjadi ejen unit amanah. Bidang kewangan sesuatu yang disukainya. Tempoh hari semasa terserempak dengan Al Hadi, dia baru menghantar proposal untuk membuat taklimat wasiat di TM. 


Macam-macam Sarah lalui sebelum ini untuk meneruskan hidup. Dia tahu Al Hadi ada memasukkan duit ke dalam Tabung Hajinya setiap bulan, belum pernah diusik. Sarah fikir mahu memulangkannya. Dia tidak mahu berhutang dengan sesiapa lebih-lebih Al Hadi. selama dua tahun dia cuba membuat pelbagai bisnes, akhirnya menjadi ejen jualan juga yang lebih mudah baginya. Tidak terikat dan dia boleh berehat saat sakitnya datang dan pergi. 


Keesokan harinya, Sarah meminta izin Al Hadi untuk pergi temujanji itu di Tesco Rawang. Jauh sekali dari rumah Al Hadi di Bangsar. Sarah menyatakan yang dia akan pulang ke Gombak dulu dan bersiap kemudian akan ke Rawang menaiki keretanya. Al Hadi bertegas mahu menghantar dan menemani Sarah. Al Hadi risau, Sarah cuba melarikan diri lagi. 


Pukul 8.00 pagi mereka sampai di Sri Gombak. Dalam 30 minit, Sarah siap berpakaian kemas dengan jubah hitam, tudung hijau pucuk pisang. Ringkas tapi nampak meyakinkan. Mereka makan bersama buat kali pertama di Coffee Box, Prima Gombak. Sarah memesan nasi lemak, yam kari. Al Hadi hanya makan bubur nasi. Selesai makan, mereka bergerak ke Tesco, Rawang. 



Sepanjang perjalanan, Sarah hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu mahu memulakan kata. Sedangkan dia yang membuat onar pula, masakan dia yang harus memulakan bicara. Dia malu dengan Al Hadi. Sarah memandang luar kereta. Saat kereta mereka melalui Taman Rimba Komanwel, Sarah bersuara perlahan, "bestnya banyak pokok, teringin nak masuk tengok nature".


"Apa dia sayang"? tanya Al Hadi. Dari tadi dia menunggu Sarah mula bicara. Sarah ternyata asyik diam dan memandang luar kereta sahaja. Dia tidak tahu mahu memulakan topik apa. Dia risau, apa-apa yang ditanya akan membuat Sarah kecil hati pula. Sungguh dia buntu. Dia tidak mahu Sarah pergi menghilangkan diri lagi. 


"Oh, takda apalah", jawab Sarah. Kemudian diam lagi sambil memandang luar.


Al Hadi memegang tangan Sarah. Mata masih melihat ke hadapan. Sarah sedikit terkejut. Pandangannya terarah pada genggaman tangan suaminya. Sarah cuba menarik. Cuba menjadi dingin. Dia tidak mahu memberi harapan kepada Al Hadi. Dia banyak kelemahan yang dirahsiakan. Dia bukan wanita normal. Dia ada penyakit mental yang tiada sesiapa pun tahu hatta keluarganya. Jadi, biarlah Al Hadi mencari pengganti. Biar dia hidup sendiri, lebih mudah untuknya. Tapi sekarang, Al Hadi di depannya, punah segala kekuatan yang dibinanya. 


Al Hadi menguatkan genggamannya. Dia tahu Sarah tidak selesa. Dia tahu Sarah masih dingin. Dia tahu Sarah cuba untuk menjauhkan diri. Cuma dia buat-buat tidak tahu. Biarlah Sarah mahu buat drama apa lagi. Semua bakal dia hadapi dengan tenang. Itu janjinya jika Sarah ditemui. Al Hadi memakir keretanya berdekatan pintu masuk.


"Sarah pergi dulu. Nanti dah siap, Sarah call" pinta Sarah. Dia segera keluar dan menutup pintu kereta.


Al Hadi keluar juga dan memanggil Sarah. "Tak salam suami pun?"


Sarah berpaling dan mendekati Al Hadi. Tiada riak senyuman hanya wajah menurut saja. Lalu dia menghulurkan salam. Al Hadi lantas merangkul Sarah, kemudian mencium pipi Sarah. Sarah jadi malu apabila ada orang lalu lalang yang melihat. 


"Lelaki ke perempuan?" tanya Al Hadi.


"Lelaki" jawab Sarah ringkas.


"Dah kahwin?" siasat Al Hadi lagi. Sarah mula menunjukkan muka tidak puas hati. 


"Belum. Kenapa?" tanya Sarah.


"Abang tak izinkan", Al Hadi menjawab ringkas. Sarah memandangnya penuh keliru. Keningnya bertaut. Argh, apa yang Al Hadi cuba lakukan?

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham