Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 9

Mood celaru lagi


"Sayang, abang nak cakap sikit", kata Al Hadi apabila Sarah mula duduk di meja makan.


Hari ini Sarah nampak gembira. Sudah seminggu dia berkurung. Alhamdulillah nampak lebih baik. Sarah masak macam-macam. Sarah tiba-tiba banyak idea untuk mula bisnes. Sarah tiba-tiba jadi banyak cakap. Macam Sarah yang biasa.


"Sudah hantar surat resign"? tanya Al Hadi.


"Dah, then kena bayar compensation. Sarah dah bayar. Geram rasa. Penat sangat dah kerja", jawab Sarah.


"Sarah plan nak buat apa? Sarah memang selalu moody macamni? Kejap okay, kejap tak okay"? tanya Al Hadi dengan nada bergurau.


Sarah berhenti menyuap nasi. Airmukanya berubah.


"Kenapa? Kau menyesal kahwin dengan aku? Sebab aku moody? Kau tak suka"? Jawab Sarah tanpa memandang Al Hadi.


"Bukan sayang, abang minta maaf, abang gurau", kata Al Hadi.


Sarah angkat muka. Matanya membulat. Nampak api kemarahan pada matanya. Nampak dia menelan air liur menahan kata.


"Dah kahwin, apa kau boleh buat?. Take it or leave it. Kau tak suka, lepaskan akulah"! jawab Sarah sambil meninggalkan meja. Dia kemudian terus masuk ke bilik. Pintu bilik dihempas dengan kuat. Tersentak jantung Al Hadi.


Al Hadi diam seribu bahasa. Apakah ini perempuan yang dikenalinya. Benar orang kata, apabila berkahwin baru terlihat segala-galanya. Al Hadi sayangkan Sarah. Al Hadi nekad, siapa pun Sarah, dia akan menerima Sarah seadanya. Itu janjinya saat dia melafazkan akad nikah mereka.


Al Hadi mengetuk pintu bilik. 

"Sayang, buka pintu. Abang minta maaf, abang janji tak cakap lagi", pujuk Al Hadi.


"Diamlah. Pergi keluar sana. Aku tak suka tengok muka kau"! jerit Sarah dari dalam bilik.


"Okay, abang keluar. Nanti Sarah makan ya", pujuk Al Hadi.


Al Hadi pergi ke masjid menunaikan Solat Zohor berjemaah. Tidak lama kemudian dia pun pulang. Nampak meja telah dikemaskan. Sarah sedang membasuh pinggan. 


"Dah makan"? tanya Sarah. Moodnya sudah baik.


"Belum, abang solat dulu tadi. Makanlah. Sarah dah makan? Jom sekali.", ajak Al Hadi. Sarah hanya menggeleng kepala.


Sedang Al Hadi menjamu selera, Sarah asyik mengemaskini status FB dan instagramnya. 


"Sayang dah okay"? tanya Al Hadi.


"Erm", jawab Sarah ringkas. Tumpuannya tidak beralih. Habis makan Al Hadi pun mengemas meja semua. Sarah pula membasuh sambil melipat baju. Sekejap-sekejap melihat smartphonenya.


Tidak lama, pergi iron baju pula. Semua mahu dibuat dalam satu masa. Al Hadi membiarkan sahaja. Walaupun Sarah nampak tidak organize dan sukar fokus, tapi dia tetap sayangkan Sarah.


"Biar abang iron baju, sayang lipat kain ja", tawar Al Hadi.


"Erm, okay", jawab Sarah ringkas.



Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham