Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 24

Kali pertama Sarah agresif


Air muka Al Hadi berubah sama sekali. Tidak berkelip dia memandang Sarah di depannya. Terus diam dan tidak bercakap. Sarah pula menunduk tiba-tiba. Memandang meja. Kemudian mula melihat ke arah lain. Sarah tahu dia bercakap sesuatu yang dilaknat Allah. Sedang mereka berjeda, makanan sampai. Al Hadi dan Sarah menyuap makanan masing-masing. Selera Al Hadi mati. Wajahnya tiada lagi senyum dan teruja. Sarah pula bertukar resah dan gelisah. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, buruk padahnya. Al Hadi menghabiskan suapannya. Kemudian menghabiskan airnya. Seterusnya dia bangun ke kaunter dan membuat bayaran. Setelah selesai, Al Hadi singgah di meja di mana Sarah masih makan. 

"Abang dah bayar. Abang tunggu di kereta. Nanti datang sana," kata Al Hadi dengan mendatar saja. Tiada riak marah. Sarah yang jadi cuak. Sarah perlahan-lahan makan. Seleranya mati. Dia terus minum air dan bangun. Sarah keluar dari Coffee Box kemudian ke kereta suaminya.

"Saya balik naik Grab balik rumah ambil kereta", kata Sarah apabila membuka pintu penumpang. Sarah memang sengaja mencetus marah. Sarah menutup pintu dan berlalu. Al Hadi jadi geram. Sarah semakin menguji kesabarannya. Dia keluar daripada kereta kemudian menarik lengan Sarah. Sarah dipaksa masuk kereta.

"Apani. Tak naklah," rungut Sarah apabila duduk di tempat duduk penumpang di hadapan. Sarah melihat Al Hadi masuk semula. Wajahnya merah. Mungkin dia menahan marah. Sarah jadi kecut. Jantungnya berdegup kencang. Al Hadi meneruskan perjalanan. Dia masih diam. Sarah juga diam ketakutan. Mereka mula masuk MRR2. 

"Eh, saya kan nak beli barang kat Giant!" teriak Sarah apabila melepasi Giant Batu Caves. Al Hadi masih diam dan buat tidak peduli.

"Sarah biasakan diri dengan abang, 'Sarah'. Panggil abang, 'abang' bukan 'awak'. Rasanya Sarah pun tahu kan?, abang tak perlu cakap lagi", Al Hadi bercakap sambil mata fokus ke jalan. Tiada lagi suara mesra dan manja Al Hadi. Yang ada suara tegas dengan nada yang serius.


"Suka hati sayalah nak cakap apa pun," jawab Sarah. Hatinya mula sakit. Dadanya mula sesak. Jantungnya mula berdegup kencang. Sarah berlawan dengan suara hatinya. "Eh lantaklah aku nak cakap apapun. Bukan aku yang nak sangat hidup dengan dia. Kan aku nak cerai. Aku nak buat suka hati akulah, mangkuk!" kata hati Sarah cuba menambah keserabutan Sarah.


"Arghhhhhh!!!!!!!", Sarah menjerit dengan tiba-tiba. Al Hadi segera berhenti di tepi jalan masuk ke bulatan Batu Caves. Lampu kecemasan dihidupkan. 


"Sayang okay?" tanya Al Hadi dengan cuak sekali. Kalau dia ada sakit jantung, memang terus terberhenti. Sarah terus keluar daripada kereta. Dia sudah tidak tahan menghadap Al Hadi. Sudah tidak tahan mendengar apa-apa yang dikatakan Al Hadi. Dia mahu menyendiri. Sebenarnya dia sedang masuk manic episode. Lagi lama dia bersama Al Hadi, lagi gila dia jadinya. Dia harus segera pergi. 


Al Hadi mengejar dan menarik Sarah masuk kereta semula. Memasang tali pinggang keledar. Al Hadi meneruskan pemanduan. Orang lalu lalang yang melihat mereka tidak diendahkan. Sebelah tangan memegang stereng, sebelah tangan memegang Sarah yang asyik mahu keluar daripada kereta.


"Lepaskan aku!!! Lepaskan akulah bodoh!!!" Sarah mula agresif. Matanya mula menjegil. Wajah sarah penuh kemarahan. Sambil diselangi jeritan, Sarah meronta-ronta. Al Hadi masih menahan dan bertarung dengan Sarah. Sampai di satu kawasan yang lebih selamat, Al Hadi segera berhenti. Gear ditukar ke 'P'. Tali pinggang keledar dilepaskan. Kemudian dia segera memeluk Sarah dengan kuat. Kuat sekali hingga Sarah tidak mampu bergerak. Al Hadi pun azan di telinga Sarah kemudian membaca doa-doa dan zikir yang dia ingat.


Apabila Sarah mula kurang agresif, Al Hadi memasang CD ruqyahnya. Sarah mula tenang. Yang kedengaran hanya nafas turun naik daripada mulutnya. Al Hadi bersandar di tempat duduknya. Apakah yang berlaku sebenarnya?

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham