Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 13

Kejutan lagi


"Sarah nak further studies. Oversea," kata Sarah.


"Dah dapat condtitional offer. Tinggal nak completekan requirement", sambung Sarah lagi. Sarah tunduk melihat meja. Takut memandang mata Al Hadi. Takut hatinya cair. Takut dia rindu. Takut Al Hadi akan melupakannya. Sambung belajar hanya alasannya. Sebenarnya dia mahu pergi meninggalkan hidup Al Hadi. Membiarkan Al Hadi mencari pengganti. Sambung belajar juga paling mudah untuk dia mengurus persepsi keluarganya di kampung. 


Sejak banyak membaca tentang psikologi, dia tahu dia akan sentiasa begini. Dia tidak mahu menyusahkan Al Hadi. Dia tahu, Al Hadi tidak akan bahagia dengan dia. Al Hadi bersandar kepada kerusi. Dia mengurut rambutnya perlahan. Memang kalau dia runsing, pasti dia begitu. 


"Sayang tak bincang dengan abang dulu? We are partners, right?. Abang ni siapa pada Sarah?" Mata Al Hadi mula membulat. Mula merah. Wajah putihnya mula burtukar merah. Tanda dia marah. Kali pertama Sarah melihatnya.


"At least bincang dengan abang. Abang tak kisah sayang nak further studies. Tapi bukan luar negara. Banyak lagi local universities" kata Al Hadi lagi. Suaranya sudah mula kendur. 


"Tapi, Sarah nak pergi luar negara," jawab Sarah lagi.


Al Hadi memegang tangan Sarah. Kemudian mula menciumnya. Dia tidak pasti apa yang berlaku pada Sarah. Ini bukan Sarah. Sarah bukan orang yang terburu-buru buat keputusan. Atau sebenarnya ini memang Sarah rancang tanpa pengetahuannya. 


Sarah mengetap bibir. Dia takut hatinya cair. Tadi sebelum sampai, dia nekad mahu berkemas. Rakannya yang tidak tahu dia sudah berkahwin mahu membantunya mula bisnes pengurusan acara. Sarah tidak boleh lagi makan gaji. Kesihatannya tidak menentu. Kadang-kadang dia langsung tidak boleh jumpa manusia, suka tinggal dalam gua. Lalu, bagaimana mahu keluar bekerja. Sarah ambil keputusan yang dia akan jadi freelance event planner.


Sarah menarik tangannya. Al Hadi menarik semula. Sengaja dipegang kuat, supaya tidak kuat ditarik. Penat bertarung, Sarah membiarkan saja suaminya itu. Al Hadi tahu jika Sarah dingin begini, ada sesuatu yang tidak diceritakan oleh Sarah. Sarah ada rahsia.


"Sayang, abang tahu ada benda sayang tak bagitahu abang. Please. Jangan sorok macamni. Sayang sakit?" soal Al Hadi. Gulp. Sarah telan air liur. Waktu begini, Sarah begitu rasional sekali. Tidak ada emosi. Wajahnya empty.


"Okay, abang bagi chance Sarah belajar. Setahun. Finish your master within one year. Then, come back to me", Al Hadi tahu berkeras dengan Sarah tidak akan membantu.


"Okay, inshaAllah," jawab Sarah. Al Hadi bangun dan merapati Sarah. Kemudian, dia memeluk Sarah dari belakang. Sarah tiba-tiba menangis. Dia pasti akan merindui suaminya. Pasti. Tapi, dia tidak layak untuk berada di sisinya.


"Selama Sarah pergi, kalau abang ada jumpa perempuan yang abang suka dan jatuh hati, Sarah izinkan abang kahwin lagi dan lepaskan Sarah," kata Sarah.


Al Hadi melepaskan pelukannya. Memusingkan badan Sarah supaya memandang dirinya. Kata-kata Sarah buat dia runsing. Sarah pergi setahun saja. Setahun itu bukan lama. Pejam celik sudah setahun. Cuma cara Sarah bercakap seperti dia tidak akan kembali sampai bila-bila.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ummu Ilham