Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Takdir Cinta Kita
Andayu
5/12/2021 16:48:33
27,357
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Arra menutup mulut apabila menguap. Matanya mula terasa mengantuk setelah dua jam duduk di dalam panggung wayang. Dia dengan terpaksa mengikuti Aril. Niat asalnya hanya ingin ke Pasar Payang sahaja. Tak sangka Aril akan membawanya jalan-jalan sehingga sampai Kemaman. 

"Ngantuk dah ke?"

Arra menguap lagi. "Tak nak balik lagi ke?" ujar Ara sambil mengenyih matanya.

Aril melihat jam pada tangannya. "Ala... baru pukul dua petang. Takkan dah nak blik kot," ujar Aril lalu menarik tangan Arra masuk ke dalam kedai pakaian.

"Nak buat apa kat sini?

"Shopping," kata Aril lalu memilih pakaian yang sesuai untuk Arra. "Arra pilihlah nak apa? Hari ni abang Aril belanja."

Arra menjuihkan bibirnya. Aril mengepit bibir Arra dengan jarinya. Namun, segera ditepis oleh Arra.  

"Apa ni?" kata Arra sambil memukul tangan Aril. "Buat macam tu lagi saya cium awak," kata Aril lalu mengambil sehelai blouse dan dihulurkan kepada Arra.

Merah padam muka Arra apabila diusik begitu. Jantungnya mula berdegup laju mendengarnya. 

Arra hanya menurut sahaja kata Aril.  Dia sedikit pun tidak berminat dengan perlawaan Aril yang ingin membelanjanya. Oleh itu dia membiarkan Aril memilihkan pakaian buatnya. 

Arra tidak mahu bazirkan wang hasil kerjanya hanya dengan membeli pakaian. Dia hanya akan membeli pakaian baru apabila hari raya sahaja. Dia lebih suka menyimpan bagi kegunaan yang lebih penting di masa hadapan. 

"Nah," kata Aril lalu menghulurkan beberapa baju, seluat dan skirt yang telah dipilih buat Arra.

"Nak buat apa ni?" soalnya pelik apabila Aril memberikan pakaian itu kepadanya.

"Nak belilah sayang oii... Takkan nak buang pulak," ujar Aril dengan nada lembut.

"Nanti apa kata aunty bila tau Aril belikan saya banyak baju ni?"

"Takpa. Dah pergi cuba okey tak?"

"Okey," kata Arra lalu menuju ke bilik persalinan. Dia mencuba pakaian. Semuanya cantik. Dia pun suka dengan pakaian yang telah dipilih oleh Aril. 

Arra menghampiri Aril. "Semua okey."

"Tak nak tambah apa-apa lagi ke?" 

Arra menggelengkan kepalanya. Aril menyerahkan pakaian yang telah dipilih kepada jurujual. Setelah selesai membuat pembayaran. Mereka melangkah keluar dari butik pakaian itu. 

"Arra nak keluar tadi nak cari apa?"

"Arra nak cari sesuatu nak hadiahkan pada ibu dan abah."

"Okey jom ikut abang Aril ke kedai emas jap," kata Aril lalu menarik tangan Arra.

"Nak buat apa?"

"Tadi kata nak cari hadiahkan buat ibu?"

Arra menarik tangannya. Dia tidak suka Aril memegang tangannya. Dia merasakan lelaki itu sengaja mengambil kesempatan ingin menyentuhnya. Sedangkan mereka bukan muhrim.

"Arra tak cakap pun nak belikan emas buat ibu."

"Kedai kat depan tu aje. Mari kita tengok sekejap," kata Aril sambil menunjukkan kedaj emas yang bernama Tomei Gold & Jewellery. "Lagipun abang nak belikan satu buat mama," bohong Aril agar Arra tidak menolak perlawaannya.

"Okey," balas Arra.

Setiba di hadapan kedai emas itu Arra meminta Aril melepaskan tangannya. Aril melihat beberapa gelang tangan dan rantai rekaan terbaru. Semuanya kelihatan cantik. Tetiba dia kembali mengingati memorinya bersama Melysa ketika memilih cincin pertunangan mereka dahulu. 

Kilauan permata di dalam kedai itu mula menarik perhatian Arra. Sudah lama dia menginginkan perhiasan kemas yang baru buat dirinya. Kekangan wang dia hanya memedam hasratnya itu. Dia yakin satu hari nanti apa yang diinginkan olehnya pasti dimiliki jika bersabar.

"Ada apa yang boleh saya bantu cik?" soal jurujual.

"Boleh saya cuba cincin ni?" soal Arra sambil menunjuk sebentuk cincin rekaan rama-rama.

"Boleh," kata jurujual itu lagi lalu mengambil cincin yang diminta oleh Arra.

Arra terus menyarungkan cincin itu ke jari manisnya. Saiz cincin itu sesuai dengan jarinya. Dia tersenyum sendirian melihat cincin yang diimpikan itu kini berada dijarinya. Tanpa membuang masa dia mengambil sekeping gambar tangannya ketika memakai cincin itu.

Impian Arra ingin memiliki sebentuk cincin yang diidamkan. Namun, dia tidak mampu membelinya lagi kerana kos sebentuk cincin itu sama dengan gajinya sebulan. 

"Cantik," tegur Aril sambil tersenyum ke arah Arra.

"Design ni keluaran terbaru tau," kata Arra dengan teruja apabila dapat melihat dengan matanya sendiri cincin itu. Selama ini dia hanya melihat gambar di dalam telefon sahaja. 

"Tapi takda rezeki lagi nak beli." ada nada sedih dalam ucapannya itu.

"Ambillah. Abang belanja."

"Takpa lah," Arra menanggalkan cincin itu lalu diserahkan kembali kepada jurujual. "Abang Aril dah pilih ke barang untuk mama?"

"Dah. Tunggu siap potong kejap," kata Aril sambil tersengih. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 

"Dah siap nanti tunggu Arra kat sana, Arra nak pergi tandas kejap." kata Arra sambil menunjukkan sebuah kerusi yang berada ditepi dinding.

"Okey," balas Aril sambil tersenyum. Dia menarik nafas lega apabila Arra semakin jauh daripada pandangan matanya. Sebenarnya dia hanya membohongi Arra tentang dia ingin membelikan hadiah buat ibunya. 

"Saya nak cincin tadi?"

"Cincin yang mana?"

"Cincin yang gadis bersama saya pilih tadi."

"Owh... yang tu," katanya lalu memberikan cincin pilihan Arra kepada Aril.

Aril meminta jurujual membungkuskan cincin itu. Dia ingin memberikan hadiah kepada Arra. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi Arra bekerja di rumahnya. 


SETELAH keluar daripada tandas. Arra berjalan sambil memandang sekeliling kawasan di dalam Mesra Mall. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di dalam pasaraya ini. Pandangan matanya terarah pada sebuah kedai yang menjual pelbgai jenis tudung.

Arra melangkah masuk ke dalam kedai itu. Dia memilih tudung yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat ibunya di kampung dan juga buat majikannya.

"Cik nak beli tudung untuk siapa?" soal jurujual.

"Untuk ibu saya."

"Nak saya tolong pilihkan."

Arra tersenyum. "Boleh jugak. Saya bukannya selalu beli tudung ni."

"Ini tudung sarung koleksi terbaru," kata jurujual itu sambil menunjukkan beberapa helai tudung kepada Arra.

"Cantik." 

Arra membuat pembayaran setelah memilih beberapa helai tudung. Usai membuat bayaran dia bergegas untuk menemui Aril.  Secara tidak dia telah melanggar seseorang.

Plastik tudung yang dibelinya terjatuh. "Maaf," kata Arra perlahan.

Lelaki yang dilanggarnya segera mengambil plastik beg milik Arra. "It's okay," balas Hairi lalu menghulurkan plastik beg kepada Arra.

"Terima kasih," kata Arra lalu memandang wajah lelaki yang dilanggarnya.

"Sama-sama," balas Hairi sambil tersenyum apabila melihat Arra dihadapannya. "Eh, Arra?"

"Hairi." Arra turut terkejut melihat lelaki yang dilanggarnya adalah Hairi.

"Hai, lama tak jumpa. Buat apa kat sini?"

"Jalan-jalan."

"Alang-alang dah jumpa kat sini. Jom kita pergi makan sama-sama."

"Maaf. Maybe next time," kata Arra perlahan.

"Next time tu bila? Arra tak pernah reply mesej. Call pun tak jawab. Macam mana kita nak keluar lain kali tu?"

Arra tersengih mendengarnya. Sebelum sempat dia menjawab soalan Hairi. Telefon bimbit milik Arra berbunyi. Tanpa membuang masa Arra terus menjawabnya.

Hush... penyelamat aku, desis hati kecilnya.

"Hello, Arra kat mana?"

"Arra beli barang kejap. Abang Aril ada kat mana?"

Abang Aril? Siapa ea? Hati Hairi berbicara. Dia tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini.

"Abang tunggu kat kerusi yang Arra suruh tadilah."

"Okey, abang tunggu kejap. Nanti Arra sampai," ujar Arra lalu mematikan talian. 

Wajah Hairi dipandang. "Saya minta diri dulu. Assalamualaikum," kata Arra lalu meninggalkan Hairi terpinga-pinga di situ.

Hairi hanya mampu melihat Arra melangkah meninggalkannya. Entah mengapa terbit rasa cemburu di dalam hatinya apabila mendengar Arra menyebut nama lelaki lain. 

Hati Arra begitu sukar untuk dimilikinya. Pelbagai cara sudah dilakukan. Namun, Arra seolah-olah tidak mengerti akan perasaannya. Malah, semakin dia cuba mendekati gadis itu. Arra semakin menjauhinya.


MELYSA tersenyum melihat Aril. Dia terlalu merindui lelaki itu. Tanpa berfikir panjang dia segera menghampiri Aril dan meninggalkan Rafiq yang sedang membelikan air untuknya.

"Aril." panggilnya perlahan.

Air mata mula mengalir dipipinya. Namun, segera disapu apabila seorang gadis kelihatan bersama-sama dengan Aril. Api cemburunya mula membara di dalam hati. Melysa kelihatan amat marah ketika itu.

Siapa perempuan tu? Berani dia rampas Aril daripada aku, omel hati kecil Melysa.

Langkah kakinya semakin menghampiri mereka. "Aril!" panggil Melysa.

Arra dan Aril menoleh kearah suara yang memanggil nama Aril. Dari jauh mereka melihat seorang gadis meluru ke arah mereka. 

"Siapa tu?" soal Arra kepada Aril.

Aril hanya mampu mengeluh apabila melihat Melysa menghampirinya. Dia tidak menyangka akan bertemu Melysa di sini.

Soalan Arra dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Satu tamparan tiba-tiba singgah di pipi Arra.

Pang!

Arra menyentuh pipinya yang terasa sakit. Wajah  Aril dipandangnya. Dia keliru mengapa gadis yang tidak dikenalinya tiba-tiba datang memukulnya.

Aril terkejut dengan tindakan Melysa metika itu. "Arra okey?" soal Aril sambil mengusap perlahan pipi Arra yang mula kemerahan.

Sakitlah! jerit Arra di dalam hati. 

Hati Melysa bertambah sakit apabila melihat Aril tidak mengendahkannya. Dia mula menganggkat tangan ingin memukul Arra lagi. 

Aril segera menghalang Melysa daripada terus memukul Arra. Dia memegang tangan gadis itu. "Stop it Mel!" marah Aril lalu melepaskan tangan Melysa.

Sebaik sahaja Aril melepaskan tangan Melysa. Tanpa diduga Melysa meluru kearah Arra lalu menolak bahunya. "Dasar perempuan tak tahu malu! Aril ini bakal suami akulah bodoh!"

Tindakan Melysa hampir menyebabkan Arra jatuh. Mujur dia sempat mengimbangi badannya kembali. Arra mula panas hati apabila gadis yang tidak dikenalinya mula memarahinya. Dia yakin inilah Melysa bekas tunang Aril.

"Mel!" marah Aril lalu mendapatkan Arra. Dia kesian melihat Arra menjadi mangsa kemarahan Melysa.

"You ni dah melampau Mel!" kata Aril lalu menganggkat tangan ingin menampar Melysa.

Arra memegang tangan Aril lalu menggelengkan kepalanya. Dia memandang wajah Melysa sambil tersenyum. Arra terfikirkan sesuatu untuk mengajar Melysa. 

"Who are you?" soal ara perlahan tapi tegas.

"Hei I yang sepatutnya tanya siapa awak?" 

"Mel dah lah tu. Hubungan kita dah lama putus," Aril mencelah. Dia risau akan keselamatan Arra. Melysa berkemungkinan memukul Arra lagi.

"You putuskan hubungan kita hanya disebabkan perempuan ni!" kata Melysa dengan marah.

Aril hanya mendiamkan diri. Melysa mula sakit hati melihat reaksi Aril. Seolah-olah mengiyakan apa yang dia katakan. 

"I tunang you. Sampai hati you curang dengan I," kata Melysa dengan nada sedih. Matanya teralih pada arra. Dia menolak bahu gadis itu. "Hei perempuan. Semua ni berpunca dari kau tau tak? And for you information I dengan Aril sepatutnya dah kahwin."

Arra hanya mampu mengeluh mendengar Melysa membebel. Dia melihat Aril hanya mendiamkan diri. Aril tiada rasa ingin mempertahankan dirinya daripada terus dicaci maki oleh bekas tunangnya itu.

"Tapi semuanya hancur disebabkan kau!" kata Melysa lagi sambil merenung tajam kearah Arra.

Kesabaran Arra mula habis apabila berhadapan dengan gadis yang tidak bermaruah seperti Melysa. Dia menepis tangan Melysa yang cuba menolak bahunya lagi. Tanpa diduga dia melayangkan tangannya ke pipi Melysa.

Pang!!!!

Melysa terkejut. Begitu juga Aril.

"Arra!" panggil Aril perlahan. Dia tidak menduga Arra akan bertindak begitu.

Arra menjeling marah kepada Aril. "Diam!" kata Arra kepada Aril.

Takkan kau marah kot bila aku tampar minah sengal ni, desis hati kecil Arra.

Melysa terkedu dengan tindakan gadis dihadapannya. Pipi yang terasa sakit diusap perlahan. Kemarahannya tidak dapat ditahan lagi.

"Kurang ajar!" kata Melysa dengan marah lalu menganggkat tangannya ingin menampar pipi Arra lagi.

Arra segera memegang tangan Melysa. Dia menolak tubuh gadis itu sehingga menyebabkan Melysa terjatuh di atas lantai.

"Kau tak layak jadi isteri kepada mana-mana lelaki jika beginilah perangai kau yang hanya mampu menjatuhkan martabat seorang wanita!" ujar Arra lalu meraih tangan Aril dan memeluk erat lengan lelaki itu.

"Dulu mungkin you tunang Aril. But now he's my husband," jelas Arra sambil tersenyum ke arah Melysa.

"What?" Melysa berdiri semula. Dia tidak percaya apa yang dikatakan oleh Arra. "Tipu!"

"Percaya atau tidak itu terpulang pada awak." kata Arra lalu menoleh ke arah Aril yang juga terkejut mendengar pengakuan Arra. "Jom abang. Buang masa aje melayan perempuan takda maruah macam dia," kata Arra lalu menarik tangan Aril meninggalkan kawasan itu.

"Aril!" jerit Melysa.

Air mata yang ditahan mula berguguran mengalir membasahi pipi. Bayangan Aril kini semakin hilang dari pandangan matanya. Dia ingin mengejar lelaki itu menginginkan kepastian. Namun, langkah kakinya tiba-tiba lemah dan tak berdaya. Kepalanya tiba-tiba pening.

"Mel!"

Rafiq segera menyambut tubuh Melysa dari terjatuh di atas lantai. Dia menepuk-nepuk pipi Melysa perlahan sambil memanggil nama gadis itu. Suara Rafiq tenggelam dalam kegelapan. Akhirnya Melysa jatuh pengsan.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu