Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 6

"Alhamdulillah," ujar Arra setelah mendengar Ain sendawa dengan kuat. "Eiii... tak senonoh betul lah kau ni," kata Arra sambil menggelengkan kepalanya.

Ain segera menutup mulutnya. Dia tersenyum. "Tak sengajalah. Alhamdulillah syukur nikmat," ujar Ain lalu bersandar pada kerusi sambil menggosok perutnya yang kekenyangan.

"Nasib baik kat bilik. Kalau kat kafe mesti ramai mata memandang kat kau," ujar Arra lalu bangkit dari tempat duduknya. Selepas membuang sampah dia terus ke bilik air untuk mengambil wuduk. 

Ain melangkah keluar daripada bilik sewaktu dia masuk. Tanpa membuang masa Arra mengambil sejadah lalu dibentangkan menghadap kiblat. Selalunya dia menunaikan solat zuhur di Masjid. Oleh kerana peperiksaan untuk hari ini telah tamat dia pulang ke hostel bagi membersihkan diri terlebih dahulu.

Usai menunaikan solat fardhu zuhur, Arra menyangkut telekung pada almari. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Dia mengambil buku untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan pada keesokan harinya. 

Pembelajarannya terganggu dengan bunyi telefon bimbit Ain. Dia melihat nama Aril tertera pada skrin telefon. Dia hanya membiarkan panggilan itu tanpa menjawabnya. Dia mengintai di sebalik cermin tingkap namun tidak kelihatan pula Ain di situ.

Matanya mula berasa mengantuk. Arra menyembamkan wajahnya diatas buku. Sebelum sempat dia terlena. Telefon Ain berbunyi lagi minta dijawab. Arra bosan lalu menjawabnya.

"Hello Nayla." ujar pemanggil dihujung talian.

Nayla mana pulak ni? Kekasih hati ke? getus hati kecil Arra. 

"Nayla? Are you listen?" ujar Aril apabila setiausahanya hanya diam.

"Ermm.... maaf rasanya Encik Aril tersilap nombor ni?" jelas Arra dengan perlahan.

Aril pelik lalu melihat skrin telefonnya. Tertera jelas nama Ain. Namun, suara dihujung talian bukan Ain. Dia amat mengenali suara sepupunya itu. 

"Assalamualaikum, Arra,"

"Waalaikumussalam..., masih ingat nama saya," ujar Arra dengan rasa teruja kerana lelaki itu masih mengingati namanya. Walaupun mereka baru sekali berjumpa.

"Mestilah. Gadis si cantik manis. Mulut becok," ujar Aril sambil ketawa dihujung talian.

"What?!"

"Ya. Si mulut murai. Kerja memekak aje. Tak pernah letih," balas Aril lagi. 

Arra menahan amarahnya. "Whatever!" ujar arra lalu mematikan talian.

Mata yang terasa mengantuk mula hilang. Pintu bilik tiba-tiba dibuka. Ain masuk lalu meletakkan seplastik buah mangga muda. Arra hanya mengeluh kecil melihat Ain ketika itu. Geram betul hatinya dengan sikap Aril.

"Kenapa?"soal Ain apabila melihat Arra merenungnya. 

"Tak ada apalah," ujar Arra lalu bangkit dari tempat duduknya. "Kau nak buat apa dengan buah ni banyak-banyak?"

"Makanlah," jawab Ain sambil menikmati buah mangga itu.

"Ermm.... Aku lama dah nak tanya? Tapi selalu lupa."

Ain menoleh ke arah Arra. "Tanya apa?"

"Hairi buat apa kat taman dengan kau dua hari lepas?"

Ain mengerutkan keningnya sambil berfikir sejenak. "Owh... pasal hari tu?"

"Kenapa?"

"Dia cari kaulah?!" jawab Ain dengan geram. Hatinya masih sakit lagi mengenangkan sikap Hairi yang menyangka dirinya adalah Arra.

"Cari aku?"soal Arra pelik.

Ain mengeluh kecil. Seleranya ingin menikmati buah mangga muda itu terbantut apabila berbicara mengenai jejaka bernama Hairi. "Pada awalnya dia sangkakan aku ni adalah kau."

"Huh?"

Ain menganggukkan kepalanya. "Kita pakai baju sama kan hari tu? So sebab itulah dia tertukar antara kau dan aku," jelas Ain agar sahabatnya faham.

Arra tersenyum kecil. "Hurmm... jadi dia malu dengan kau sampai tak tahu nak jawab apa bila aku tegur dia."

"Ya." jawab Ain sepatah.

Arra hanya mampu tersenyum sendirian. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Hairi. Lelaki itu juga tidak lagi menghubunginya sejak mereka menduduki peperiksaan. Arra merebahkan badannya diatas tilam. Kini dia benar-benar terasa amat letih dan mengantuk. Dia melihat jam pada skrin telefon baru menunjukkan angka 2.30 petang. Akhirnya dia terlena dengan senyuman yang masih tidak lekang diwajahnya.


ARIL segera melangkah keluar daripada pejabatnya. Dia sudah memaklumkan kepada Nayla niatnya ingin ke Melaka untuk menenangkan fikirannya. Namun, dia terpaksa menggantikan bapanya menguruskan projek di Johor. Fikirannya berserabut kerana Melysa masih lagi tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka tiada jodoh untuk hidup bersama. 

Entah apa yang difikirkannya sehingga nombor telefon Ain yang dihubungi. Namun ada rasa bahagia apabila Arra yang menjawab panggilan itu. Hatinya rasa senang mendengar suara gadis itu. Bahkan dia sempat mengusiknya.

Sebaik sahaja dia menghampiri keretanya ada sepasang tangan menarik lengannya. Dia melihat Melysa tersenyum kepadanya. Aril hanya mampu mengeluh lalu menarik lengannya.

"You nak apa lagi?" soal Aril dengan tegas. Melysa meraih tangan lelaki itu, namun segera ditepis oleh Aril.  

Air mata yang ditahan mula berguguran dipipinya. "Berilah peluang untuk I jelaskan apa yang berlaku sebenarnya."

Aril mengeluh. Sudah berulang kali Melysa cuba memohon kemaafan dan ingin menjelaskan apa yang telah berlaku antara dia dan pembantu peribadinya. Namun, pintu hatinya sudah tertutup untuk mengetahuinya. Dia tidak lagi mempunyai perasaan sayang dan cinta buat gadis itu lagi.

"I rasa tak perlu," balas Aril perlahan. "Tak ada apa lagi yang perlu kita bincangkan," sambungnya lalu membuka pintu kereta.

Melysa segera menutup kembali pintu kereta. "I diperkosa!" ujarnya dengan deraian air mata yang bercucuran di pipi.

Aril hanya mendengarnya tanpa rasa terkejut. Dia tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh gadis itu. "You ingat I akan percaya?" kata Aril sambil tersenyum sinis. "Sejak kes you kena tangkap basah hari tu. Sejak itu juga kepercayaan I terhadap you dah hilang."

Peritnya hati Melysa saat ini mendengar ucapan Aril. Insan yang disayangi tidak lagi mempercayai kata-katanya. "I tak bohong, Aril! Please trust me!" ujar Melysa lalu memegang tangan Aril mengharapkan lelaki itu menerimanya kembali.

Aril menarik tangannya dengan perlahan. Dia menanggalkan cincin dijarinya. Tangan Melysa diraihnya perlahan lalu meletakkan sebentuk cincin diatas tapak tangan gadis itu. "Maafkan saya, Mel? Terimalah kenyataan tiada jodoh antara kita. Assalamualaikum." ujar Aril lalu membuka pintu keretanya. Tanpa membuang masa dia segera meninggalkan tempat itu. Ketika Melysa ditangkap khalwat dia berada di Johor. Dia sanggup menangguh pekerjaannya di sana demi menemui gadis yang disayanginya. Saat dia kembali ke Terengganu untuk berjumpa dengan Melysa. Dia terkejut melihat gadis yang ingin dia jadikan permaisuri dalam hidupnya berada di dalam hotel bersama lelaki lain. 

Saat itu juga, dia memutuskan hubungannya dengan Melysa. Dia yakin apa yang berlaku antara Melysa dengan Dato' Zakri hanya salah faham. Dia juga mengenali Dato' Zakri kerana rakan kongsi bapa saudaranya dalam perniagaan. Namun, apa yang berlaku antara Melysa dan Rafiq adalah satu kebenaran dan bukannya satu pembohongan. Dia melihat dengan matanya sendiri Melysa sedang bermesraan dengan Rafiq. 


MELYSA melangkah masuk ke dalam keretanya. Cincin milik Aril hanya mampu dilihat bersama titisan air mata yang tidak berhenti mengalir saat itu. Empat tahun menyulam kasih. Kini hancur berkecai. Dia menangisi pemergian Aril dari hidupnya.

Dia menghidupkan enjin keretanya dan berlalu meninggalkan kawasan pejabat Aril. Dia memandu tanpa arah tujuan. Hatinya bagai ditoreh dengan belati yang tajam. Hanya air mata yang mampu menemaninya saat ini. Peristiwa yang berlaku enam bulan lalu mula terbayang diruang matanya.

"Fiq, apa I nak buat ni?" soal Melysa dengan perasaan gelisah apabila membaca berita mengenainya ditangkap khalwat.

Rafiq memegang bahu Melysa dengan lembut. Dia menggosok belakang gadis itu bagi menenangkan hatinya. "You, duduk dulu."

Melysa duduk. Fikirannya kusut apabila melihat tajuk akhbar. Jelas terpampam wajahnya. 

"Apa I nak bagi tahu dekat Aril?" Melysa mengeluh. Sakit kepalanya apabila memikirkan perasaan tunangnya ketika itu.

"You cakap ajelah you difitnah."

Melysa memegang tangan rafiq. "Aril mesti percayakan I kan?"

Rafiq menganggukkan kepalanya. "Mestilah. You Tak buat perkara yang senonoh pun."

Melysa berasa lega mendengarnya. Fikirannya mula membayangi wajah Aril. Dia berharap kekasih hatinya itu akan mempercayai apa yang bakal diberitahuinya.

Rafiq menepuk belakang Melysa perlahan. "Jomlah gerak sekarang," ujarnya sambil melihat jam pada pergelangan tangannya.

"Pergi mana?" soal Melysa. "Nak buat apa?"

"You ada job hari ni kat kemaman. You sepatutnya dah sampai sana petang tadi tau," ujar Rafiq memperingatinya.

Melysa menepuk dahinya. Disebabkan kes khalwatnya masih tersebar luas dia hampir terlupa akan perkejaannya. Tanpa membuang masa dia terus beredar dari kafe itu.

Rafiq tersenyum penuh makna. Dia berharap Melysa gembira di sana. Dia melangkah membontoti Melysa. Sebagai pembantu peribadi merangkap pengurus Melysa, dia akan menguruskan segala keperluan gadis itu. 

Melysa melangkah masuk ke dalam kereta. Dia mula memicitkan kepalanya yang terasa sakit.

"Kenapa Mel?"

"Kepala I peninglah," ujar Melysa perlahan menahan sakit.

Rafiq tersenyum sendirian. "I ada ubat," ujar Rafiq lalu mengeluarkan pil panadol dari poketnya dan dihulurkan kepada Melysa.

Tanpa banyak soal dia mengambil ubat itu lalu menelannya. Namun, kesakitan yang dirasai tidak berkurang malah bertambah sakit. Dia membetulkan kedudukan kerusi kereta agar selesa untuk dia tidur seketika dalam perjalana menuju ke Skyview Hotel di kemaman. Seingatnya itulah tempat dia bakal tinggal sementara kerja di sana selesai.

"You, okey tak?" soal Rafiq lalu mengelus lembut pipi Melysa yang putih gebu itu.

Melysa hanya membiarkan Rafiq membelai pipinya. Dia mula berasa tenang dengan layanan Rafiq ketika ini. Telefon bimbit Melysa berbunyi mengejutkan Melysa yang hampir terlena.

Dengan perlahan dia menjawab panggilan daripada Aril. "I perlukan penjelasan!" kedengaran suara Aril yang marah dihujung talian. 

Jantung Melysa berdegup kencang mendengarnya. "You ada kat mana?"

"I on the way dari Johor. Sekarang I dah sampai Kuantan."

Melysa melihat jam pada tangannya. "Dua jam lagi you sampai kemaman ke?"

"InsyaAllah kalau jalan tak sibuk. Kenapa?"

Melysa masih lagi memicit kepalanya. Suara Aril semakin sayup kedengaran "Jumpa I kat Skyview Hotel Kemaman. I ada kerja kat sana. Nanti you datang je bilik I."

"Okey."

Melysa mematikan talian telefon. Perasaaan semakin gelisah apabila Aril ingin bertemu dengannya. Dia menoleh ke arah Rafiq. "Aril nak jumpa I."

"You relax aje. Bila you jumpa dia nanti, you explain lah elok-elok," ujar Rafiq sambil mengusap lembut pipi Melysa.

Melysa menarik nafas perlahan cuba menenangkan fikirannya. "Ubat apa you bagi tadi?" soalnya sambil memicit kepalanya yang semakin pening. "Kepala I makin sakit lah."

"Ubat sakit kepala lah," kata Rafiq sambil tersenyum sinis. "You tidurlah dulu. Bila dah sampai nanti I kejutkan."

Melysa mendengar arahan Rafiq. Dia memejamkan matanya. Dia terlena seketika. Namun dia merasakan sesuatu yang aneh di dalam dirinya. Rafiq tidak pula mengejutkannya daripada tidur malah memapahnya masuk ke dalam lif. 

Kegusaran Melysa semakin bertambah apabila dia tidak melihat orang lain di situ. Kebiasaannya ada jurusolek dan beberapa orang lain setiap kali sesi pengambaran diadakan. Kepala yang terasa sakit mempengaruhinya supaya berhenti berfikir. Sebaik sahaja tiba di hadapan bilik dia mula hanyut dalam dunianya yang tersendiri. 

Rafiq membaringkan Melysa diatas katil. Dia melihat gadis itu dengan senyuman yang begitu manis. Sudah lama dia menaruh hati terhadap gadis itu tetapi hanya Aril yang dicintai oleh Melysa. Rafiq tidak dapat mengawal dirinya lagi. Peluang yang ada digunakan sebaik mungkin untuk memiliki gadis yang disayanginya itu. 

Melysa mula merasai sesuatu yang pelik. Dia gagal mengawal dirinya. Belaian lembut daripada Rafiq amat menyenangkan hatinya. Dia hanya mampu membiarkan Rafiq melayaninya dengannya penuh kelembutan. Melysa merasakan sesuatu yang tidak dijangkakan. Dia terasa terlalu ingin dibelai dan 0ingin dimanjai. Entah kenapa perasaan itu mula menguasai dirinya sejak dia mengambil ubat yang diberi oleh Rafiq.

Rafiq menangalkan pakaiannya. Dia mendekati Melysa lalu mencium dahi gadis itu. Walaupun Melysa cuba menepisnya. "I love you, Mel."

Melysa hanya mampu mendengarnya. Walaupun berkali-kali dia berusaha menepis tangan Rafiq dari membelai tubuhnya. Namun, usahanya hanya sia-sia. Dia tidak berdaya lagi. Akhirnya dia tenggelam dalam kesedihan.

Sebaik sahaja tersedar daripada lena dia melihat Aril berdiri dihadapannya. Kepalanya pening. Matanya kabur. Wajah Aril kelihatan marah. Dia keliru. Apa yang telah berlaku dia sendiri tidak mengerti.

"Aril." Melysa memanggil Aril dengan lemah. Dia ingin menjelaskan tetapi tidak berdaya apabila penampar singah di pipinya. Dia terkejut.

"It's over, Mel?"

Melysa cuba bangkit untuk mengejar Aril. Namun pandangan matanya mula berpinar. Dia pitam. 

Ponnnnnn!!!!!!

Lamunan Melysa dikejutkan dengan bunyi hon daripada beberapa buah kereta. Melysa terkejut melihat sebuah lori dihadapannya. Dia segera memulas stereng ke arah kiri. Keretanya hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu isyarat. 

"Argggghhhh!!!!" Jerit Melysa dengan sekuat hati sebelum melanggar tiang lampu isyarat.

Melysa terkulai lemah. Cecair merah mengalir dipipinya. Akhirnya dia tenggelama dalam kesakitan yang teramat sangat. Hanya wajah Aril yang terbayang diruangan matanya saat ini.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu