Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Takdir Cinta Kita
Andayu
5/12/2021 16:48:33
27,366
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

"Penipu!" kata Melysa dengan marah.

Ryan kebingungan. "Wait a minute. I penipu?" soal Ryan hairan apabila mendengar Melysa berkata begitu. "What do you mean?"

"You jangan nak pura-pura tak tahulah, Ryan!"

"I memang tak faham apa yang you cakap."

"I maksudkan maklumat yang you bagi kat I tu tipu kan?"

"Pasal Arra tu?"

"Yes."

"Apa yang I tipu?"

"Aril sendiri cakap yang Arra tu isteri dia yang sah."

Ryan ketawa.

Hati Melysa sakit mendengarnya. "You jangan ketawakan I boleh tak?!"

"You memang bodohlah Mel," kata Ryan sambil ketawa. "You percaya bulat-bulat apa yang Aril cakap?"

"You ketawa ni apasal?"

"Geli hati. Arra tu single lagi tau. Dia masih lagi student. I dah bagi semua maklumat tentang dia dekat you."

"Really?" soal Melysa seakan tidak mempercayai apa yang didengarinya. 

"You tak baca info yang I dah bagi tu?"

"Tak. I dengar apa yang you cakap aje. Then I terus pergi jumpa Aril."

"You tak tengok kenapa. Itu silap you sendiri. I dah bagi semua info yang you nak. Tapi you sendiri tak baca."

Melysa terduduk mendengarnya. Aril tipu. Arra buka isteri dia. So siapa perempuan tu pada dia? Bisik hati kecilnya.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Mel," panggil Datin Naziah.

Melysa menoleh ke arah pintu biliknya. "Ryan I nak you terus perhatikan Arra. Berapa lama dia berada kat rumah Aril?"

"I rasa sementara aje. Sebab dia masih lagi student. Sekarang ni dia tengah cuti sem," jelas Ryan.

"Mel! Mummy nak masuk boleh?" 

Hish... Mummy nak apa pulak ni, omel Melysa di dalam hati.

"Ryan I will call you back," kata Melysa lalu mematikan talian.

Melysa mencapai beg tangannya. Pintu biliknya dibuka. Wajah ibunya jelas kelihatan dihadapan muka pintu. Dia melemparkan senyuman kepada Datin Naziah.

"Ada apa mummy?"

"Mel nak ke mana?" soal Datin Naziah setelah melihat Melysa memegang beg tangannya.

"Mel nak keluar. Kenapa mummy?"

"Nak pergi mana?" Dato' Yusri mula bersuara. Wajah Melysa dipandang.

"Mel ada kerja sikit. Kenapa daddy?"

"Kerja apa? Rafiq bagi tau Mel ada kerja selepas majlia perkahwinan selesai." 

"Bila Rafiq bagi tau daddy?"

"Baru aje. Dia ada kat bawah tunggu Mel. Nak keluar dengan Rafiq ke?" kata Dato' Yusri sambil tersenyum. Dia mencuit pipi anak gadisnya itu. "Daddy tak marah pun if Mel nak keluar dengan rafiq."

Melysa terkejut mendengarnya. "Rafiq ada kat bawah?"

"Ya," ujar Dato' Yusri sambil menganggukkan kepalanya.

Datin Naziah memandang wajah suaminya. "Betul ke? Tadi saya tak nampak pulak dia?"

"Naz dah ada kat sini masa Rafiq sampai." kata Dato' Yusri lalu memandang wajah Melysa yang kelihatan gelisah ketika ini. "Apa tunggu lagi Mel. Pergilah kesian dekat bakal suami tunggu lama-lama."

"A'aa tu Mel. Mummy turun dululah. Ingat Mel free. Mummy nak kenalkan dengan kawan-kawan mummy. Tapi Takpalah," kata Datin Naziah lalu melangkah menuruni anak tangga.

"Mel tunggu apa lagi?"

Melysa tersenyum pahit. "Tapi Mel tak cakap nak keluar dengan Rafiq pun," kata Melysa perlahan.

Dato' Yusri mendekati Melysa lalu membisikkan sesuatu. "Keluar dengan Rafiq atau Mel keluar daripada rumah ni?!" katanya lalu melangkah meninggalkan Melysa.

Melysa terkedu. Langkah kakinya longlai. Dia melihat Rafiq sedang menunggunya di depan kereta. Tanpa membuang masa lelaki itu membukakan pintu untuknya. Melysa melangkah masuk ke dalam perut kereta. Air mata yang ditahan mula mengalir perlahan membasahi pipinya. Kini dia terpaksa akur dengan perintah ayahnya. 


RYAN mengintai di sebalik pagar rumah. Dia mengukirkan senyuman. Permintaan Melysa harus ditunaikan. Dia masih lagi mencari peluang untuk melaksanakan. Semalam dia mendapat panggilan daripada Melysa. Dia masih mengingati kata-kata Melysa.

"I nak you hapuskan dia."

"You gila, Mel? I tak pernah bunuh orang lagi tau." kata Ryan terkejut mendengar arahan Melysa.

"I tak kisah you nak cakap apa sekalipun. Tapi I nak you singkirkan perempuan tu daripada hidup Aril!"

Ryan menggelengkan kepalanya. "If you nak bunuh dia jangan sesekali libatkan I."

"Hey Ryan. Jangan jadi bodohlah. Bukan you baik sangat sebelum ni?"

"Memang aku bukan orang baik. Tapi sejahat-jahat aku tak pernah cabut nyawa orang lagi." kata Ryan sambil menggelengkan kepalanya.

"I tak peduli. So apa yang kau boleh buat dengan perempuan tu?"

"I boleh buat apa saja. Tapi I tak nak bunuh dia. I boleh malukan dia?"

"Macam mana?"

Ryan tersenyum sendirian. Sapaan seseorang daripada belakang menyendarkannya daripada lamunan.

"Encik cari siapa?" soal Arra.

Ryan memusingkan badannya ke belakang. Dia melihat seorang gadis cantik berada di hadapannya. Kali pertama bertemu membuat hatinya terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh Arra.

Inilah Arra. Patutlah Mel cemburu. Cantik orangnya. Tak sama apabila dilihat dalan gambar, desis hati kecilnya.

"Encik!" panggil Arra sambil melambai-lambaikan tangannya dihadapan wajah lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Ryan tersenyum. "Maaf nak tumpang tanya sikit boleh?"

Arra melihat lelaki itu mencurigakan. "Nak tanya apa?" soal Arra sambil tersenyum. 

"Saya cari tukang kebun rumah ini. Dia ada tak?"

"Pok zaki?"

Ryan menganggukkan kepalanya. "Ya."

"Hari ni dia tak masuk kerja? Kenapa?"

"Owh. Saya ada hal nak jumpa dia. Tapi lupa rumah dia kat mana. Bila dia datang?"

"Esok. Pok Zaki kerja tiga hari seminggu aje. Ahad, isnin dan khamis."

Ryan hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. "Okey. Erm cik siapa?"

"Saya...."

Pon!!!

Ryan terkejut mendengar. Dia mula gelisah bimbang penipuannya diketahui oleh orang lain. "Esok saya datang lagi. Terima kasih," kata Ryan lalu melangkah meninggalkan Arra. 


PINTU ditolak kasar. Aril melonggarkan tali lehernya. Dia mengeluh. Dia geram dengan sikap Arra. Dia tertanya-tanya siapakah lelaki yang berbual dengan Arra di depan pagar rumahnya. Kepalanya sakit apabila memikirkan Arra. 

Aril melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Dia menyandarkan badannya. Tangannya memicit kepalanya yang terasa sakit. Dia bimbang jika Arra diapa-apakan. 

"Siapa lelaki tu? Siapa Hairi?" fikir Aril. 

Aril mengingati kembali saat dia pulang ke rumah satu jam yang lalu. Dari jauh dia melihat Arra sedang berbual dengan seorang lelaki. Wajahnya tidak jelas kelihatan kerana memakai topi. Sebaik sahaja tiba dihadapan pintu pagar dia menekan hon.

Aril ingin melihat siapakah lelaki itu. Sebelum sempat dia keluar daripada kereta. Dia melihat lelaki itu tergesa-gesa meninggalkan rumahnya. Aril melangkah keluar daripada kereta. Dia memanggil nama Arra.

"Arra."

Panggilan Aril tidak diendahkan. Dia melangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu pagar kecil. Keluhan kecil dilepaskan.

"Marahlah tu," kata Arra perlahan.

Aril memegang tangan Arra. "Kenapa tak bagi tau saya!" kata Aril dengan marah.

Arra terkejut mendengarnya. Wajah Aril jelas kelihatan marah ketika itu. "Saya keluar sekejap aje." kata Arra lalu menarik tangannya dengan perlahan. Dia melangkah meninggalkan Aril lalu masuk ke dalam rumah. 

Aril membontoti langkah Arra. "Tak kiralah sekejap atau lama. Tapi kenapa tak maklumkan kepada saya."

Arra meletakkan barang yang dibelinya diatas meja. "Saya balik dengan selamat kan? Apa yang awak nak risaukan sangat?" soal Arra pelik dengan sikap Aril.

"Hari ni memang selamat lagi. Esok, lusa belum tau lagi?"

Arra mendengus geram. "Saya tahulah jaga diri saya sendiri."

"Siapa lelaki tadi?"

"Entah?"

Aril mendengus marah. "Tak kenal. Kenapa layan?"

"Dia cari Pok Zaki," jelas Arra lalu mengeluarkan bahan-bahan masakan untuk membuat puding roti.

"Bila dia tanya perlu jawab ke?"

"Habis tu nak saya buat apa?" soal Arra lalu menjeling marah. 

Sibuk aje. Aku nak keluar pun susah, omel Arra di dalam hati.

"Arra tak kenal dia kan. Macam mana niat dia bukan cari Pok Zaki."

Arra mengerutkan dahinya. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Dia berhenti memotong roti. Dia tidak boleh fokus dengan kerjanya jika Aril membebel. Dia mencuci tangannya. Wajah Aril dipandang. 

"Cakap apa yang saya perlu buat?"

Aril merenung wajah Arra. "Jangan keluar rumah tanpa bagi tau saya?"

Arra tersenyum sinis. "Saya bukan isteri awak. Jadi saya tak perlu minta izin dengan awak," kata Arra lalu melangkah meninggalkan Aril.

Aril menarik tangan Arra dengan kuat. Tarikan Aril membawa Arra ke dalam pelukannya. "Saya perlu jadikan awak sebagai isteri saya dulu ke?" soal Aril lalu menyelak rambut Arra yang menutupi wajahnya ke belakang telinga. "Baru boleh bagi tau saya ke mana awak nak pergi?" sambungnya lagi.

Arra terkedu. Lidahnya menjadi kelu. Tubuh Aril ditolak perlahan. Telefon bimbit Arra berbunyi. Tanpa membuang masa Arra segera menjawabnya. "Hello. Waalaikumussalam Hairi," jawab Arra. Dia melangkah keluar daripada dapur meninggalkan Aril sendirian di situ.

"Aril!" panggil Naila.

Panggilan Naila menyedarkan Aril daripada lamunannya yang panjang. "Ya, Naila?"

"Dato' panggil. Dia minta Encik Aril ke biliknya."

"Okey. Thanks Naila," kata Aril lalu bangkit dari tempat duduknya. 


"ARRA free tak esok?" soal Hairi dihujung talian.

"Kenapa?" soal Arra. Dia menyandarkan badannya pada dinding rumah. Dia menarik nafas lega apabila dapat menghindarkan diri daripada Aril. 

"Saya nak ajak awak keluar?"

Arra mengeluh. "Untuk apa?"

"Jalan-jalan."

"Maaf. Saya kerja?"

"Arra kerja apa ea? Takkan takda cuti?"

Arra memejamkan matanya. Dia menarik nafas sebelum meneruskan perbualannya dengan Hairi. "Sejujurnya awak nak apa dari saya?" soal Arra. Dia tidak mahu lagi Hairi menghubunginya.

"Saya..."

"Arra bukan nak sakitkan hati Hairi. Tapi saya perlu berterus terang."

Jantung Hairi mula berdebar mendengarnya. Lidahnya kelu untuk bersuara. Dia tahu bakal kecewa. "Sebelum tu izinkan saya cakap sesuatu."

"Apa?" 

"First saya minta maaf. Saya tak tau bila perasaan tu muncul. Tapi saya ikhlas." kata Hairi perlahan.

"Saya minta maaf, Hairi. Saya mungkin sayang awak. Tapi rasa sayang tu tidak lebih daripada seorang sahabat."

"Saya tahu awak tak pernah suka kan saya."

"Tak, Hairi." kata Arra sambil menggelengkan kepalanya. "Saya tak pernah benci awak. Jangan disebabkan perasaan cinta merosakkan hubungan persahabatan kita."

Hairi mengeluh. Walaupun berat. Dia harus menerimanya dengan hati yang terbuka. "Saya takkan benci awak, Arra. Tapi saya akan terus sayang awak sampai bila-bila."

Arra meraup wajahnya. Keluhan kecil dilepaskan. "Jangan menaruh harapan terlalu tinggi, Hairi. Bila jatuh awak akan terasa sangat sakit. Jika kita ditakdirkan untuk bersama. Percayalah satu hari nanti cinta kita pasti akan bersatu," ujar Arra dengan lembut. 

"Tetapi jika saya bukan ditakdirkan untuk bersama dengan awak. Janganlah awak menyalahkan takdir. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan," kata Arra dengan panjang lebar.

"Arra," panggil Hairi perlahan.

"Saya minta maaf kalau kata-kata saya menyakiti hati awak. Saya tengah kerja. Assalamualaikum," kata Arra lalu mematikan talian.

Arra menarik nafas lega. Matanya terpejam rapat. Dia berharap Hairi tidak akan menaruh perasaan kepadanya lagi. Dia menyentuh dadanya. Entah mengapa dia berasa tenang dan bahagia apabila meluahkan perasaan itu kepada Hairi. 

Arra membuka matanya. Senyuman mula terukir diwajahnya. Dia seakan melihat wajah Aril dihadapannya ketika ini. Jantungnya mula berdegup laju saat lelaki itu memeluknya. Dia sendiri tidak mengerti apakah perasaan itu.

Arra menyentuh cuping telinganya. Dia tersenyum sendirian. "Saya perlu jadikan awak sebagai isteri saya dulu ke?" Pertanyan Aril mula bermain didalam benaknya. Dia tidak faham mengapa Aril berkata begitu.

"Dia suka aku ke?" 

Arra menggelengkan kepalanya. Dia memukul kepalanya dengan tangan secara perlahan. 

Hish!!! Aku fikir apa ni? Mustahil dia suka kat aku, detik hati Arra. Jangan perasanlah Arra. Kau ibarat bibik je. Jangan nak berangan jadi permaisuri, omelnya lagi di dalam hati.

Tanpa membuang masa Arra kembali ke dapur. Dia menyiapkan puding roti dengan segera. Kebetulan Maznah cuti hari ini. Dia bersyukur di dalam hati kerana tiada orang lain melihat dia berpelukan dengan Aril. Arra tidak mampu menepis perasaan aneh yang mula bersarang dalam hatinya. 

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu