Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Takdir Cinta Kita
Andayu
5/12/2021 16:48:33
20,184
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Usai menunaikan solat Subuh. Arra melipat telekung. Dia melangkah keluar daripada biliknya. Dari jauh dia bau sesuatu yang menyelerakan. Dia melihat susuk tubuh seseorang yang sedang memasak di dapur. Dia hanya mampu tersenyum melihat Datin Sri Aida memasak mee goreng.

Arra kagum dengan sikap Datin Sri Aida. Walaupun bekerjaya, dia tidak lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Setiap hujung minggu dia akan memasak buat ahli keluarganya. 

"Awal aunty bangun hari ni?"

Datin Sri Aida menoleh ke arah suara yang menengurnya. "Arra." Dia mematikan dapur gas. "Biasa aje. Selalu bangun awal nak pergi kerja. Hari ni kerja kat rumah," kata Datin Sri Aida sambil tersenyum.

Arra mengambil pinggan di atas rak. "Baguslah aunty ni."

"Huh? Apa yang bagus?" soal Datin Sri Aida setelah meletakkan semangkuk mee goreng yang telah dimasak di atas meja makan.

"Arra ingat orang yang pegang gelaran 'Datin' ni tak reti masuk dapur," kata Arra lalu meletakkan pinggan di atas meja. "Tapi...?"

"Bercakap tu biar berlapik sikit. Hati mama abang lembut macam tisu tau," ujar Aril menyampuk perbualan mereka dari belakang.

Arra mencebik. Dia memandang wajah Datin Sri Aida. "Arra tak habis cakap lagi Aril dah menyampuk."

Datin Sri Aida tersenyum lalu mengusap lembut bahu Arra. "Aunty tak terasa hati pun dengan apa yang Arra cakap tadi."

Arra lega mendengarnya. "Maafkan Arra, aunty," ujarnya lalu meminta diri ke dapur. Arra tidak mahu melihat wajah Aril. Peristiwa semalam masih segar dalam ingatannya.

Datin Sri Aida segera memegang tangan Arra. "Jangan ambil hati apa yang Aril cakap."

Arra tersenyum mendengarnya. "Aunty makan lah dulu. Arra ada kerja nak buat kat dapur."

"Marilah makan sekali."

Arra melihat wajah Aril. "Takpalah. Arra kenyang lagi," katanya perlahan. Arra sebolehnya tidak mahu makan ketika Aril berada di situ.

Datin Sri Aida menarik tangan Arra dan melangkah ke arah meja. "Duduk. Aunty tahu Arra tak makan lagi."

"Err..." sebelum sempat Arra bersuara terasa tangannya ditarik oleh seseorang.

Aril menarik tangan Arra. Gadis itu terus duduk apabila ditarik olehnya. Dia mencedok mee goreng lalu diberikan kepada Arra. "Manh-i meogda," ujar Aril dalam bahasa korea.

Arra hanya menjeling marah. "Gamsahabnida," kata Arra dengan nada geram.

Apa kau ingat aku tak faham bahasa apa kau cakap? Hati Arra berkata-kata.

"Makan ajelah Aril. Jangan sibuk nak mengusik Arra." kata Dato' Sri Zainuddin.

"A'aalah Aril ni. Kerja dia tak usik Arra memang tak sah."

Aril memandang wajah Arra. Gadis itu kelihatan comel dipagi hari. "Arra ni comel bila marah, mama. Sebab tu Aril suka usik dia." kata Aril sambil menikmati makanannya.

Arra hanya mengerling ke arah Aril disebelahnya.  Dia meluat dengan sikap Aril yang tak pernah berhenti menyakatnya. Sejak hari pertama mereka berkenalan lagi Aril dah mula mengusiknya.

"Aunty nak keluar tak, hari ni?" soal Arra sambil tersenyum.

"Tak. Kenapa Arra?"

"Arra ingat nak keluar sekejap."

"Nak pergi mana?" Aril mencelah.

Menyibuk aje dia. Macamlah aku nak ajak dia keluar, omel Arra di dalam hati. Dia menjeling marah.

"Aril ada kerja tak hari ni?" soal Datin Sri Aida.

"Takda. Kenapa ma?"

"Aril temankan Arra keluar?"

Arra terkejut mendengarnya. "Ermm... Arra rasa tak perlu kot?"

"Okey jugak cadangan mama tu. Boleh jalan-jalan cuci mata. Bukan selalu pun."

Dato' Sri Zainuddin bangkit dari tempat duduknya. "Hurm... yelah bukan selalu. Rasanya baru bulan lepas pergi Melaka bukan jalan-jalan ke?" katanya lalu meninggalkan meja makan.

Aril tersengih mendengarnya.

"Arra nak pergi mana?"

"Arra nak pergi ke bandar sekejap, aunty. Tapi Arra boleh aje pergi sendiri." kata Arra sambil menjeling marah kepada Aril.

"Aunty izinkan Arra keluar. Tapi Aril perlu temankan."

"Tapi Arra..."

"Aunty risau Arra keluar sorang-sorang. Arra kena ingat. Arra adalah tanggungjawab aunty," kata Datin Sri Aida sambil tersenyum. "Arra pergilah bersiap. Biar aunty kemaskan."

Arra tidak dapat membantah lagi. Akhirnya dia akur dengan arahan Datin Sri Aida. Dia berlalu meninggalkan meja makan walaupun dengan hati yang berat. Wajah Aril kelihatan ceria apabila bakal menemaninya keluar.


RAFIQ mengejar Melysa yang sudah jauh meninggalkannya di belakang. "Mel," panggilnya lalu memegang tangan tunangnya itu. 

Melysa ingin menarik kembali tangannya. Namun, genggam tangan Rafiq sangat kuat. Antara rela atau tidak dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya. Kini tinggal beberapa hari saja lagi mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan. 

Rafiq tersenyum. Alhamdulillah kini gadis yang dicintai sudah berjaya dimilikinya. Dia bersyukur kerana Dato' Yusri sudi menerima dia sebagai menantu. Walaupun Melysa melayannya dengan kasar ketika ini. Namun, dia yakin Melysa akan menerimanya apabila mereka bergelar suami isteri nanti.

"You nak ajak I pergi mana?"

"Jalan-jalan cari barang hantaran kita."

Melysa memcebik. Dia langsung tak berminat apabila berbicara mengenai majlis perkahwinan mereka. "I nak baliklah."

"Mari I pilihkan you baju?" ujar Rafiq lalu menarik tangan Melysa masuk ke dalam sebuah kedai pakaian wanita. Dia melihat pelbagai pakaian yang cantik di dalam kedai itu. 

"Try lah dulu," pinta Rafiq setelah memiloh beberapa helai pakaian buat bakal isterinya.

Melysa mendengus marah. "Okey," katanya lalu ke bilik persalinan. 

Usai mencuba pakaian. Mereka keluar daripada kedai itu. Rafiq mengajak Melysa ke kedai emas dan permata di dalam Mesra Mall. Kedai Tomei Gold & Jewellery menjadi pilihannya. Rafiq memilih seutas rantai sebagai hadiah hantaran perkhawinan mereka nanti.

Melysa sedikit pun tidak peduli tentang pilihan Rafiq. Fikirannya hanya berharap Aril yang kini bersamanya. Dia kecewa kerana ayahnya tidak lagi mengizinkan dia menemui Aril. Cintanya buat Aril takkan pernah pudar walau apa pun yang telah berlaku diantara mereka saat ini.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu