Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 8

Aril merebahkan badannya di atas tilam. Badannya terasa amat letih setelah seharian memandu kereta. Perjalanannya ke Johor mengambil masa selama enam jam. Dia akan melawat tapak projek di Pasir Gudang pada keesokkan harinya. Dia segaja datang awal sehari. 

Aril memilih untuk menginap di Floral Hotel sementara kerjanya selesai. Dia tetap rancangan asalnya iaitu akan ke Melaka setelah urusan di sini selesai. 

Aril memejamkan matanya. Dia ingin melupakan apa yang berlaku sepanjang beberapa bulan ini. Bayangan Melysa mula menghantui fikirannya. Sejujurnya dia juga terluka dengan perpisahannya dengan Melysa. Walaupun sukar melelapkan mata dia akhirnya terlena jua bersama titisan mutiara jernih di tubir matanya.

Aril terkejut daripada lenanya apabila mendengar bunyi telefon bimbitnya. Tanpa melihat nama pemanggil terlebih dahulu dia terus menjawab panggilan itu.

"Hello, Assalamualaikum," ujar Aril dengan lemah. Matanya terasa amat berat untuk dibuka.

"Waalaikumussalam. Aril, tolong aunty." suara Datin Naziah kedengaran dihujung talian.

Matanya yang terasa mengantuk mula segar. Aril mengeluh kecil mendengar suara Datin Naziah dalam keadaan cemas. Dia yakin mesti ada sesuatu yang telah berlaku kepada Melysa. 

Aril bingkas bangun daripada pembaringannya. Dia melihat jam sudah pukul 5 pagi. "Kenapa aunty?"

"Aril boleh tolong datang hospital sekarang!"

"Hospital? Why?" Aril terkejut mendengarnya.

"Mel." kata Datin Naziah sambil menangis

"Kenapa dengan Mel?" 

"Mel excident. Dia ada kat hospital sekarang."

"Allahhuakhbar.... macam mana boleh jadi macam tu?" 

"Aunty tak tahu," ucap Datin Naziah sambil teresak-esak di hujung talian. "Aril datanglah sini tengok Mel."

Aril mengusap wajahnya. Dia turut terkejut mendengar berita itu. Dia tidak menyangka Melysa akan terlibat dalam kemalangan selepasa berjumpa dengannya semalam.

"Aril kesianlah dekat Mel."

Aril serba salah mendengarnya. Dia tidak mungkin pulang ke terengganu semata-mata ingin berjumpa dengan Melysa lagi. Cukuplah sekali dia abaikan kerjanya demi gadis itu. Kali ini gadis itu bukan lagi sebahagian daripada hidupnya. 

"Aril ada kat Johor sekarang ni aunty."

Datin Naziah menyandarkan badannya ke dinding. Dia tahu Aril terlalu kecewa dengan apa yang telah berlaku. "Aril tolonglah aunty. Melysa cuba nak bunuh diri." jelasnya bersama deraian air mata yang berguguran membasahi pipinya.

Aril mengucap panjang mendengarnya. "Kenapa Mel boleh bertindak begitu?" 

"Aril. Please datang jumpa Mel," rayu Datin Naziah. "Sekejap pun tak apa?" sambungnya lagi.

Aril memejamkan matanya. Dia buntu apa yang harus dia katakan. Melysa bukan lagi tunangnya. Dia tiada apa-apa ikatan lagi dengan gadis itu. Namun, dia tidak pernah menginginkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas Melysa. 

"Aril bukan tak nak tengok Mel, aunty. Saya ada urusan penting kat sini. Maaf saya tak boleh jumpa Mel sekarang." jelas Aril dengan perlahan. dia tidak mahu melukai hati wanita itu. Walaupun hubungannya dengan Melysa sudah berakhir tetapi dia tetap menghormati wanita itu sebagai seperti ibunya.

"Aril, maafkanlah mel. Dia betul-betul sayangkan Aril." ujar Datin Naziah perlahan. "Mel sakit. Sejak Aril putuskan pertunangan. Please Aril," rayunya lagi.

Aril mengeluh perlahan. "Saya akan jumpa dia bila saya dah selesaikan kerja di sini." ujar Aril sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. "Tapi saya tak janji. Maafkan saya, Aunty. Assalamualaikum." Aril mematikan talian.

Aril mengusap wajahnya. Melysa kemalangan.

Aril hanya mamlu mengeluh perlahan. Dia termenung seketika berfikir adakah dia harus pulang atau tidak. Dia terlena dengan seribu persoalan yang bermain difikirannya.

Alunan azan Subuh yang berkumandang dari telefon bimbitnya mengejutkannya daripada lena. Entah apa yang difikirkan sehingga dia tidak sedar tertidur kembali selepas bercakap dengan Datin Naziah.

Tanpa membuang masa dia membersihkan dirinya dan mengambil wuduk. Usai menunaikan solat subuh dia menunaikan solat istikharah bagi mendapatkan pertunjuk. 


ARRA menyusun makanan yang telah dimasaknya di atas meja makan. Kini sudah hampir sebulan dia kerja di rumah kediaman Dato' Sri Zainuddin dan Datin Sri Aida. Alhamdulillah dia selesa bekerja di sini walaupun hanya sebagai pembantu rumah. Dia tidak menyangka ibu saudara Ain berpangkat Dato' dan Datin. 

Arra amat menyenangi layanan mereka. Walaupun berpangkat tinggi dan berharta, namun mereka tidak lupa dengan budi bahasa. Arra dianggap seperti anak dan bukannya seperti pekerja. Kekadang Arra segan dengan layanan yang diberikan kepadanya. Arra melangkah ke dapur setelah selesai menghidangkan makanan. 

"Arra nak ke mana tu?" soal Datin Sri Aida.

Arra memusingkan badannya. "Nak ke dapur aunty?" ujar Arra dengan perlahan.

"Mari makan sekali dengan aunty."

"Eh, tak apalah. Aunty, uncle makan lah dulu," ujar Arra dengan lembut. 

"Marilah makan sekali. Tak payah malu-malu. Macam tak biasa pulak," kata Dato'  Sri Zainuddin pula. Setiap kali mereka berada di rumah. Arra pasti akan makan bersama mereka.

Arra tersenyum mendengarnya. Walaupun dia hanya pekerja di rumah itu. Namun, mereka tidak pernah bersikap sombong dengannya. Arra mengambil tempat duduknya di hadapan Datin Sri Aida. Wanita itu tak ubah seperti ibunya. Manakala Dato' Sri Zainuddin pula hampir sebaya dengan ayahnya.

"Makanlah." ujar Datin Sri Aida sambil tersenyum. 

Pertama kali berjumpa dengan Arra, dia sudah jatuh hati dengan kesopanan dan kelembutan gadis itu. Walaupun pada awalnya dia mengambil Arra bekerja hanya cadangan Ain. Namun, dia gembira dengan kehadiran Arra di dalam rumahnya.

"Sedapnya," puji Datin Sri Aida. "Pandai Arra masak."

"Lauk orang kampung aje. Kadang Arra bimbang aunty tak suka."

"Eh, betul. Memang sedap Arra masak. Boleh buka kedai makan ni," tambah Dato' Sri Zainuddin pula.

Arra tersipu malu mendengarnya. "Alhamduliah. Arra rasa gembira dengar aunty uncle suka dengan masakkan Arra."

"Kalau hari-hari makan macam ni boleh gemuk uncle," kata Dato' Sri Zainuddin sambil tersenyum.

"Arra masak time Cik Nah tak ada aje."

"Sebut pasal Cik Nah. Esok dia datang." 

Dato' Zainuddin hanya menganggukkan kepalanya. Dia menikmati makananya. "Aril ada call?"

"Tak ada pulak? Kenapa?"

"Saja tanya takut dia ada call. Kerja banyak kat ofis yang masih belum selesai tapi dia tak habis nak bercuti aje memanjang." Dato' Sri Zainuddin mengeluh kecil mengenangkan sikap anak lelaki tunggalnya itu.

Aril? Macam pernah dengar aje nama tu? Hati Arra berbicara.

"Anak-anak aunty memang tak tinggal dekat sini ke?" soal Arra perlahan. Dia sudah lama ingin bertanya tentang itu. Sejak dia bekerja di sini hanya mereka berempat sahaja yang berada di dalam rumah ini termasuk Cik Nah.

"Anak aunty yang sulung dah kahwin."

"Aaa... tinggal pulak jauh dekat US. Setahun sekali baru nak balik sampaikan cucu sendiri tak kenal atuk nenek dia." jelas Dato' Sri Zainuddin mengenangkan cucu-cucunya yang jarang bersua muka.

"Jauhnya. Kenapa dia tak stay kat Malaysia aje?"

"Nak buat macam mana dah jodoh dia dengan orang sana."

"Owh. Jadi dia kahwin dengan orang US ke?"

"Aaa, tapi alhamdulillah suami dia sanggup masuk islam semata-mata ingin mengahwini anak kami."

"Aunty, bersyukur sangat Allah permudahkan urusan mereka ingin mendirikan masjid. Keluarga pihak lelaki tidak pula membantah Yussuf nak masuk islam." kata Datin Sri Aida sambil tersenyum. Walaupun jauh disudut hatinya sangat berat mahu melepaskan anak gadisnya tinggal berjauhan daripadanya.

"Lagi?"

"Apa?" Dato' Sri Zainuddin tidak mengerti pertanyaan Arra.

Arra ketawa kecil. "Anak-anak yang lain?"

"Kami ada anak tiga orang saja. Anak nombor dua pergi Johor ada kerja kat sana. Esok lusa balik lah tu. Arisa masih belajar dengan UK."

"Aril tak ada jat Johor?" kata Dato' Sri  Zainuddin perlahan.

Datin Sri Aida terkejut mendengarnya. "Bukan abang cakap Aril ada kerja kat Johor ke?"

Dato' Sri Zainuddin menganggukkan kepalanya. "Dah setle dua minggu lepas lagi. Tadi baru saya cakap Aril pergi bercuti." Katanya lalu bangkit dari tempat duduknya.

"Bercuti kat mana?"

"Katanya nak ke Melaka," ujar Dato' Sri Zainuddin lalu melihat jam pada dinding rumah. "Saya nak ke atas dulu nak solat Zuhur. Petang nanti saya ada kerja sikit." sambung Dato' Sri Zainuddin lalu meninggalkan meja makan.

Datin Sri Aida hanya mampu menggelengkan kepala memikirkan anak lelakinya itu. Dia tahu Aril kecewa kerana majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung beberapa hari lagi telah dibatalkan. Dia memang tidak menyukai sikap Melysa. Namun, dia tetap menerima gadis itu kerana Aril sangat mencintainya.

Arra mengutip pinggan untuk dicuci. Dia hanya mendiamkan diri apabila melihat Datin Sri Aida mula mengelamun.

Datin Sri Aida merenung wajah Arra. Gadis itu sebaya dengan anaknya yang bongsu. "Kenapa Arra tanya pasal anak-anak aunty?"

"Saja nak tahu. Rugi rumah besar tapi tak ada orang. Aunty tak sunyi ke?"

"Rumah ni akan sentiasa ceria bila Arra tinggal kat sini."

"Eh, mana boleh. Arra kat sini sebulan aje lagi."

"Rindulah aunty dekat Arra nanti."

"Tak apa. Nanti Arra call selalu," ujar Arra sambil tersenyum.

"Jadi menantu auntylah. Aril pun bujang lagi," seloroh Datin Sri Aida.

Tersedak Arra mendengarnya. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. "Tak naklah. Arra study pun tak habis lagi. Takkan dah nak kahwin?"

"Aunty gurau ajelah." kata Datin Sri Aida sambil tersenyum. 

"Aunty dah siap makan?"

"Dah." ujar Datin Sri Aida lalu melangkah ke tingkat atas.

Tanpa membuang masa Arra segera mengemas meja makan. Lauk yang masih elok disimpan di dapur. Selalunya dia hanya perlu menghidangkan menu sarapan pagi dan makan malam sahaja. Pada waktu tengah hari hanya hari minggu sahaja.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu