Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Takdir Cinta Kita
Andayu
5/12/2021 16:48:33
34,554
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

Melysa berjalan mundar mandir. Fikirannya kusut. Setelah sedar daripada pengsan dia sudah berada di dalam biliknya. Dia berusaha cuba menghubungi Aril. Tetapi tidak berjaya. 

"Aku tak percaya Aril dah kahwin?" kata Melysa sambil memusingkan telefon bimbitnya. 

"Ryan!" 

Melysa teringatkan sesuatu. Tanpa membuang masa nombor telefon Ryan didail. Selang beberapa saat dia mendengar suara Ryan dihujung talian.

"Hello, I ada job untuk you."

"No problem. Janji masyuk," kata Ryan dihujung talian sambil ketawa. "Job apa?"

"Kau kenal Aril kan?"

"Bukan dia tunang kau ke?"

"Yes. Aku nak kau siasat perempuan bernama Arra. Betul ke perempuan tu isteri dia?"

"Isteri?" soal Ryan hairan. Setahunya Melysa bakal berkahwin dengan Aril.

"Siasat ajelah. Jangan banyak tanya."

"Okey. Bagi I masa satu minggu semua kerja pasti setel."

"Seminggu?" terkejut Melysa mendengar tempoh masa yang diberikan oleh Ryan.

"Kenapa?"

"Aku nak kau dapatkan maklumat yang aku nak ni secepat mungkin. Seminggu terlalu lama."

"Relaks lah Mel. Bukan senang tau."

"I don't care. Buat ajelah!" kata Melysa lalu mematikan talian. Dia melabuhkan punggungnya diatas tilam.

Kata-kata Arra tempoh hari masih terngiang-ngiang di telinganya. 'He is my husband!'

Dia tidak mempercayai kata-kata itu selagu Aril tidak memberitahunya sendiri. Tidak mungkin anak Dato' Sri Zainuddin berkahwin tanpa mengadakan majlis. Mengikut perancangan majlis perkahwinannya dengan Aril bakal dilangsungkan di dalam hotel. Kini impiannya hanya tinggal angan-angan sahaja.


ARRA melangkah keluar apabila mendengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Dia tersenyum melihat Datin Sri Aida melangkah keluar daripada kereta.

"Awal aunty balik hari ni?" soal Arra apabila melihat jam menunjukkan pukul 2.00 petang.

"Baru je habis meeting. Malaslah nak balik butik,"  jelas Datin Sri Aida lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Owh, Arra ambilkan air buat aunty ya," ujar Arra lalu melangkah ke dapur. Dia kembali ke ruang tamu semula dengan membawa segelas air oren.

"Terima kasih, Arra."

"Sama-sama," balas Arra.

"Assalamualaikum," Aril memberi salam.

"Waalaikumusaalam," jawab Datin Sri Aida dan Arra serentak.

Arra menjeling apabila melihat Aril.

"Mana kereta?"

"Ada kat ofis. Nak ambil barang tertinggal kejap," jelas Aril. Dia mendekati Arra lalu menghulurkan Sebungkus coklat cadbury.

Arra tidak mengambil coklat yang diberikan oleh Arril. "Arra minta diri dulu," ujarnya lalu meninggalkan ruang tamu.

Datin Sri Aida hairan dengan sikap dingin Arra terhadap Aril. "Kenapa dengan Arra?"

Soalan Datin Sri Aida berlalu tanpa jawapan. Aril mengejar Arra sehingga ke dapur. Datin Sri Aida hanya mampu menggelengkan kepalanya. Sikap Arra berubah sejak Aril menemaninya keluar dua hari yang lalu. 

Rumahnya juga mula terasa sunyi tanpa usikan Arra dan Aril lagi. Arra seolah-olah berusaha menjauhkan diri daripada Aril. Sikap dingin itu mula dihidu olehnya. Tetapi Aril tidak pula memberitahu apa yang telah berlaku di antara mereka.


ARIL membuka pintu peti ais. Dia mengambil susu lalu menuangnya ke dalam gelas. Dia melihat Arra sibuk menyusun pinggan di atas rak. Dia menghampiri gadis itu.

Arra melangkah menjauhi Aril. Sudah dua hari dia menyepikan dirinya. Sikap Aril yang hanya mendiamkan diri ketika dia dimarahi oleh Melysa menyebabkan hatinya terasa sakit.

Aril memegang tangan Arra. "Maaf." kata Aril sepatah.

Arra menarik tangannya perlahan. "Maaf untuk apa?"

Aril meletakkan gelas di atas meja. Dia memegang bahu Arra. "Arra masih marahkan abang Aril?"

Arra memeluk tubuhnya. Dia hanya mampu menggelengkan kepala. "Maaf? Marah?" kata Arra perlahan. Dia memandang wajah Aril. "Rasanya tak ada apa yang perlu kita cakapkan," ujar Arra lalu melangkah menuju ke biliknya.

Aril dengan pantas memintas Arra. Kini dia berada di hadapan gadis itu. "Ada!" kata Aril lagi. "Abang Aril minta maaf kalau apa yang berlaku hari tu buat Arra sakit."

"Tak payah nak bahasakan diri tu abang? Awak bukan abang saya," ujar Arra dengan nada marah. Cara Aril bercakap dengannya, kekadang menyebabkan dia tersasul memanggil lelaki itu dengan panggilan abang.

"Okey. Ikut suka hati Arra nak panggil abang ni apa?" kata Aril lagi. "Tapi janganlah layan Aril macam ni?"

"Macam apa?" soal Arra sambil merenung tajam mata Aril. 

Cantiknya mata dia. Eh, baru aku perasanlah anak mata dia bukan warna hitam tapi warna coklat, hati Arra berbicara.

Arra membetulkan kedudukannya. Dia menjarakkan sedikit badannya dengan Aril. Entah mengapa jantungnya mula berdegup kencang ketika ini. Dia marah dengan sikap Aril apabila tidak mempertahankan dirinya daripada dimarahi Melysa.

Aril mencuit bahu Arra. Sudah tidurnya tidak lena apabila memikirkan Arra bersikap dingin dengannya. "Aril bukan tak nak bela Arra? Tapi...?"

"Pengecut."

"What?"

Arra melihat wajah Aril. "Arra orang luar. Tak kenal siapa Melysa," kata Arra. Dia menelan air liur sebelum meneruskan ucapannya. "Tapi saya dituduh perampas tunang orang!"

"Arra... please let me explain to you."

"No!" kata Arra sambil menggelengkan kepalanya. "Awak berdiri macam patung. Senyap aje," kata Arra sambil berjalan mundar mandir dihadapan Aril.

"Memang saya yang halang awak tampar dia. Tapi saya tak minta awak berdiam diri. Seolah-olah saya memang orang ketiga dalam percintaan korang."

"Kami dah lama putus tunang Arra," jelas Aril.

"First pipi saya sakit. Kedua hati saya sakit bila awak tak mampu nak pertahankan maruah saya yang dipijak-pijak oleh dia!" kata Arra sambil menunding jari ke arah dadanya.

"Saya perlu pertahankan diri saya sendiri daripada malu. Awak tak fikir ke apa pandangan orang sekeliling yang melihat pertengkaran kira hari tu? Apa agaknya mereka fikir tentang diri saya?" kata Arra dengan sebak. Begitu banyak mata memandang ke arah mereka ketika Melysa menampar dan menuduhnya perampas bakal suami orang.

"Arra... abang minta maaf." 

"Orang takkan mengata Melysa. Tapi orang akan mengata saya?!" sambung Arra lagi.

Aril memegang tangan Arra. "Arra cakaplah apa yang perlu abang buat untuk dapatkan kemaafan Arra. Pukullah abang jika itu memberi kepuasan pada Arra." ujar Aril sambil memegang tangan Arra dan memukul pipinya.

Arra menarik kasar tangannya. "Arra tak tahu apa punca korang putus tunang? Tapi baikilah hubungan jika masih ada rasa cinta dan sayang dalam hati," kata Arra lalu melangkah masuk ke dalam bilik.

"Arra." Aril mengetuk pintu bilik Arra berkali-kali. "Arra, I am really sorry."

Arra mengunci pintu biliknya daripada dalam. Panggilan Aril tidak dihiraukan. Selepas pertengkarannya dengan Melysa. Aril hanya diam seribu bahasa. Suasana yang gembira bertukar menjadi sepi. Setelah makan mereka pulang ke rumah. 


SAMPUL surat yang dihulurkan oleh Ryan disambut Melysa. Tanpa membuang masa dia segera membuka sampul surat itu. Dia tersenyum melihat isi kandungannya.

Beberapa keping foto Arra dilihatnya. Gadis itu a ubah seperti orang kampung. Dari segi pemakaian kelihatan agak selekeh. 

"Upah aku mana?"

"Sabarlah," kata Melysa lalu mengambil sampul surat berisi wang dari dalam beg tangannya.

Betul tekaan aku perempuan tu penipu! kata hati kecil Melysa.

"Perempuan yang kau suruh aku siasat tu hanya pembantu rumah aje."

"Confirm ke ni?" soal Melysa menginginkan kepastian.

"Ya. Kau ingat maklumat yang aku dapat ni tipu ke?"

"Nah habuan kau," kata Melysa lalu menghulurkan sampul surat berisi wang kepada Ryan.

Ryan mengambil wang itu lalu menciumnya. "Call me anytime if you need me."

"Okey," balas Melysa lalu memandu keretanya meninggalkan Ryan.

Melysa menghentak tangannya pada stereng. "Tak guna perempuan. Berani kau tipu aku!" 

Telefon bimbit dicapai. Nombor telefon Aril ditekan. Namun, panggilannya disambung kepada peti pesanan suara. Dia mematikan talian. Keretanya dipecut laju membelah jalan raya. Sebaik sahaja tiba di hadapan pejabat Aril. Dia melangkah keluar daripada keretanya. 

"Hai, Naila. I nak jumpa Aril," kata Melysa lalu melangkah menuju ke bilik Aril.

"Cik Melysa!" panggil Naila. Dia hanya mampua mengeluh kerana tidak dapat menghalang Melysa daripada menemui Aril.

Daun pintu bilik Aril ditolak. "Aril!" panggil Melysa  dengan nada marah.

"Cik Melysa!" panggil Naila lalu menarik tangan gadis itu agar meninggalkan bilik Aril.

"Lepaslah!" Melysa menarik tangannya kembali. Tanggannya  terasa ringan lalu ingin menampar Naila.

Aril terkejut dengan kehadiran Melysa ketika itu. Keluhan kecil dilepaskan. 

"Mel!" jerit Aril dengan marah.

Melysa mendengus geram. Tangannya diturnkan semula. Wajah Aril dipandang. "We need to talk. Right now!

"Maaf Encik Aril," kata Naila sambil tersenyum pahit.

"It's okay Naila. You can go now."

"Okey," balas Naila lalu melangkah meninggalkan ruangan pejabat Aril dan kembali ke tempat duduknya.

Aril memandang wajah Safwan. "Next time kita jumpa lagi."

Safwan bangkit dari tempat duduknya. "Okey," balasnya lalu memeluk tubuh Aril dan membisikkan sesuatu.  "Ribut taufan bakal melanda ke?"

Aril meleraikan pelukan. Wajah Melysa dipandang sekilas. "Free nanti call lah," kata Aril setelah sahabatnya Safwan menghampiri pintu keluar daripada pejabatnya.

Melysa merenung tajam ke arah Aril. Sebaik sahaja Safwan meninggalkan mereka. Melysa menghampiri Aril lalu memeluk tubuh lelaki itu. 

"I miss you," kata Melysa dengan sedih.

Aril terkejut dengan tindakan Melysa lalu menolak tubuh gadis itu. "You nak apa lagi?!"

Melysa gagal mengimbangi badannya setelah ditolak oleh Aril. Dia jatuh diatas lantai. "Sampai hati you buat I macam ni?"

Aril mengusap kepalanya. "Kan I dah bagi tau. Our relationship is over. Didn't you understand?" katanya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Yes!" kata Melysa dengan lantang. Dia bangkit dari tempatnya jatuh lalu memegang tangan Aril. "Please. Bagilah I satu peluang lagi untuk perbaiki hubungan kita."

Aril menarik kasar tangannya. Dia menggelengkan kepalanya. "I takda masa nak layan you. Better you baliklah."

"Perempuan tu bukan isteri you kan?"

Aril agak terkejut Melysa menyoal tentang Arra. "You sendiri dengar pengakuan isteri I. So kenapa you nak persoalkan lagi?"

"I tahu dia tipu. You saja upah dia untuk sakitkan hati I kan?" 

Aril tersenyum sinis. "Buat apa I nak sakitkan hati you?" ujar Aril lalu bangkit dari tempat duduknya.

"Aril I masih sayangkan you. Please forgive me. Kita mulakan hidup baru bersama," kata Melysa lalu meraih tangan Aril.

Aril menarik tangan Melysa menghampiri pintu. "Balik lah. Terimalah kenyataan kita tak ada jodoh. Please jangan kacau I lagi. Hati I bukan milik you lagi, Mel."

"Habis tu milik siapa?" soal Melysa. "Milik perempuan penipu tu! Dasar perampas!"

Pang!!!

Melysa terkedu apabila satu tamparan singgah dipipinya. Air mata yang ditahan mula mengalir. Pipi yang terasa sakit tak mampu menandingi kesakitan di dalam hatinya.

"Watch your mouth!" kata Aril dengan tegas. "Arra is my wife. Believe it or not it's up to you."

Melysa tidak mempercayai kata-kata Aril. Gambar yang diperolehi daripada Ryan dilemparkan ke wajah Aril. "Ini apa?" 

Aril mengutip gambar yang lemparkan oleh Melysa di atas lantai. Dia terkejut melihat di dalam gambar itu adalah Arra ketika bekerja di rumahnya. 

"Apa yang you cuba nak cakap dengan bagi I gambar-gambar ni?"

Melysa memeluk tubuhnya sambil tersengih. "Tak cukup ke bukti yang mengatakan dia bukan isteri you. Tapi hanya pembantu rumah aje."

Aril ketawa kecil sambil melihat foto yang diberikan oleh Melysa. Walaupun ada rasa terkejut mengetahui Melysa memiliki gambar Arra. Kini dia tahu Melysa sudah menyiasat latar belakang Arra.

"Cantik kan my wife?" soal Aril sambil menunjukkan sekeping foto Arra yang memakai apron. "Inilah calon isteri solehah. Masa ni if you nak tahu dia baru siapkan lunch untuk I," bohong Aril bagi menyembunyikan kegusaran di dalam hatinya. 

Melysa diam.

"Takkan lah disebabkan dia pakai apron you rasa dia pembantu rumah? Bibik? Mama I pun masuk dapur masak untuk keluarga. Takkan dia pun you akan cakap bibik jugak?" tambah Aril lagi. 

Aril berfikir inilah cara terbaik baginya. Arra yang mulakan pembohongan dan kini dia meneruskan pembohongan itu agar Melysa tidak akan mengganggu hidupnya lagi. "Seorang isteri mestilah pandai menguruskan makan minum suaminya. You mampu ke buat semua ni untuk I?" soal Aril kepada Melysa.

"Mestilah!"

"Tipu! You kan busy dengan kerja." 

Melysa mendengus geram. "Walaupun I dah jadi isteri you. Tak bermakna I perlu berhenti kerja kan?"

"Perlu. Sebab tu I pilih Arra daripada you."

"What?"

"Arra isteri I yang sah!" kata Aril dengan tegas. "Mulai hari ini jangan ganggu I lagi. I doakan you bahagia dengan insan lain.

Lidah Melysa kelu untuk bersuara. Telinganya terasa panas mendengar kata-kata Aril. Hanya air mata yang mengalir membasahi pipinya. Kata-kata Aril bagaikan belati menghiris hatinya.

"You tipu kan!" kata Melysa lalu mencuba meraih tangan Aril.

Aril menepis tangan Melysa. "Cinta I hanya untuk isteri I, Arra."

Melysa terkedu.

Tak mungkin Ryan tipu aku! Betul ke Aril dah kahwin? Hati Melysa berkata-kata.

"Keluar sekarang sebelum I heret you."

"Fine! I akan pergi. Tapi I akan pastikan you takkan bahagia dengan dia! You akan menyesal Aril. I akan buat isteri you merana!" kata Melysa dengan marah lalu meninggalkan pejabat Aril bersama hati yang terluka.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu