Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Takdir Cinta Kita
Andayu
5/12/2021 16:48:33
27,354
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Hairi melihat Arra sendirian di taman. Peperiksaan akhir semester tiga telah bermula. Dia agak sibuk dengan ulangkaji pelajaran. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Arra setelah Ain yang menjawab panggilannya tempoh hari. Sejak itu, dia tidak lagi menghubungi dan menghantar mesej kepada gadis yang disukainya itu. 

Dia menghampiri Arra dengan perlahan-lahan. Dia berharap kehadirannya kali ini tidak mengganggu gadis itu. Dia tersenyum sendirian lalu menepuk bahu Arra. "Hai, lama tak jumpa," sapa Hairi lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Ain terkejut apabila di sapa oleh Hairi. Dia menoleh ke arah lain mencari di mana Arra. Dia telah berjanji dengan Arra untuk berjumpa di taman. Arra meminta diri untuk ke tandas terlebih dahulu setelah peperiksaan tamat untuk hari ini. 

Mimpi apa mamat ni tegur aku? Selalu Arra yang dicari, desis hati kecil Ain. 

"Arra, cuti semester nanti free tak?" soal Hairi apabila melihat Arra hanya membisu sejak ditegurnya. 

Kan aku dah kata, hati Ain berbicara lagi. Dia dah tak kenal mana Arra atau aku ke? Ain mula bengang apabila Hairi menyangka dirinya adalah Arra. 

"Arra, awak okey ke?" soal Hairi pelik dengan sikap Arra hanya diam. Wajahnya langsung tak dipandangnya. 

Rambut Ain yang panjang mengurai menutupi wajahnya. Sukar untuk dilihat oleh Hairi. Dia yakin dihadapannya adalah Arra. Dia sudah melihat Arra memakai blouse ini awal pagi tadi.

Ain menarik nafas panjang lalu menoleh ke arah Hairi. Riak wajah Hairi berubah secara tiba-tiba. Ain melemparkan senyuman kepada lelaki itu. Tanpa membuang masa dia segera mengemask buku-buku di atas meja. Keinginannya untuk mengulangkaji pelajaran ketika ini sudah tiada lagi.

"Ain?" ujar Hairi dengan rasa terkejut. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya mula kemerahan menahan malu. Dia tidak menyangka gadis yang disapanya itu adalah Ain dan bukannya Arra.

"Ya, saya Nur Ain Farhana dan bukan...," sebelum sempat Ain menghabiskan ayatnya. Arra datang menyapanya.

"Ain, jomlah balik hostel," ucap Arra lalu mengikat rambutnya dengan kemas. Dia tertinggal pengikat rambut itu di atas meja ketika pergi ke tandas tadi.

Hairi masih lagi dalam keadaan bingung ketika itu. Rupanya Ain dan Arra memakai baju yang sama. Kebetulan pulak rambut mereka juga sama panjang. 

"Eh, Hairi. Buat apa kat sini?" soal Arra apabila menyedari Hairi berada di hadapannya.

"Errrr....," Hairi tergagap-gagap pula.

Ain ketawa kecil. Dia tahu Hairi malu kerana telah tersilap menegurnya tadi. "Jom balik hostel," balas Ain lalu menggalas begnya. "Bye Hairi," ujar Ain sambil melambaikan tangan pada Hairi.

Arra kehairanan melihat Ain. Dia tidak kisah jika Hairi menegur Ain. Itu yang dia mahukan. Apa yang terbaik buat Ain itulah yang terbaik buatnya. Dia hanya ingin sahabatnya gembira. Tidak mungkin dia menyambut huluran kasih Hairi sekiranya hati Ain terluka.


HAIRI hanya mampu memandang dua orang gadis itu berlalu pergi. Dia meraup wajahnya. Perasaan malu masih tersisa di dalam hatinya. Arrggghhhh!!! Hatinya menjerit.

"Apalah aku nak cakap bila jumpa Ain lagi nanti," ujar Hairi perlahan.

"Hoi, kat sini pun kau," sapa Amir sambil menepuk bahu sahabatnya itu. 

"Puas aku cari kau. Nah air yang kau nak tadi," ujar Amir lalu menghulurkan sebotol air mineral kepada Hairi.

Hairi mengambil air mineral dari tangan Amir lalu membuka dan meneguk air itu sehingga tinggal separuh botol sahaja lagi. Amir yang melihatnya mula berasa hairan. Hairi hanya bersikap begitu ketika menghadapi masalah. Dia yakin pasti ada sesuatu yang mengganggu Hairi sehingga dia bertindak begitu.

"Kau ni dah kenapa?" soal Amir dengan hairan.

"Ain?"

"Ain?" Amir pelik kenapa nama Ain yang disebut oleh Hairi. Selalunya Arra yang diimpikan. Amir menampar pipi Hairi.

"Auch! Sakitlah!" ujar Hairi sambil menggosok pipinya yang terasa sakit. 

"Aku ingat kau bermimpi di siang hari," usik Amir sambil ketawa kecil.

"Ya, memang aku bermimpi di siang hari. Terima kasih kerana sedarkan aku," balas Hairi lalu menggosok kepalanya berkali-kali sehingga rambutnya yang tersisir kemas mula menjadi kusut.

Amir menggelengkan kepalanya. Walaupun dia tidak tahu apa yang merasuk sahabatnya itu. Dia mengucap panjang di dalam hati. "Ya, Allah. Kau ni kenapa, Hairi?" soal Amir perlahan. "Ceritalah kat aku," pinta Amir dengan perlahan.

Hairi bangkit dari tempat duduknya. "Jomlah balik hostel. Nanti aku ceritakan. Malu wehhhh...." ujar Hairi lalu melangkah meninggalkan Amir yang penuh dengan pertanyaan.

"Woi... tunggulah aku," ujar Amir lalu berlari mendapatkan Hairi.

"Malu aku dengan Ain, Mir?" Hairi mula bercerita.

Amir setia menjadi pendengarnya. "Kau nak malu kenapa?" soal Amir masih lagi tidak faham kenapa Hairi berasa malu dengan Ain.

"Aku ingat Arra tadi? So aku tegurlah," Hairi mula mengingati kembali saat dia menegur Ain dari belakang yang disangka adalah Arra. "Tapi bila dia tengok aku, rupanya Ain dan bukannya Arra." jelas Hairi.

Akhirnya barulah Amir mengerti kenapa sahabatnya menjadi tidak keruan. "Takkan kau tak kenal yang mana satu Arra atau Ain?" soal Amir pula.

Hairi berhenti melangkah. Dia memandang wajah Amir. "Inilah masalahnya. Mereka pakai baju sama," terang Hairi lalu meraup wajahnya. "Kalau dilihat dari arah belakang tu nampak serupa aje mereka dua orang. Itu yang aku boleh tersilap tadi," sambungnya lagi.

Amir tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. "Owh... jadi kau tak taulah yang dia orang pakai baju sama tadi?"

"A'aa... kenapa? Kau tahu ke?" 

Amir hanya menganggukkan kepalanya. Dia terus melangkah kembali menuju ke hostel. "Jomlah balik hostel. Dah nak masuk waktu asar ni?" ujar Amir setelah melihat jam pada tangannya.

Hairi hanya menurut sahaja. "Jadi akulah yang tak perasan pasal Ain dan Arra memakai baju yang sama."

"Mungkin. Tapi awal-awal lagi aku dah perasan pasal baju tu. Aku dah terserempak dengan Ain dekat kafe pagi tadi dengan Arra. Kadang dah macam kembar pulak bila tengok mereka berpakaian sama." jelas Amir sambil tersenyum. Dia menggosok belakang Hairi. 

"Kau relaxlah. Ain tu okey aje. Tapi...,"

"Tapi apa?"

"Hati dia kecewalah," ujar Amir bersama keluhan kecil. 

"Kecewa? Sebab?" soal Hairi tidak faham apa maksud kata-kata Amir.

Hairi tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Amir. Dia meminta Amir menjelaskan apa yang tersirat di dalam hatinya. Dia tidak mahu lagi tertanya-tanya. Walaupun apa yang bakal didengarnya menyakitkan. Dia rela.

Amir meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya. Dia memberitahu tentang perasaan Ain terhadap Hairi. Perkara itu menyebabkan Hairi terkejut. Tidak pernah terlintas di dalam fikirannya tentang Ain. Walaupun dia mula mengenali Ain terlebih dahulu sebelum dia berkawan dengan Arra. 

Ain? Suka kan aku? Detik hati kecil Hairi. Dia mengeluh berat. Pening kepalanya apabila mengetahui ada seorang gadis yang menyukainya dalam diam. 

Perjalanan pulang ke hostel tak terasa lama apabila mereka terlaku rancak berbual. Jarak dari kampus ke hostel mengambil masa dua puluh minit. Rancak sangat berbual masa pun begitu cepat berlalu. Tanpa membuang masa dia segera berjalan menaiki tangga menuju ke biliknya. 

"Hurmm.... baru aku tahu kenapa Ain tak bagi nombor phone Arra masa aku mintak hari tu?" ujar Hairi apabila mengingati kembali saat dia menghubungi Ain untuk mendapatkan nombor telefon Arra.

Amir hanya menganggkat bahunya. "Kalau aku ditempat Ain, memang aku pun takkan bagi," ujar Amir lalu melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia segera merebahkan badannya di atas katil bagi menghilangkan rasa penat.

Hairi hanya mampu mengeluh. Dia turut merebahkan badannya diatas katil. Fikirannya kusut. Wajah Ain dan Arra mula terbayang di ruangan matanya. Akhirnya dia terlena. 


"ASSALAMUALAIIKUM."

Arra tersenyum mendengarnya. "Waalaikumussalam, apa khabar ibu?" sapa Arra dengan ramah.

"Alhamdulillah, sihat? Arra macam ok?" soal Puan Anisah. Jauh di sudut hatinya sangat merindui puteri bongsunya itu.

Arra menggulungkan rambut dengan jarinya. "Arra sihat, ibu janganlah risau," ujar Arra dengan lembut bagi menghilangkan kegusaran di dalam hati ibunya. 

Puan Anisah tersenyum mendengarnya. "Cuti nanti Arra balik kampung tak?"

Arra membisu sekejap. Dia mempunyai rancangannya sendiri ketika cuti semester nanti. Namun, dia masih belum membuat keputusan lagi. "Arra mungkin balik. Tapi...?"

"Tapi apa? Arra mesti ada plan lagi kan?" Puan Anisah meneka. Dia faham sangat dengan perangai anaknya.

Arra mengigit jari. "Tapi Arra tak buat keputusan muktmad lagi ibu. Arra baru tengah fikir je dulu."

"Hurmm... tak rindu ibu lah tu," ujar Puan Anisah dengan nada sedih.

Arra serba salah. Niatnya hanya ingin mencari pendapatan lebih. Dia tidak mahu membebankan ibu ayahnya. Dia dapat menyambung pelajaran kerana memperolehi biasiswa daripada sekolah kerana berjaya menjadi pelajar cemerlang. Dia tidak mengambil pinjaman PTPTN kerana bimbang tidak dapat membayarnya nanti. Oleh itu ibu bapanya sering mengiringkan wang belanja kepadanya. Namun, dia tidak mahu membebankan mereka. Disebabkan itu, setiap kali cuti semester Arra akan berusaha mencari kerja kosong yang berdekatan dengan universiti untuk mendapatkan wang.

"Mana ada anak yang tak rindukan ibunya. Arra rindulah. Sebab tu, Arra call ni," ujar Arra dengan lembut agar tidak mengguris hati ibunya.

"Arra belajar elok-elok tau. Jangan hampakan ibu. Ingat Arra sorang je anak ibu yang dapat masuk universiti. Jadi, ibu harap Arra berjaya capai impian Arra satu hari nanti," ujar Puan Anisah dengan penuh harapan. 

Air mutiara jernih mula keluar dari kelopak matanya yang kecil. Arra berusaha menahan tangis. Hatinya mula sebak apabila ibunya berkata begitu. "Arra janji ibu. Arra akan berusaha sebaik mungkin untuk berjaya dalan pelajaran," kata Arra dengan penuh keyakinan.

"InsyaAllah, nanti bila Arra dah tamat belajar. Arra akan tolong ibu menjahit pakaian yang orang-orang kampung tempah nanti," sambungnya lagi.

Puan Anisah tersenyum mendengarnya. "InsyaAllah, amin."

"Abah apa khabar ibu?" soal Arra mula merindui wajah bapanya. 

"Alhamdulillah sihat. Arra tidurlah dulu. Hari pun dah lewat malam,"kata Puan Anisah apabila matanya mula berasa mengantuk.

Arra melihat jam loceng diatas meja sudah menunjukkan angka 11.30 malam. "Okey ibu. Kejap lagi Arra tidur. Nak study sikit lagi."

"Esok adam exam kan?"

Arra menganggukkan kepalanya. "Ya," Arra segera menjawab setelah dia menyedari ibunya tidak mampu melihat anggukkan kepalanya. "Kenapa ibu?"

"Tidurlah. Esok nak bangun awal. Doa ibu sentiasa mengiringi langkah Arra."

"Okey ibu. Selamat malam," ujar Arra lalu mematikan talian telefon setelah menjawab salam daripada ibunya.

Arra bangkit dari tempat duduknya lalu merebahkan badannya di atas katil. Dia memejam matanya. Dia hampir terlena tiba-tiba terasa sesuatu terbaring di sebelahnya. Dia segera menoleh dengan perasaan gementar.

"Warggghhh!!!"

Kedebuk!!!

"Adoi...," Ain mengadu kesakitan. Dia duduk bersila di atas lantai sambil menahan ketawa dan rasa sakit pada sikunya apabila terjatuh dari katil apabila ditolak oleh Arra.

"Kau ingat aku takut?" kata Arra cuba mengawal debaran dihatinya.

Ain menjuihkan bibirnya. Niat ingin mengusik Arra, namun tak sangka Arra bertindak begitu. "Aku gurau ajelah."

"Nak bergurau pun tengok lah sekarang dah pukul berapa? Aku ingat kau dah tidur," ujar Arra dengan rasa geram. Jantungnya berdenyut dengan laju apabila perasaan ada sesuatu tidur disebelahnya secara tiba-tiba. 

Ain duduk di sebelah Arra. "Aku minta maaf okey."

Arra menjeling. Marah. "Hurm... dah kenapa tak tidur lagi?" 

"Aku dah ada job untuk kau?" ujar Ain sambil tersenyum penuh makna.

"Job?"

Ain menganggukkan kepalanya. "Kau cakap nak kerja masa cuti nanti? So, aku tolong carikan?" jelas Ain.

"Esok tak boleh cakap ke? Aku dah gantuk sangat dah ni." ujar Arra sambil mengeyeh matanya.

"Masalahnya aku nak tahu sekarang. Esok aku takut dah ada orang lain nak," gesa Ain. Janganlah sia-siakan usaha aku. Bukan senang Mak Long nak percayakan orang luar? Kata Ain di dalam hati.

"Kerja apa?"

"Pembantu rumah?"

Arra berfikir sejenak. Dia merebahkan badannya. "Okeylah. Janji ada tempat tinggal, makan minum aku ditanggung."

Ain tersenyum mendengarnya. Good," balasnya lalu bangkit dari tempat duduknya lalu baring di atas katilnya. Dia melihat Arra sudah lena.

Terima kasih, Mak Long, desis hati kecilnya. Akhirnya dia turut terlena dengan hati yang gembira. 

Previous: Bab 4
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu