Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 7

Arra melangkah keluar daripada Dewan Aspirasi setelah peperiksaan telah tamat. Akhirnya dia mampu menarik nafas lega setelah peperiksaan semester tiga sudah pun berakhir. Kini bermulalah waktu bekerja. Dia menunggu Ain keluar daripada Dewan.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," jawab Arra lalu menoleh ke arah suara yang memberi salam.

"Esok free tak?" soal Hairi sambil tersenyum.

Arra menggelengkan kepalanya. "Tak." jawab Arra sepatah. Dia menggaru cuping telinganya yang terasa gatal.

"Arra balik kampung ke esok?"

"Tak. Kenapa?"

"Arra nak pergi mana esok?" soal Hairi lagi. Walaupun dia dapat merasakan Arra tidak menyenangi kehadirannya disitu.

"Huh? Pergi mana?"

"Tadi Arra cakap tak balik kampung. So, ke mana Arra nak pergi?"

"Kerja," jawab Ain sebelum sempat Arra menjawabnya.

Alahai, menyibuk betullah minah sorang ni. Apa yang Amir cakap tu betul atau tidak tak tahulah. Aku tengok Ain ni macam tak kisah pun bila aku cuba nak pikat Arra, omel Hairi di dalam hati.

"Kerja?"

Arra hanya menganggukkan kepalanya. Dia tidak berniat ingin memberitahu Hairi apa yang ingin dilakukan. Dia hanya menganggap Hairi tidak lebih daripada seorang kawan. Walaupun dia tahu lelaki itu menaruh hati kepadanya, namun dia tidak pernah berfikir lagi tentang hubungan lain selain berkawan.

"Arra ni terlebih rajin. Orang lain busy nak rest tapi dia sibuk buat duit." jelas Ain tanpa dipinta.

Arra menyiku lengan Ain. Dia hanya tersenyum sumbing ke arah Hairi. "Dari buang masa kan. Baik digunakan dengan baik," ujar Arra sambil merenung tajam ke arah Ain marah dengan tindakannya itu.

"Kerja? Kat mana?" soal Hairi ingin mengetahuinya.

"Dekat.... auch!" Ain mengadu kesakitan apabila lengannya dicubit oleh Arra.

Arra menggelengkan kepalanya. Dia berharap Ain faham dan tidak akan memberitahu Hairi di mana dia bekerja. Dia melihat jam pada pergelangan tangannya. "Maaf Hairi kami minta diri dulu nanti jumpa lagi next semester. Saya nak balik hostel banyak barang nak kemas."

Ain menepuk dahinya. "A'aalah... jom balik bilik. Mak Long aku nk datang amik petang ni." kata Ain lalu menarik lengan Arra meninggalkan Hairi keseorangan di situ.

Arra terkejut mendengarnya. "Kenapa tak bagi tau semalam?" soal Arra. Dia masih berdebar mahu memulakan tugas yabg baru. Selalunya dia bekerja di kedai komputer, kedai runcit. Inilah kali pertama dia akan bekerja sebagai pembantu rumah. Dia bimbang jika majikannya tidak suka caranya melakukan kerja nanti.

"Aku lupalah."

Arra mengeluh kecil. Dia memusingkan badan dan melambaikan tangan kepada Hairi. "Bye Hairi," ujarnya setelah jauh melangkah meninggalkn Dewan Aspirasi.  

"Kita pergi jumpa warden dululah. Aku nak minta kunci stor." 

"Okey, aku pun tak nak bawa balik semua barang," ujar Ain.

Mereka melangkah menuju ke hostel bersama. Semasa dalam perjalanan sempat lagi Ain dan Arra bersua foto di sekitar kawasan universiti. Setelah mengambil kunci stor daripada warden. Tanpa membuang masa mereka mengemas barang masing-masing. 

Mereka perlu mengosongkan bilik. Barang-barang milik mereka yang mahu digunakan lagi semester hadapan boleh disimpan di dalam stor hostel. Mereka perlu mengemas dengan cepat. Hanya ada empat jam masa untuk mengemas sementara menunggu Ibu saudara Ain datang mengambil mereka.

"Aku hantar barang-barang kat stor dulu."

"Okey," jawab Arra lalu merebahkan badannya di atas tilam seketika. Dia memandang ruang sekeliling. Dia hanya mampu tersenyum melihatnya. Selama enam bulan tinggal di dalam bilik ini. Pelbagai hiasan diletakkan. Kini kembali kosong seperti waktu pertama kali dia menjejakkan kaki ke dalam bilik ini.

Kring! Kring! Kring!

Telefon bimbit Arra berbunyi. Mata yang terasa mengantuk mula hilang. Arra mencapai telefon bimbitnya di celah bantal. Dia mengeluh kecil melihat nama pemanggilnya. Dia bingkas bangun daripada pembaringan. 

"Hello, Arra boleh kita jumpa sekejap," kata Hairi dihujung talian sebelum sempat Arra memberi salam.

"Maaflah Hairi. Tak sempat." ujar Arra setelah melihat jam pada tangannya sudah menunjukkan pukul 5.00 petang.

Kedengaran suara keluhan daripada Hairi. "Arra?"

"Ya, Hairi."

"Saya nak bagi sesuatu dekat awak."

Arra keliru. Perlu ke aku jumpa dia? Tapi untuk apa aku jumpa dia? Hati Arra berbicara.

"Ermm...."

"Sekejap aje. Limat minit boleh?"

Kedegang! 

Arra terkejut mendengar bunyi barang jatuh dengan kuat. Dia segera bangkit dari tempat duduknya lalu membuka pintu bilik. 

"Hello, Hairi. Nanti saya call balik," ujar Arra lalu mematikan talian. 

Arra segera menghampiri Ain. Dia menganggkat baldi yang terbalik. "Kenapa tak ajak aku pergi simpan barang-barang ni?"

Ain tersenyum. "Aku tengok kau tidur lena sangat. Tak sampai hati nak kejutkan."

"Kau pergilah kemas apa yang patut dalam bilik. Barang-barang ni aku pergi simpan," ujar Arra dengan lembut. Dia tahu Ain kesakitan akibat jatuh.

Ain menggaru kepalanya yang tak gatal. "Semua barang aku dah letak kat bawah."

Arra menggelengkan kepalanya. "Susahkan kau aje. Pergilah rehat kat bilik kejap. Nanti kita turun sama-sama."

Tanpa membantah Ain hanya menuruti kata Arra selepas gadis itu berlalu meninggalkannya. Kakinya terasa sakit akibat tergelincir sewaktu membawa baldi dan barang-barang lain untuk disimpan ke dalam stor. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia melihat sekeliling ruang dalam bilik itu bagi memastikan tiada barang yang tertinggal.


MELYSA membuka matanya perlahan-lahan. Dia menyentuh kepalanya yang terasa sakit. pandangannya melihat dinding dan syiling berwarna putih. Dia sedar kini dia telah berada di hospital. Mutiara jernih mula mengalir perlahan membasahi pipinya.

Tiba-tiba pintu dibuka. Dia tersenyum melihat wajah Aril dihadapannya. Dia mengucapkan rasa syukur kerana lelaki itu berada di sampingnya ketika dia amat memerlukannya. Dia memeluk lelaki itu dengan erat dan melepaskan tangisannya di dada lelaki itu.

Rafiq menggosok belakang gadis itu. Dia bersyukur Melysa hanya mengalami kecederaan yang ringan sahaja. Dia amat menyayangi gadis ini. Dia tidak mahu kehilangannya.

"Aril. I miss you."

Rafiq terkejut mendengarnya. Mengapa nama lelaki lain yang dipanggil oleh Melysa. Dia meleraikan pelukan. "Are you okay, Mel?"

Melysa terkejut apabila melihat wajah Rafiq dihadapannya. dia segera menolak tubuh lelaki itu menjauhinya. "Keluar!"

Rafiq mendekati Melysa kembali. Dia meraih tangan gadis itu. "I minta maaf."

Melysa merenung rafiq dengan tajam. "I hate you! Keluar!' ujar melysa lalu menampar pipi Rafiq.

"Mel?

"Keluar!" Melysa menolak tubuh Rafiq. "Nurse!!!!!" jeritnya.

Jururawat yang bertugas segera melangkah masuk ke dalam wad. Dia segera memanggil doktor.

"Suruh dia keluar," pinta Melysa. "Get out!"

"Encik keluar dulu." kata jururawat yang bertugas ketika itu.

Rafiq hanya mampu melihat Melysa dari jauh. Dia melangkah keluar daripada wad dengan hati yang terluka. 

Doktor memeriksa keadaan Melysa. Dia memberi ubat penenang apabila Melysa tidak berhenti mengamuk. Melysa kembali lena setelah diberi ubat.

"Bagaimana dengan anak saya doktor?" soal Datin Naziah dengan cemas.

"Alhamdulillah keadaannya tidak begitu serius. InsyaAllah dua hari lagi dia boleh discaj." ujar Doktor lalu meninggalkan mereka.

Alhamdulillah. Datin Naziah mengucapkan rasa syukur di dalam hatinya. Dia melihat Melysa tidur lena di atas katil melalui pintu. Dia sendiri terkilan apabila Aril memutuskan pertunangan dengan anaknya. Sejak hari itu Melysa tidak lagi ceria seperti selalu. 

"Nurse, saya nak pergi solat sekejap. Tolong tengokkan anak saya."

"Baik Datin."

Datin Naziah segera berlalu menuju surau yang berdekatan dengan wad pesakit. Usai menunaikan solat Isyak dan solat sunat dia berehat seketika di dalam surau. Sudah semalaman dia tidak tidur memikirkan Melysa. Akhirnya dia tertidur.

 

SUASANA di dalam bilik kecil itu masih sama seperti pertama kali dia sedar daripada pengsan petang tadi. Melysa bangun daripada pembaringan. Dia melihat mamanya sedang tidur di atas sofa. Wayar yang dipasang pada tangannya dicabut. Mukanya berkerut menahan sakit. 

Dia mencapai gelas di atas meja. Air di dalam cawan dicurahkan ke atas lantai. Dia melangkah ke arah bilik air. Pintu bilik air dikuncinya. Gelas yang dipegangnya dihempas ke lantai. 

Datin Naziah terkejut daripda lenanya apabila mendengar bunyi sesuatu. Dia segera bangkit daripada pembaringan dan mencari Melysa yang sudah tidak kelihatan dia atas katil. 

"Nurse, ada nampak anak saya?"

"Tak," jawab jururawat sambil menggelengkan kepalanya.

Datin Naziah kembali ke wad. Dia mendengar bunyi bising di dalam tandas. "Mel?" panggilnya sambil mengetuk pintu tetapi Melysa tidak menjawabnya.

"Mel, buka pintu ni!" pinta Datin Naziah lagi. Dia mula cemas memikirkan Melysa melakukan sesuatu yang buruk. Dia bergegas meminta bantuan daripada orang lain.

Melysa tidak menghiraukan panggilan ibunya. Dia mengambil serpihan kaca lalu duduk di atas lantai. Bajunya mula basah. Fikirannya kosong. Dia melihat pergelangan tangannya yang putih sehingga menampkkan urat hijau. Tanpa berfikir panjang serpihan kaca yang dipegang ditoreh pada pergelangan tangannya.

Darah mula memacut keluar dengan banyak. Kesakitan yang dirasakan pada tangannya tak mampu ditandingi hatinya yang sakit. Pintu tandas berjaya dibuka. 

"Melysa!!!" jerit Datin Naziah bersama deraian air mata apabila melihat keadaan anaknya.

Melysa hilang kesedaran. Dia dikerjarkan ke unit kecemasan bagi merawat lukanya itu. Datin Naziah berdoa agar anaknya selamat. Dia berjalan mundar mandir di hadapan bilik pembedahan. Fikirannya kusut. Melysa adalah satu-satunya anak perempuan yang dia miliki. Dia mula terfikirkan Aril. 

Tanpa membuang masa dia segera menghubungi lelaki itu. Walaupun dia tahu Aril tiada hati lagi untuk mengambil Melysa sebagai isteri. Dia hanya mahu Aril menemani Melysa sehingga sembuh sahaja. 

"Hello, assalamualaikum," ujar Aril dihujung talian.

Datin Naziah lega mendengar suara Aril memberi salam. Dia memberitahu tentang keadaan Melysa. Dia berharap agar Aril sudi bertemu dengan anaknya. 

"Please Aril?" Rayu Datin Naziah. 

"Maafkan saya aunty. Bila ada masa saya akan ziarah Mel. Tapi bukan sekarang." 

Datin Naziah terduduk. Setelah berbual dengan Aril. Dia yakin lelaki itu tidak akan menemui Melysa lagi. Dia hanya mampu mengeluh mengenangkan nasib anaknya. Apa yang diimpikan tidak seperti yang dia harapkan. Hanya kekecewaan yang dia perolehi ketika ini.

Ya Allah, berilah kesembuhan kepada anakku. ENGKAU berilah jalan keluar daripada masalah ini. ENGKAU berilah kekuatan kepadanya dalam menempuhi ujian yang ENGKAU berikan. Sesungguhnya ENGKAU tidak akan menguji hamba-Mu melebihi kemampuannya. Datin Naziah hanya mampu berdoa di dalam hati.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu