Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 23

Arra membentangkan sejadah diatas lantai menghadap ke arah kiblat. Pintu bilik dibuka. Kelihatan wajah Aril yang tersenyum ke arahnya. Dia baru sahaja ingin menunaikan solat fardhu Isyak.

"Sayang baru nk solat ke?"

"Ya. Abang dah solat ke?"

"Belum," balas Aril lalu membentangkan sejadah di hadapan Arra. "Kita solat sama-sama."

"Okey," ujar Arra lalu mengikut Aril menunaikan solat secara berjemaah.

Usai menunaikan solat, Arra menyalami tangan Aril. Dia tersenyum ke arah suaminya itu. Hatinya berasa sangat bahagia hari ini. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu menyangkut telekung pada rak. 

"Arra ingat abang dah solat tadi?" kata Arra lalu melabuhkan punggungnya diatas tilam.

Aril melipat sejadah lalu bangun. "Tak sempat," kata Aril turut duduk disebelah Arra. 

"Tak sempat kenapa?"

"Tadi abang dah siap ambil wuduk. Tapi Abang Akhmal tetiba datang simbah air sirap dekat abang?"

Arra tersenyum mendengarnya. "Lepas tu?"

"Terpaksalah abang mandi balik," kata Aril lalu merenung wajah Arra. "Sayang sengaja kenakan abang erk?"

Arra mula menggelabah ketika Aril memandangnya begitu. "Tak?"

Pinggang Arra dipegang. "Kenapa Abang Akhmal buat macam tu? Sayang suruh ke?"

Arra ketawa kecil. Dia masih teringat saat Aril baru sahaja keluar dari bilik air. Dia dijirus air sirap oleh Akhmal. "Arra tak suruh lah. Perkara tu dah jadi lumrah orang kampung. Setiap pengantin yang baru berkahwin pasti akan diusik begitu."

"Sayang ketawakan abang ea?" Aril tersenyum nakal.

Arra tersengih. "Dah pukul dua belas ni. Abang tak nak tidur lagi ke?" soal Arra cuba mengalih topik perbualan mereka. Dia menepis tangan Aril yang memegang pinggangnya. Dia bangun dari tempat duduknya lalu menutup suis lampu.

Aril diam. Dia hanya memerhati tingkah laku isterinya. "Sayang dah gantuk ke?" soalnya dengan lembut.

"Ya," balas Arra lalu merebahkan badan diatas katil. Selimut ditarik perlahan menutupi badannya.

Aril turut baring diatas katil. Wajah Arra dilihatnya. Pipi Arra dielus lembut. "Sayang," panggil Aril dengan lembut dan manja.

Arra membuka matanya semula. Niatnya ingin tidur. Panggilan Aril mula mengganggunya. Dia melihat Aril senyum. "Ada apa abang?" soalnya perlahan.

"Kenapa sayang masih lagi nak tinggal sebilik dengan Ain dekat kampus nanti?" soal Aril hairan. "Sayang kan dah kahwin. So, abang rasa tak perlu dah sayang tinggal kat hostel lagi."

"Soal itu boleh tak kita bincang esok? Arra dah mengantuk sangat ni," ujar Arra lalu menutup mulutnya ketika menguap.

"Okey sayang," balas Aril lalu merangkul pinggang Arra. Dia mendekati wajah Arra lalu mencium dahi isterinya itu. "Tapi sebelum tidur abang nak tanya sesuatu?"

"Apa?"

"Sayang ikhlas ke terima abang sebagai suami?"

Arra sudah menduga Aril menyoalnya begitu. Dia  memberanikan dirinya memeluk tubuh Aril. Kepalanya terlentok diatas lengan kanan Aril. Dia menyentuh dada kiri Aril. Terasa degupan jantung Aril berdegup dengan kencang. Dia tersenyum memandang wajah Aril. Walaupun dibalik kesamaran cahaya. Dia masih lagi mampu melihat wajah Aril dengan jelas. 

Aril hanya diam. Dia agak terkejut apabila Arra memeluk tubuhnya. Walaupun dia berhak ke atas Arra yang kini telah menjadi isterinya. Namun, dia tidak pernah memaksa Arra menunaikan tanggungjawabnya. Baginya biarlah Arra betul-betul bersedia.

"Arra ikhlas menerima apa yang telah berlaku," ujar Arra perlahan. Tangan Aril diraih lalu diletakkan pada dada kirinya. "Arra sayangkan abang. Arra cintakan abang. Tiada insan lain yang pernah berada dalam hati Arra selain abang," jelasnya sambil tersenyum.

Penjelasan Arra membuatkan hati Aril lega. Tubuh Arra dipeluk erat. Dahi Arra dicium dengan penuh kasih. Terasa Arra turut membalas pelukannya. Dia berasa sangat bahagia ketika ini.

"I love you, sayang."

"I love you too, abang."

Berbunga-bunga hati Aril mendengar Arra melafazkan perasaan cinta kepadanya. Pelukannya bertambah erat. Akhirnya malam pun berlalu dengan membawa rahsianya yang tersendiri. 


TISU diatas meja diambil oleh Melysa lalu mengelap bibirnya. "I minta diri dululah," kata Melysa lalu bangkit dari tempat duduknya.

"You dah nak balik ke, Mel?" soal Bella.

"Kerja dah setle kan," balas Melysa sambil tersenyum.

"Alah, lepaklah dulu," kata Naina pula.

Melysa mengambil tas tangannya lalu disangkut pada bahunya. "Maaf. Husband I dah tunggu kat depan. Nanti free I lepak."

"Amboi, swetnya Rafiq siap jemput wife balik kerja," ujar Bella sambil meneguk air.

"A'aalah. Rajin betul Rafiq hantar dan ambil kau kan?" tambah Naina.

Melysa hanya mampu tersenyum mendengarnya. "Rafiq yang nak hantar I. Lagipun bukan selalu jarang-jarang aje. Time dia tak busy dengan kerja."

"Bertuahnya kau, Mel," kata Naina sambil tersenyum sinis. "I dah puas pujuk Rafiq ajak kahwin. Tak sangka dia pilih you?" kata Naina dengan kecewa.

Melysa terkejut mendengarnya. "Huh?"

Bella menyiku lengan Naina. "Apa kau merepek ni Naina?" marahnya. "Rafiq tak pernah sukakan kau pun," kata Bella cuba menjaga hati Melysa. Dia memandang wajah Melysa yang agak terkejut mendengarnya.

"Mel," panggil Bella lalu menghampiri Melysa.

"I minta diri dulu."

Bella memegang tangan Melysa. "You jangan fikirkan sangat apa yang Naina cakap tu?" 

Melysa menarik tangannya. Dia melangkah meninggalkan Oldtown White Coffee. Fikirannya kusut. Kata-kata Naina mula menghantui fikirannya. Dia sedar perasaan cemburu mula menular dalam hatinya.

"Sayang!" panggil Rafiq sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Melysa.

Melysa tersenyum. Walaupun timbul beberapa persoalan di dalam benaknya. Dia tetap mengukirkan senyuman buat suaminya itu. Setelah memastikan tiada kereta yang berada di atas jalan. Melysa meneruskan langkahnya melintas jalan mendapatkan Rafiq.

"Aduh!" Melysa mengadu kesakitan apabila tumit kasut yang dipakainya telah patah.

Tanpa membuang masa dia menanggalkan kasutnya. Dia tidak sedar masih berada di tengah-tengah jalan ketika ini. Sebuah kereta meluncur laju ke arah Melysa. Dia mula panik.

"Mel!"

Rafiq segera menarik tubuh Melysa daripada dilanggar oleh kereta.

"Arghh!!"

Kedebuk!!!

"Sayang okey?" soal Rafiq dengan cemas.

"Aduh!" Melysa mengadu kesakitan. Dia melihat tapak tangannya luka.

Rafiq segera meniup luka pada tangan Melysa. Kelihatan cecair merah mula mengalir keluar. "Jom balik," kata Rafiq lalu bangun dari tempat mereka jatuh.

"Abang okey?"

Rafiq hanya menganggukkan kepalanya. Mereka melintas jalan menghampiri kereta. Rafiq membukakan pintu kereta untuk Melysa. Kemudian dia turut masuk ke dalam perut kereta. Tanpa membuang masa dia mengambil kotak kecemasan dari tempat duduk belakang.

"Mari abang sapu ubat," ujar Rafiq lalu merawat luka pada tangan Melysa. Wajah Melysa berkerut menahan sakit. "Sayang tahan sikit ya."

"Terima kasih," ucap Melysa lega apabila Rafiq telah selesai merawat lukanya.

"Alhamdulillah sikit aje," ujar Rafiq bersyukur tiada kecederaan yang serius dialami oleh Melysa. "Lepas ni jangan pakai high heels lagi."

"Bukan salah kasut abang," balas Melysa seakan perasan sesuatu tentang kereta yang hampir melanggarnya ketika tadi.

Rafiq memegang tangan Melysa. "Abang tak kisah sebab kasut atau tak? Next time sayang kenalah hati-hati," ujar Rafiq dengan tegas. Dia masih terkejut dengan apa yang telah berlaku. "Abang tak sanggup kehilangan sayang tau," sambungnya lalu mencium tangan Melysa.

Melysa tersenyum pahit. Debaran pada jantungnya masih belum hilang lagi. Wajah Ryan yang tersenyum ketika memandu kereta dengan laju ke arahnya kelihatan menakutkan. "Apa yang berlaku telah dirancang abang."

Rafiq mengerutkan dahinya. "Maksud Mel?"

"Ryan."

Riak wajah Rafiq mula berubah mendengar nama itu. Dia segera memandu keretanya. "Jom kita ke balai sekarang!"

Melysa pegang tangan Rafiq. "Mel tak bersedia lagi?"

"So, sayang nak tunggu sampai bila?"

"Mel bimbang pihak polis tahan Mel," kata Melysa cemas dan takut. "Sayang takut."

"So, sayang nak buat apa sekarang? Takkan nak biar aje Ryan terus menggugut sayang. Macam tu ke?"

Melysa diam.

Rafiq mula hilang sabar apabila nyawa isterinya menjadi taruhan. "Inj dah dikira kes membunuh tau!"

Melysa tunduk.

"Esok suka atau pun tidak. Sayang kena ikut abang?"

"Ke mana?" soal Melysa. Dia masih belum bersedia membuat laporan polis.

"Kita pergi jumpa Aril dan Arra."

Melysa diam. Rela atau terpaksa dia harus berdepan dengan mereka. Dia harus menamatkan apa yang dia mulakan. 

Bib! Bib! Bib!

Melysa membuka mesej yang baru di terimanya. Hatinya berdebar-debar ingin membaca apabila melihat nombor yang tidak dikenali.


Jangan ingat semudah abc kau ingin lari daripada aku.


Melysa mengeluh berat. Rafiq disebelahnga dipandang sepi. Dia sendiri tidak mengerti mengapa begitu sukar Ryan ingin melupakan perjanjian di antara mereka. Dia memandang kr luar tingkap. Pandangannya kosong. Fikirannya kusut. 

Ya Allah, berilah aku peluang untuk menebus kesilapanku. Berilah aku kekuatan ingin meminta kemaafan daripada Aril dan Arra, doa Melysa di dalam hati.


"ABANG," panggil Arra dengan lembut. Dia menghampiri Aril yang masih lena di atas katil. Dia tersenyum nakal. Idea ingin mengenakan Aril tetiba terlintas di dalam fikirannya. Dia duduk ditepi katil lalu mendekati wajah Aril. Rambutnya yang panjang dipegang lalu disapu perlahan pada pipi Aril. 

Aril menepis. Dia terasa ada sesuatu pada pipinya. Dia membuka matanya lalu tersenyum. Bahu Arra dipegang lalu menarik tubuh Arra agar terbaring diatas katil.

"Argh!" jerit Arra terkejut dengan tindakan Aril.

"Arra buat apa?" soal Aril sambil tersenyum. Kini tubuhnya pula berada diatas Arra.

"Ibu panggil ajak makan."

"Betul?"

"Ya. Bangunlah abang," pinta Arra sambil menolak dada Aril.

Aril tersenyum sambil menganggkat keningnya. "Usik abang ea?" 

"Arra gurau aje."

Aril menundukkan wajahnya. Arra terkejut melihat Aril mula mendekati wajahnya. Seketika bibir mereka bertaut. Jantung Arra berdegup kencang ketika Aril mencium bibirnya. 

"Arra!" panggil Puan Anisah lalu membuka pintu bilik.

Arra segera menolak tubuh Aril apabila mendengar suara Puan Anisah memanggilnya. "Ya ibu," sahut Arra lalu berlari ke arah pintu.

"Dah ajak Aril makan?"

"Nanti Aril dan Arra turun."

"Okey," balas Puan Anisah lalu melangkah meninggalkan bilik Arra.

Arra mengurut dadanya. Dia memusingkan badannya. Kelihatan Aril tersengih ke arahnya. Arra menjeling marah. "Arra tunggu abang kat depan," kata Arra lalu melangkah keluar dari bilik.

"Sayang, tunggulah abang," kata Aril lalu mengejar langkah Arra. Dia segera memegang tangan Arra berjalan bersama menuju ke luar rumah.

Dari jauh mereka sudah melihat Encik Sufian bersama ahli keluarga yang lain. Puan Anisah sibuk menghidangkan makanan untuk dijamu pada petang ini.

"Amboi sweetnya pengantin baru kita ni?" sapa Anis kakak sulong Arra.

"Alah, orang baru kahwin begitulah Kak Long eh," kata Aina lalu menepuk bahu Anis perlahan. "Samalah macam kita dulu."

Arra tersenyum mendengarnya. "Betul apa Kak Chik cakap tu," ujar Arra sambil tersenyum. "Giliran Arralah pulak nak bermanja dengan suami," katanya lalu mengambil karipap dan disuap pada Aril.

Aril berasa malu pula bila disuap oleh Arra dihadapan ahli keluarganya. "Sedap. Macam pernah rasa sebelum ni" kata Aril perlahan.

"Isteri Aril lah buat tu?" kata Anis.

Aril memandang wajah Arra. "Really?" ujar Aril seakan tidak percaya. "Abang tak tahu pun sayang pandai buat karipap?"

"Tadi cakap macam pernah makan. So rasa Arra buat atau orang lain?" ujar Arra lalu menuangkan air teh ke dalam cawan.

Aril menganggukkan kepalanya. Dia terfikir akan sesuatu.  "Jadi sayang pernah buat karipap dekat rumah mamalah sebelum ni?"

Arra tersenyum. Dia memandang wajah ayahnya yang ralit membaca surat khabar. "Apa yang menarik dengan akhbar tu ayah?"

"Baca beritalah," balas Encik Sufian lalu melipat akhbar yang telah dibacanya. Teguran Arra adalah tanda agar dia berhenti membaca lagi. Dia mengambil karipap di dalam pinggan lalu menikmatinya. "Karipap Arra memang tak boleh banding dengan karipap Mak Cik Senah kat kedai tu."

"Abah ni puji Arra melambung tinggi. Macamlah sebelum ni mak tak pernah buat?" ujar Aina.

"Citarasa abah ni beza sikit Aina. Katanya Arra buat lain tak sama macam ibu buat," balas Puan Anisah. Dia tersenyum melihat suaminya makan karipap buatan Arra dengan berselera sekali.

"Mana ada ibu. Sama ajelah. Resepi asal dari ibu jugak."

"Jual lah. Mesti laku," tambah Aril pula.

"Arra buat untuk keluarga aje. Lagipun dah ramai sangat orang jual karipap dekat kampung ni."

"Aril cuti lama ke?"

"Dua minggu. Ingat nak bawa Arra bercuti sebelum dia start semester baru."

"Amboi lamanya cuti," kata Aina terkejut. "Kak Chik dulu nak minta cuti seminggu pun susah."

"Aril kan kerja sendiri Achik," ujar Anis pula. "Nak pergi honeymoon ke?"

Muka Arra mula kemerahan apabila Anis menyebut tentang berbulan madu. Dia menyiku lengan Aril. "Abang tak cakap pun nak pergi bercuti?" soal Arra perlahan.

Aril memegang tangan Arra. "Abang nak cakap dah tadi. Tapi sayang sibuk kat dapur?"

"Aril nak pergi mana?" soal Puan Anisah.

"Tak tahu lagi ibu. Aril baru nak berbincang dengan Arra."

"Elok sangatlah tu Aril. Bermanjalah sepuas-puasnya dengan Arra ni. Tak lama lagi nak berjauhan pulak?"

"Aril dah jadi suami Arra, Kak Long. Kita orang takkan berjauhan lagi," kata Aril sambil mengenyitkan mata kepada Arra. "Ke mana saya pergi mestilah Arra setia menemani."

Arra mencubit paha Aril. Gatal, getus hati kecilnya. Aril hanya mampu menahan kesakitan. Dia menggosok pahanya yang terasa sakit apabila dicubit oleh Arra.

"Arra kan tak habis belajar lagi. Takkan Aril nak ulang alik hantar nak ambil Arra dekat kampus kot," jelas Anis.

Aril diam seketika. Dia mengukirkan senyuman pahit. Dia hampir terlupa tentang itu. Pandangan matanya teralih pada Arra. "Sayang?" panggil Aril perlahan meminta penjelasan. 

Arra melemparkan senyuman yang manis buat suaminya. Dia bangkit dari tempat duduknya. "Ibu, Arra keluar sekejap."

"Nak pergi mana?"

"Bawak abang Aril jalan-jalan dalam kampung sekejap."

"Keluarlah. Tapi jangan balik waktu maghrib. Sekarang dah petang ni?" ujar Encik Sufian mengizinkan Arra keluar.

"Okey abah," balas Arra sambil tersenyum. Dia memanfang wajah Aril. "Abang tunggu kejap, Arra nak pakai tudung dulu."

"Okey," balas Aril tanpa banyak soal. Dia jugak teringin mahu melihat kawasan kampung isterinya.


ANGIN sepoi-sepoi bahasa meniup tudung Arra ketika menaiki motosikal. Mereka bersiar-siar sambil melihat pemandangan kampung dan pantai. Aril berasa sungguh bahagia ketika ini. Sudah lama dia tidak memandu motosikal terasa agak janggal pula. 

Arra memeluk erat tubuh Aril dari belakang. "Arra ingat abang tak pandai bawak motor?"

"Pandai. Abang pun ada motor kat rumah tau."

"Arra tengok abang selalu bawak kereta aje. Jadi Arra ingat abang tak pandai bawak motor."

"Sekarang yakin tak lagi abang pandai bawak motor?"

"Ya," kata Arra sambil tersenyum. Terasa hatinya sungguh bahagia ketika ini. "Jom balik. Kita singgah sawah padi sekejap."

"Okey," kata Aril lalu memandu motosikal ke sawah padi.

Setelah beberapa minit memandu. Mereka tiba dihadapan sawah padi. Mereka berpegangan tangan. Pondok kecil ditepi jalan menjadi tempat persingahan mereka pada petang ini. Kelihatan beberapa orang turut lalu lalang di situ.

"Cantiknya view kat sini?"

"Kalau abang nak tahu, dekat sinilah Arra selalu lepak dengan kawan-kawan."

Aril menoleh ke arah Arra. "Kawan lelaki ke perempuan?" soalnya berbau cemburu.

Arra ketawa. "Mestilah perempuan."

"Sayang dah jadi isteri abang tau. So jangan nak mengatal dengan lelaki lain. Terutama Hairi."

Terkedu Arra mendengarnya. Dia sudah lama melupakan nama jejaka itu. Mengapa Aril haru menyebutnya. Tangan Aril diraih perlahan. "Cinta dan kasih Arra hanya milik Aril Zakuan sahaja. Bagaimana lagi cara untuk Arra buktikan cinta ini hanya milik abang seorang," ujar Arra dengan nada sedih. Dia merasakan Aril meragukan perasaanya.

"Abang minta maaf," ujar Aril lalu mencium tangan Arra. "Abang tak bermaksud nak melukai hati sayang."

Air mata yang hampir menitis disapu dengan segera. Dia tidak mahu perasaan sedih merosakkan suasana petang ini. "Abang plan nak pergi bercuti di mana?" soal Arra cuba mengalih topik perbualan mereka.

"Sayang setuju ke?"

Arra angguk. "Sayang akan ikut ke mana sahaja abang nak pergi. Tapi...?"

"Tapi apa?"

"Semester baru tak lama lagi dah nak bermula. Kita nak pergi bila?"

"Jumaat ni?"

"Tadi cakap dekat ibu tak tahu lagi bila?"

"Abang saja nak suprisekan sayang. Kita pergi Cameron Highlands nak tak?"

Arra mengukirkan senyumannya. "Arra dah lama teringin nak pergi."

"Sayang cakap aje nak pergi mana? Nanti abang akan bawa sayang ke sana?"

"Betul ni?"

Aril angguk. "Ya, tapi sayang tak perlu tinggal kat hostel lagi lepas ni?"

Wajah ceria Arra kembali keruh mendengar permintaan Aril. "Kenapa?"

"Sayang dah jadi isteri abang sekarang. Abang rasa tak perlulah sayang tinggal kat hostel lagi?"

Arra melentokkan kepalanya diatas bahu Aril. Tangan Aril masih kemas digenggamnya. "Sayang kesiankan abang nanti nak hantar dan ambil sayang setiap hari dekat kampus. Lagipun Kuala Terengganu dengan Dungun bukannya dekat."

"Abang boleh cari rumah sewa berdekatan dengan kampus."

"Sem baru akan bermula lagi tiga minggu abang. Mana nak cari rumah sewa dalam masa terdekat."

Aril mengeluh kecil. Dia tidak sanggup berjauhan dengan isterinya. "Abang risaukan sayang."

"Apa yang abang risaukan. Arra dah belajar kat sana setahun setengah dah. Semua okey aje."

"Abang risau hati sayang beralih arah," ujar Aril sekadar mengusik Arra.

Arra menepuk paha Aril. "Abang ni. Sayang seriuslah!" marah Arra.

Aril ketawa. "Okey, abang gurau aje," katanya lalu memeluk pinggang Arra. "Rindulah abang dekat sayang nanti."

"Ada tiga semester aje lagi. Semester empat ni terpaksalah abang belajar berjauhan dengan sayang."

"Hurm... nampaknya begitulah," ujar Aril bersama keluhan kecil. 

"Sabarlah. Enam bulan aje. Semester kelima nanti Arra dah start praktikal."

Aril mengerutkan keningnya. "Praktikal semester kelima? Bukan sem last ke?"

"Sayang belajar dalam bidang fashion," kata Arra perlahan agar Aril mengerti. "Semua student fashion art design praktikal pada semester kelima. Lagipun Arra boleh balik hujung minggu lah."

Aril tersenyum mendengarnya. "Okey. Kalau macam tu setiap hari khamis abang jemput sayang dekat hostel."

Arra menganggkat kepalanya. "Untuk apa?"

"Sayang cakap boleh balik setiap hujung minggu. So setiap petang khamis abang pergilah jemput sayang dekat kampus."

"Bukan setiap minggu. Jarang-jarang aje. Sekiranya tiada aktiviti dijalankan pada hari sabtu."

"Tak semestinya sayang perlu hadir kan?"

Arra mengeluh. "Abang nak hantar sayang bila pulak?"

"Hari sabtulah?" kata Aril dengan ceria. "Jadi abang dapatlah luangkan masa dua hari dengan sayang pada setiap minggu."

"Tak letih ke setiap minggu nak datang ambil sayang?"

Aril mendekati wajah Arra. "Abang takkan letih mencintaimu, sayang."

Arra menepuk bahu Aril. "Abang ni. Suka main-mainlah," kata Arra dengan nada geram. "Sayang serius tau!"

Aril memegang tangan Arra. Dia bangkit dari tempat duduknya. Kini dia berdiri dihadapan Arra. "Abang ikhlas dengan apa yang abang ucapkan. Abang sayangkan Arra melebihi segalanya. Bagi abang berpisah dengan sayang walaupun sehari bagaikan seminggu. Rasanya tak sanggup abang berpisah dengan sayang walaupun seketika," luah Aril.

Terharu Arra mendengar luahan hati Aril. Walaupuj perkahwinan mereka baru dibina. Kasih sayang di antara mereka mula terjalin. Dia mengenggam erat tangan Aril. Hatinya juga berkata begitu. Tidak sanggup berjauhan dengannya. Dia juga terlalu sayangkan lelaki yang bernama Aril.

Arra menarik tangan Aril lalu diletakkan diatas dada kirinya. "Percayalah hati ini akan sentiasa menulis nama abang. Arra pun sayangkan abang seikhlasnya. Arra tak kisah jika abang nak jemput sayang dekat kampus setiap minggu."

"Tapi dengan syarat?"

Arra terkejut. "Syarat apa lagi?"

"Jom honeymoon dulu," ujar Aril sambil tersenyum nakal. Ain yang memberinya idea ini. Jika tidak pernah terlintas difikirannya tentang percutian bulan madu.

Wajah Arra mula kemerah mendengarnya. "Okey, abang," ujar Arra lalu berdiri. Dia berbisik sesuatu pada telinga Aril. "I love you," ucap Ara lalu melangkah ke tengah sawah padi.

Jantung Aril berdegup kencang saat Arra melafazkan perkatan itu. "I love you too, sayang!!!" jerit Aril apabila telah memastikan tiada orang disekelilingnya. Dia mengejar Arra di tengah sawah padi. 

Mereka mengambil beberapa keping foto untuk dijadikan sebagai kenangan. Arra merenung wajah Aril ketika mengambil foto. 

Ya Allah, semoga kebahagiaan ini akan menjadi milikku selamanya. Terima kasih atas takdir yang telah menyatukan kami, doa Arra di dalam hati.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu